Anda di halaman 1dari 8

KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berbahagia En. Zaaba Bin Abdul Rahman, Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor , diiringi;
Yang Berbahagia Prof. Ir Dr. Hasanan Bin Md Nor, Yang Dipertua PIBG,
Yang Berusaha En Jaafar Bin Warmat, Guru Besar SK Sri Pulai Perdana,
Ahli Jawatankuasa PIBG; dan,
Guru-guru penolong kanan

UCAPAN ALUAN

Yang Berbahagia En. Zaaba Bin Abdul Rahman, Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor,
Yang Berbahagia Prof. Ir Dr. Hasanan Bin Md Nor, Yang Dipertua PIBG,
Yang Berusaha En Jaafar Bin Warmat, Guru Besar SK Sri Pulai Perdana,
Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015;
Guru-guru Penolong Kanan,
guru-guru
ibu bapa
dan hadirin sekalian.

Assalammualaikum W.B.T, Salam Satu Malaysia dan Salam Kulaijaya Gemilang.

Jejaran mengkudu berbias kesuma


Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami

Pada majlis yang penuh bermakna ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan
izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di dewan Sri Perdana bagi
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Sri Pulai Perdana kali ke 3 2015.
.(tarian pembukaan)
.

Hadirin sekalian, untuk pengetahuan semua, tarian pembukaan walinong sari sebentar tadi
merupakan persembahan daripada anak-anak prasekolah kasih yang dibimbing oleh pn. Siti
salwahida binti shawaluddin.

BACAAN DOA
Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Bagi memula dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Al Fadhil Ustaz Abd. Rahman Bin Mohd Yusof untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

.
Pergi mengail ikan haruan
Buat selendang kain pelekat
Terima kasih kepada tuan
Doa dipohon semoga berkat

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Abd. Rahman Bin
Mohd Yusof atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN


Hadirin yang dihormati, di pagi yang berbahagia ini, marilah kita bersama-sama mendengar alunan
ayat-ayat suci alquran surah Al Araf ayat 31 juzuk 8 yang akan diperdengarkan oleh adik Ahmad
Husnul Nazid Bin Mohd Zaimi. Majlis menjemput dan mempersilakan.

.
Terima kasih diucapkan kepada adik Ahmad Husnul Nazid Bin Mohd Zaimi yang telah membacakan
ayat-ayat alquran sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG

Acara ucapan dimulai dengan mempersilakan yang Berbahagia Prof. Ir Dr. Hasanan Bin Md Nor, Yang
Di Pertua PIBG untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
.................................................................................................................................................................
.........................................
Petang hari menanam selasih
Selasih berbunga indah berwarna
YDP PIBG setinggi-tinggi terima kasih
Ucapan diberi penuh bermakna.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan oleh tuan itu tadi.

UCAPAN GURU BESAR


Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Hadirin warga dewan yang dikasihi,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Berusaha En. Jaafar Bin Warmat, Guru Besar SK Sri Pulai
Perdana,
Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.
.................................................................................................................................................................
...........................................
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan tuan guru besar sebentar tadi.

Ucapan Perasmian
Yang awal kita dahulukan,
Yang dahulu kita alu-alukan,
Ucapan perasmian kita nantikan,
Pelengkap majlis yang kita adakan.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,


Kini tibalah masa yang dinantikan, iaitu ucapan oleh tetamu kehormat kita Yang Berbahagia En.
Zaaba Bin Abdul Rahman, Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Negeri Johor, sekaligus, merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sk Sri Pulai Perdana kali ke 3. Majlis
dengan penuh rasa takzim mempersilakan tuan.
.................................................................................................................................................................
...........................................
Dengan bismillah kita mulai
Alhamdulillah wassala tannabi
Dengan takdir ilahi rabbi
Selesailah sudah upacara merasmi

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Zaaba
Bin Abdul Rahman, Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri
Johor atas ucapan dan penyempurnaan perasmian Mesyuarat Agung PIBG sk sri pulai perdana kali ke
3 sebentar tadi.

