Anda di halaman 1dari 2

TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan yang berikut.


1. Mengapakah setiap individu digalakkan untuk mengembangkan potensi dirinya?
A Menimba ilmu pengetahuan
B Membina identiti diri yang positif
C Menonjolkan bakat dan kemahiran
D Mengenal pasti kekurangan pada diri
2. Seseorang yang mempunyai identiti diri yang positif akan sentiasa
A yakin terhadap kebolehan dirinya.
B memupuk semangat kekitaan.
C hidup aman dan sejahtera.
D bersaing dengan orang lain.
3. Antara berikut, yang manakah merujuk kepada potensi diri seseorang individu?
I Bakat
II Kebolehan
III Kekuatan diri
IV Keyakinan diri
A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D I, II, III, dan IV
4. Antara berikut, yang manakah merupakan cirri-ciri yang terkandung di dalam perkembangan
potensi jasmani?
I
Melakukan aktiviti riadah
II Meningkatkan kualiti kehidupan
III Mengembangkan kemahiran bakat
IV Meningkatkan daya pengeluaran
A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D I, II, III, dan IV
5. Bagaimanakah cita-cita atau matlamat hidup dapat dikecapi?
A Mengenal pasti potensi diri
B Mengembangkan potensi diri
C Menilai potensi diri
D Mengubah potensi diri
6. Apakah kepentingan untuk mengembangkan potensi diri?
A Menonjolkan kemahiran dan bakat
B Mencapai kejayaan dalam kehidupan
C Menyumbang kepada masyarakat dan negara
D Melibatkan diri dalam pelbagai bidang
7. Pilih situasi yang menunjukkan usaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri.
A Radiah bercita-cita untuk menjadi jurutera kerana ia merupakan pekerjaan bergaji tinggi
B Woon Yong gigih berlatih badminton setelah ditegur oleh ayahnya.
C Anita menyertai kem kepimpinan untuk meningkatkan keperibadian diri.
D Martin bergaul dengan murid-murid yang pandai supaya menjadi lebih popular.
8. Apakah potensi diri yang mungkin dimiliki oleh seseorang yang bercita-cita menjadi peguam?
A Daya kreativiti yang tinggi
B Lemah-lembut dan mesra

C Pandai berpidato dan bersyarah


D menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
9. Keperibadian seseorang individu merujuk kepada
I perlakuan
II pergaulan
III perwatakan
IV penampilan
A I, dan II B I , dan III C II, dan IV D III, dan IV
10. Bagaimanakah potensi diri dapat dikembangkan di alam persekolahan?
I Bakat
II Pendidikan
III Latihan yang berterusan
IV aktiviti kokurikulum
A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D I, II, III, dan IV
JAWAPAN
1. B
2. A
3. A
4. C
5. B
6. B
7. C
8. C
9. B
10. D

Anda mungkin juga menyukai