Anda di halaman 1dari 54

Topik 7:

Apa yang anda boleh lakukan


dengan seluruh hidup anda selepas
Persaraan?

Health & Wellness

Apakah yang perlu dilakukan apabila anda telah


sampai ke satu peringkat kehidupan anda di
mana
Tanggungjawab kerja semakin ringan,
Mempunyai lebih banyak masa lapang, dan
Pilihan mengenai cara mengisi masa lapang
boleh menjadi sesuatu yang menggerunkan,
menarik dan mencabar?
Selalunya berlaku pengurangan waktu
bekerja, bersara, diberhentikan dari bekerja
(atas sebab kesihatan atau sebab-sebab lain).

Health & Wellness

Dikendalikan secara berbeza oleh setiap


individu
Dengan penuh kebahagian
Dengan ketakutan / kebimbangan
Tidak boleh dielakkan kerana kerjaya
telah tamat
akan tamat tak berapa lama lagi
Diperlahankan (slow down)

Health & Wellness

Situasi: Bangun dari tidur pada satu pagi dan


menyedari bahawa tidak lagi perlu bekerja atau
tidak lagi bertanggunjawab ke atas sesuatu.
Tersandung sekitar tanpa melakukan apa-apa
khusus?
Sama ada anda telah mencipta kehidupan yang
anda mahu.
Pekerjaan/karier tidak lagi merupakan daya
penggerak bagi anda.
Keadaan seperti ini kadang-kadang menimbulkan
kebimbangan untuk anda dan ahli keluarga anda.

Health & Wellness

Dengan meninjau pilihan dan proses anda,


anda akan mendapat satu gambaran kehidupan
selepas bersara.
Sepanjang proses tinjauan ini, anda perlu
memberi tumpuan kepada di peringkat
manakah anda berada di skala paras aktiviti
(Level of Activity) seperti yang diterangkan
dalam Bab 1.
Tidak semestinya anda kekal di satu paras
aktiviti sehaja.
Anda boleh bergerak ke paras yang lebih tinggi
atau lebih rendah mengikut keupayaan dan
keadaan anda sendiri.
Sekurang-kurangnya anda mengetahui paras di
mana anda berada.
Health & Wellness

Kesihatan mental dan kepuasan kehidupan


anda akan dipengaruhi oleh penerimaan
hakikat mana terletaknya paras aktiviti
anda.
Penting juga mengetahui tentang apa yang
anda nikmati dari aktiviti masa lapang yang
lakukan: Senaman fizikal
Persaingan
Keakraban (Camaraderie)

Health & Wellness

Hobi
Bekerja secara sambilan
Memulakan satu bisnes baru atau
konsultansi
Kerja sukarelawan
Kembali ke sekolah / Pembelajaran
sepanjang hayat.
Melancong
Menulis/mengarang
Melengkapkan senarai bucket diri (iaitu
sesuatu yang anda selalu ingin lakukan).
Health & Wellness

Setiap orang memang mempunyai sesuatu atau


beberapa hobi (sesuatu aktiviti yang mendatangkan
keseronokan dan anda dapat mencapai sesuatu
daripadanya) sepanjang hayat. Contoh:
Mengumpul setem, berkebun, bersenam,
membaca, golf, menyanyi, memain alat muzik,
DIY, dll.
Definisi Hobi:
Sesuatu aktiviti masa lapang yang anda gemari dan
lakukan selalu.
Aktiviti tersebut juga mengisi masa lapang yang
agak lama dan memberikan anda banyak kepuasan.
Berterusan untuk sekurang-kurangnya beberapa
tempoh masa sehingga anda berhenti kerana
kesibukan atau apabila aktiviti tersebut hilang
tarikan kepada anda.
Health & Wellness

Sesuatu hobi juga boleh menghasilkan


pendapatan untuk anda.
Tetapi akan dikenakan cukai sekiranya ia
mendatangkan keuntungan; dan harus
mematuhi undang-undang berkaitan
dengan Jabatan Hasil Dalam Negeri)

Health & Wellness

Ada di antara kita yang mengatakan Saya tiada hobi. (Sila


rujuk kepada Bab 2 dan 10 Langkah Membina Matlamat
Hidup di mana Langkah pertama menyuruh anda
Memerhatikan kendiri yang boleh digunapakai untuk
mengenalpasti hobi anda.

Anda memang telah melakukan sesuatu yang anda


gemarkan dalam masa lapang anda.
Gelarkannya Hobi.
Contoh: menonton TV selepas makan malam,
berjalan di pasar malam, membaca surat khabar,
bersenam di gym dll.
Segala aktiviti yang anda pilih melakukannya, boleh
digelarkan sebagai Hobi; tanpa membuat penilaian
sama ada ia menghasilkan sesuatu yang bermakna
ataupun ia produktif.
Health & Wellness

10

Dua nasihat tentang memilih satu hobi:


1. Terimalah sehaja apa yang anda lakukan dalam
masa lapang sebagai apa yang anda gemar
lakukan;
2. Jangan membuat penilaian tentang apa yang
anda telah pilih.