Penyampaian sumbangan PIBG Murid Cemerlang UPSR 2014 dan Cenderahati AJK PIBG
2014/2015
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Pada tahun 2014, seramai 119 orang calon telah menduduki UPSR di SK Sri Pulai Perdana.
Alhamdulillah, berbekal usaha, doa dan tawakal semua, seramai 20 orang pelajar sekolah ini telah
berjaya memperoleh keputusan 5A di dalam UPSR 2014. Diatas kejayaan yang gemilang ini, pihak
PIBG SK Sri Pulai Perdana berbesar hati untuk memberi penghargaan kepada murid-murid ini sebagai
tanda kenang-kenangan sekaligus memberi inspirasi kepada murid-murid lain untuk mencontohi
kejayaan ini. Oleh itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan yang Berbahagia Prof Ir. Dr Hasanan
Bin Md Nor, Yang Dipertua PIBG untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En. Zaaba Bin
Abdul Rahman, Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor
bagi menyempurnakan majlis. Dipersilakan tuan.

Bercabang tiga si gunung daik


Di kakinya subur pohon meranti
Budi luhur dibalas baik
Dalam ingatan tersimpul mati
Seterusnya majlis mempersilakan sekali lagi Yang Berbahagia En. Zaaba Bin Abdul Rahman untuk
menyampaikan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Sri Pulai Perdana sesi 2014/2015
sebagai tanda penghargaan diatas jasa dan khidmat bakti yang telah ditaburkan sepanjang sesi
2014/2015.

.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Zaaba Bin Abdul Rahman.

CENDERAMATA PERASMI
Burung nuri burung merpati
Hinggap di beranda hinggap ditangan ,
cenderamata di beri seikhlas hati
Sebagai tanda buat kenangan
Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia En. Zaaba Bin Abdul Rahman, Wakil Rasmi
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor atas penyempurnaan majlis
perasmian sebentar tadi, majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata tanda
kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang berbahagia tuan.
Justeru itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha En. Jaafar Bin Warmat, Guru
Besar SK Sri Pulai Perdana untuk memberikan cenderamata kepada Yang Berbahagia En. Zaaba Bin
Abdul Rahman...di persilakan tuan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Zaaba Bin Abdul Rahman dan
Tuan Guru Besar yang telah sudi menyempurnakan penyampaian cenderamata sebentar tadi.

PENUTUP
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka tibalah masanya untuk saya selaku
pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu disandarkan kepada kami
sebagai makhluk Allah bernama insan.

Ikan berenang di dalam lubuk


Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sireh pulang ke gagang

Sebarang kelemahan harap dimaaf


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati

Pohon kenangan elok merimbun


Tersenyum dara menyunting bunganya,
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya.

Pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat, para
jemputan dan semua hadirin-hadirat serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sk Sri Pulai Perdana kali ke 3 2015

Sebelum mesyuarat agung diteruskan, dijemput dengan segala hormatnya Yang Berbahagia En.
Zaaba Bin Abdul Rahman Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Negeri Johor, dan hadirin sekalian untuk menikmati hidangan yang disediakan. Sambil anda semua
menikmati hidangan yang disediakan, anda semua akan dihiburkan dengan persembahan daripada
murid-murid SK Sri Pulai Perdana.

CABUTAN BERTUAH
Majlis mempersilakan____________________________________________________________

PERSEMBAHAN MURID
Hadirin-hadirat yang dirahmati Sekalian,
Mari sama-sama kita menikmati halwa telinga. Majlis kita akan diserikan dengan persembahan
daripada anak-anak SK Sri Pulai Perdana. Dengan lagu gemuruh, berikan tepukan gemuruh buat
kumpulan koir Seri Perdana.

.
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang dipersembahkan sebentar tadi. Buat
Pengetahuan yang berbahagia dan para hadirin sekalian, persembahan ini merupakan hasil
bimbingan En. Syuhadak, Pn. Saadah dan Cik Zurehan.

CABUTAN BERTUAH
Majlis mempersilakan____________________________________________________________

PERSEMBAHAN MURID
Hadirin sekalian,

Anda mungkin juga menyukai