Anda di halaman 1dari 15

KOLEJ VOKASIONAL

PORT DICKSON

PERKAHWINAN
NAMA PELAJAR

AMNI AKRAM BIN DZULKARNAIN

IC. NO

970529-05-5413

KURSUS

1 DVM ISK

NAMA PENSYARAH

USTAZ MOHD HANIF BIN ABDUL


RAHIM

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

HUKUM PERKAHWINAN

HUKUM HAKAM PERKAHWINAN

KAIFAT PERKAHWINAN

JENIS-JENIS PERKAHWINAN

HIKMAH PERKAHWINAN

9-10

MERISIK DAN MEMINANG

11-12

RUKUN NIKAH

13-14

10

LAMPIRAN

15

11

RUJUKAN

16

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hirrabbilalamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat


ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini
dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz Mohd Hanif
Bin Abdul Rahim, Pensyarah Tasawwur Islam, di atas kesudian beliau memberi tugasan
ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan
tugasan ini berlaku.
Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu kami secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigmadalam era globalisasi ini, begitulah
dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai
pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.
Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,
begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa
ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.
Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai
renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun. Tetapiadakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita


supaya diredhai Allah. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di
antara lelaki dan wanita, keindahan hidup tidak dapat dikecapi sebaiknya.
Kerana itu perkahwinan disyariatkan.
Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturanperaturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang
mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama
ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa
dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar-Rum: ayat 21 yang bermaksud:
Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat
kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin
mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat
sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat
yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk
dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan
mengakibatkan kehancuran. Justeru untuk menjaga agar
perkahwinan di kalangan umat Islam di Pulau Pinang
dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Pulau Pinang telah membuat beberapa

Sebahagian
Para
Ulama
Membahagikan Hukum Nikah
Kepada 5 Hukum Berikut:-

HUKUM
HARUS

WAJIB

Bagi orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin
dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Bagi orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh
menjerumuskannya ke dalam kemaksiatan (perzinaan dan sebagainya)
sedangkan ia seorang yang berkemampuan untuk berkahwin.
Bagi orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunyadari godaan.

SUNAT
MAKRUH Bagi orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi
sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau
tiada nafsu yang kuat atau orang yang mempunyai keinginan atau hasrat
bernikah tetapi ia belum mempunyai bekalan untuk memberi nafkah dan
menanggung isterinya.
Bagi orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah zahir dan batin
HARAM serta ia sendiri tidak berkuasa (lemah) dan tiada keinginan berkahwin. Atau
dia mempunyai niat yang buruk, seperti berniat menyakiti dan
menganiaya perempuan yang bakal dikahwininya.

Perkahwinan adalah suatu yang


disarankan kepada orang yang
mempunyai nafsu yang kuat
sehingga boleh memungkinkannya terjerumus ke lembah maksiat (rogol, zina, liwat dan
sebagainya) sedangkan dia seorang yang telah berkemampuan iaitu dia berkemampuan
membayar mahar (mas perkahwinan) dan mampu memberi nafkah kepada bakal
isterinya.
Dalam permasalahan pemilihan di antara 2 ibadah wajib, boleh didahulukan
perkahwinan daripada menunaikan ibadah haji kerana khuwatir akan berlaku penzinaan,
tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana
beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam


Pemilihan Calon Suami dan Isteri:
Ciri-ciri suami yang baik:
1.

Beriman, bertakwa dan soleh.

2.

Berketurunan baik dan berilmu.

3.

Bertanggungjawab, penyayang dan bertimbang rasa.

Perempuan yang haram dikahwini:


Haram sementara iaitu:
Perempuan yang dicerai dengan talak tiga, perempuan yang bersuami dan perempuan
yang masih dalam idah.
Haram selama-lamanya iaitu:
Persemendaan, ibu tiri dan ke atas, menantu perempuan dan ibu mertua.
Penyusuan, ibu susuan dan ke atas, anak susuan dan adik beradik susuan.
Keturunan, ibu, nenek dan ke atas serta anak perempuan, cucu dan ke bawah.