Health & Wellness

11

Peralihan dari bekerja sepenuh masa kepada status


bersara merupakan satu perubahan besar dalam
kehidupan seseorang dan boleh menimbulkan
perasaan kebimbangan (anxiety).
Kebanyakan orang rasa takut dan stressed apabila
mereka mula berfikir tentang keadaan di mana mereka
tiada apa (dari segi pekerjaan) yang boleh mereka
lakukan.
Bekerja secara sambilan boleh: Meminimakan stres berkaitan dengan bersara,
Memudahkan peralihan ke status bersara,
Menghasilkan pendapatan tambahan yang boleh
digunakan untuk pembelanjaran seperti melancong
dan membeli sesuatu yang tidak penting.
Health & Wellness

12

Kerja sambilan tidak mudah diperolehi dan hasil


dari kerja sambilan kadang-kadang tidaklah
begitu berbaloi.
Tetapi ia merupakan satu pilihan yang boleh
mengekalkan morale/semangat mereka yang
telah bersara.
Sekiranya bekerja sambilan merupakan satu
pilihan yang menarik kepada anda, berikut
adalah 10 cadangan untuk mendapatkan kerja
sambilan:-

Health & Wellness

13

1.

Berbincang dengan majikan/penyelia anda


tentang keinginan anda terus sambung
bekerja di jawatan anda sekarang secara
sambilan, misalnya 20 jam seminggu
dengan pengurangan sesetengah faedah
sekiranya ini menjadikan tawaran anda
lebih menarik bagi majikan anda.

Health & Wellness

14

2. Berbincang dengan majikan tentang


kemungkinan anda dipertugaskan untuk
sesuatu projek yang ada kaitan dengan
kerja anda sekarang dan yang tidak
memerlukan anda bekerja sepenuh masa.
3. Setelah berbincang dengan
majikan/penyelia, bincang dan meneroka
dengan pelanggan, klein dan rakan sejawat
tentang kemungkinan anda bekerja secara
separah masa untuk sesuatu projek.

Health & Wellness

15

4.

5.

Siasat peluang bekerja dalam bidang yang


sama di syarikat atau penubuhan lain.
Pastikan anda tidak mempunyai sebarang
halangan bekerja untuk syarikat persaingan
sebelum anda memohon atau menerima
sesuatu tawaran bekerja di syarikat baru
itu.
Sekiranya anda sudah bekerja secara
sukarela dengan sesuatu organisasi,
bincang dengan pegawai berkenaan
kemungkinan anda bekerja di organisasi itu
secara sambilan.
Health & Wellness

16

6.

7.

8.

Sekiranya belum dilakukan, bekerja sebagai


seorang sukarelawan di sebuah organisasi.
Berasaskan hasil kerja anda dan juga
menggunakan petua No. 5 di atas, dapatkan satu
jawatan yang berupah di organisasi tersebut.
Tinjau kemungkinan perubahan ke satu karier
yang lain. Berasaskan pengalaman hidup dan
kerja, anda mungkin diberi kelebihan/keutamaan
jika dibanding dengan pemohon lain yang tiada
pengalaman dalam bidang yang dipohon, khasnya
anda hanya berminat bekerja secara sambilan
atau untuk jangkamasa yang pendek.
Sekiranya anda berminat untuk bekerja di kedai
runcit, bercakap dengan peniaga yang kerap
dikunjungi anda tentang kemungkinan diupah
sebagai orang juru jual di kedai tersebut.
Health & Wellness

17

9.

10.

NETWORK! Pentingnya hajat anda hendak bekerja


sambilan diketahui atau dikomunikasikan kepada
orang lain. Ada kemungkinan sekurang-kurangnya
satu antara mereka yang anda kenal sedang
mencari seorang yang bertanggungjawab dan
rajin atau mempunyai ciri-ciri yang anda telah
paparkan dalam interaksi dengannya.
Aktif secara online di media sosial (spt. Facebook,
Twitter, LinkedIn dll). Anda boleh poskan resume
dan memohon untuk projek dan jawatan melalui
platform tersebut. Rangkai on-line akan
meningkatkan visibility anda. Tetapi berhati-hati
dengan isu privasi dan penipuan on line (scams).
Health & Wellness

18

Berkemungkinan besar anda mempunyai cita-cita


menjadi bos sendiri. Ini merupakan masanya!
Memulakan satu bisnes boleh menjadi
pengalaman yang paling bermanfaat dalam
kehidupan anda.
Ia juga merupakan cara yang paling sukar dan
juga yang paling mengecewakan untuk mendapat
keuntungan wang.
Walaupun demikian, sekiranya anda mempunyai
pengalaman yang relevan dan jangkaan yang
realistik, peralihan dari seorang pekerja sepenuh
masa ke seorang pemilik perniagaan boleh
menjadi sesuatu yang menggembirakan.

