Anda di halaman 1dari 48

EDISI 2013

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN


LANJUTAN (CIAST)
PETI SURAT 7012, SEKSYEN 19, JALAN PETANI 19/1,
40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

PANDUAN PROGRAM LATIHAN


SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)
BAGI PENGAJAR KEMAHIRAN DI
INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN
AWAM (ILKA)

UNIT SANGKUTAN INDUSTRI, PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL KEMAHIRAN (SPD)


PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

EDISI 2013

Hakcipta Terpelihara. Tidak Dibenarkan Mengeluarkan dan Menyalin Semula Buku Ini Dengan
Apa Cara Sekalipun

PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI) BAGI PENGAJAR KEMAHIRAN


INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)
EDISI 2013

AHLI PANEL

Dalila binti Sharingat


Nor Ayana binti Mokhtar
Nor Azua binti Aripin
Hamidatul Zakiah binti Ismail

ISI KANDUNGAN
Sepatah Kata
Senarai Kependekkan
Tafsiran

i
ii
iii
Muka Surat

Peraturan Latihan Sangkutan Industri

1-8

Borang
Contoh Borang Permohonan Latihan Sangkutan Industri
(CIAST-SPD-LSI-001)
Laporan Lawatan Latihan Sangkutan Industri
(CIAST-SPD-LSI-002)
Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri
(CIAST KP5.2)
Borang Permohonan Untuk Menggunakan Kenderaan
Sendiri Dan Menuntut Elaun Kilometer Bagi Jarak Melebihi
240KM Sehala

9 - 12
13
14 22
23

Lampiran
Lampiran 1 Syarat-syarat Latihan Sangkutan Industri

24

Lampiran 2 Contoh Senarai Tugas Hakiki

25

Lampiran 3 Format Senarai Pengetahuan, Kemahiran Dan


Pengalaman Yang Ingin Diperolehi Di Industri

26

Lampiran 4 Laporan Tugasan Latihan Sangkutan Industri

27 28

Lampiran 5 Laporan Akhir Latihan Sangkutan Industri

29 30

Lampiran 6 Kadar Bayaran Elaun Latihan Industri

31 - 33

Lampiran 7 Format Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran


Elaun LSI

34

Lampiran 8 Format Rsum

35

Rujukan
Senarai Rujukan

36

Carta Alir Pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri

37

SEPATAH KATA

Garis panduan ini disediakan khusus untuk pengajar kemahiran di ILKA yang terlibat
dengan latihan kemahiran bagi mengikuti Latihan Sangkutan Industri yang diselaraskan oleh Unit
Latihan Sangkutan Industri, Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD).
Program Latihan Sangkutan Industri adalah penting dalam usaha memastikan semua
pengajar kemahiran yang terlibat dengan latihan kemahiran mengetahui perkembangan dan
kehendak industri semasa. Penempatan Latihan Sangkutan Industri adalah perlu dilakukan
kepada mereka bagi memberi pengalaman dan pengetahuan supaya dapat diadaptasikan dalam
pengajaran di tempat latihan masing-masing.
Selain daripada itu, budaya kerja di organisasi swasta yang bersesuaian dan memberi
impak positif juga dapat diterapkan di institusi latihan kemahiran awam dengan
mengaplikasikan pengalaman yang berharga tersebut di tempat kerja dalam usaha
meningkatkan kualiti tenaga mahir yang dilahirkan.
Dengan adanya panduan ini, diharapkan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan
Latihan Sangkutan Industri akan jelas tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Ketua Program
Pembangunan Profesional Kemahiran
CIAST

SENARAI KEPENDEKKAN

LSI

Latihan Sangkutan Industri

PDL

Pengajar Kemahiran Dalam Latihan

SPD

Skill Professional Development

CIAST

Centre For Instructor And Advanced Skill Training (Pusat Latihan Pengajar Dan
Kemahiran Lanjutan)

