Anda di halaman 1dari 23

PENGENALAN

Kata pepatah Cina, Saya dengar saya lupa; Saya lihat saya ingat; Saya buat saya
faham. Untuk mencapai pemahaman, pengalaman melalui satu jenis deria sahaja tidak
mencukupi. Pengalaman amat perlu dirangsang oleh pancaindera dan diolah oleh prosesproses mental supaya dapat mencapai pembelajaran bermakna.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang
wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui
pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu
pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui
pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
Tiga faktor yang mendorong kanak-kanak mencapai pemahaman ialah sediakan
suasana pembelajaran yang bermakna, galakkan murid untuk membuat keputusan dan
berikan kesempatan untuk mereka menghalusi pemikiran dengan cara saling bertukar
pendapat. Guru berperanan juga untuk merangsang tindakan mental kanak-kanak semasa
kanak-kanak sendiri bertindak ke atas sesuatu objek. Dengan itu, mereka boleh membina
idea-idea sendiri.
Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru. Konstruktivisme
menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling
pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.. Unsur
konstruktivisme yang paling penting adalah bahawa seseorang membina pengetahuan
dirinya sendiri secara aktif, dengan cara membandingkan maklumat baru dengan
pemahamannya yang sedia ada. Cara ini digunakan untuk menyelesaikan sebarang
perselisihan idea atau salahkonsep demi mencapai pemahaman baru.
Kanak-kanak telah memperoleh pengalaman tentang alam sekitar sejak dilahirkan.
Mereka telah mengembangkan idea-idea yang membolehkan mereka memahami apa yang
berlaku di sekeliling. Mereka membawa idea-idea informal itu ke dalam bilik darjah.

Walaubagaimanapun, bukan semua idea atau pengalaman mereka boleh


memberikan gambaran yang jelas kepada pemerhati kerana konsep yang terlibat dalam
fenomena alam susah difahami malah sangat sukar diterangkan secara saintifik.
Penyesuaian dan gabungan idea daripada pemerhatian fenomena seharian dengan konsep
yang dipelajari di dalam bilik darjah selalunya menghasilkan salahkonsep.
Tujuan pendidikan Sains adalah memberi penerangan yang selanjutnya supaya
idea-idea mereka menjadi konsep-konsep yang lebih bermakna. Konsep yang silap perlu
diperbaiki supaya salahkonsep murid terhadap pembelajaran sains tidak berterusan.

SALAHKONSEP PELAJAR DALAM SAINS


Maksud salahkonsep
Hancock (1940) mentakrifkan salahkonsep ialah apa-apa kepercayaan yang tidak
berasas yang tidak mengandungi unsur ketakutan, nasib yang baik, iman, atau campur
tangan ghaib' (halaman 208). Barrass (1984) pula mentafsirkan salahkonsep sebagai
'kesilapan' atau kesilapan, 'salah faham' atau idea-idea yang mengelirukan, dan 'salah
faham' atau misinterpretations fakta. Beliau mengatakan bahawa guru-guru dan pelajarpelajar yang lebih cerdik boleh membetulkan kesilapan.
Salahkonsep juga mungkin dirujuk sebagai tanggapan prasangka, kepercayaan
bukan saintifik, teori naif, konsep bercampur, atau salah faham konsep. Pada dasarnya,
dalam bidang sains, ini adalah kes-kes di mana sesuatu yang kanak-kanak tahu dan
percaya tidak sama dengan konsep saintifik . Kebanyakan kanak-kanak yang berpegang
teguh kepada konsep yang salahTIDAK menyedari bahawa idea-idea mereka adalah salah.
Apabila mereka diberitahu konsep mereka itu salah, mereka sukar untuk mengaku
kesalahan mereka lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai salahkonsep untuk masa yang
lama. Memiliki salahkonsep boleh mempunyai kesan yang serius kepada pembelajaran
kanak-kanak.
Jenis-jenis salahkonsep
Salah tanggapan atau miskonsepsi dapat dikategorikan kepada beberapa jenis
( National Academy Of Science 1997);
1. Idea awal yang diperoleh daripada pengalaman harian.
2. Kepercayaan bukan saintifik yang diperoleh daripada sumber-sumber ilmu lain
seperti pendidikan agama dan kepercayaan.
3. Pemahaman konseptual hasil pengajaran-pembelajaran konsep-konsep sainsa yang
kurang kukuh.