Health & Wellness

19

Beberapa faktor, khasnya yang akan mempengaruhi


liabiliti cukai anda harus diberi perhatian.

perbelanjaan perniagaan yang sah boleh dihapus kira untuk


cukai anda. Ia termasuk semua perbelanjaan seperti kos
pemasaran, perjalanan, perbelanjaan undang-undang dan
bekalan serta kos untuk pejabat di rumah anda.
Di bawah peraturan tertentu, anda boleh memotong
daripada pendapatan perbelanjaan rumah (pejabat yang
beroperasi di rumah anda) tertentu yang mudah dikesan
(seperti bahagian pinjaman perumahan atau sewa, utiliti,
insurans dan penyelenggaraan). Tetapi aktiviti masa lapang
anda mesti memenuhi kriteria-kriteria tertentu untuk
dipertimbangkan sebagai bisnes. Kriteria yang penting
bukan sama ada aktiviti perniagaan tersebut telah
menghasilkan keuntungan sebelum ia dikategorikan sebagai
bisnes.

Petua: Anda perlu melaporkan pendapatan yang anda terima,


tidak kira sama ada ia adalah satu daripada aktiviti
dikategorikan sebagai perniagaan atau hobi. Pastikan anda
menyemak dengan penasihat cukai.
Health & Wellness

20

Peringatan: Bahagian ini bukanlah mengenai bagaimana


memulakan satu bisnes tetapi Bagaimana menggunakan
masa lapang anda.
Menganggap diri anda berjaya bekerja jika anda memulakan satu
perusahaan yang anda menikmati dan membolehkan anda sentiasa
aktif dan terlibat. Selagi anda tidak memerlukan wang, apa
pendapatan yang anda terima akan menjadi nilai tambahan yang
mungkin atau tidak mungkin diimbangi dengan perbelanjaan
perniagaan.

Petua: Kebanyakan pemilik perniagaan akan memberitahu anda


bahawa bekerja untuk diri mereka sendiri dan memulakan perniagaan
adalah kerja yang paling sukar dan yang pernah dilakukan. Anda
akan terlibat secara 24x7.
Anda boleh juga menjalankan perniagaan tertentu seperti sebagai
perunding, dalam waktu terhad. Jika anda sedang menerokai pilihan
ini untuk mengisi masa lapang dan produktif, anda perlu melakukan
banyak penyelidikan mengenai perniagaan yang anda sedang
mempertimbangkan supaya anda memasukinya dengan harapan dan
jangkaan yang realistik.

Health & Wellness

21

Mungkin anda pernah berfikir - Terdapat banyak


perkara yang saya boleh lakukan untuk membantu,
dan saya selalu ingin membantu organisasi
(namakan).
Berkhidmat sebagai seorang sukarelawan akan
mendatangkan manfaat peribadi dan juga
membekalkan peluang bagi anda melibatkan diri
dan juga mencabarkan.
Sekiranya anda telah terlibat sebagai seorang
sukarelawan dengan sesuatu organisasi, aktiviti
sivil, kumpulan agama atau jenis kerja yang tidak
menghasilkan upah, anda akan mendapati bahawa
wujud banyak organisasi lain yang memerlukan
bantuan dan penglibatan anda.

Health & Wellness

22

Kebanyakan daripada kita, sekolah adalah satu


keperluan, bukan sesuatu yang kita nikmati.
Tetapi apabila menjadi dewasa, kita melihat pendidikan
dari perspektif yang berbeza.
Kita mula menghargai pembelajaran sebagai satu
peluang, dan bukan kewajipan.
Sekarang apabila kita mula berfikir tentang masa
lapang, kita mungkin ingin mempertimbangkan untuk
kembali ke sekolah sebagai satu pilihan.
Apa yang penting sekarang, berbanding dengan sedekad
dahulu, adalah percambahan kursus atas talian, dan
batasan fizikal dan geografi tidak lagi menjadi sesuatu
penghalang.
Berikut adalah beberapa jenis program yang mungkin
menjadi pilihan anda:-

Health & Wellness

23

Osher Lifelong Learning Institute (OLLI)

Kolej tempatan

Continuing Education

Program bertaraf sijil

Seminar dan bengkel

Kursus-kursus untuk mengekalkan kelayakan

Program siswazah dan bukan Siswazah

MOOCs (Massive Open Oline Courses)

Menerokai peluang-peluang pembelajaran sepanjang hayat di


Malaysia.

Health & Wellness

24

Hampir kesemua orang berminat melancong


khasnya pada peringkat lewat kehidupan mereka.
Melancong merupakan satu hobi yang digemari
ramai orang dan membawa kenangan yang
berkekalan.
Menemui begitu ramai orang dari negara-negara
lain atau dari tempat lain di negara ini - boleh
membawa begitu banyak manfaat.
Sebaliknya terdapat juga banyak aspek melancong
yang tidak berapa begitu positif. Penting juga anda
menyedari kesukaran, halangan dan tekanan yang
boleh menemani anda semasa pelancongan anda.
Health & Wellness

25

Berikut adalah satu cara untuk mengaturkan


pelbagai lawatan: Pakej pelancongan:
Terdapat

banyak syarikat pelancongan yang menawarkan


pelbagai pakej pelancongan ke pelbagai destinasi.
Pakej lawatan ini boleh menjadi cara yang baik untuk anda
belajar tentang tempat baru dan paling sesuai untuk mereka
yang tidak berpengalaman atau pelancong yang lebih selesa
dengan lawatan dan jadual perjalanan dirancang untuk
mereka.
Ia juga merupakan cara terbaik untuk mereka yang membuat
lawatan perseorangan, kerana mereka boleh bertemu dengan
orang yang menarik dalam kumpulan pakej itu.

