Anda di halaman 1dari 6

TEKS JURACARA PROGRAM MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH

KECEMERLANGAN SK TANSAU TAHUN 2017

PENGUMUMAN PENGACARA
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Hadirin sekalian,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin sekalian diminta mengambil tempat didalam dewan.
Bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan penuh gemilang,
izinkan pihak majlis memaklumkan beberapa perkara yang perlu diberi
perhatian.

Mohon kerjasama para hadirin agar mematikan telefon bimbit atau


meletakkannya dalam mod senyap sepanjang majlis ini berlangsung dan
duduk dalam keadaan yang selesa.

Para hadirin tidak dibenarkan bangun meninggalkan tempat duduk untuk


mengambil atau merakam gambar didalam dewan ini terutama sekali
dikawasan pentas sepanjang majlis berlangsung. Untuk makluman,
photobooth akan dibuka diakhir majlis untuk sesi bergambar.

Para hadirin dimohon tidak meninggalkan dewan sehingga majlis selesai.


Sekiranya hadirin perlu untuk keluar, hadirin dimohon keluar dengan tertib.
Untuk makluman, tandas lelaki berada diluar sebelah kiri dewan, manakala
tandas perempuan berada diluar sebelah kanan dewan.

Bagi yang membawa anak kecil, mohon kerjasama agar dapat mengawal
pergerakan anak-anak anda.

Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan semoga majlis


ini nanti dapat berjalan dengan jayanya. Terima kasih atas keprihatinan
siding hadirin sekalian.
PERARAKAN - Mengumumkan perarakan masuk para graduan. Hadirin diminta berdiri.
MASUK (Graduan mengambil tempat)

*VERA -Mengumumkan, perarakan utama tetamu kehormat. Hadirin dan para


graduan diminta berdiri.
TARIAN Tidak Perlu diumumkan. VIP duduk di seats bawah.
SAMBUT TAMU
Hadirin sekalian,
*WENCY
Dengan penuh takzimnya, dipersilakan Yang Berusaha En. Ramlee Abdul
Ghaffar untuk menjemput Yang berbahagia Datuk Dr Haji Mohd Kassim Bin
Haji Mohd Ibrahim, Yang dihormati En Mojuntin Bin Ebin, Yang dihormati
En. David Dave Lajong dan barisan pentadbiran SK Tansau untuk
mengambil tempat di pentas utama.
NYANYIAN Bagi memulakan majlis, hadirin dijemput berdiri untuk sama-sama
LAGU menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku diikuti dengan Lagu
Sekolah.
*VERA
-Hadirin dipersilakan duduk.
DOA Hadirin sekalian,

*WENCY Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang maha esa.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis ingin menjemput
Al-Fadhil Ustaz Rakimin bin Galisin untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
SALUTASI RUJUK LAMPIRAN

*VERA
UCAPAN ALU- Hadirin sekalian, sebagai pembuka tirai majlis pada pagi yang berbahagia ini,
ALUAN pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En
Ramlee bin Abdul. Ghaffar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tansau,untuk
*WENCY menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN Hadirin sekalian, dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan Yang
PERASMI Berbahagia Datuk Dr. Haji. Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim, Timbalan
Pengarah Pendidikan Sabah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
*VERA merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang 2017 Sekolah
Kebangsaan Tansau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


atas kesudian Yang Berbahagia menyempurnakan ucapan perasmian
sebentar tadi.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha En Ramlee Abdul Ghaffar
Guru Besar SK Tansau, mengiringi yang berbahagia datuk untuk
menyempurnakan gimik perasmian dengan paluan gong sebanyak 3 kali.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


CENDERAHATI Hadirin sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Sebagai tanda
*WENCY terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Mohd Kassim
Bin Haji Mohd Ibrahim hadir ke majlis graduasi dan anugerah
kecemerlangan pada hari ini, pihak majlis sekali lagi menjemput En. Ramlee
bin Abdul Ghaffar, Guru Besar Kebangsaan Tansau untuk
menyampaikan cenderahati. Dipersilakan.
.
(jemputan mengambil tempat)

SIDANG PERTAMA
PENGISYTIHARAN Hadirin yang dihormati, kini, Majlis mempersilakan En. Bahar bin Sapire,
MAJLIS Penolong Kanan HEM, mengisytiharkan tujuan majlis dan mengisytiharkan
pembukaan majlis graduasi Pra Sekolah dan Tahun 6 SK Tansau. Dengan
*VERA segala hormatnya dipersilakan.
GRADUASI PRA Bagi merealisasikan penyampaian sijil graduasi prasekolah, dijemput
SEKOLAH Yang Dihormati En Mojuntin Ebin. Dipersilakan.