4. Miskonsepsi vernacular yang disebabkan oleh penggunaan perkataan yang


mempunyai maksud yang berlainan dalam kegunaan harian pelajar dibandingkan
dalam konteks saintifik.
5. Miskonsepsi fakta yang disebabkan oleh pembentukan konsep yang tidak betul dan
dikekalkan terus sehingga peringkat dewasa.
Contoh-contoh salahkonsep dalam sains
Menyiasat alam kehidupan
a. Pokok hanya dianggap tumbuhan apabila mereka adalah kecil.
b. Manusia bukan haiwan.
c. Tumbuh-tumbuhan mendapatkan makanan mereka dari persekitaran dan
bukannya pembuatan dalaman.
d. Air dan mineral adalah makanan untuk tumbuh-tumbuhan.
e. Tanah adalah makanan tumbuhan. Orang yang meletakkan makanan (baja) di
f.
g.

dalam tanah untuk tumbuh-tumbuhan untuk dimakan.


Respirasi dan fotosintesis tidak dilihat sebagai proses pemindahan tenaga.
Tumbuh-tumbuhan mengambil makanan mereka melalui akar dan
kemudian menyimpan dalam daun mereka. Tumbuh-

h.

tumbuhan hanya memberi oksigen.


Fotosintesis adalah satu proses tumbuhan dan respirasi adalah satu proses haiwan.

Menyiasat daya dan tenaga


a.
b.
c.
d.

Perkara yang lembut cair lebih mudah daripada benda-benda keras.


Suhu digunakan untuk mengukur haba, dan haba "panas".
Tidak ada perbezaan antara haba dan suhu. Suhu adalah haba.
Kiub ais yang lebih besar mempunyai suhu yang sejuk.

Menyiasat Bumi dan alam semesta


a.Bumi adalah lebih dekat dengan Matahari pada musim panas daripada di musim sejuk.
b. Cahaya matahari "lantunan" off objek di musim sejuk
c. Kecondongan paksi Bumi berubah jarak planet dari mataharisepanjang tahun.
d. Bumi bergerak dalam orbit elips yang amat dibesar-besarkan

meletakkan ia terus atau lebih dekat dengan matahari.


-Kitaran air:
a. Anak-anak muda berfikir awan dibuat daripada "asap".
b. Hujan jatuh dari awan apabila mereka bertembung dan berpecah terbuka.
c. Hujan jatuh apabila awan menjadi sejuk.
d. Apabila air menyejat, ia hanya hilang dan tidak lagi wujud.
e. Apabila air menyejat, ia segera naik ke awan atau ke dalam matahari.
f. Pelajar mempunyai masa yang sukar menerima idea zarah yang tidak kelihatan air di
udara.
-Fasa Bulan:
a. Bulan fasa hasil dari bayang-bayang bumi jatuh di bulan.Salah tanggapan dalam sains
b. Litupan awan menyebabkan fasa bulan.
c. Bulan separuh hitam dan setengah putih dan ia berputar. Sepertibulan berputar, kita
lihat perkadaran yang berbeza daripadakedua-dua belah pihak.
d. Bulan memancarkan cahaya sendiri, dan bukannyamencerminkan cahaya dari matahari.
Saiz Skala dan Jarak
a. Lukisan matahari, bumi, dan bulan hanya berbeza dalam
saizskala antara separuh atau dua kali ganda diameter antara satu sama lain.
b. Jarak dari matahari tidak banyak berbeza daripada jarak antaraplanet.
c. Matahari dan bulan telah disediakan di antara 1-4 diameterbumi jauh dari bumi.
d. Jarak yang besar sangat sukar bagi pelajar untuk memahami.
e. Tahun cahaya dianggap sebagai unit masa dan bukan daripada jarak.

