Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

22200 BESUT, TERENGGANU


DARUL IMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


AMBILAN JANUARI 2013
KERJA KURSUS PENDEK

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


JABATAN ILMU PENDIDIKAN

NAMA

: SITI FATIHAH BINTI ABDULLAH

NOMBOR K/P

: 930806-03-5490

UNIT

: 1 PISMP PENDIDIKAN JASMANI 1

AMBILAN

: JANUARI 2013

KOD

: EDU 3101

PENSYARAH

: EN. NIK GHAZALI BIN NIK MD AMIN

TARIKH HANTAR

: 21 MAC 2013

i.

Penghargaan


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,
saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa kami kerana
mengizinkan kami menceburi bidang perguruan ini seterusnya memberi restu untuk
kami menimba ilmu di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan ini. Jasa dan
pengorbanan ayah dan ibu tidak akan kami lupakan selagi kami masih hidup.
Ibubapa dan ahli keluarga kami banyak memberi dorongan kepada kami dalam
menyiapkan kerja kursus ini.
Seterusnya, kami berdua ingin mengucapkan ribuan terima kasih khususnya
kepada pensyarah pembimbing kami yang sangat membantu iaitu Encik Nik Ghazali
b. Nik Md Amin kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
semasa saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar beliau,
sudah pastinya kami tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik dan
sempurna. Komitmen dan kesediaan beliau memberi sokongan dan ulasan serta
teguran amat membantu kami melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi
sokongan dan bantuan dari segi perkongsian ilmu dan kefahaman, kebenaran untuk
meminjam buku dan peralatan yang diperlukan semasa tugasan ini dijalankan serta
membantu kami apabila menghadapi masalah atau kekeliruan ketika menyiapkan
kerja kursus ini. Semoga jasa baik mereka yang membantu sepanjang tugasan ini
dilaksanakan dirahmati oleh Allah SWT dan mudah-mudahan Allah memberkati
sepenuhnya hasil usaha kami berdua dalam menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.

ii

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya.

TANDATANGAN

: ..

NAMA

: SITI FATIHAH BINTI ABDULLAH

NO. KP

: 930806-03-5490

TARIKH

: 21 MAC 2013

Isi Kandungan
I.
II.
1.0

Penghargaan.... i
Halaman Pengakuan... ii
Abstrak............ 1
1.1 Penyata Abdul Rahman Talib 2-3

2.0 Bahagian A - Penyata Rahman Talib Memupuk Perpaduan


Nasional
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5

Pelajaran sekolah rendah percuma.. 4


Memperkasa pendidikan teknik dan vokasional. 5
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar 6-7
Jemaah Nazir meningkat mutu Sekolah Rendah 7-8
Semua sekolah mengguna Bahasa Rasmi. 8-9

3.0 BAHAGIAN B - Cadangan ke arah perpaduan kaum di Malaysia


3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

Pendidikan sejarah pengukuh patriotisme


Program rancangan murid untuk perpaduan.
Program integrasi kaum di sekolah
Penubuhan sekolah wawasan
Dasar satu murid satu sukan..

10-11
11-12
12-13
13-14
14-15

4.0 Refleksi .... 16-17


5.0 Biblografi... 18
6.0 Lampiran 19-27

1.0

ABSTRAK

Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan


kebangsaan.

Sistem

yang

terdahulu

tidak

mengambil

kira

pembangunan,

pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran


dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu
bentuk sistem pendidikan mengikut acuan kita sendiri.
Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960)
menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan
seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah
Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya
supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin
serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara
dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976.
Kajian ini akan melihat evolusi sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasa
berubah dari awal hingga kini dan terjelmanya Falsafah Pendidikan Negara secara
tersurat. Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarah
perkembangan pendidikan di zaman silam, zaman penjajahan British, sebelum
merdeka dan selepas merdeka. Akhirnya akan membawa kepada satu isu
bersangkutan perlaksanaan dasar yang terbaru untuk dibicarakan dalam kertas ini
iaitu pelajar-pelajar yang lulus PMR dengan sekurang-kurangnya mendapat 1D,
boleh dinaikkan ke tingkatan 4. Isu ini telah dilaksanakan dalam tahun 1998. Dalam
kalangan warga pendidik, mereka melihat isu ini dalam pelbagai persepsi ada yang
pro dan ada yang kontra dalam perkara ini.

