Anda di halaman 1dari 2

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan

impak yang begitu besar dalam masyarakat kita pada hari ini. Remaja merupakan
aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek
pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk
membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Banyak kejadian seperti pembuangan
bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya
dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan
dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat
dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri
mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan
kesan yang mendalam pada diri individu.
Hari ini, saya akan berkongsi dengan anda, antara kesannya ke atas individu itu
sendiri. Antara kesan yang paling ketara ialah:

Individu akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Disebabkan oleh


perbuatan mereka, masyarakat tidak lagi menyanjung akhlak dan keperibadian
individu berkenaan. Masyarakat akan sering memperkatakan tentang perbuatan
yang telah dilakukan oleh beliau.

Hilangnya pegangan dan kepercayaan terhadap agama. Disebabkan oleh


perbuatan yang dilakukan oleh individidu berkenaan, pegangan agamanya akan
semakin menipis. Kepercayaan terhadap illahi serta ketakutan dalam melakukan
perbuatan yang dilarang oleh Allah akan semakin menipis. Tiada lagi wujud
perasaan takut terhadap balasan yang akan diterima atas perbuatan yang dilakukan
dan kemurkaan Allah disebabkan terhadap perbuatan berkenaan.

Masyarakat akan sentiasa berprasangaka buruk terhadap individu berkenaan.


Tidak wujud lagi kepercayaan dalam masyarakat terhadap individu berkenaan. Ke
mana saja serta apa yang dilakukan oleh individu berkenaan akan sentiasa dicurigai
dan wujudnya satu prasangka yang buruk terhadap individu berkenaan.

Wujudnya tekanan perasaan dan emosi yang tinggi keatas perbuatan yang
telah dilakukan. Individu yang melakukan zina contohnya akan sentiasa mengalami
tekanan perasaan dan emosi dan pastinya tidak wujud kedamaian didalam hati
mereka. Emosi mereka akan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil dan
tekanan pastinya wujud terutamanya dari keluarga dan masyarakat.

Pelbagai penyakit juga pasti akan wujud dan menular kiranya remaja pada
hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Penyakit berjangkit dan merbahaya serti
AIDS, Hepetetis B, Kanser dan sebagainya akan mudah merebak. Mereka yang
terlibat dalam gejala ddaah pasti akan mudah mendapat penyakit HIV, dan begitu
juga mereka yang mengamalkan perbuatan homoseksual dan meminum arak akan
mengundang pelbagai penyakit yang merbahaya.

Anda mungkin juga menyukai