Faktor-faktor penyebab salahkonsep


Kajian telah menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan salahkonsep di
kalangan kanak-kanak dalam pembelajaran sains. Antaranya ialah:

1. Idea-idea pelajar tidak sentiasa berkembang secepat kadar pembentangan konsep

dalam kebanyakan buku-buku teks dan dalam unit pengajaran yang direka bentuk
guru.
2. Bahasa yang digunakan oleh guru dan buku teks boleh mengelirukan sesetengah

pelajar.
3. Sering ada konflik yang belum diterokai antara pengalaman setiap hari pelajar dan

pembentangan kelas atau buku teks.


4. Demonstrasi atau eksperimen yang ditunjukkan oleh guru selalunya pasif.
5. Gambar, gambarajah yang terdapat dalam buku teks atau sumber yang lain

mengandungi unsur-unsur yang boleh menyebabkan murid salahkonsep.


6. Kerangka kefahaman alternative sedia ada pelajar-pelajar yang jarang diberi
perhatian oleh guru menyebabkan idea yang tidak tepat berkekalan.
7. Bahasa harian yang tidak dapat dibezakan dengan bahasa sains

Cara-cara mengatasi masalah salahkonsep


Salah satu masalah besar yang sukar diatasi dalam pengajaran konsep sains adalah
memisahkan atau mengubah pandangan ataupun pegangan asal pelajar pada satu konsep
kepada penjelasan yang dapat diterima oleh komuniti sains.
Cara-cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengatasi masalah salahkonsep:
1. Guru perlu menggalakkan murid menjalankan penyiasatan ke atas fenomenafenomena sains yang menarik.
2. Dunlop (1999) mencadangkan agar guru memberikan bukti bahawa konsep asas
yang dikemukakan oleh saintis pada masa kini lebih tepat untuk menerangkan
sesuatu fenomena semula jadi. Hal ini membolehkan murid menghubungkan
fenomena, idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka.
3. Selain itu guru juga perlu mengubah peranannya daripada penyampai maklumat
kepada penyelidik dan pemudah cara. Sebagai penyelidik guru perlu mengenal pasti
pengetahuan sedia ada murid manakala sebagai pemudah cara guru perlu
membimbing agar murid dapatmempelajari sesuatu dengan bermakna (Bahagian
Pendidikan Guru 1995).

Strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk mengatasi masalah salahkonsep :
Strategi inkuiri penemuan
Strategi inkuiri penemuan membuatkan murid berusaha untuk menemui sesuatu
yang baru dalam dirinya,walaupun apa yang ditemui bukan semestinya baru dalam dunia
ini.Takrif lain bagi inkuiri ialah proses menyelesaikan masalah atau pengesanan kebenaran
atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis,menjalankan
pemerhatian,mengemukakan soalan,melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan.
Murid-murid berupaya menjalankan inkuiri apabila mereka diberi kesempatan
pembelajaran hands on, bahan yang sesuai untuk dimanipulasikan, masalah yang
mengagumkan , bantuan dan bimbingan,kebebasan yang mencukupi untuk mereka
membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajaran dirinya sendiri.
Berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru atau penyelesaian masalah
merupakan ciri utama bagi semua kaedah inkuiri. Apabila murid berjaya memperoleh
fakta,konsep,prinsip,atau penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai
suatu penemuan.Inkuiri sebagai suatu proses dapat meningkatkan pembelajaran
sains,proses sains dan sikap terhadap sains.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,
lawatan dan kajian masa depan.
Dalam kurikulum cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai
objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti
pembelajaran.
Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti pembelajaran
jika perlu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat
murid terhadap sains. pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar.

Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar. Kaedah dan
aktiviti yang yang berbeza perlu dirancang untuk murid-murid yang berbeza kecerdasan.
Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal
matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri,
perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar.
Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini.
Eksperimen:
Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran
sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains
yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.
Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan
kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti
berikut:
1. Mengenal pasti masalah
2. Membuat hipothesis
3. Merancang eksperimen:
- mengawal pemboleh ubah.
- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
menentulkan langkah menjalanakan eksperimen
- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
4. Melakukan eksperimen
5. Mengumpul data
6. Menganalisis data
7. Mentafsirkan data
8. Membuat kesimpulan
9. Membuat laporan
Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang
dibimbing oleh guru ,murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri
yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur

dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen


mereka.
Perbincangan
Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau
alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk
menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum
sesuatu aktiviti.

Projek
Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan
tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang
formal.
Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang
dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam
bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar
lain.
Lawatan
Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui
lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan
kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.
Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para
pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan.
Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan
dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini.

Kajian masa depan


Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan
daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini
berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral,
pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk
melalui kaedah ini.

Penyelesaian masalah
Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk
membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian
masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara
umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:
1. Kenal pasti dan faham masalah
2. Jelaskan masalah
3. Cari alternatif penyelesaian masalah.
4. Lakukan operasi penyelesaian.
5. Nilaikan penyelesaian
Simulasi
. Main peranan ialah aktiviti yang menempatkan kanak-kanak dalam situasi di mana mereka
perlu mengandaikan diri sebagai watak (manusia atau bukan manusia) dan memainkan
peranan dan kelakuan watak itu.kanak-kanak cuba bertindak,berasa dan bergerak balas
seperti watak berkenaan.

Sebagai contoh,murid-murid menjalankan simulasi melancong ke bulan untuk menjelaskan


keadaan di bulan seperti kawah,gunung,tanah dan batuan(bumi dan dunia teknologi,tahun
4).untuk membantu murid membuat persediaan,kad tugasan diberikan kepada tiga
kumpulan kecil yang akan membincangkan dialog dan lakonan yang diperlukan. (sila rujuk
PuLSaR Modul 5,PPK,1994,halaman 26-28).
.permainan memerlukan aplikasi pengetahuaan Sains Dn strategi sains untuk
menang.sebagai contoh,40 keping kad gambar haiwan disediakan.Empat orang pemain
perlu mengelaskan gambar yang dipegangnya mengikut cara pengelasan haiwan bergilirgilir.Markah diberi untuk pengelasan yang dilakukan dengan betul .Pemain yangmendapat
markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenag.(sila rujuk PuLSaR Modul 5 halaman 2526).
. M odel merupakan bahan gentian yang dapat mewakili bahan sebenar.Terdapat tiga jenis
model yang utama.Pertama,model pepejal boleh dibina untuk membesarkan realia yang
terlalu kecil atau mengecilkan realia yang terlalu besar.Model begini dapat diperhatikan dan
dipegang dengan mudah.Pelajar akan dapat mengenali dan memahami stuktur luar dan
cirri fizikal realia yang diwakili oleh model.Contohnya,model glob digunakan untuk mewakili
bumi dan permukaanya.
Kedua,model keratin yang dibina untuk menunjukkan bahagian dalam sesuatu objek atau
sistem.Dengan itu,sturtuk dan fungsi dalaman yang dilindungi dapat
diperjelaskan.Contohnya,model keratin gigi yang menunjukkan lapisan-lapisan dalam gigi
yang memainkan peranan masing-masing.
Akhirnya,model pergerakan yang menunjukkan cara sesuatu sistem bergerak dan
beroperasi.Contohnya,model enjin dua-jelang dan enjin empat-jelang boleh digunakan untuk
mendemonstrasikan cara pembakaran bahan api dan bagaimana enjin menggerakkan
motor.
Kesan-kesan salahkonsep terhadap pembelajaran sains kanak-kanak