1.1

PENYATA ABDUL RAHMAN TALIB

Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan
cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem
pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting
dalam laporan ini iaitu:

Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai

bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.


Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun

berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah dan menengah atas.


Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk

keperluan tenaga mahir.


Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk
keperluan kerohanian sebagai teras.

Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang
dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:

Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma.


Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
Murid naik darjah secara automatik
Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15

orang.
Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Selepas itu Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah
Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan.
Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni
Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang
ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu

memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal
di kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan
kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk
menyatukan mereka.
Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti
Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini
adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya
berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.
Syor-syor dalam laporan ini ialah:
1) Memberi pendidikan rendah percuma.
2) Naik darjah secara automatik sehingga ke Tingkatan 3.
3) Mewujudkan Peperiksaan Penilaian Darjah.
4) Memperbaiki mutu pendidikan di sekolah vernakular.
5) Meningkatkan sekolah-sekolah teknik dan vokasional.
6) Menubuhkan Jemaah Nazir.
7) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
8) Penggunaan bahasa rasmi dalam peperiksaan awam.
9) Menyediakan program latihan guru.
10)Menyediakan pengajaran agama dan sosial.

BAHAGIAN A
2.0 PENYATA RAHMAN TALIB MEMUPUK PERPADUAN NASIONAL
2.1

Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

Perlembagaan Malaysia Perkara 12, Perlembagaan Rakyat 1947 Seksyen 15 dan


Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 Perkara 26 menyatakan setiap rakyat mempunyai hak
untuk mendapat pendidikan. Hari ini pendidikan sudah menjadi satu perniagaan dan hanya
golongan yang mampu dan mempunyai duit sahaja dapat menikmatinya. Sedangkan
daripada 28 juta rakyat Malaysia, 40% iaitu 11 juta rakyat masih berpendapatan dibawah
RM1500 sebulan. Hal ini menunjukkan kebanyakkan rakyat Malaysia masih miskin dan
terdapat pelajar-pelajar yang tidak mampu ke sekolah kerana kemiskinan. Tidak ada
pendidikan percuma di sekolah rendah seperti yang diuar-uarkan oleh bekas Perdana
Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam bajet 2008. Di sekolah rendah pelajar masih
dikenakan yuran tambahan yang mencecah RM100-200 untuk seorang pelajar. Lagi
menyedihkan yuran bagi pelajar-pelajar tadika adalah RM300-400 setahun dan belum
dicampur dengan yuran bulanan. Oleh itu, pendidikan perlu diberi percuma dan tidak
seorang pun menjadi mangsa kerakusan sistem kapitalis yang memperniagakan pendidikan!
Pendidikan adalah hak rakyat dan bukan komoditi.
Perkara ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan
masyarakat kerana sistem pendidikan yang diberikan adalah secara percuma. Hal ini dapat
meningkatkan pemupukan perpaduan nasional dengan pemberian pendidikan secara
percuma kepada golongan yang tidak berkemampuan terutamanya golongan miskin di luar
bandar tidak kira agama bangsa dan budaya yang diamalkan oleh mereka. Pendidikan
percuma untuk semua murid ini akan memberikan kesan yang sangat mendalam
terutamaya bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Selain itu, jumlah murid yang
mendaftar masuk ke sekolah rendah semakin meningkat dari tahun ke tahun kerana mereka
sedar akan kepentingan pendidikan dalam kehidupan mereka.
Dasar pendidikan percuma akan meluaskan kejayaanya kepada pendidikan tinggi
percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum. Pada masa yang sama, ia
menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak
dapat bertahan di masa hadapan.

2.2

Memperkasa Pendidikan Teknik dan Vokasional

Pendidikan teknik dan vokasional merupakan salah satu cabang pendidikan


yang ditawarkan pada masa kini. Ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada

pelajar yang mempunyai kecenderungan kepada pendidikan sains dan teknologi


untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di industri di dalam mahupun diluar negara.
Bagi merealisasikan program pendidikan teknikal ini, banyak program yang
berkaitan telah diwujudkan dan ditawarkan. Sistem latihan ini juga telah
diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah sehinggalah ke peringkat Universiti.
Usaha-usaha ini adalah bagi membolehkan pelajar-pelajar yang
berpotensi dilatih untuk menjadi tenaga kerja professional dan separa
profesional di dalam pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan. Pendidikan
teknik dan vokasional ini sebenarnya dapat membantu pelajar tercicir dalam
pelajaran bersifat akademik tetapi berpotensi besar untuk menjadi insan yang
cemerlang dalam bidang kemahiran dan seterusnya dapat menjana ekonomi negara
secara keseluruhannya.
Sistem pendidikan vokasioanal perlu kepada perubahan dari semasa ke
semasa mengikut kesesuaian keperluan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia
kerana sehingga kini tidak ada satupun sistem yang boleh dijadikan sebagai formula
terbaik untuk menyelesai masalah tahap kemahiran sumber manusia. Keperluannya
yang selalu berubah sejajar dengan perkembangan teknologi terkini menyebabkan
sistem pendidikan teknik dan vokasional memerlukan kaedah penyelesaian yang
lebih dinamik. Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia pada abad ke
21 yang berdaya saing dan berdaya maju telah digariskan di dalam Wawasan 2020
di samping memupuk perpaduan nasional di Malaysia. Kesemua usaha ini
bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara moden dan maju,
sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral dan rasional dan mempunyai
keperibadian sendiri.

2.3

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.


Satu kurikulum dalam Negara Malaysia telah berjaya menyatupadukan

masyarakat pelbagai kaum. Pada zaman pemerintahan British, pihak kerajaan


British sengaja mengasingkan kaum Melayu, Cina dan India dalam kawasan

berbeza dan sistem pendidikan yang berbeza. Orang Cina dan orang India
merupakan kaum pendatang ketika itu diajar berdasarkan sukatan pelajaran Negara
China dan India sehingga tidak wujud semangat patriotik dan wujudnya sifat prejudis
antara kaum. Pendek kata, pendidikan zaman British, terlalu condong ke arah negeri
asal.
Sekolah-sekolah yang yang wujud pada zaman British sesuai untuk sesuatu
kaum sahaja, tiada bahasa pengantar tunggal, kedudukan geografi yang berbeza
menghadkan pergaulan, serta kurikulum yang tidak sehala. Pendek kata, pihak
British tidak menitikberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajaran.
Wujudnya sistem pendidikan pelbagai kaum ini menghasilkan fenomena
benih-benih perpecahan, malahan tidak wujud perkongsian dan persamaan antara
kaum di Tanah Melayu. Masing-masing bergerak dengan urusan masing-masing.
Namun, setelah Laporan Razak diperkenalkan, ia berjaya menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum ini melalui bahasa pengantar yang dibina adalah
untuk mendukung cita-cita Negara sehingga ke hari ini.
Menggunakan bahasa pengantar adalah utama dengan perpaduan
Negara adalah sangat rapat, selain memberi ilmu pengetahuan, kurikulum
membentuk keperibadian dan perwatakan murid yang baik yang boleh membawa
kepada sikap toleransi dan perpaduan. Murid dari semua kaum mengikuti kurikulum
seragam melalui sukatan pelajaran yang sama kandungannya, kegiatan luar bilik
darjah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama. Oleh itu, pelajar-pelajar
lebih terbuka dalam memahami masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.
Melalui kurikulum yang sama ini, lepasan sekolah kebangsaan mempunyai
pengalaman sekolah yang sama, menerima jenis pendidikan yang sama dan
mempunyai orientasi dan pandangan dunia yang sama. Hal ini mewujudkan
komunikasi antara pelajar dapat menyatupadukan pelbagai kaum dan memberi
sumbangan semangat patriotik kepada Tanah Melayu serta sikap saling bertolak
ansur dan memahami kepelbagaian kaum dan juga pemahaman bahawa
perkongsian dalam Negara yang pelbagai kaum adalah perlu bagi menjamin
keamanan Negara tercinta.

2.4

Kawalan mutu pelajaran di sekolah rendah ditingkatkan oleh Jemaah Nazir

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah


Nazir Sekolah, jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Daerah, salah satu perkara
yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata
pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang
telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada
pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata itu berfungsi atau
tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat
penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah,
panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.
Jemaah Nazir Sekolah (JNS) iaitu nama asal Jemaah Nazir Dan Jaminan
Kualiti (JNJK) adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan
Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956 dan seterusnya diberi
pengesahan di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Penubuhan sebuah badan
pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah disarankan semenjak tahun 1938
oleh sebuah Suruhanjaya Khas berkenaan dengan Dasar Pelajaran Tahun 1952 dan
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) yang menyokong
penubuhan sistem pengawalan khas bagi seluruh negara.
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya
segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk
diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah
untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal
dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk
melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan
yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang
terlatih untuk keperluan negara (modal insan).
2.5