Health & Wellness

26

Mengurus

dengan agen pelancongan yang


profesional adalah cara yang baik untuk mengetahui
tentang pelbagai lawatan, dan secara amnya ia tidak
meningkatkan kos anda jika dibandingkan dengan
anda membuat tempahan lawatan itu diri sendiri.
Malah, ia mungkin lebih murah kerana agen yang
baik bekerja dengan banyak pengusaha pelancongan
dan sering boleh mendapatkan tawaran yang lebih
baik daripada seseorang individu.

Mencari

syarikat pelancongan yang baik boleh


menjadi satu cabaran, bukan sahaja kerana terdapat
begitu banyak syarikat pelancongan tetapi kerana
anda juga berpotensi ditipu.
Health & Wellness

27

Berikut adalah beberapa cara yang lain untuk


mengaturkan pelbagai lawatan:Perjalanan yang ditajakan oleh universiti:
Kumpulan alumni kolej/universiti sering
menajakan lawatan, walaupun tidak semua
pengembara yang mendaftar adalah ahli alumni.
Pengiklanan melalui kumpulan alumni merupakan
satu cara untuk menarik individu-individu yang
cenderung untuk menghadiri kuliah dan peluang
pendidikan di samping melawat.
Maklumat tentang lawatan ini selalunya disiarkan
melalui by word- of-mouth untuk alumni dari
universiti lain atau rakan-rakan mereka.

Health & Wellness

28

Contoh: Road Scholar (US)


Dahulu digelar sebagai Elderhostel, Road Scholar
menawarkan pelbagai peluang pendidikan serta
lawatan kepada mereka yang berumur 55 tahun dan
ke atas.
Road Scholar adalah sebuah organisasi bukan untuk
keuntungan; dan program perjalanannya
merangkumi perlawatan budaya, perbincangan,
mesyuarat di seluruh dunia.
Syarikat ini membekalkan pakar-pakar yang
mengendalikan perbincangan dan memaklumkan
kepada peserta tentang kawasan mereka menerokai.
Jenis lawatan ini adalah baik untuk perseorangan
yang ingin melakukan perjalanan dengan berkongsi
minat yang sama dengan orang lain.
Health & Wellness

29

Berikut adalah satu cara yang lain untuk mengaturkan pelbagai lawatan:Batuan penerbangan kerap dan mata tetamu yang kerap (Frequent
Flyer Programme): Bagi mereka yang mempunyai mata ganjaran frequent flyer
atau mata ganjaran tetamu kerap di hotel, ini adalah cara yang hebat untuk
perjalanan dan mengurangkan perbelanjaan.
Tentunya ada cabaran untuk mendapatkan penerbangan percuma ini (walaupun
kurang sedikit halangan dengan hotel), tetapi dengan membuat tempahan jauh
lebih awal boleh meningkatkan peluang anda.
Anda biasanya boleh buat tempahan perjalanan 331 hari lebih awal.
Jadi adalah penting untuk merancang dan menempah awal untuk mengambil
kesempatan dari tiket percuma ini.
Jika anda cuba menggunakan mata ganjaran frequent flyer tersebut untuk
menempah tiket kelas pertama atau kelas perniagaan, syarikat penerbangan itu
hanya boleh melepaskan satu tempat duduk pada satu masa.
Peraturan ini boleh mengecewakan; tetapi sekiranya anda boleh berunding dengan
syarikat penerbangan tersebut, anda biasanya boleh dapat tempat duduk kedua
apabila inventori dilepaskan. (Anda biasanya dimasukkan ke dalam kelas ekonomi
dan senarai tunggu untuk kelas pertama.)
Kuncinya seperti yang dikatakan adalah perancangan awal.
Anda juga akan lebih berjaya sekiranya anda boleh menjadi sangat fleksibel pada
tarikh.