Poligami:
Perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di
dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di
negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada
syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya
dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
Poliandri:
Perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki
(konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet,
orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat
Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga
menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab
Mahabhrata.
Monogami:
Perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan
sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana
perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah suci di dalam Tuhan
Kristus untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali
(seperti mazhab Katolik).

Perkahwinan merupakan suatu ketentuan dari ketentuan-ketentuan Allah di dalam


menjadikan dan menciptakan alam ini. Perkahwinan bersifat menyeluruh, umum, berlaku
tanpa kecuali baik bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Antara hikmah
perkahwinan ialah:
1.

Untuk memelihara jenis manusia

Dengan perkahwinan, manusia dapat melangsungkan kelanjutan jenis keturunannya,


dengan jalan berkembang biak dan saling berhubungan antara satu sama lain, dalam
rangka mewariskan bumi Allah dengan segala yang ada di atasnya. Dan tampak dengan
jelas bahawa berkembang biaknya dan keterpautan satu dengan lainya ditujukan untuk
memelihara kelanjutan jenis kehidupan manusia, sebagai salah satu bukti hasil
perkahwinan ini iaitu melakukan pendidikan anak-anak, baik tentang jasmani mahupun
tentang akhlaknya.
2.

Untuk memelihara keturunan.

Dengan perkahwinan sebagaimana yang telah diatur oleh syariat Allah s.w.t kepada
hamba-hambanya, anak-anak itu sentiasa berbangga dengan keturunannya orang tua
mereka. Jelas disini bahawa garis keturunan ini menentukan bentuk pendudukan yang
dapat mengekalkan kemuliaan bagi setiap keturunan. Seandainya tidak ada perkahwinan
sebagaimana telah ditentukan oleh Allah untuk meramaikan masyarakat dengan anakanak, kemuliaan dan keturunan jenis manusia akan punah. Dengan garis keturunan ini,
pertanggungjawaban pendidikan akhlak dan memelihara segala bentuk kejahatan.
3.

Menyelamatkan masyarakat dari kerosakan akhlak

Dengan perkahwinan, masyarakat dapat diselamatkan dari kerosakan akhlak dan


mengamankan setiap individu dari kerosakan pergaulan.Tampak dengan jelas bahawa
tabiat manusia sentiasa condong kepada jenis lainnya, Hal ini tidak dapat dipenuhi
kecuali dengan jalan perkahwinan yang diatur dengan syariat Allah. Dengan perkahwinan
ini, umat dapat diselamatkan, baik secara individual mahupun sosial, dengan budi pekerti
yang mulia. Inilah salah satu dari fungsi risalah yang telah dibawa oleh Rasulullah saw.
Amat tetap apa yang disabdakan Nabi saw dalam para pemuda agar mereka melakukan
perkahwinan.

4.

Menyelamatkan masyarakat daripada sebarang penyakit.

Dengan perkahwinan,masyarakat dapat diselamatkan dari bermacam-macam penyakit


yang dapat menjalar dengan cepat, yang berjangkit diantara aggota masyarakat akibat
perzinaan,pergaulan keji, dan haram. Diantara bentuk penyakit ini ialah penyakit sipilis,

penyakit raja singa, dan penyakit keturunan yang dapat mengancam orang-orang dewasa
dan anak-anak.
5.

Untuk mententeramkan jiwa setiap individu.

Perkahwinan dapat mententeramkan jiwa cinta kasih yang dapat melembutkan perasaan
antara suami-isteri, tatkala suami selesai bekerja pada siang hari dan kemudian kembali
kerumahnya pada waktu petangnya. Ia dapat berkumpul dengan isteri dan anak anaknya.
Hal ini dapat melenyapkan semua kelelahan dan deritanya pada siang hari. Dan begitu
juga isteri ketika berkumpul dengan suaminya, dan berjumpa dengan suaminya pada
waktu tersebut. Demikianlah yang dapat diperoleh pada setiap pribadi suami isteri.
Mereka saling melindungi dan mententeramkan serta membahagiakan.

