Anda di halaman 1dari 5

KONSRUKTIVIME

1.1 Pengenalan
Dalam sistem pendidikan terkini di Malaysia, guru pelatih sains dan matematik yang sedang
menuntut di universiti tempatan atau maktab perguruan kerap didedahkan kepada pelbagai teori
pengajaran baru. Teori-teori seperti konstruktivisme, kontekstual, masteri dan inkuiri-penemuan,
ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Dalam kajian ini, penyelidik ingin
menumpukan perhatian terhadap pengetahuan guru pelatih tentang konstruktivisme yang amat sesuai
dengan kehendak pendidikan sains dan matematik terkini. Selain itu, penyelidik akan fokus terhadap
golongan guru pelatih sains dan matematik yang sedang menjalankan latihan mengajar di sekolah.
Penyelidik ingin mengkaji sama ada golongan guru pelatih dapat mencari titik keseimbangan
pengetahuan teori konstruktivisme dengan pelaksanaan praktis.
Menurut Ahmad Ramli (2002), pengajaran dan pembelajaran berdasarkan fahaman
konstruktivisme dapat menggalakkan dan memberi ruang kepada murid untuk mengamal dan
memperkembangkan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. Pandangan ini selaras dengan
objektif Kurikulum Sains dan Matematik KBSM yang menggalakkan latihan minda, supaya rakyat
Malaysia berkemampuan berfikiran terbuka dan reseptif kepada idea baru.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) juga telah bertungkus lumus menghasilkan satu modul yang
bertajuk Pembelajaran Secara Konstruktivisme supaya dapat membantu guru memahami dan
mengamalkan strategi tersebut. Ini menunjukkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberi
penekanan yang tinggi atas pelaksanaan teori konstruktivisme, khususnya bagi subjek sains dan
matematik.
Dari segi latihan mengajar pula, antara satu faktor yang penting dalam situasi latihan
mengajar bagi guru pelatih sains dan matematik ialah membuat keputusan tentang kaedah yang
terbaik dalam penyampaian subjek mereka. Menurut Kertas Kerja yang bertajuk Persediaan
Rancangan Pengajaran dan Penilaian Pengajaran Guru Pelatih oleh Abu Hassan (2003),
penyampaian merupakan pengajaran sebenar, di mana segala konsep, prinsip dan fakta yang
berkaitan dengan tajuk akan disampaikan kepada murid. Penyampaian yang berkesan melibatkan
usaha guru menggunakan segala kemahiran, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan yang
tertentu yang sesuai untuk menyampaikan bahan pengajaran.
Di samping itu, dalam modul Pembelajaran Sains dan Matematik pula, Meor Ibrahim (2001)
telah menyatakan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, walau apapun
strategi yang digunakan oleh guru, penekanan perlu diberikan kepada pendekatan konstruktivisme,
dengan memberi peluang kepada pelajar supaya terlibat secara aktif. Oleh itu, guru pelatih sains dan
matematik haruslah memahami konsep konstruktivisme dengan lebih mendalam dan teliti sebelum
mula menjalani latihan mengajar supaya dapat melaksanakan pengajaran secara konstruktivisme
dengan lebih berkesan.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan terdapat beberapa kesulitan berkaitan
dengan pelaksanaan pembelajaran secara konstruktivisme. Sebagai contoh, guru pelatih merasa
kawalan kelas agak merosot kerana mereka tidak mengajar, amalan yang dimajukan dalam
pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik dan sebagainya.
197
Namun demikian, memandangkan pelaksanaan konstruktivisme sungguh
digalakkan dan dipentingkan oleh pelbagai pihak yang berkaitan, guru pelatih
menghadapi cabaran mencari titik keseimbangan di antara pengetahuan
tentang teori konstruktivisme dan kenyataan praktis semasa mengajar.
Penyelidik harap kajian kes dan cadangan yang dikemukakan dapat memberi

idea dan panduan kepada pihak-pihak yang tertentu, khasnya guru pelatih sains
dan matematik semasa menjalankan latihan mengajar di sekolah.
2. Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun
dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran
dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak
ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada
guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut
mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan
guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu
skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan
dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam
persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya
telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap
persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur
kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik
dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk
ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu
bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir
semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini
diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap
kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh
guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang
cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam
setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah.
Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara
melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan
oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid
membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah

tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran
sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa
yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk
membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau
mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja,
sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi
perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan
mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang
saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi
Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains.
Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih
memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi
kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru
akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses
berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber
pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan
sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka
bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt
dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator
dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan
dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid
mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang
membina fahaman sendiri.

