Anda di halaman 1dari 8

TANSAU RUGBY CLUB

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMBANGUNAN RAGBI BAHAGIAN PANTAI
BARAT
ANJURAN SMK TANSAU, PENAMPANG
29 JUN 2015 HINGGA 4 JULAI 2015

Dengan Kerjasama
COBRA
MAJLIS SUKAN NEGARA
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SABAH RUGBY REFEREES ASSOCIATION
Dikendalikan Oleh
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

TANSAU RUGBY CLUB

1.0

RASIONAL

Sedasarwasa ini, sukan merupakan pentas yang berkeupayaan untuk


mentarbiahkan sejagat bersatu tanpa mengira etnik, ras dan bangsa. Justeru, tidak
hairanlah masyarakat hari ini melihat sukan sebagai medium yang bukan sahaja
mampu membudayakan masyarakat dengan menjadikan sukan sebagai satu cara
hidup tetapi kerana ia mampu memberi cabaran kepada fisiologi fizikal dan minda
secara keseluruhan. Oleh yang demikian, Tansau Rugby Club dengan kolaborasi
COBRA, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN), dan
Sabah Rugby Referees Association (SRRA) optimis akan keperluan dan memahami
kesedaran para penggiat sukan khususnya sukan ragbi adalah sangat penting dan
diharapkan bagi merealisasikan hasrat Sukan Sebagai Cara Hidup.

Melihat ke dasar itu, Tansau Rugby Club menyahut cabaran untuk mencitra
satu Program Pembentukan Modal Insan yang lebih menjurus kepada Program
Pembangunan Sukan Ragbi yang berkonsepkan kepada Rugby for Beginners yang
meliputi bahagian Pantai Barat Selatan. Bak kata pepatah melentur buluh, biarlah
dari rebungnya.
Justeru, bertitik tolak darihal itu, perancangan Program
Pembangunan Sukan Ragbi ini menetapkan skop kumpulan sasarannya kepada
murid-murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah di sekitar daerah
Penampang dan juga Kota Kinabalu yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga
17 tahun.

Hasrat dan usaha kecil seumpama ini tidaklah mudah bak dikata tetapi akan
menjadi mudah apabila penglibatan Persatuan-persatuan sukan dan Institusi
Pendidikan Tinggi Awam serta Majlis Sukan Negeri menyokong usaha seumpama ini
untuk diangkat sebagai platform untuk mencari seterusnya melahirkan bakat-bakat
baharu yang bakal mewakili negara ke pertandingan luar yang prestij suatu masa
nanti.

Intihanya, program murni seumpama ini bukan sahaja mampu


menyemarakkan lagi potensi sukan Ragbi di daerah Penampang dan Kota Kinabalu
malahan di negeri Sabah secara total. Hal ini kerana sukan ragbi mampu menjadi
pentas membuka minda masyarakat tempatan yang seringkali memberi persepsi
bahawa sukan ragbi merupakan sukan yang terlalu extreme disebabkan konsep
Rugby is a gentlemens game dan tidak sesuai dipertandingkan walaupun pada

TANSAU RUGBY CLUB

hakikatnya sukan ragbi juga merupakan satu disiplin sukan yang mempunyai
disiplin tinggi yang harus diikuti dan dipatuhi oleh si pemain dan pengadil.

2.0

OBJEKTIF

Program Pembangunan Ragbi Bahagian Pantai Barat Selatan Anjuran SMK Tansau,
Penampang yang dijangkakan bermula pada 29 Jun 2015 dan akan berakhir pada 4
Julai 2015 amat berharap agar program ilmu seumpama ini mampu memberi satu
pendedahan dan perkongsian berguna kepada semua peserta dan juga jurulatih
tempatan yang terlibat secara langsung.
Justeru, beberapa objektif telah
disasarkan. Antaranya adalah :
2.1Mengenal pasti atlet sukan ragbi yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek, sahsiah dan harmoni yang boleh diketengahkan;
2.2Mengenal pasti faktor penyebab persepsi masyarakat yang melihat sukan
ragbi extreme dan tidak sesuai dijadikan sebagai sukan pilihan masa kini;
2.3 Mengenal pasti pendekatan yang paling mudah dengan berkongsi
peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak aktif bersukan bagi mencuba
sukan baharu;
2.4Merapatkan hubungan silaturrahim di antara SMK Tansau dengan COBRAUMS-MSN-SRRA; dan
2.5Mencitra budaya hidup yang dinamik menerusi sukan.
Objektif di atas diharap mampu dicapai agar SMK Tansau dapat dijadikan
sekolah ikon ragbi yang julung kali yang telah berjaya menyatukan masyarakat
menerusi sukan. Sesungguhnya, sukan membuktikan mampu berdiri pada kelasnya
yang tersendiri.

3.0

TENTATIF PROGRAM

Program Pembangunan Sukan Ragbi Anjuran Tansau Rugby Club ini akan diadakan
pada ketetapan masa di bawah :

Tarikh

: 29 Jun 2015 4 Julai 2015

TANSAU RUGBY CLUB

Tempat
Penampang
Masa

:
:
Makan & Minum :
Host
:

3.1

: Padang B Kompleks Sukan


7.30 - 10.30 pagi
(Sesi Pagi)
3.00 - 5.30 petang (Sesi Petang)
Disediakan Oleh Penganjur
UMS Crew & COBRA

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

RUJUK LAMPIRAN A
3.2

Anggaran Bajet

RUJUK LAMPIRAN B
3.3

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi Program Pembangunan Ragbi Bahagian Pantai Barat Selatan
yang merangkumi dua peringkat umur iaitu kategori umur bawah 15 dan 18 tahun
yang akan mengadakan latihan berkelompok berpusat di SMK Tansau bagi pelajar
yang belajar di sekitar daerah Penampang. Manakala SM. La Salle pula akan
dijadikan lokasi pusat latihan bagi pelajar yang belajar di sekitar daerah Kota
Kinabalu. Penganjur optimis dengan sambutan menggalakkan dan permintaan
daripada beberapa buah sekolah rendah yang ingin turut serta. Justeru, penganjur
telah memperluaskan program pembangunan sukan ini kepada sekolah-sekolah
yang terpilih dengan menjadikan SK. Tanjung Aru 1 sebagai pusat latihan bagi murid
di bahagian Pantai Barat Selatan ini secara keseluruhannya.