Health & Wellness

30

Berikut adalah satu cara yang lain untuk mengaturkan


pelbagai lawatan:Ekspedisi:
Sama ada anda melancong berseorangan atau tidak, ini
merupakan jenis pelancongan yang telah menjadi
sangat popular kerana ramai orang suka mengembara
untuk mencari pengalaman yang unik.
Anda boleh melawat ke safari; meneroka tempattempat eksotik seperti Borneo dan gunung di Thailand,
tinggal dengan orang suku bukit; membuat pelayaran di
Sungai Amazon; melawat Antartika atau Pulau
Galapagos; dan sebagainya.
Sesetengah perjalanan tersebut adalah lebih lasak.
Health & Wellness

31

Biasanya

adalah lebih baik sekiranya ekspedisi


tersebut dibekalkan dengan pemandu atau
melalui syarikat pelancongan yang profesional.
Terdapat juga beberapa perjalanan direka
khusus untuk orang-orang kurang upaya.
Berikut adalah beberapa agensi pelancongan
yang berpengalaman merancang ekspedisi
pelancongan dengan sangat baik:www.nationalgeographicexpeditions.com dan
www.linbladespeditions.com

Health & Wellness

32

Berikut adalah satu cara yang lain untuk mengaturkan pelbagai lawatan:-

Pelayaran
Terdapat banyak jenis pelayaran - besar atau kecil, dengan cabaran
dan yang santai, berbentuk kekeluargaan atau romantik - untuk
menampung minat semua tetapi mereka boleh juga dilaksanakan
dengan pelayaran atas kapal yang mewah.
Salah satu perkara yang menarik mengenai pelayaran adalah ia
merupakan satu peluang yang hebat untuk orang kurang upaya
untuk mengalami perkara baru.
Ia bukan sahaja sangat sesuai bagi perseorangan, kerana ada orang
lain di atas kapal yang mempunyai minat yang sama untuk
berinteraksi, dan juga sesuai untuk mereka yang membuat
perjalanan dengan keluarga.
Carian internet akan menghasilkan berjuta hasil, dan dicadangkan
bahawa anda berurus dengan sebuah agensi pelancongan.
Agen itu boleh membantu anda merancang jadual perjalanan yang
terbaik dan dengan tawaran yang menarik.

Health & Wellness

33

Berikut adalah satu cara yang lain untuk mengaturkan pelbagai


lawatan:Kerjaya Sukarelawan:
Banyak organisasi menaja perjalanan di mana anda boleh
menyumbangkan masa dan kepakaran anda untuk projek-projek
tempatan di Amerika Syarikat dan di luar negara.
Anda mengambil bahagian dalam apa yang digelar
voluntourism. Bacalah kisah kehidupan tentang Paul dan Jean,
yang menawarkan masa dan kepakaran masing-masing untuk
sebuah organisasi di Afrika.
Banyak peluang boleh didapati dan anda boleh menggunakan
carian AARP yang disebut di laman (www.createthegood.org) di
mana peluang-peluang dipaparkan.
Anda juga boleh mencari melalui internet untuk percutian
sukarelawan dan mendapat berjuta kemungkinan.
Laman yang boleh dilayari adalah seperti www.volunteerguide.org
, www.globeaware.org , dan www.globalvolunteers.org.

Health & Wellness

34

Berikut adalah satu cara yang lain untuk mengaturkan pelbagai lawatan:-

RVing:
Sejenis peluang perjalanan popular di mana anda boleh memuatkan barangbarang asas rumah anda - dan haiwan kesayangan anda - ke dalam sebuah
van dan menuju keluar di lebuhraya dan terus melancong.
Anda boleh meneroka mengikut kadar anda sendiri.
Terdapat juga beribu tempat untuk anda menyambung kepada bekalan
lektrik, air, dan pembetungan.
Kenderaan rekreasi ini boleh melibatkan perbelanjaan tinggi kerana sewanya
agak mahal.
Tetapi

anda akan menjimatkan dari segi kos penginapan / hotel dan anda
dapat membawa bersama haiwan peliharaan tercinta anda.
Terdapat banyak laman web dan buku yang ditujukan untuk RVing.
Jika anda berminat merancang satu RV di jalan raya, pastikan anda gemar
memandu atau berada dalam kenderaan untuk tempoh masa yang lama,
kerana itulah merupakan asasnya apa yang anda akan lakukan.
Anda juga tidak akan dapat meletakkan atau menyambung kepada
kemudahan di kebanyakan bandar.
Jadi anda perlu memikirkan pengangkutan ke dan dari tempat yang anda
ingin melawat.

Health & Wellness

35

Walaupun melancong boleh menjadi menarik, santai dan memberi


pengalaman yang amat menyeronokkan, ia juga boleh
mengecewakan, mencabar dan penuh dengan kebimbangan utama,
khasnya dari segi keselamatan.
Jika anda merancang untuk melawat mana-mana salah satu daripada
destinasi ini lebih eksotik, semak dengan mengakses maklumat
terkini.
Anda boleh mencari isyarat perjalanan serta maklumat penting
tentang tempat-tempat tertentu dan sama ada anda memerlukan visa
dan lokasi kedutaan Amerika Syarikat.
Kesihatan diri dan keselamatan merupakan kebimbangan utama.
Mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai boleh
mengurangkan risiko.
Bertawakallah kepada persekitaran anda, merancang perjalanan anda
dengan baik dan mengetahui seberapa banyak yang anda boleh
tentang tempat-tempat yang anda akan lawati. Mempunyai pelan B
apabila berlaku serba salah - termasuk membawa telefon bimbit
tambahan untuk kecemasan atau pembungkusan ubat tambahan.