Semua sekolah rendah dan menengah dan peperiksaan awam


Hendaklah menggunakan bahasa rasmi sahaja

Bagi sekolah menengah, ke semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan


dalam bahasa rasmi sahaja iaitu Bahasa kebangsaan ataupun bahasa Inggeris
sahaja. Hal ini kerana dapat memupuk semangat perpaduan di antara rakyat
yang berbilang kaum di Negara kita ini. Selain itu, murid dapat memahami dengan
lebih mendalam mengenai bahasa itu sendiri dan dapat menuturkan bahasa tersebut
dengan lebih fasih dan menjadikan mereka seseorang yang berguna. Hal ini juga
dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka kerana mereka
menggunakan satu bahasa yang sama dan juga memudahkan mereka untuk
bertutur antara satu sama lain. Hal ini juga kerana bahasa melambangkan bangsa
itu sendiri. Cara ini juga penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum
di Malaysia iaitu melalui penggunaan bahasa kebangsaan.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara
satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.
Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di
negara ini. Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolahsekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang
seragam.
Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran
para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini
boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping
mewujudkan keperibadian yang sama. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan
yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa
pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar dan kajilah sejarah
untuk mendapatkan manfaat berguna dan meningkatkan kualiti hidup kita. Kita
sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca dan mengkaji
bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan
kekuatan pembacaannya.
Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan
dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Pelajar-pelajar bukan sahaja
perlu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga
perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segala

bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan fungsinya sebagai bahasa
perpaduan rakyat, perhubungan utama, dan bahasa ilmu pengetahuan yang
mencerminkan akal budi rakyat.

BAHAGIAN B
3.0 CADANGAN-CADANGAN LAIN KE ARAH KEMANTAPAN PERPADUAN
KAUM DI MALAYSIA
3.1

Pendidikan Sejarah Pengukuh Patriotisme


Jika diteliti dan difahami pendidikan sejarah bertujuan memupuk dan

memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warga negara Malaysia

dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan pengajaran sejarah serta penghayatan
sejarah tanah air dan sejarah luar yang berkaitan, pelajar dapat memahami
keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia.
Selanjutnya, usaha ini untuk mewujudkan semangat perpaduan dan
kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Jika selama ini semangat itu telah disemai,
dipupuk dan dibaja ia seharusnya diperkukuhkan lagi bagi menghadapi era
globalisasi yang semakin mencabar.
Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap peristiwa
sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman.
Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesalahan dan kelemahan yang
menjadikan sesebuah negara itu mudah dijajah pemikiran, budaya dan negaranya.
Oleh itu, sewajarnya langkah kerajaan memperkenalkan semula mata
pelajaran di peringkat sekolah rendah dan mewajibkan mata pelajaran Sejarah
sebagai syarat penting dalam kelulusan peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia
(SPM). Langkah ini bukan saja menjadikan mata pelajaran Sejarah akan dipelajari
dengan bersungguh-sungguh malah akan difahami dan dihayati secara mendalam.
Sebenarnya, mata pelajaran Sejarah dapat memupuk jati diri, akal budi,
semangat cintakan tanah air yang mendalam kepada setiap pelajar. Ia juga
mempunyai kaitan dengan prinsip kedua dan ketiga dalam Rukun Negara iaitu
melalui pelajaran Sejarah akan dapat memupuk kesetiaan kepada raja dan negara
serta memahami keluhuran perlembagaan. Kesetiaan kepada negara adalah jiwa
kebangsaan kita. Melalui semangat kesetiaan dari sanubari seseorang itu akan
lahir rasa setia kepada raja dan tanah airnya yang sekaligus mampu menyatukan
kita semua daripada pelbagai rumpun menjadi satu bangsa bersatu padu.
Melalui pelajaran Sejarah juga seseorang itu akan memahami keluhuran
perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap anggota
masyarakat di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka
sebagai warga negara. Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Perlembagaan juga meletakkan rasa tanggungjawab dan kewajipan warga
negara yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap warga negara harus

menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar


belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan
maju dalam segenap bidang.
Oleh sebab perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua
kaum di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat mana-mana pihak. Perlembagaan negara juga
adalah sumber rujukan

kepada

semua perkara

berkaitan dengan

sistem

pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio ekonomi rakyat Malaysia.