Gilbert, Osborne dan Fensham ( 1982) memberi beberapa akibat yang mungkin timbul
daripada keadaan itu;
1. Pelajar mungkin tidak akan mengubah konsep sedia ada ataupun mungkin
menerima perspektif yang disampaikan sebagai perkara yang berguna dalam
peperiksaan dengan mengekalkan konsep sedia ada.
2. Kemungkinan juga pengajaran guru akan mengukuhkan pengetahuan ataupun
konsep awal pelajar dan kerapkali juga pengajaran guru akan hanya menambahkan
kekacauan dan kekeliruan kepada pelajar. Dalam keadaan ini, pelajar tidak mampu
menyatukan idea baru yang diterima daripada gurunya dengan pengetahuan sedia
ada yang dipegangnya.
3. Hasil yang paling ideal yang diharapkan adalah pengajaran guru yang berhasil
membawa perubahan pandangan awal pelajar kepada penjelasan saintifik. Perkara
ini adalah hasilan atau matlamat akhir yang ideal bagi pengajaran sains.
4. Kepelbagaian dalam personaliti pelajar membuatkan sesetengah pelajar lebih
terbuka kepada idea-idea baru berbanding pelajar lain. Sebahagian daripada pelajar
mungkin tidak akan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan konflik kognitif
ataupun ketidakseimbangan kognitif yang dihadapinya. Tambahan pula, jika idea
ataupun pengetahuan sedia ada terbukti mencukupi berdasarkan pengalaman
lampau. Maka pelajar tidak berasa perlu menggantikan pengetahuan sedia dengan
pengetahuan baru. Bagi memastikan perubahan konseptual berlaku, Posner, Strike,
Hewson, dan Gertzog ( 1982) menyatakan idea baru mesti difahami, memberi makna
kepada pelajar, dapat diterima masuk akal, berguna serta relevan kepada pelajar.

SALAHKONSEP PELAJAR SAYA


Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun Lima, dalam Tema Menyiasat
Bumi dan Alam Semesta, murid saya sering mengalami salahkonsep bagi Hasil
Pembelajaran 2.3 iaitu memahami fasa-fasa bulan.
Fenomena fasa-fasa bulan berlaku kerana bulan memantulkan cahaya matahari dan
bulan beredar mengelilingi bumi. Hal ini menyebabkan bentuk bulan yang diperhatikan dari
bumi kelihatan berubah-ubah bergantung kepada kedudukan bulan di antara bumi dan
matahari (Verdet 1995).
Fenomena ini sangat sukar difahami oleh murid saya. Murid saya menyangkakan
bahawa bulan mempunyai cahaya yang sangat terang sepertimana yang dilihat semasa
fasa bulan purnama. Lantaran peribahasa ada menyebut bahawa rupamu cantik ibarat
bulan purnama.
Fasa bulan dikatakan terjadi apabila cahaya bulan semakin kurang sedikit demi
sedikit apabila bulan mengelilingi bumi. Ini dikatakan terbukti semasa bulan penuh, cahaya
bulan lebih terang atau lebih banyak berbanding cahaya bulan semasa bulan separa apatah
lagi sewaktu bulan sabit.
Ada murid berpendapat fenomena ini disebabkan bulan dilindungi oleh awan dan
bayang-bayang matahari melindungi bulan. Awan yang tebal menyebabkan bulan kelihatan

seperti sabit dan jika bulan berputar mendekati matahari maka bentuknya bulat terang
berbanding jika bulan menjauhi matahari.
Malah , ada yang berpendapat fenomena ini berlaku disebabkan matahari dilindungi
oleh bumi, oleh itu bayang-bayang bumi jatuh ke atas bulan. Sebenarnya konsep ini
menerangkan fenomena gerhana bulan. Hal ini menyebabkan murid-murid saya keliru dan
kerapkali menulis jawapan yang salah ketika membuat inferens, hipotesis dan kesimpulan.
Salahkonsep ini perlu diperbetulkan segera supaya ia tidak terus kekal di ingatan .