10

MERISIK
Merisik merupakan langkah pertama untuk mendirikan rumahtangga. Amalan ini
menjadi kebiasan bagi pihak lelaki yang berkenan kepada seseoang perempuan untuk
dijadikan teman hidupnya. Walaupun begitu tidak salah sekiranya pihak perempuan
merisik lelaki yang menjadi pilihannya. Amalan ini biasanya dilakukan sendiri oleh ayah
atau ibu pihak lelaki atau menghantar wakil berkunjung ke rumah keluarga perempuan
yang menjadi pilihan pihak lelaki.
Tujuannya ialah hendak bertanya-tanya perihal anak perempuan keluaraga tersebut
sama ada sudah dipinang orang atau belum, serta menyatakan hajat pihak lelaki untuk
melamarnya. Sekiranya risikan itu mendapat jawapan yan positif, maka pihak lelaki boleh
membuat keputusan sama ada hendak meneruskan hasratnya atau membatalkannya.
Perkara yang dibincangkan dalam merisik:
1.

Pengenalan keluaraga lelaki dan perempuan.

2.

Pengenalan anak lelaki dan perempuan.

3.

Menyatakan hasrat merisik.

4.

Persefahaman antara kedua-dua belah pihak.

5.

Menerima atau menolak hasrat pihak lelaki.

MEMINANG
Meminang ialah Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil
dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh
ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah

11

dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang
muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat.
Mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh.
Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat,
walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu.
Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati
dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah
menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah
dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang
dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai putus cakap. Ini bermaksud
pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang
demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal
dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa
pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan
orang.
Cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka
masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin
kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan
ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka.
Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua
anak itu berkahwin.

Syarat Bakal Suami.


Syarat Bakal Isteri.
Syarat Wali.

12

Syarat Saksi.
Syarat Ijab dan Kabul.

Syarat Bakal Suami

Syarat Bakal Isteri

1.

Islam.

2.

Bukan lelaki mahram dengan bakal


isteri.

3.

Mengetahui wali yang sebenar bagi


akad nikah tersebut.

4.

Bukan dalam ihram haji atau umrah.

5.

Dengan kerelaan sendiri dan bukan


paksaan.

6.

Tidak mempunyai empat orang isteri


yang sah dalam satu masa.

7.

Mengetahui bahawa perempuan yang


hendak dikahwini adalah sah dijadikan
isteri.
Islam

i.

ii. Perempuan yang tertentu


iii. Bukan perempuan mahram dengan
bakal suami
iv. Bukan seorang khunsa
v.

Bukan dalam ihram haji atau umrah

vi. Tidak dalam idah


vii. Bukan isteri orang

Syarat Wali

1.

Islam, bukan kafir dan murtad.

2.

Lelaki dan bukannya perempuan.

3.

Baligh.

13

Syarat Saksi

4.

Dengan kerelaan sendiri dan bukan


paksaan.

5.

Bukan dalam ihram haji atau umrah.

6.

Tidak fasik.

7.

Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua


dan sebagainya.

i.

Sekurang-kurangya dua orang.

ii. Islam.
iii. Berakal.
iv. Baligh.
v.

Lelaki.

vi. Memahami kandungan lafaz ijab dan


qabul.
vii. Dapat mendengar, melihat dan
bercakap.

Syarat Ijab dan Qabul

1.

Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan


ijab.

2.

Tiada perkataan sindiran.

3.

Dilafazkan oleh bakal suami atau


wakilnya (atas sebab-sebab tertentu).

4.

Tidak diikatkan dengan tempoh waktu


seperti mutaah(seperti nikah kontrak).

5.

Tidak secara taklik(tiada sebutan


prasyarat sewaktu qabul dilafazkan).

6.

Menyebut nama bakal isteri.

7.

Tidak diselangi dengan perkataan lain.

14

www.hukumperkahwinanislam1
00%.com.my
http://www,perkahwinanituindah.com,my
Modul Tasawwur Islam

15

Anda mungkin juga menyukai