Health & Wellness

36

Paras Aktiviti:
Di mana anda berada di paras skala aktiviti
memainkan peranan yang penting dalam
perancangan perjalanan anda. Jika, contohnya,
ekspedisi anda adalah untuk orang-orang yang
sangat aktif, anda perlu mengetahui betapa aktif
yang dimaksudkan, terutamanya jika anda
mempunyai apa-apa batasan mobiliti.
Peluang untuk melancong dan mengalami
kekayaan, boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa
mengira keupayaan fizikal mereka, jika anda
melakukan penyelidikan anda dengan sewajarnya.
Pada masa yang sama, jangan biarkan keperluan
Paras Aktiviti anda menghadkan anda.

Health & Wellness

37

Perbelanjaan:
Anda boleh melakukan perjalanan secara murah atau mewah.
Ia terpulang kepada anda.
Anda akan mempunyai masa yang hebat asalkan anda selesa
dengan jumlah yang anda belanjar.
Jika anda membajet sebanyak RM5,000 dan menyedari
bahawa bajet tersebut adalah di bawah anggaran, anda tidak
akan menikmati pengalaman anda.

Begitu juga, jika anda berada di dalam lingkungan bajet anda,


tetapi menyedari bahawa penginapan tidak mencapai standad
atau jangkaan anda, anda akan tidak berpuas hati dan
pengalaman tersebut tidak akan menyenangkan.
Adakan seberapa banyak penyelidikan yang boleh supaya
anda tahu apa yang diharapkan dan untuk menentukan sama
ada jenis perjalanan sesuai dengan gaya hidup yang anda
hendaki dan yang paling nikmati.

Health & Wellness

38

Tempahan hotel dan penerbangan:


Tiada yang lebih buruk daripada perjalanan ke sesuatu bandar dan
tidak mengetahui sama ada anda mempunyai tempat tidur untuk
malam itu.
Untuk mengurangkan kebimbangan tersebut, rancang dan mencari
satu tempat pagi itu.
Mengetahui apa yang anda suka adalah langkah pertama dalam
perancangan untuk pengalaman perjalanan yang hebat.
Satu lagi pertimbangan mengenai ketersediaan adalah
memaksimumkan peluang anda untuk menggunakan pembatuan
frequent flyer dan mata ganjaran hotel tetamu.
Ia boleh menjadi begitu mengecewakan sekiranya anda mempunyai
beribu-ribu mata pembatuan tetapi tidak dapat menggunakannya.
Semua ini boleh dielakkan sekiranya anda merancang dengan lebih
awal.

Health & Wellness

39

Haiwan peliharaan:
Melainkan anda memandu atau sanggup membayar wang
tambahan untuk menerbangkan haiwan kesayangan anda,
anda perlu membuat perancangan bagi haiwan kesayangan
anda yang perlu ditinggalkan di rumah.
Perancangan awal adalah cara terbaik untuk memastikan
bahawa haiwan kesayangan anda dilindungi.
Pilihan tersebut adalah termasuk kennels, tempat asrama,
dan pengasuh tempatan yang akan menjaga haiwan
kesayangan anda di rumah atau semasa anda berada di
sesutu tempat jauh.
Semakin lebih banyak hotel dan motel membenarkan
haiwan peliharaan dengan syarat dikenakan bayaran
tambahan. Tetapi kebanyakan tempat ini menghadkan
bilangan bilik di mana haiwan kesayangan boleh diterima.
Buat perancangan awal untuk memastikan ketersediaan.

Health & Wellness

40

Kelewatan:

Kelewatan berlaku disebabkan pelbagai jenis alasan, termasuk cuaca dan masalah
mekanikal. Ada di antaranya tidak dapat dielakkan dan ada yang di luar kawalan
anda.
Tetapi anda boleh mengurangkan kemungkinan alasan lain, dan lebih penting lagi,
mengurangkan kesannya.
Jika anda menuju ke sebuah pulau syurga dan hanya mempunyai satu penerbangan
sehari, anda pasti tidak mahu ketinggalan pesawat kerana sesuatu yang anda boleh
elakkan, seperti tidak memperuntukkan masa yang mencukupi antara penerbangan,
atau tidak mengambil kira trafik ke lapangan terbang, atau masa untuk pemeriksaan
keselamatan.
Masa tambahan yang anda berada di lapangan terbang adalah berbaloi jika
dibandingkan dengan risiko ketinggalan penerbangan.
Untuk mengurangkan risiko kelewatan, elakkan dari memandu ke lapangan terbang
atau terbang semasa waktu peak.
Pada musim panas, anda mungkin mahu mengelakkan penerbangan lewat petang
kerana ribut petir. Beri perhatian kepada laporan cuaca di bandar anda berlepas, dan
bandar-bandar ketibaan.
Jika anda memandu ke destinasi anda, merancang laluan dan cuba mengelakkan
perjalanan melalui kawasan bertrafik tinggi pada waktu sibuk.
Kadang-kadang jalan alternatif boleh menjadi lebih cepat, walaupun ianya adalah
lebih panjang dari segi pembatuan. Banyak laman web dan alat atas talian boleh
membantu anda memberikan tips perjalanan.