CADANGAN STRATEGI MENGATASI MASALAH SALAHKONSEP


Strategi pilihan : Strategi Inkuiri Penemuan

Kaedah

: Simulasi

Berbagai takrif diberikan terhadap inkuiri. Antaranya ialah suatu proses penyiasatan
sesuatu masalah , pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran
kritis, menjalankan pemerhatian, mengemukakan soalan, melakukan eksperimen dan
menyatakan kesimpulan, berfikir secara kretif dan menggunakan intuisi. Takrif yang paling
popular ialah memberi kesempatan pembelajaran hands-on, bahan yang sesuai untuk
dimanipulasi, masalah yang mengagumkan, bantuan dan bimbingan, kebebasan yang
mencukupi untuk mereka membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan
pembelajaran dirinya sendiri.
Ciri utama kaedah inkuiri ialah berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru atau
menyelesai masalah. Apabila seseorang memperoleh fakta, konsep, prinsip atau
penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai suatu penemuan.oleh itu,
proses-proses kognitif, afektif dan psikomotor yang digunakan oleh kanak-kanak merupakan

inkuiri manakala hasil proses-proses ini dinamakan penemuan iaitu perkara yang dipelajari
dan dibina dalam mindanya.
Simulasi merupakan salah satu kaedah dalam strategi inkuiri penemuan selain
daripada eksperimen, projek dan kajian lapangan. Kaedah ini menyerupai atau meniru
keadaan yang sebenar. Tiga contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan
dan penggunaan model.
Contoh simulasi yang dipilih ialah main peranan. Main peranan ialah aktiviti yang
menempatkan kanak-kanak dalam situasi di mana mereka perlu mengandaikan diri sebagai
watak ( manusia atau bukan manusia) dan memainkan peranan dan kelakuan watak itu.
Kanak-kanak cuba bertindak, berasa dan bergerakbalas seperti watak berkenaan. kad
tugasan boleh diberikan kepada mereka untuk membincangkan dialog dan lakonan yang
diperlukan.
REFLEKSI SESI P&P
Semua murid berjaya dipulihkan daripada salahkonsep tentang fasa-fasa bulan setelah
menonton video dan membuat simulasi. Murid teruja semasa menonton video seolah-olah
mereka berada di alam angkasa lepas. Kemudian, murid sendiri mengalami fenomena fasa
bulan semasa aktiviti simulasi. Aktiviti ini akan mengukuhkan lagi fahaman dan ingatan
mereka dan sedikit demi sedikit, salahkonsep mereka tentang fasa bulan akan terhapus dan
digantikan dengan ilmu saintifik yang sebenar.
Guru yang bertindak sebagai pemudahcara hanya memerhati dan membimbing murid
tatkala murid-murid sendiri yang mengendalikan peralatan ICT.
Kepelbagaian teknik menyoal yang telah kami kemukakan nampaknya telah menunjukkan
keberhasilan apabila murid-murid dapat menukar salahkonsep mereka kepada pengetahuan
saintifik yang kami ajar. Contohnya, murid sendiri sedar bahawa sebenarnya bulan tidak

mempunyai cahaya sendiri. Bulan hanya memantulkan cahaya matahari . oleh sebab itulah
berlaku fasa bulan apabila bulan mengelilingi bumi.
Kata-kata pujian yang telah diberikan beserta sedikit cenderahati apabila mereka berjata
menjawab soalan menimbulkan rasa seronok di kalangan murid-murid sekaligus
mengurangkan malah menghapuskan tekanan yang ada dalam diri mereka. Dengan cara
itu, masalah salahkonsep dapat diatasi.
Aktiviti kuiz yang diadakan sebagai penutup mendapat sambutan yang memberangsangkan
apatah lagi apabila murid sendiri yang mengendalikannya.
Kami gembira dengan maklumbalas murid pada malam ini dan kami telah susuli mereka
dengan aktiviti pengayaan mereka di rumah.
Pendekata, pengajaran dan pembelajaran yang diadakan ini benar-benar berhasil dan
diharapkan salahkonsep yang mereka hadapi sebelum ini tidak akan berulang lagi.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan boleh dilaksanakan.
Pelbagaikan kaedah bagi tajuk ini seperti kajian lapangan, eksplores dan sebagainya bagi
menarik minat murid untuk mempelajari ilmu sains.
Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian
agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu
hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai fasa-fasa bulan
dari pelbagai sumber media elektronik seperti internet boleh dipaparkan semasa sesi P&P.
Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.
Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara
menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil,
mereka dikehendaki merekabentuk model fasa bulan dengan menggunakan kad manila,

plastisin, pensel, pemadam, gunting dan benang . Pada akhir sesi P&P, mereka dikehendaki
menggantung hasil kerja mereka di belakang kelas atau bilik sains.
Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini
dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa
membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak
menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan.
Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai
topik .
Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana
keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan.