TEORI KONSTRUKTIF
PENDAHULUAN
Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau
lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui
perubahan dalam tingkah laku dan percakapan.
Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi
memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid
serta para pelajar.Salah satu teori yang ditemui ialah teori
konstruktif.Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini
menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara
satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain
mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai
ciri-ciri perlakuan yang berbeza.Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta
peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi
sesuatu konsep dan pengetahuan.

1
DEFINISI
Sebelum kita membincangkan masalah yang di utarakan ini,terlebih dahulu kita
perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan konstruktif.Konstruktif di
ambil dari perkataan bahasa Inggeris konstruktivisme yang membawa maksud
falsafah membina.Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap
bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam
minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui
proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru
yang berkaitan.Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam
merialisasikan teori ini.
Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational Phychology,A
Contemporary Approach halaman 177 menyebut Constructivisme...an approach
to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own
sense of what is being learned by building internal or relationship among the
ideas and fact being taught.
Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang
menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap
perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta
yang sedang diajar atau dipelajari.
Apabila kita merujuk kembali kepada persoalan yang ditimbulkan ini iaitu
untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan fahaman
2
konstruktif tidak boleh tidak dua pihak perlu diberi tumpuan iaitu murid dan guru.
Setiap kumpulan ini mempunyai peranan mereka yang tersendiri bagi
merealisasikan perjalanan teori ini.
PERANAN GURU
Pengamal teori konstruktif berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus
bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai
ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tanpa menafikan hak mereka di dalam
mengutarakan sebarang pendapat mahupun idea yang berkaitan dengan
pembelajaran pada waktu itu..keadaan ini secara tidak langsung menjadi
penyokong kepada minat murid dalam pembelajaran dan akan terhapusnya
situasi keterasingan di kalangan pelajar dan murid-murid sendiri.Kefahaman
murid terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan mengabung
jalinkan antara pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina.
Selain dari itu guru perlu mengelakan diri dari beranggapan bahawa
minda murid sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan
pengetahuan baru sebaliknya mengambil kira,menilai,mengukur keterlibatan dan
kefahaman mereka dalam mengembangkan maklumat yang disampaikan
sewaktu proses P&P.Peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator juga
dapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar dengan baik. Di dalam
menghadapi situasi di mana kewujudan murid yang enggan melibatkan diri di
dalam aktiviti P&P,Golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam
3

mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan pelbagai persoalan sebagai


ransangan terbaik sebagai jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalam
menemukan idea-idea terbaru.Melaui teori konstruktif ini kita tidak lagi melihat
aktiviti P&P berpusatkan murid.
PERANAN MURID
Perbincangan teori konstruktif menyatakan bahawa murid sekali-kali tidak
menganggap guru hanya sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai sesuatu
dari sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan
peransang bagi mereka berfikir dan berkomunikasi.Ilmu baru yang terbentuk
adalah berasakan kepada inisiatif diri individu dan perkongsian pandangan
dikalangan mereka selain mengadaptasi setiap pengalaman yang dilalui dengan
alam sekeliling sewaktu sesi P&P berjalan.Dengan wujudnya lontaran-lontaran
idea dan pengalaman murid ini secara tidak langsung berjaya memecahkan
suasana dingin di kalangan pelajar itu sendiri.
KESIMPULAN
Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk muridmurid
belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan
kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan
kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada.Keadaan ini menuntut
agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara
individu.walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu
4
diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada
pelajar di dalam merialisasikan dalam kehidupan seharian mereka.
BIBLIOGRAFI
1. Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah):
Kompenan 1 & 2. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
2. Ramlah Jantan. (2004). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kotemporari.
Edisi Revisi. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3. Modul Ilmu Pendidikan. Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
4. Sumber Internet

Anda mungkin juga menyukai