*WENCY Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang dihormati En


Mojuntin Ebin atas kesudian menyampaikan sijil kepada murid
prasekolah sk tansau 2017.
GRADUASI Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil graduasi tahun 6.
TAHUN 6 Bagi merealisasikan penyampaian ini, dijemput Yang Berbahagia
Datuk Dr. Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim. Dipersilakan.
*VERA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berbahagia
datuk atas kesudian menyampaikan sijil kepada murid Tahun 6 sk
tansau 2017.
PENYAMPAIAN Hadirin sekalian, seterusnya ialah penyampaian anugerah khas.
ANUGERAH KHAS Dipersilakan keempat- empat penerima anugerah khas untuk mengambil
tempat di pentas utama diiringi oleh ibubapa.
*WENCY
1/Anugerah Khas Tunas Harapan Pra Sekolah
RAMSYAHRI BIN MUHAMMAD SABRI

2/Anugerah Khas Tokoh Kokurikulum


MUHAMMAD AZWAN BIN RUMI (6B)
3/Anugerah Khas Tokoh Akademik
WAN ATIKAH BINTI WAN BADRUL ASRAF (6D)

4/Anugerah Khas Tokoh Murid


NADIYAH QISTINA MOHAMMAD NASRI (6D)
*VERA Demikianlah tadi berakhirnya penyampaian anugerah-anugerah dan sijil-
sijil graduasi yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr.
Haji. Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Datuk atas kesudian menyempurnakan penyampaian
anugerah dan sijil.

PENANGGUHAN Sidang dewan yang dihormati sekalian. Majlis sekali lagi mempersilakan
MAJLIS En. Bahar bin Sapire, Penolong Kanan HEM, mengisytiharkan
*WENCY penangguhan Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Tahun 6. Dengan segala
hormatnya dipersilakan
KOIR tahun 6 Hadirin sekalian,
*VERA Kini marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan koir oleh murid-
murid Tahun 6. Persembahan koir ini adalah dibawah pimpinan Cikgu
Eleanor. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
kumpulan koir mempersembahkan persembahan mereka.

Demikianlah tadi persembahan koir oleh murid-murid Tahun 6. Majlis


mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Majlis Anugerah Pelajar bagi tahun 2017 diteruskan lagi dengan
PRASEKOLAH persembahan sajak dan koir oleh murid2 prasekolah. Oleh itu majlis
dengan segala hormatnya menjemput murid2 prasekolah untuk
Wency menyampaikan persembahan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan koir murid2


prasekolah atas persembahan mereka sebentar tadi.
PERARAKAN Mengumumkan perarakan keluar Tetamu Kehormat, Yang Berbahagia
KELUAR Datuk Dr. Haji. Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim, para jemputan dan
pentadbir. Warga dewan diminta berdiri.
*vera
SIDANG KEDUA 10.00 12.30PM
PENYAMPAIAN Hadirin yang dimuliakan, Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian
ANUGERAH anugerah pencapaian terbaik bagi tahun 2017. Majlis dimulakan dengan
PENCAPAIAN
TERBAIK 1) Pencapaian Akademik Terbaik Tahun 1
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Dihormati En. David
*VERA Davie Lajong diiringi oleh En. Bahar Mohd Sapire.

2) Pencapaian Akademik Terbaik Tahun 2


Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Salat Hj
Tarasil diiringi oleh Pn Zuliana .

3) Pencapaian Akademik Terbaik Tahun 3


Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Anni
ANthony diiringi oleh Pn Rabiah .

4) Pencapaian Akademik Terbaik Tahun 4


Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Bahar
Sapire diiringi oleh Encik Mohamad Zaki Zaini

5) Pencapaian Akademik Terbaik Tahun 5


Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Sainah
Hassan diiringi oleh Cik Rafidah.

6) Pencapaian Akademik Terbaik Tahun 6


Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En Ramlee
Abdul Ghaffar diiringi oleh En Bahar Mohd Sapire.

7) Pencapaian Terbaik Mata Pelajaran


BM & BI Pn. Anni Anthony (Penolong Kanan Ko-Kurikulum diiringi
oleh Pn Rabiah)

MT & Sains En. Bahar bin Sapire (Penolong Kanan HEM diiringi
oleh En. Zaki)

8) Anugerah Khas Tunas Harapan Tahun 5


ALYA BATRISYIA BINTI ZACHARY (5D)

9) Anugerah Khas Frog-VLE


Tahap 2
1) MUHAMMAD ADRY REZA B. MUHAMMAD TOWFIQ (5D)
Tahap 1
2) ALIFF DANIEL B. ABDULLAH (3C)

10) Anugerah Khas Tokoh Nilam


PUTRI NURATHIRAH BINTI HIRMIZALI (6D)

11) Anugerah Khas Anakku Permataku


1) SYUKRI RAMLI (3B)
2) SAMUEL SURAJ HASHIM (3B)

12) Anugerah Khas Murid Berdedikasi


1) DONA NICHOL (3B)

Hadirin sekalian, Demikianlah tadi berakhirnya penyampaian anugerah


pencapaian terbaik bagi tahun 2017.
CABUTAN Meneruskan acara.
BERTUAH Kini tibalah masanya untuk cabutan tiket bertuah. Bagi menyempurnakan
majlis, dipersilakan Yang berusaha En David Dave Lajong diiringi oleh En.
Rizaimi untuk membuat 10 cabutan.

Majlis mempersilakan.
BERSURAI Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian cabutan tiket bertuah itu tadi maka


dengan ini selesailah sudah Majlis Graduasi Prasekolah & Tahun 6 Dan
anugerah cemerlang sk tansau 2017.

Anda mungkin juga menyukai