PENUTUP
Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengubah salahkonsep murid kerana kajian telah
menunjukkan bahawa murid berpegang teguh dengan salahkonsep mereka (Mestre 2002).
Salahkonsep ini akan diubah oleh murid sekiranya ada kelainan dalam pengajaran guru di
bilik darjah. Walau bagaimanapun, kajian ada menyatakan, hanya sebahagian salahkonsep
mampu diubah manakala sebahagiannya masih kekal (Dunlop 1999).
Jika salahkonsep diabaikan, murid mungkin akan keliru dan tidak dapat menerima
pengajaran guru (Mestre 2002). Murid mungkin akan menghafal fakta untuk lulus
peperiksaan. Oleh sebab fakta ini tidak digabungkan dengan pengetahuan sedia ada murid,
fakta ini hanya akan dapat diingat dalam jangkamasa yang singkat(Dunlop 1999). Ini
bermakna, walaupun murid lulus cemerlang, salahkonsep murid tidak berubah.

Untuk membantu murid mengubah dan membina semula konsep sedia ada mereka, guru
perlu memberi galakan kepada mereka membuat penyiasatan ke atas fenomena-fenomena
sains yang menarik.
Dunlop 1999 mencadangkan guru memberikan bukti bahawa konsep asas yang
dikemukakan oleh saintis pada masa kini adalah lebih tepat untuk menerangkan sesuatu
fenomena semulajadi. Hal ini membolehkan murid menghubungkan fenomena, idea dan
pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka.
Guru perlu mengenalpasti salahkonsep murid, merancang strategi untuk menangani
salahkonsep ini dan membina teknik penilaian yang mengambilkira sejauh mana murid
dapat menyerap konsep sains yang diajar(Trumper 1991).
Guru juga perlu mengubah peranannya daripada penyampai maklumat kepada penyelidik
dan pemudahcara.sebagai penyelidik, guru mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid.
Sebagai pemudahcara, guru membimbing murid agar dapat mempelajari sesuatu yang
bermakna( Bahagian Pendidikan Guru 1995).
Guru tidak boleh dianggap sebagai pakar yang cuba menyumbatkan pengetahuan ke dalam
minda murid sebaliknya peranan guru adalah sebagai perangsang sifat ingin tahu murid,
pencabar konsep sedia ada murid, sumber maklumat dan rakan penyiasat (Roslijah A.
Samad 2004). Maksudnya, murid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti
pembelajaran.zol Azlan (2000) berpendapat, perubahan peranan guru sebegini akan
memberi peluang kepada murid membina potensi diri dan kreativiti dalam segala aspek.

BIBLIOGRAFI

Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun Lima ( 2005). Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
National Academy Press, (1997). SCIENCE TEACHING RECONSIDERED : A HANDBOOK
by Committee on Undergraduate Science Education (U.S.).page 27 -30
Poh Swee Hiang ( 1997). Pedagogi Sains 2.Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains.
Kuala Lumpur: Budiman
Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, Mohd. Ali Samsudin (2005 ). Kaedah

Mengajar Sains. Pahang : PTS Professional . ms 7 - 10


Pn. Hjh Roslizah A.Samad ( 2004) Salah Faham Beberapa Aspek Ilmu Falak Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran atas talian
http://www.alazim.com/masjid/seminar/falak2006/1.pdf
Misconceptions in Science atas talian
http://www.newyorkscienceteacher.com/sci/pages/miscon/index.php

Children's Ideas in Science atas talian http://homepage.mac.com/vtalsma/misconcept.html

Science Misconceptions. atas talian


http://www.newyorkscienceteacher.com/sci/pages/miscon/index.php

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 22

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 39

Anda mungkin juga menyukai