Anda di halaman 1dari 38

PSV 3111

1.0 PENDAHULUAN
Guru merupakan tonggak utama dalam memastikan seseorang modal insan itu
berjaya dengan cemerlang dan gemilang. Justeru, guru haruslah mampu untuk menilai
pencapaian muridnya dari pelbagai aspek. Hal ini kerana guru memainkan peranan
penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.
Hal ini berkait rapat dengan pendekatan yang digunakan dalam mengukur pencapaian
muridnya. Dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, guru akan mengukur tahap
pencapaian hasil karya muridnya melalui kaedah pemberian tanda seperti lambang
atau simbol. Kesemua tanda ini merupakan penanda aras bagi guru untuk melihat
tahap pencapaian muridnya didalam kelas. Secara tidak langsung, dapat membantu
guru untuk mempertingkatkan lagi usaha dalam mendidik anak muridnya disamping
menggunakan kaedah pengajaran yang mampu meningkatkan tahap pencapaian
murid.
Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai
PKSR. Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk mencapai hasrat ini
penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan
terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut.
PKSR lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari
satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan
perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk
membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya
kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti
kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.
PKSR dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang
diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. PKSR boleh menilai kemajuan
murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara
1

PSV 3111

berpusat.Penilaian

secara

berpusat

iaitu

UPSR

dikendalikan

oleh

Lembaga

Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat


dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKSR dan
penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.
PKSR

dilaksanakan

untuk

mendapatkan

gambaran

tentang

kemajuan

pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan


pengajaran guru. PKSR yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada
peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping
itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti
tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan
kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang
dalam penilaian di peringkat pusat.

PSV 3111

2.0 KONSEP PENTAKSIRAN PSV


Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat
tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Menurut Kamus Dewan, pentaksiran adalah berasal daripada kata dasar taksir.
Taksir membawa maksud kira ataupun menghitung. Pentaksiran adalah proses
pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan
menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan
secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550).
Pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pemerolehan bukti melalui hasil soalan
khusus seperti ujian dan tinjauan, dan digunakan untuk menentukan kesimpulan
berdasarkan segala penemuan daripada kaedah tersebut,(Tabatha Rayment, 2006).
Menurut beliau lagi, pentaksiran dalam konteks pendidikan merangkumi,
-

Kaedah siasatan bagi menentukan tahap pembelajaran


Kaedah untuk memperoleh dan mengumpul maklum balas penting
Proses menilai pelajar dalam konteks pendidikan
Proses mendokumenkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan
Pendekatan dan teknik pengajaran yang penting
Proses yang sentiasa berkitar dan berterusan bagi menilai pengajaran dan

pembelajaran
Kaedah untuk menentukan hala tuju pengajaran dan pembelajaran
Alat diagnostik dan penilaian

2.1 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN PSV


2.1.1PENTAKSIRAN AUTENTIK
3

PSV 3111

Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang


mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner &
Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak
mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum
balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti yang disebut oleh
HillS (1993);
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi
pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial,
sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti
kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan
kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga
melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna
merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku
Educational Assessment of Students).Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu
sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna
dalam bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut:

a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk
perkembangan kanak-kanak:

PSV 3111

- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan
seterusnya melahirkan konsep.
- Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika
melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.
b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak
c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan
kesinambungan subjek.
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis
keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Antara ciri-cirinya ialah:
i.

Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.

ii.

Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.

iii.

Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.

iv.

Subjek membina maksud yang tersirat.

v.

Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik:


-Persembahan tarian
-Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya

PSV 3111

-Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains)
atau Art show ( pertunjukan Seni)
-Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.
Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar :
-Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.
-Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan
masyarakat luas.
-Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.
-Menangani teknologi dan berfikir sistematik.
Kesimpulan Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari
pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat
memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanakkanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.
2.1.2 PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASED
Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan subjek
penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki
pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir
menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan,
kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang
untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa
ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan
yang ada dalam dunia sebenar.
Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:

PSV 3111

1. Portfolio (dapatan hasil kerja)


Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke
semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat
secara keseluruhannya.
2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar). Pentaksiran
akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian
masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.
3. Mengukur berdasarkan keupayaan. Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan
contoh daripada murid seperti :- Bahan penulisan
- Persembahan
- Gerak kerja projek

2.1.3 PENTAKSIRAN DAN MOTIVASI


Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri
individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku
ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat
menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian
suatu tujuan.

Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia.
Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi :
sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada
secara negatif atau positif
Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan

PSV 3111

Darjah Kesungguhan
Stimulator / semangat
Tiga Kategori Motivasi
i. Motif Primer :
Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar
Faali/psikologis
Keinginan untuk makan & minum
ii. Motif Umum:
Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar
Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia
Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan
iii. Motif Sekunder:
Tumbuh sebagai hasil proses belajar
Tidak berhubungan dengan proses faali
Kebutuhan berprestasi & berkuasa
2.1.4 PENTAKSIRAN KENDIRI
Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia
menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri
seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi
tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang
kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik
terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar
benar-benar tahu atau berupaya mengetahui.
Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa
membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian. Penilaian kendiri membolehkan pelajar
menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri. Carl Rogers (1950), mendefinisikan
konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan

PSV 3111

kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan
persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami
konsep kendiri.
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963),
berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:
tanggapan diri seseorang individu
proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi
bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan
persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan
fikiran.
Fungsi dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian
kendiri;
membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap
kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin
ilmu;
memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan
perancangan bagi pembelajaran seterusnya;
memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan
diri dan pencapaiannya;
mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan
kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, dan
membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.
Kaedah :
1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati

PSV 3111

matlamatnya guru hendaklah


meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses
pembelajaran
mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian
kendiri.
melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan
instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik
membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan kesannya
terhadap proses pembelajaran seterusnya;
2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur
sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada
dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan
sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu
kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.
Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri
itulah menjadi penilaian kendiri

Konsep Kendiri Positif


Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai
minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka
dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.
Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
Menghargai
Memuji orang lain

10

PSV 3111

Puas hati dengan pencapaian


Murah hati
Mudah berkawan
Puas hati dengan dirinya
Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
Peramah
Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif
Cenderung untuk merasa salah
Takut kepada kegagalan
Sering merasa bimbang
Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
Pencapaian akademik yang rendah
Tidak gemar kerja mencabar
Kurang keyakinan pada diri sendiri
Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personality

2.1.5 PENTAKSIRAN PEMBENTUKAN WATAK


Proses mendapatkan maklumat seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan.
Maklumat Mendapat maklumat tentang produk. Cara penghasilan (proses) asas seni
reka yang ingin digunakan. Tema karya.

11

PSV 3111

Proses Proses penghasilan produk. Cara seniman bekerja.


Produk Produk seni yang dihasilkan
Penghakiman Penilaian dan pentafsiran produk
Teknik Pentaksiran Pembentukan Watak
1.Projektif- Skala pemeringkatan ujian iventori atau ujian projektif untuk mengukur
beberapa aspek sahsiah dalaman dan luaran
2.Skala Radar- Darjah pencapaian murid dari segi pencapaian dan gred, teknik ini
boleh dilakukan didalam kumpulan.
3.Laporan Kendiri- Refleksi tentang produk sendiri
4. Pengukuran Situasi
5. Pengukuran Pemerhatian.
2.1.6 PENTAKSIRAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Merupakan satu-satunya pentaksiran yang menggunakan computer sebagai medium
untuk merekod data supaya lebih tepat dan cekap. Pentaksiran ini juga membolehkan
data yang diperoleh disimpan dengan lebih tersusun dan bersistematik.

Kelebihan Pentaksiran Berbantukan Komputer


-Data yang disimpan dapat disimpan lebih lama.
-Lebih sistematik dan tersusun

12

PSV 3111

-Dapat memudahkan guru untuk merekod, menyimpan dan menyusun maklumat


pentaksiran murid
-Dapat

memotivasikan,

meningkatkan

kefahaman,

merangsang

penglibatan,

mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan tahap pembelajaran


murid.

2.1.7 PENTAKSIRAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN


Pentaksiran ini memfokuskan kepada guru untuk mencari kelemahan murid.
Seterusnya

membuat

tindakan

penambahbaikan

sama

ada

kekurangan

atau

kekurangan murid. Sebagai contoh, guru membuat penambahbaikan dalam hasil karya
multimedia yang dihasilkan oleh murid.

2.1.8 PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN


Pentaksiran ini merupakan satu proses pengumpulan data yang menerangkan sama
ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka
yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil pembelajaran murid itu mampu
memberi perubahan kepada murid tersebut sama ada dari segi kognitif, social, emosi
dan sebagainya.