Mereka yang tidak memahami sejarah saja akan mempertikaikannya.
Begitulah pentingnya mata pelajaran Sejarah di sekolah dapat mendidik,
memberi kefahaman dan pengetahuan kepada rakyatnya apabila dewasa.
Dasar Pendidikan Kebangsaan telah terbukti dapat melahirkan masyarakat bersatu
padu sehingga ke hari ini

3.2

Program Rancangan Murid untuk Perpaduan (RIMUP)


RIMUP ialah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Ia bertujuan bagi

melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama, dan budaya dapat hidup
dan bekerja bersama dengan harmonis supaya mewujudkan masyarakat dan
negara yang aman dan damai. Melalui aktiviti RIMUP, pelajar-pelajar dapat
berkawan dengan rakan-rakan daripada pelbagai bangsa dan latar belakang
yang berbeza-beza. Semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlaku, pelajarpelajar dapat mempelajari mata pelajaran teras yang sama, iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah. Bahasa Melayu dititikberatkan
dalam pelajaran kerana bahasa kebangsaan ini dapat memudahkan komunikasi
antara pelajar daripada pelbagai kaum. RIMUP juga merupakan program yang
sangat baik untuk menanam dalam jiwa murid tentang kasih sayang antara
mereka selain memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari cara hidup dan
budaya kaum lain. Nilai dan semangat perpaduan ini amat penting bagi menangkis
sebarang unsur dan anasir jahat yang cuba menggugat keamanan yang dikecapi.
Bagi menggalakkan lagi penyertaan masyarakat setempat, para guru dan
murid serta warga sekolah dalam program RIMUP, organisasi PIBG perlu

menubuhkan biro RIMUP dalam struktur organisasinya supaya penglibatan


PIBG dapat ditingkatkan lagi bagi menyokong aktiviti yang dilaksanakan oleh
pihak sekolah. Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan pelbagai promosi
proram RIMUP dan kempen kesedaran supaya masyarakat setempat dapat
mengetahui dan turut serta. Lokasi aktiviti RIMUP yang dilaksanakan perlu
menggunakan lokasi umum seperti balai raya, dewan serbaguna, padang awam dan
seumpamanya bagi tujuan memudahkan pihak masyarakat setempat turut serta.

3.3

Program Integrasi Kaum di Sekolah


Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara

kaum di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang


menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem
latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam
matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik
digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial,
agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik.
Pelajar-pelajar juga sering bergaul antara pelbagai kaum secara lebih dekat semasa
diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas.
Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat
bekerjasama antara kaum dan saling faham dan memahami antara satu dengan
lain.

Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan


dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan
kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai kaum
yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau
bagaimana pada waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan antara kaum kadangkala dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar Pendidikan
Kebangsaan membenarkan sekolah dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan
matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua sebagai alat integrasi tercapai.

Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga,


kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan
negara. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama
dalam proses integrasi ialah dengan penggunaa bahasa Malaysia sebagai bahasa
penghantar utama, pembentukan keperibadian, pembahagian sumber-sumber
negara dengan lebih saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan
Sarawak melalui sistem pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an. Oleh itu,
pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan
kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan
unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi antara kaum perlu
disegerakan. Hal ini kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah teras bagi sistem
persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak sesuai daengan kehendak
semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat
dilaksanakan dengana baik.

3.4

Penubuhan Sekolah Wawasan


Konsep sekolah wawasan ialah menggabungkan sekolah-sekolah dari

aliran yang berbeza ke dalam satu kompleks. Ini bermaksud di bawah konsep ini,
terdapat dua atau tiga buah sekolah rendah dari berlainan aliran akan ditempatkan
dalam satu kawasan yang sama. Walaupun memakai nama sekolah dan di bawah
pentadbiran tiga guru besar yang berlainan, pelajar dan guru akan berkongsi
kemudahan asas yang sama seperti dewan sekolah, padang permainan dan
kantin. Setiap sekolah pula akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.
Sekolah wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SK,
SJKC dan SJKT dalam satu kawasan. Di dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan
menggunakan segala kemudahan yang ada contohnya padang, kantin dan
sebagainya secara bersama atau dikongsi bersama. Idea penubuhan sekolah
wawasan telah dicernakan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir
Mohammad dan idea ini diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997. Pengwujudan
sekolah ini mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik

yang terdapat di Malaysia untuk mencintai negara sepenuhnya. Sistem


persekolahan ini memfokuskan kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Di sini
terhimpun pelbagai ras dan agama serta aspek kokurikulum dan kurikulum juga
disejajarkan. Sejarah negara telah menyaksikan bahawa sistem pendidikan yang
ditinggalkan oleh penjajah iaitu dengan mengasingkan sekolah dan tiada peraturan
yang seragam dipakai telah melahirkan bibit-bibit semangat perkauman yang
menebal.
Contohnya sekolah cina menggunakan sukatan dan sistem pendidikan yang
berorientasikan negara cina. Begitu juga dengan sistem pendidikan masyasrakat
india yang berkiblatkan negara india. Semangat perkauman ini terbawa-bawa
selepas merdeka sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. JIka diteliti Penyata
Razak 1956 yang mana tujuan dasar pelajaran Negara ini adalah bertujuan
menyatupadukan murid-murid daripada semua bangsa dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantaraan.

3.5

Dasar Satu Murid Satu Sukan


Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini,
setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan
sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara
untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di
peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting
dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid.
Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan
berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat
Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh
pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah

amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang


sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB
Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai
kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan
bersama.
Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan
Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan
contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 54 tahun kebelakangan ini.
Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan
untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik
ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah
penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu
padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama.
Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa
menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara
hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah
penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

REFLEKSI
OLEH: SITI FATIHAH BT ABDULLAH
Berdasarkan semua perkara yang telah saya lakukan untuk menghasilkan
tugasan ini, saya mulai sedar betapa pentingnya dan betapa perlu kita memahami
dan mendalami Falsafah DAN Pendidikan di Malaysia. Sebelum ini secara jujurnya
saya tidak mengambil berat mengenai hal ini kerana merasakan tidak mempunyai
kaitan dengan diri saya. Tetapi kini saya merasakan saya perlu untuk mendalaminya
kerana sayalah yang akan mendokong falsafah ini pada masa hadapan dan
membentuk masyarakat yang mewujudkan perpaduan.

Secara dasarnya, matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan


yang baik dan sempurna disamping melahirkan warganegara Malaysia yang
seimbang bukan sahaja jasmani tetapi emosi serta intelek. Saya berpendapat
Penyata Rahman Talib yang digubal ini sesuai dan terdapat beberapa pro dan
kontranya. Namun begitu, dengan penambahbaikan iainya akan memberikan kesan
positif kepada masyarakat yang berbilang kaum di Negara kita, Malaysia. Ianya
merangkumi semua aspek kehidupan, bukan sahaja dari segi luaran tetapi juga
dalaman, serta seiring dan sesuai dengan peredaran zaman.
Sejak dari hari pertama saya diberi tajuk untuk mendalami tentang Falsafah
Pendidikan ini, saya tidak pernah rasa terbeban malahan saya merasa sangat
gembira kerana tajuk yang diberikan pada saya ini dapat member manfaat yang
banyak kepada diri saya. Bagi saya, tugasan ini amat sesuai untuk saya lakukan
kerana iainya merupakan tunjang dalam profesion perguruan dimana profesion inilah
dan juga dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum tanpa ada sikap
prejudis. yang akan kami laksanakan pada masa hadapan. Bak kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta. Kami perlu mengenal dan menghayati falsafah ini sebaik
mungkin supaya kami dapat melaksanakannya dengan cemerlang pada masa
hadapan.

Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat
gembira kerana berjaya menyiapkanya dengan baik dan tepat pada waktu. Saya
berharap tugasan ini cukup untuk memuaskan hati semua pihak, Terutamanya
pensyarah subjek kami yang tercinta.
Sekian, terima kasih.

Bibliografi
INTERNET
http://www.asampedasikanpari.blogspot.com/2011/05/sejarah-perkembanganpendidikan-di.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36mengenai-pendidikan/1057-sejarah-pendidikan-di-malaysia.html
http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-dimalaysia

http://www.oocities.org/virtuainfo/eduhistory.htm
BUKU
Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur
Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani (2003). Pendidikan Negara Bangsa. Kuala
Lumpur.
Mok Soon Sang (Edisi kelapan 2003), Siri Pendidikan Perguruan, Pendidikan Di
Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow (2008), Siri Pendidikan Guru Falsafah dan Pendidikan Guru di
Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 tahun. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kumpulan
Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Wan Muhammad Wan Ibrahim, (2007). Kenyataan Media JIM - Guru Tonggak
Pembinaan Masyarakat Madan

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai