Anda di halaman 1dari 3

Tajuk 2 : Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga

A. Pendahuluan
- Bila ,siapa dan ke mana pergi
- Dengan apa
- Tujuan
B. Isi-isi penting
ISI 1. Sebelum pergi
- Persediaan
- Bawa bekalan makanan
- Bapa memeriksa kenderaan
- Jam berapa bertolak
ISI 2. Semasa dalam perjalanan
- Berbual-bual
- Melihat pemandangan dari dalam kereta
ISI 3. Semasa tiba
- Suasana tempat tersebut
- Menurunkan barang
- Cari tempat yang sesuai.
ISI 4. Aktiviti-aktiviti lain
- Mandi
- Membina istana pasir
- Membeli cenderamata
- Mengambil gambar
Penutup
- Waktu pulang.
- Perasaan
- Waktu tiba di rumah

Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga


Pada cuti persekolahan yang lalu kami sekeluarga pergi berkelah ke Pantai Pasir Tengkorak..
Kami ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah . Kami ke sana kerana ingin bercuti
di samping ingin merapatkan hubungan keluarga.
Sebelum pergi kami telah membuat persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan
makanan dan pakaian kami. Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat di bawa
dengan selamat. Akhirnya kami sekeluarga mula bertolak pada jam 8.00 pagi.
Semasa dalam perjalanan ke tempat perkelahan itu kami sekeluarga berbual-bual. Saya
pula mengambil peluang mengambil gambar keindahan alam semulajadi dari dalam kereta. Ada
juga ahli keluarga saya yang tertidur di dalam kereta.
Kami tiba di Pantai Pasir Tengkorak pada jam 9.00 pagi. Suasana di tempat tersebut
sangat meriah dengan ramai orang membawa keluarga masing-masing. Kami menolong ibu
mengeluarkan barang-barang perkelahan. Ayah pula mencari tempat yang sesuai untuk
membentang tikar. Selepas itu saya dan adik-adik menukar pakaian untuk mandi.
Selain mandi saya dan adik juga membina istana pasir. Setelah penat bermain dan mandi
manda kami sekeluarga menikmati bekalan makanan yang disiapkan oleh ibu. Setelah selesai
makan, kami sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Sebelum balik, kami juga sempat
membeli cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan.
Pada jam 6.00 petang kami mula bertolak pulang. Perasaan kami pada masa tersebut
sangat gembira dan seronok. Akhirnya, kami tiba di rumah pada jam 7.00 malam.

PENGALAMAN BERCUTI DI KAMPUNG

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pulang ke rumah nenek
saya di kampung. Sehari sebelum ke sana, kami semua sibuk mengemas barang
masing-masing untuk dimasukkan ke dalam beg sebelum diletakkan di dalam bonet
kereta. Kakak saya mengemas rumah kerana kami akan bercuti lama di kampung.
Keesokan harinya, kami bangun awal pagi untuk membersihkan diri. Setelah
solat Subuh, kami segera bertolak ke rumah nenek saya. Disebabkan terlalu gembira,
saya langsung tidak dapat melelapkan mata. Kami singgah di perhentian untuk
bersarapan pagi. Saya agak terkejut apabila mendapati harga makanan- makanan yang
dijual sangat mahal tidak standing dengan makanan yang disediakan. Setelah membeli
sebungkus nasi lemak, saya makan bersama keluarga di tempat yang telah disediakan.
Walaupun masih awal, tetapi perhentian itu semakin penuh. Mungkin mereka
bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya pada sebelah petang.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Setelah empat jam perjalanan, kami pun tiba
di rumah nenek.
Nenek dan datuk kelihatan gembira dengan kedatangan kami semua. Mereka
menyambut kami dengan mesra. Saya dan kakak berlumba untuk memeluk nenek.
Kemudian kami mengangkat barang yang dibawa ke dalam kereta. Setelah semua
selesai, kami makan tengah hari yang dimasak oleh nenek. Masakan nenek yang
sungguh enak membuatkan saya dan kakak tidak berhenti makan. Ibu dan ayah hanya
melihat tingkah laku kami sambil tergelak kecil.
Pada petang itu ,datuk telah membawa kami ke dusun buahnya yang tidak jauh
dari rumah. Di dusun datuk terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti
rambutan, durian, manggis dan banyak lagi. Saya dan kakak memakan buah rambutan
yang dikait datuk. Kami membawa pulang beberapa ikat buah rambutan ke rumah.
Keesokan harinya, kami bersama-sama pergi memancing ikan di sungai. Saya
berasa sungguh seronok apabila mendapat banyak ikan. Kami memasak asam pedas
menggunakan ikan-ikan tersebut. Setelah seminggu, kami pun berkemas-kemas untuk
pulang ke rumah. Walaupun agak sedih, namun saya tetap gembira dapat bercuti di
kampung.

Anda mungkin juga menyukai