Kelebihan Pentaksiran Hasil Pembelajaran (PELAJAR)


-Faham kehendak hasil pembelajaran dari guru.
-Pentaksiran lebih konsisten dan telus
-Pentaksiran menggalakkan pembelajaran merentasi kokurikulum
13

PSV 3111

-Murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran
yang terbaik seperti yang diinginkan.
(PENILAI GURU)
-Menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak.
-Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci.
-Memberikan bukti yang kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran.
-Dapat melihat sejauh mana keberkesanan hasil pembelajaran tersebut kepada murid.

3.0 PERATURAN MEMBERI MARKAH


3.1Kaedah Analitik
Kaedah analitik dikenali juga sebagai kaedah markah point kerana kaedah ini
memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi
perhatian dan pemberatan. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja
kepada idea utama tetapi juga kepada kebersepaduan beberapa idea yang berkaitan.
Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya bagi soalan yang
memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan berstruktur. Skala pemarkahan
yang digunakan ialah skala interval, di mana skema pemarkahan akan dihuraikan
secara terperinci. Ia akan memudahkan pemeriksa untuk memberikan markah dengan
tepat.
Kelebihan kaedah analitik

Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian markah dengan

tepat terutama apabila terdapat lebih daripada seorang pemeriksa.


Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan markah, oleh sebab itu

cara ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian calon tinggi atau rendah.
Pemarkahan lebih objektif Ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa
menjalankan tugas dengan teliti.

14

PSV 3111

Kelemahan kaedah analitik

Masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa setiap skrip jawapan.
Pemeriksaan dilakukan secara fakta dan tiada penekanan pada kemahiran

penulisan.
Pemeriksaan boleh bersifat negatif, iaitu markah yang diperuntukkan bagi
sesuatu aspek ditolak apabila pelajar membuat kesilapan dalam aspek tersebut.

3.2 Kaedah Holistik


Pemarkahan jawapan dengan kaedah holistik untuk menentukan pencapaian calon
dalam ujian subjektif didasarkan pada andaian bahawa pelajar mempunyai pandangan
keseluruhan tentang keseluruhan soalan. Kaedah ini menekankan aspek yang baik,
bukan yang buruk, dalam sesuatu jawapan. Oleh itu, kaedah ini sesuai digunakan
untuk memeriksa soalan yang menekankan pengkonsepsian yang menyeluruh.
Dengan demikian penekanan holistik diberi berasaskan pandangan pemeriksa terhadap
jawapan pelajar secara keseluruhan.Dalam pemarkahan kaedah holistik ini, ada dua
jenis skala yang lazim digunakan, iaitu skala ordinal dan skala nominal. Proses
pemarkahan secara holistik amat subjektif sifatnya. Oleh sebab itu pemarkahan cara ini
memerlukan pemeriksa yang berpengalaman serta menguasai bidang berkenaan.
Ciri keobjektifan pemarkahan secara holistik ini dapat ditingkatkan dengan mengadakan
mesyuarat penyelarasan antara ketua pemeriksa dengan pemeriksa-pemeriksa.

Pada mesyuarat itu pemeriksa akan diberi taklimat dan panduan tentang cara
memeriksa skrip jawapan dan kemudian berlatih memeriksa beberapa contoh skrip
jawapan. Dengan cara ini, perselisihan dalarn pemberian markah dan penentuan gred
antara pemeriksa dapat dikurangkan.

Skala pemarkahan bagi kaedah holistik terbahagi kepada dua iaitu skala ordinal dan
skala nominal.

15

PSV 3111

Skala
ordin
al

KAEDA
H
HOLIST
IK

Skala
nomin
al

Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan skala ordinal,


pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut :

Memeriksa setiap skrip jawapan calon secara keseluruhan.


Menyusun skrip-skrip jawapan calon mengikut prestasinya, iaitu prestasi terbaik

diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan dibawah.


Menentukan berapa peratus calon yang patut diberi gred A,B, C, D

sebagainya.
Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan

dan

peratusan calon yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.


Bagi skala pemarkahan nominal pula adalah seperti berikut :

Dalam pemarkahan yang menggunakan skala nominal, pemeriksa dikehendaki


membaca skrip jawapan calon sekali lalu berdasarkan kriteria kandungan,
pengolahan, dan proses untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap

jawapan calon.
Pemeriksa kemudian dikehendaki menetapkan gred yang difikirkan sesuai
diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan kriteria pemarkahan yang
disediakan.

16

PSV 3111

Kelebihan kaedah holistik

Memeriksa skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang.


Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek

penguasaan

pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang lain terutamanya kemahiran


aras tinggi seperti kebolehan mengolah idea dan membuat rumusan tentang

sesuatu perkara atau keadaan.


Penilaian jawapan dibuat oleh lebih daripada seorang pemeriksa atau

pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan.


Mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pelajar yang memberi jawapan secara
kreatif dan inovatif.

Kelemahan kaedah holistik

Terdapat kemungkinan perselisihan memberikan markah antara pemeriksa dan

sukar diselaraskan.
Pemarkahan kurang objektif.

yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan.
Pemeriksaan hanya sesuai dijalankan oleh orang yang menguasai bidang

berkenaan dan yang berpengalaman sahaja.


Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh

Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain

pengetahuannya tentang latar belakang pelajar. Kesan halo merujuk kepada


situasi pemeriksa memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang
sederhana atau kurang baik kerana calon dikenalinya sebagai pelajar yang
cergas.

Sebaliknya kesan horn merujuk kepada keadaan satu jawapan baik

diberi markah yang rendah kerana jawapan itu datangnya daripada calon yang
dianggap kurang berkebolehan.
Perbandingan antara kaedah analitik dan kaedah holistik.
Perkara

Pemarkahan Analitik

Skema

Sangat terperinci berdasarkan Sangat

subjektif

Pemarkahan

unsur-unsur yang terkandung (Berdasarkan

andaian

17

Pemarkahan Holistik

PSV 3111

di dalam jawapan

bahawa pelajar mempunyai


pandangan menyeluruh ke

Kriteria pemeriksa

Semua

atas keseluruhan soalan)


boleh Hanya
guru
yang

guru

menggunakan
termasuk

teknik
yang

dan

kurang menguasai

pengalaman

bidang

berkenaanmampu

menggunakan teknik ini


Kandungan, pengolahan dan Apa sahaja aspek baik yang

Unsur-unsur
penting

ini berpengalaman

dalam proses

jawapan
Kegunaan

Skala Pemarkahan

terdapat di dalam jawapan

Peperiksaan

Awam Soalan

berbentuk

(peperiksaan biasa)

pengkonsepsian

Skala Interval

Skala

Nominal

dan

skala

Ordinal
Penyelarasan

Skema

pemarkahan

dihuraikan

pemarkahan Mesyuarat
secara

(meningkatkan

penyelelarasan

terperinci oleh ketua pemeriksa dan

keobjektifan pemeriksa

berkenaan

dan kebolehpercayaan) boleh diperlukan


Bentuk soalan

disediakan secara bertulis


Berstruktur iaitu setiap soalan Sesuai

untuk

soalan

diperuntukkan markah tertentu karangan atau esei.


secara terperinci
Bentuk jawapan

Perlu
terperinci,

dijawab

secara Jawapan

seragam

berstruktur

tidak

semestinya

dan seragam seperti skema yang


disediakan dimana sesuatu
esei

memberikan

pelbagai

bentuk luahan pemahaman


pelajar

18

PSV 3111

Bentuk markah

Secara pecahan eg. 7/10

A,B,C,D,E atau pangkat 1-5


(Cemerlang gagal)

Masa

Panjang

Bergantung

kepada

tahap

kemahiran pemeriksa

AUTENTIK
"PERFOR
MANCE
BASED

4.0 PENGURUSAN GRAFIK


KENDIRI

BERBENT
UK
KOMPUTE
R

JENIS-JENIS
PENTAKSIRAN
PSV

PEMBENT
UKAN
WATAK

HASIL
PEMBELAJ
ARAN

TNDAKAN
PENAMBA
HBAIKAN

ASPEK
NILAI DAN
SAHSIAH

19

MOTIVASI

PSV 3111

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Tahun

Bilangan murid

25 orang

Mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual

Bidang

Mengenal Kraf Tradisional.

Tajuk

Wau Bulan

Kegiatan

Menghasilkan Ragam Hias Wau Menggunakan Teknik

Gunting dan Tampal

20

PSV 3111

Masa

8.45 pagi 9.45 pagi (60 minit)

Pengetahuan sedia ada:


1. .Murid pernah melihat permainan wau di televisyen
2. Murid pernah bermain layang-layang dan wau.
Objektif Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
1.
2.
3.
4.

Menjelaskan fungsi wau


Meningkatkan kemahiran mengolah corak dan warna
Menerapkan nilai mencintai kraf tradisional
Gembira menghias wau masing-masing.

Aras 1

: Melihat dan memerhati bentuk wau bulan

Aras 2

: Memilih dan menggunakan alat, bahan dan teknik yang sesuai dengan

penghasilan ragam hias wau.


Aras 3

: Menghasilkan ragam hias wau dengan menggunakan pelbagai alat,

bahan dan teknik secara


ABM dan BBM

Alatan dan bahan

Alat

Bahan

melalui penerokaan

Pemancar LCD, Komputer

Gunting
:

Penerapan Nilai

kreatif

Kertas Lukisan, kertas warna, gam


Kebersihan, Menghargai warisan negara, dan semangat

kecintaan terhadap kraf tradisional


Langkah/
Masa
Set induksi
(5 minit)

Isi pembelajaran

Aktiviti

Pengajaran

1. Guru

Pembelajaran
i. Murid-murid diminta untuk ABM: Pemancar LCD

menayangka

memerhati

n video acara

menghayati

21

dan Catatan

serta
permainan BBM:

video

PSV 3111

permainan

wau
Guru

ii.

wau

permainan wau
bersoal

jawab

Pendekatan: Deduktif

bersama murid
Soalan:
1. Bilakah waktu yang sesuai

bermain wau?
Langkah 1
(5 minit)

1. Guru

i. Guru

meminta

murid

untuk ABM: Komputer dan

memaparkan
slaid
jeniswau

membuat kumpulan kecil


Pemancar LCD
ii. Murid diminta untuk memerhati
yang
slaid
yang
ditayangkan
jenis
Teknik: Soal jawab
melalui pemancar LCD.
Perbincangan
iii. Murid
diminta
untuk
memerhatikan

jenis-jenis

Strategi: Berpusatkan
wau
iv. Guru bertanya perbezaan jenis bahan
wau

yang

ditayangkan

kepada murid-murid.
Pendekatan: Deduktif
v. Murid diminta menyenaraikan
jenis-jenis wau.
Soalan:
1. Apakah jenis-jenis

Jalabudi

Wau Bulan
wau

yang terdapat dalam slaid


yang di paparkan?
2. Nyatakan apakah

jenis

wau tersebut?
Wau Barat
Langkah 2
(10 minit)

1. Guru

i.

Murid

ii.

menonton tayangan video.


penghasilan
Guru menjalankan aktiviti
hias wau
sesi soal-jawab bersama

menayangkan
video
penghasilan
ragam
wau
2. Guru

hias

diminta

untuk BBM:

murid.
Soalan:

22

ragam

Teknik: Soal jawab


Sumbang saran

1. Apakah aktiviti yang terdapat

Video

PSV 3111

menayangkan
slaid
ragam

contoh
hias

wau

di

dalam

video

yang

di

tayangkan?
Strategi: Berpusatkan
2. Apakah motif atau corak
bahan
yang
digunakan
untuk
ragam hias wau?
3. Di manakah asal permainan
wau di Malaysia?

Motif Helang
Madura

Motif Batik
Langkah 3
(35 minit)

1. Guru

i.Guru

menerangkan

menayangkan

menghasilkan

video

wau

cara

ragam

cara BBM: Power Point


hias
Strategi: Berpusatkan

menghasilkan
ragam

hias

wau.
2. Guru

bahan
ii.Guru meminta murid melakukan

Berpusatkan tugas

aktiviti membuat corak ragam

Pendekatan: Deduktif
hias
wau
menerangkan
iii.Guru membimbing murid-murid
dan
untuk
melakar
dan Nilai: Kerja sama
menunjukkan
menghasilkan corak pada
cara
wau
menghasilkan Langkah-langkah.
corak ragam Langkah 1 - Melakar bentuk wau
ii. Langkah 2 - Membuat corak.
hias
Langkah 3 mengunting dan
menggunakan
menampal kertas warna pada
teknik gunting

Penutup

wau

dan tampal.
Guru
meminta Guru menilai hasil kerja murid

23

Nilai:

Kebersihan,

PSV 3111

(5minit)

murid

Karya murid terbaik di pamerkan kerjasama

mempamerkan

di hadapan kelas.

corak

yang Murid-murid

dihasilkan.

menyatakan

di

minta

dan

untuk

membuat

penilaian terhadap corak yang


dihasilkan.

5.1 RUBRIK PEMARKAHAN


Bidang

: Kraf Tradisional

Tajuk

: Wau Tradisional

Teknik

: Lipatan dan Guntingan

Tema

: Floral

GRED/
MARKAH

CIRI JAWAPAN

24

PSV 3111

Kriteria

Penyediaan

Pengwujuda

Alat/Bahan

Menggunaka

Idea
Sangat

lebih menepati

80-100%

daripada lima tema

jenis warna

Intreprestasi

Fungsi

Dapat

Menghasilkan

Dapat

mewujudkan

hasil

yang hasil

diberikan

kerja yang

sangat dengan

dengan tajuk menarik

dan sangat baik

sesuai

bersesuaian
Sederhana

mengikut tema
Menghasilkan Dapat

n empat jenis dalam

dalam

hasil

warna

mewujudkan

yang

Sederhana
menepati

tema

yang hasil

diberikan

kerja tetapi

Menggunaka
n

tiga

Tidak

kerja berfungsi
sesuai dengan baik
kurang

mengikut tema

bersesuaian
dapat Tidak dapat Kurang dalam Dapat

jenis memahami

warna

serta

dengan tajuk menarik


yang

60-69%

kerja berfungsi

yang
Menggunaka
70-79%

Gubahan

tema

memahami

yang dalam

diberikan

menghasilkan
hasil

mewujudkan

kerja dengan

yang

sederhana

hasil

kerja bersesuian

dan

tajuk serta

yang

berfungsi

baik

tidak

mengikut tema

bersesuain
Menggunaka

Kurang

Kurang

n karya dua memahami


warna
40-59%
D

tema
diberikan

Kurang

faham dalam hasil

yang mewujudkan
hasil

jelas Dapat
kerja berfungsi

yang

kerja dihasilkan dan kurang baik

yang

tidak mengikut

dihasilkan

tema

dan

25

dengan

tidak

PSV 3111

mengikut
Menggunaka

Tidak

tema
dapat Tidak

n satu warna memahami


0-39%

sahaja

tema

dapat Tidak

memahami

yang dalam

diberikan

menghasilkan
hasil

mewujudkan
hasil

dapat Tidak

dapat

berfungsi

kerja langsung

mengikut tema

kerja

dengan tajuk
yang
bersesuaian

GRED/
MARKAH
Kriteria

CIRI JAWAPAN
Dan Keaslian

Kemahiran

Proses

Menggunaka

Teknik
Menghasilkan

lebih kerja

Menunjukkan

Kemasan

Sangat kreatif Hasil


yang

yang sangat pemilihan

dihasilkan

daripada lima mengikut

jenis

proses

dan baru

kemahiran

teknik

telah hasil

Menggunaka

ditetapkan
Menghasilkan

dan warna

dan tersusun dan

yang penambahan

corak
kemas
Kreatif dalam Hasil
kerja

n empat jenis kerja

dalam

pemilihan

kemahiran

menunjukkan

warna

mengikut
system

dan idea

prosedur

hasil

yang
dan dihasilkan

dan penambahan
kerja corak

Menggunaka
n

tiga

Menghasilkan

jenis kerja

kemahiran

kemas

tersendiri
Kurang

Kurang kreatif Hasil

yang dalam
menunjukkan

mengikut

idea
dan hasil
26

kerja

dan pemilihan yang

sederhana
system

teratur tetapi
kurang

yang

sangat

tersendiri
Sederhana

60-69%

kerja

keaslian idea dalam

80-100%

70-79%

Kreativiti

warna

dan dihasilkan

dan penambahan
kerja corak

sederhana
teratur

dan

PSV 3111

Menggunaka
n
40-59%

prosedur

yang

Menghasilkan

tersendiri
Kurang jelas Kurang

dua jenis kerja

kemahiran

kurang dalam

mengikut
system

menunjukkan
dan idea

prosedur

Menggunaka

kemas

hasil

Menghasilkan

n satu jenis kerja


0-39%

kemahiran

mengikut

sahaja

sistem

kerja

dalam

yang

meluahkan

dihasilkan

dan kreativiti
kerja

kurang
teratur

dan

yang

kurang

tersendiri
Tidak dapat Tidak

kemas
Hasil
kerja

tidak menunjukkan
idea
dan hasil

prosedur

jelas Hasil

menunjukkan

dan kreativiti
kerja langsung

yang
dihasilkan
tidak

yang

dan

tersendiri

kemas

teratur

5.2 PEMARKAHAN SECARA HOLISTIK

GRED/MARKAH

CIRI JAWAPAN

Menghasilkan karya berdasarkan tema yang diberikan.


27

tidak

PSV 3111

Penggunaan corak dan warna yang pelbagai dan


GRED A

menarik.

Menghasilkan

ragam

hias

wau

dapat

diwujudkan dengan begitu jelas. Proses menggunting


80-100%

dan menampal menggunakan teknik yang ditetapkan.


Dapat menghasilkan corak hias wau yang sangat
kemas dan tersusun serta mempunyai kreativiti dan
keaslian hasil karya yang tersendiri.

Menghasilkan karya berdasarkan tema yang sederhana


GRED B

tepat. Penggunaan empat jenis warna yang pelbagai


dan menarik. Gambaran corak pada wau dapat

70-79%

diwujudkan dengan begitu jelas. Proses menggunting


dan menampal mengikut seperti yang ditetapkan.
Dapat menghasilkan corak gambaran wau yang kemas
dan

tersusun

serta

mempunyai

kreativiti

yang

tersendiri.

Menghasilkan karya berdasarkan tema yang kurang


tepat.
GRED C

Penggunaan

tiga

jenis

warna

yang

pelbagai.Gambaran corak wau dapat dihasilkan tetapi


tidak begitu jelas.Proses dan teknik mengikut seperti

60-69%

yang ditetapkan. Kurang menunjukkan idea dalam


menghasilkan teknik menggunting dan menampal pada
bahagian wau serta tidak mempunyai kreativiti yang
tersendiri.

28

PSV 3111

Lemah
GRED D

dalam

memahami

tema

yang

diberikan.

Penggunaan hanya dua jenis warna sahaja. Gambaran


corak pada wau tidak dapat diwujudkan dengan begitu

40-59%

jelas. Proses dan teknik tidak mengikut seperti yang


ditetapkan.

Kurang

menunjukkan

idea

dalam

menghasilkan corak gambaran pada wau serta tidak


mempunyai kreativiti dan keaslian yang tersendiri.

Langsung tidak memahami tema yang diberikan.


GRED E

Penggunaan hanya satu jenis warna sahaja. Gambaran


corak pada wau tidak dapat diwujudkan. Proses dan

0-39%

teknik tidak mengikut seperti yang ditetapkan. Sangat


lemah dalam menunjukkan idea menghasilkan corak
serta

tidak

mempunyai

tersendiri.

5.3 Hasil Karya Murid

29

kreativiti

yang

asli

dan

PSV 3111

Hasil karya yang dipilih adalah hasil karya daripada murid Tahun 5 Arif di SK Wakaf
Mempelam. Sebanyak 3 hasil karya oleh pelajar telah dipilih berdasarkan penilaian
yang dinilai oleh Guru PSV mereka. Karya yang dihasilkan oleh mereka ialah membuat
wau dalam bidang mengenal kraf tradisional dan menggunakan teknik lipatan dan
guntingan. Ketiga hasil karya pelajar ini dinilai berdasarkan gred yang mereka perolehi
dalam menghasilkan karya tersebut. Gred yang mereka peroleh terdiri daripada gred A
iaitu Baik, gred B memuaskan dan gred C sederhana.

Contoh Hasil Karya

a)Hasil karya oleh


Mohd Fadil Bin Mohd
Fauzi

b)Hasil karya oleh


Natasya Bte Risyon

c)Hasil karya oleh


Fazrul Aiman B.
Mohd

Berdasarkan hasil karya 3 orang pelajar ini, dapat dilihat bahawa hasil karya A
oleh Mohd Fadil Mohd telah mendapat gred A iaitu berada pada tahap yang baik. Hal ini
demikian kerana hasil yang dibuat oleh beliau dinilai berdasarkan kekemasan dalam
menghasilkan wau tradisional tersebut. Penilaian dibuat oleh guru berdasarkan kepada
teknik menggunting yang betul dan kefahaman teknik melipat. Tambahan markah diberi
kepada pelajar tersebut adalah berdasarkan hiasan dibahagian atas wau dan gabungan
warna yang pelbagai seperti warna biru,kuning, dan merah jambu.
Manakala hasil karya daripada Natasya pula mendapat gred B iaitu memuaskan.
Hal ini disebabkan kerana teknik lipatan dan guntingan yang digunakan oleh beliau
adalah kurang kemas jika dibandingkan dengan karya Mohd Fadil. Selain itu, hasil
30

PSV 3111

karya beliau juga tiada penambahan dalam aksesori wau tersebut seperti menambah
bulu di bahagian atas wau. Dari sudut warna pula, beliau meletakkan gabungan warna
yang pelbagai sebagai perhiasan.
Akhir sekali ialah hasil daripada pelajar Fazrul Aiman. Hasil karya beliau telah
mendapat gred sederhana dimana teknik guntingan dan kemasan lipatan tidak kemas.
Ia boleh dilihat dibahagian ekor dan tepi kiri wau tersebut. Guntingan beliau tidak kemas
dan kurang daya kreatif dalam menceriakan perhiasan wau tradisional tersebut.
Menurut Pn Ahsanu, karya beliau juga tidak meletakkan hiasan warna yang menarik
bagi menonjolkan karya tersebut. Selain itu, perhiasan lain seperti jambul wau juga
tidak dibuat oleh pelajar tersebut. Markah tambahan juga tidak diberikan kerana usaha
yang dilakukan oleh beliau tidak menunjukkan daya kreativiti yang tinggi.

31

PSV 3111

BORANG MARKAH CALON


NAMA CALON : FARHANA BINTI YASSIN

MARKAH/GRED

ANGKA GILIRAN : KD 558

889

NAMA SEKOLAH : SK PADANG AIR


NO PUSAT : TK 668
TAJUK : WAU TRADISIONAL
NO TUGASAN : 5
BIL

KRITERIA PENCAPAIAN

MARKAH

GRED

Penyediaan alat/bahan

DIPEROLEH
90

warna
Pengwujudan Idea

95

*Sanagat menepati tema yang diberikan


Gubahan

95

95

sesuai dan menarik serta mengikut tema


Fungsi

80

*Dapat berfungsi dengan baik


Kemahiran

59

*Menggunakan lebih daripada 5 jenis

*Dapat mewujudkan hasil kerja dengan


4

tajuk yang bersesuaian


Interprestasi
*Menghasilkan hasil kerja yang sangat

32

PSV 3111

*Menggunakan hanya dua warna sahaja


Proses dan Teknik

95

90

95

95

889

*Menghasilkan kerja mengikut proses dan


8

teknik telah ditetapkan


Keaslian
*Menunjukkan keaslian idea yang sangat

baru dan hasil yang tersendiri


Kreativiti
*Sangat kreatif dalam pemilihan warna dan
penambhan corak
Kemasan

10
*Hasil kerja yang dihasilkan tersusun dan
kemas
JUMLAH

BORANG KRITERIA
NAMA CALON : FARHANA BINTI YASSIN
ANGKA GILIRAN : KD 558
NAMA SEKOLAH : SK PADANG AIR
NO PUSAT : TK 668
TAJUK : WAU TRADISIONAL
NO TUGASAN : 5

33

PSV 3111

KRITERIA ISI KANDUNG


1. Dapat memahami kehendak soalan
2. Dapat menghasilkan corak dan wau
3. Dapat mengolah idea secara kreatif

KRITERIA PENGOLAHAN
1. Mampu menghasilkan corak dan wau dengan menggunakan idea secara logic
2. Kombinasi warna yang menarik dan bersesuaian.
3. Boleh menolah corak yang dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing.

KRITERIA PROSES
1.Dapat menghasilkan corak dan wau mengikut system prosedur serta teknik yang
ditetapkan.
2.Mempunyai idea dan hasil kerja yang tersendiri.
3. Berkebolehan menghasilkan corak dan wau dengan teratur dan kemas.

34

PSV 3111

JADUAL PEMBAHAGIAN GRED CALON (PGC/1)

BIL

GRED

PERATUS

CEMERLANG

80-100%

BAIK

70-79%

MEMUASKAN

60-69%

SEDERHANA

40-59%

35

PSV 3111

PENCAPAIAN MINIMUM

0-39%

6.0 PENUTUP
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam
semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi
tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru
mengajar dan pelajar belajar.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna
dan berkesan. Bukti-bukti data tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang
diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di
bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama
dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak
diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian,
beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam
merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan,
sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang
diajar.
Seterusnya, hasil jawapan murid perlu diperiksa, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja
untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan murid dalam kursus yang
diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya
pengajaran guru. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan
pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan dan diagnostik

36

PSV 3111

serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang guru bagi memastikan
pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.

7.0 BIBLIOGRAFI
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual
KBSR. Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2011). Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual
KSSR.

Kuala Lumpur.

Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk
Maktab dan Universiti. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tiada nama penulis. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Diakses pada 18
Februari

2014

daripada

http://www.scribd.com/doc/63663057/PENILAIAN-

KENDALIAN SEKOLAH
Tiada nama penulis. Pentaksiran Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 24 Februari
2014 daripada
Seni

http://www.scribd.com/doc/97525632/Pentaksiran-Dalam-Pendidikan-

Visual

Tiada nama penulis. Bentuk Pentaksiran PSV. Diakses pada 28 Februari


daripada

2014

http://www.scribd.com/doc/40543626/Pentaksiran-Seni-Visual

Tiada nama penulis. Pentaksiran Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 1 Mac
daripada http://www.slideshare.net/zuelhana/pentaksiranpendidikan

37

2014

PSV 3111

38

Anda mungkin juga menyukai