Berdasarkan penyertaan dan sambutan yang menggalakkan, penganjur telah


menetapkan seramai 500 hingga 600 peserta sahaja memandangkan program ini
merupakan program julung kali dan berharap akan dapat menambah penyertaan ke
angka 1000 peserta dalam penganjuran akan datang di masa hadapan.

3.4

Jadual Program Pembangunan Ragbi Pantai Barat Selatan

RUJUK LAMPIRAN C

TANSAU RUGBY CLUB

4.0

HARAPAN

Sesungguhnya satu usaha kecil dimulai dengan satu langkah kecil ke hadapan.
Justeru, Tansau Rugby Club berharap agar penganjuran julung kali ini dapat
memberi kongsian berguna kepada semua dan berkeupayaan mengubah persepsi
masyarakat terhadap sukan ragbi yang kelihatan lasak secara luarannya
sebenarnya merupakan satu medium sukan yang mampu mendisiplinkan para
pemain dan penggiatnya secara holistik.
Justeru, Tansau Rugby Club amat berharap agar program seumpama ini
dapat diteruskan dan dijadikan satu penandaarasan kepada sekolah-sekolah yang
terdapat di negeri Sabah seterusnya dijadikan satu program yang dapat
dimasukkan di dalam Takwim Pembangunan Sukan Ragbi Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah kelak serta dapat dijadikan instrumen dan bahan rujukan di masa depan.

5.0

PENUTUP

Tuntasnya, sukan merupakan medium perantara yang dapat menyatukan


masyarakat di bawah satu entiti tanpa sedar. Pelaksanaan program seumpamanya
sudah pasti berupaya mewujudkan masyarakat dinamik yang lebih harmoni
seterusnya seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek secara
keseluruhannya. Usaha murni yang ditunjukkan oleh penganjur dan COBRA-UMSMSN-SRRA khususnya patut dicontohi dan dijadikan teladan. Semoga usaha kecil
seumpama ini mampu meletakkan Tansau Rugby Club seiring dengan Kelab-kelab
dan Persatuan-persatuan ragbi seantero Malaysia.

Disediakan oleh;

Disokong oleh:

TANSAU RUGBY CLUB

WILLEY TALUAN
NAZARUDIN
Jurulatih Kelab Ragbi,
Consultant,
SMK Tansau, Penampang.

LT. KOL (PA) MOHD NIZAM BIN


Rugby Development
Universiti Malaysia Sabah.

Disemak oleh;

Disahkan oleh;

MARY ANITA ABAH


SAMAIE
Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK Tansau, Penampang .

HJH SITI SALMIAH BINTI HJ


Pengetua Cemerlang,
SMK Tansau, Penampang.
LAMPIRAN B

BI
L

PERKARA

SIJIL
a) Peserta (600 orang)
b) AJK (50 orang)

KUANTITI

HARGA

650
orang
RM1.00

RM 650.00

3 buah x RM100.00

RM 300.00

10 biji x RM 75.00

RM 750.00

2.

CENDERAHATI KENANGAN

a)
b)
c)
BOLA

TACKLE SHIELD

4
buah
300.00

RM

RM 1200.00

T-SHIRT AJK

45 helai
25.00

RM

RM 1125.00

MAKANAN DAN MINUMAN


50 orang
15.00

RM

RM 750.00

JUMLAH

RM 4775

SMK Tansau
SM La Salle
SK Malawa
RAGBI

a) AJK (45 orang)


b) Jurulatih (5 orang)

TANSAU RUGBY CLUB

LAMPIRAN C
TARIKH: 29 JUN 4 JULAI 2015
TEMPAT: PADANG RAGBI SMK PUTATAN
TARIKH
29 JUN 2015

30 JUN 2015

1 JULAI 2015

2 JULAI 2015

MASA
8.00 -10.00 AM

PERKARA
U15 BEGINNERS CLINIC

3.00 5.00 PM

U15 BEGINNERS CLINIC

8.00 -10.00 AM

U18 BEGINNERS CLINIC

3.00 5.00 PM

U18 BEGINNERS CLINIC

8.00 -10.00 AM

GIVEN SLOT BETWEEN


CLINIC FOR SRRA RULES
AND LAW SESSIONS
U12 BEGINNERS CLINIC

3.00 5.00 PM

U12 BEGINNERS CLINIC

8.00 -10.00 AM

U12 BEGINNERS CLINIC

3.00 5.00 PM

U12 BEGINNERS CLINIC


GIVEN

SLOT

BETWEEN

TANSAU RUGBY CLUB

3 JULAI 2015

4 JULAI 2015

8.00 -10.00 AM

CLINIC FOR SRRA RULES


AND LAW SESSIONS
U15 INTERMEDIATE CLINIC

3.00 5.00 PM

U15 INTERMEDIATE CLINIC

8.00 -10.00 AM

U18 INTERMEDIATE CLINIC

3.00 5.00 PM

U18 INTERMEDIATE CLINIC

1.00 5.00 PM

TEST MATCH
PERASMIAN PENUTUPAN

Anda mungkin juga menyukai