Health & Wellness

41

Perseorangan:
Banyak lawatan, pelayaran, dan perjalanan pra-bayar
mendasarkan kadar penghunian berganda dan mengenakan
Tambahan Perseorangan - yang boleh menjadi sebanyak
50 peratus lebih daripada setengah daripada kadar
double.
Sebagai contoh, jika kadar penghuni berdua ialah RM100,
kadar separuh boleh menjadi sebanyak RM75 (50% lebih
daripada RM50).
Rancang sewajarnya dan sekiranya anda mempunyai rakan
dengan siapa anda selesa dengan membuat perjalanan
bersama, berkongsi bilk dengannya merupakan salah satu
cara untuk menjimatkan wang .
Sebaliknya jika anda kurang selesa dengan berkongsi bilik
yang sempit dan akan menjejaskan perjalanan anda, ia
mungkin bukan cara yang terbaik untuk mengurangkan kos.

Health & Wellness

42

Masa lapang merupakan masa yang amat sesuai untuk menulis


sama ada menulis novel, surat (kepada kawan dan sepupu atau
kepada penerbit surat khabar atau majallah) atau blog.
Salah satu cara terbaik untuk memulakan adalah untuk menulis
tentang kehidupan anda.

Setiap orang mempunyai cerita dan kebanyakannya agak menarik, bukan


sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk anak-anak dan cucu-cucu kita. Ini
adalah cara kami memelihara sejarah dan membantu generasi akan datang
mencari akar mereka.

Duduk di hadapan komputer anda dan mula menulis tentang riwayat


peringkat awal anda. Jangan mengedit sendiri dan tidak menghadkan
diri anda - sekurang-kurangnya tidak pada peringkat awal anda baru
bermula.
Hanya mula menaip dan melihat di mana ia pergi. Anda akan kagum
betapa mudahnya perkara mula datang. Masukkan seberapa banyak
anekdot yang anda boleh ingat, kerana mereka akan menambah
warna dan personaliti untuk cerita anda.
Terangkan kepada pembaca anda segala tentang sejarah keluarga
anda, di mana anda dibesarkan, apakah maknanya untuk anda.
Bayangkan cucu anda duduk di atas riba anda menghirup dan
terpesona oleh cerita anda ketika anda masih muda. Apa yang
sedang berlaku di dunia apabila anda berumur seperti cucu anda
sekarang.
Health & Wellness

43

Fokus kepada apa yang berlaku di dunia - dunia peribadi


anda - apabila anda berusia antara 14 sehingga kira-kira
17 atau 18 tahun.
Terdapat teori yang menyatakan bahawa pegangan anda
kini adalah berasaskan apa yang anda melalui semasa di
lingkungan usia tersebut kerana ia merupakan usia yang
anda mula membentuk falsafah hidup dan kesedaran
tentang diri anda.
Ini berlaku semasa pertengahan remaja. Menjelaskan
kepada pembaca apa yang penting kepada anda.
Ceritalah tentang perasaan anda.
Kemudian cerita tentang tahun kemudian anda, kerjaya
anda, dan keluarga anda sekarang. Ia adalah satu
latihan yang menyeronokkan dan jangan bimbang
tentang mendapatkan perkataan sempurna atau
tentang ejaan atau tatabahasa.
Hasilkan cerita-cerita tersebut. Keluarga anda akan suka
apa yang anda hasilkan.
Health & Wellness

44

Banyak telah ditulis mengenai mewujudkan dan


melengkapkan 'senarai bucket', iaitu satu senarai
pencapaian yang anda ingin mencapai atau
pengalaman yang anda ingin dalam hidup anda.
Ia menggambarkan bahawa kehidupan kita
tidaklah terhad, jadi kita harus hidup hayat kita
dengan sepenuhnya jika boleh.

Health & Wellness

45

Berikut adalah 10 petua untuk mewujudkan dan


melengkapkan senarai bucket diri kita:1. Memerhatikan Diri:
Ketika berfikir tentang item yang anda ingin
memasukkan dalam senarai bucket anda, rujuk
kepada apa yang anda lihat di dalam tingkah laku
anda sendiri seperti anda lakukan apabila
membuat senarai matlamat dan hobi.

Dengan mengambil kira kegemaran atau bukan


kegemaran anda atau perkara-perkara yang
mendorong anda untuk bertindak (atau tidak
bertindak) - boleh membantu anda mewujud dan
akhirnya melengkapkan senarai bucket tersebut.
Health & Wellness

46

2. Melanjutkan apa yang anda lakukan.

Sebaik sahaja anda tahu apa yang anda suka lakukan,


mudahlah bagi anda mencipta item baru untuk senarai
anda.

Jika anda telah menikmati memancing, sebagai


contoh, anda boleh mengambilnya ke satu tahap yang
lebih tinggi dalam senarai bucket anda dengan,
katakan, mendaftar di sebuah sekolah memancing
atau memasuki pertandingan memancing.
Jika anda suka menonton TV, anda mungkin mahu
membuat rancangan TV anda sendiri atau membantu
di stesen TV tempatan anda.
3. Perhatikan orang lain.
Melihat apa yang orang lain lakukan atau mempunyai
di dalam senarai bucket mereka adalah cara yang baik
untuk merealisasikan aspirasi anda sendiri.

Health & Wellness

47

4. Berangan-angan.

Biarlah pemikiran anda menjadi bebas.


5. Realistik.

Menilai semula imaginasi liar anda dan bandingkan


dengan kekangan.

Anda mungkin bermimpi melakukan perjalanan ke


angkasa lepas, tetapi melainkan anda mempunyai
banyak wang atau kenal seorang yang memiliki
kapal angkasa, tidak ada kemungkinan anda akan
menyelesaikan perkara ini.

Tahap skala aktiviti juga akan menghadkan senarai


bucket anda.

Health & Wellness

48

6. Spesifik.

Senarai bucket tidak boleh dinyatakan secara kurang


jelas atau umum. Jika tidak ia lebih mirip kepada
kategori matlamat.

Semakin spesifik, lebih mudah bagi anda


melengkapkan senarai tersebut.

Yang lebih penting lagi, semakin khusus item senarai


tersebut, lebih mudah ia dijadikan item senarai bucket
kerana pelbagai perkara boleh muncul dari satu jenis
aktiviti. Misalnya "Belajar Bahasa Sepanyol" adalah
terlalu umum.

Sebaliknya cuba "Belajar Bahasa Sepanyol ke satu


peringkat supaya boleh mengendalikan perbualan
dengan penutur asli, tanpa menggunakan bahasa
Inggeris." Kemudian anda juga boleh tambah
'melakukan perjalanan ke Mexico' sebagai satu lagi
item senarai bucket.

Health & Wellness

49

7. Semak semula senarai anda secara


berkala. Senarai ini tidak statik. Anda perlu
menyemak secara berkala untuk melihat jika
apa yang ada dalam senarai itu masih perlu
berada di sana dan masih berkemungkinan.
Sepuluh tahun dari sekarang kemungkinan
besar anda tidak lagi berminat melakukan
melompat bungee dari sebuah jambatan.
8. Merenong tentang proses mencipta
senarai bucket anda.
Apakah senarai tersebut memberitahu anda
tentang diri anda? Siapakah anda? Apakah
makna senarai bucket ini kepada anda?

Health & Wellness

50

9. Fikirkan tentang apa yang sebenarnya


diperlukan bagi melengkapkan sesuatu item.
Mencapai atau menyempurnakan item yang
mempunyai manfaat sendiri. Tetapi dalam
menganalisis apa yang terlibat, anda mungkin
mendapati bahawa proses tersebut tidaklah
begitu menarik kepada anda. Misalnya satu item
senarai bucket ialah membuat satu perjalanan
jalan raya di seluruh negara dan kembali, ini akan
melibatkan anda mungkin menghabiskan 90 jam
atau lebih untuk memandu.

Adakah anda masih hendak sempurnakan item


tersebut?

Health & Wellness

51

10. Belajar daripada item lain dalam senarai bucket


anda.
Apabila anda telah menyempurnakan satu item, apakah
yang anda belajar dari itu?
Adakah ia semata-mata tentang pencapaian anda atau
adakah aktiviti itu sendiri yang benar-benar menghasilkan
pembelajaran untuk anda? Misalnya belajar bermain
piano merupakan segala yang anda harapkan?
Jika ya, mungkin ada sesuatu yang anda boleh tambah
kepada senarai tersebut, seperti membuat persembahan
dalam satu resital piano. Atau snorkeling di Caribbean
adalah menakjubkan untuk anda, berfikir tentang belajar
untuk menyelam SCUBA.

Health & Wellness

52

Masa kecil, kita sering ditanya, "Apa yang anda


mahu menjadi apabila anda membesar?.
Sekarang sudah membesar, kita mungkin tidak
akan berfikir banyak mengenai apa yang kita
hendak jadi.
Tetapi seperti yang kita merenong tentang
kehidupan kita, terutamanya jika kita tidak lagi
bekerja sepenuh masa, kita agak bimbang
dengan menjawab soalan "Apa yang saya mahu
lakukan dengan seluruh hidup saya?

Health & Wellness

53

Bab ini telah memberikan sedikit panduan


untuk anda menjawab soalan tersebut di atas.
Cadangan sama ada anda terus bekerja,
memulakan satu bisnes atau melibatkan diri
dalam aktiviti masa lapang atau kerja sukarela
harap telah membantu anda memfokus kepada
pilihan yang amat sesuai untuk anda.
Topik ini juga mengilhamkan anda untuk
mencuba sesuatu yang baru, menerokai and
mengembangkan horizon anda melalui
melancong atau hobi baru.
.
Health & Wellness

54

Anda mungkin juga menyukai