PF

Pegawai Firma

PLI

Pegawai Lawatan Industri

PPLI

Pegawai Penyelaras Latihan Industri

ILKA

Institusi Latihan Kemahiran Awam

ii

TAFSIRAN

`Latihan Sangkutan Industri ertinya satu tempoh khusus di mana pengajar kemahiran
ditempatkan di firma/syarikat perniagaan atau industri untuk mendapatkan pendedahan
tentang teknologi terkini serta persekitaran kerja yang sebenar secara terancang dan diselia oleh
pegawai yang dipertanggungjawabkan di industri tersebut.
`Pengajar Kemahiran ertinya Pengajar Kemahiran Dalam Latihan.
`Pengajar Kemahiran Dalam Latihan ertinya pengajar kemahiran yang sedang menjalani
Latihan Sangkutan Industri mengikut bidang kemahiran masing-masing.
`Unit Sangkutan Industri ertinya unit yang bertanggungjawab menyelaras program Latihan
Sangkutan Industri.
`Firma ertinya syarikat perniagaan atau industri yang terlibat menerima pengajar kemahiran
menjalani Latihan Sangkutan Industri.
`Pegawai Firma ertinya pegawai yang dipertanggungjawabkan oleh syarikat atau industri yang
terlibat dalam program Latihan Sangkutan Industri untuk membimbing dan menyelia Pegawai
Dalam Latihan.
`Pegawai Lawatan Industri ertinya personel yang dilantik oleh CIAST untuk melakukan lawatan
pemantauan Pengajar Kemahiran Dalam Latihan.
`Pegawai Penyelaras Latihan Industri ertinya pegawai-pegawai yang terlibat menyelaras
program Latihan Sangkutan Industri di bawah tanggungjawab Ketua Program SPD, CIAST.
`Ibu Pejabat ertinya Ibu Pejabat bagi institusi di mana pengajarnya terlibat dengan Program
Latihan Sangkutan Industri.

iii

PERATURAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (INDUSTRIAL ATTACHMENT) DI


BAWAH KELOLAAN PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN
(CIAST), JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

1.0

PENGENALAN
1.1

OBJEKTIF LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI


a) Mendedahkan pengajar kemahiran kepada persekitaran kerja sebenar di
industri.
b) Memupuk semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara
pengajar kemahiran / ILKA dengan pihak industri.
c) Menghubungkaitkan dan mengamalkan pengalaman di industri dengan
pengajaran teori dan praktikal di institut.
d) Mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri sebenar.
e) Membina keyakinan diri untuk diadaptasikan dalam bidang pengajaran
terutamanya apabila berdepan dengan peserta kursus dari industri.
f) Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan para pelajar & pengajar
lain setelah tamat latihan.

1.2

SYARAT LATIHAN
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi pengajar kemahiran yang berminat untuk
mengikuti Latihan Sangkutan Industri (LSI) adalah seperti di Lampiran 1.

1.3

TEMPOH LATIHAN
Tempoh Latihan Sangkutan Industri adalah ditetapkan selama tiga (3) bulan.

2.0

TATACARA PERMOHONAN/PENCALONAN
2.1

TANGGUNGJAWAB PENGAJAR KEMAHIRAN


2.1.1

Pengajar kemahiran yang berminat hendaklah mengisi borang


permohonan
(CIAST-SPD-LSI-001)
secara
atas
talian
(http://espd.ciast.gov.my) terlebih dahulu dan dicetak sebelum
dihantar.

2.1.2

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dicetak hendaklah


dihantar melalui Ibu Pejabat masing-masing dengan disertakan
bersama-sama:
a) Salinan kelayakan akademik atau kelayakan yang setaraf dengannya
(jika ada);
b) Salinan kelayakan kemahiran (jika ada);
c) Senarai tugas hakiki di institut/jabatan (lihat contoh Lampiran 2);
d) Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin
diperolehi di firma yang dicadangkan (lihat contoh Lampiran 3); dan
e) Rsum terkini (lihat format Lampiran 8)

2.2

2.1.3

Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh


Pegawai Kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan
dan Profesional atau setaraf atau lebih tinggi.

2.1.4

Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak melalui


Ibu Pejabat serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan
tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

2.1.5

Pegawai hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan awal dari


firma untuk menjalani LSI (keutamaan akan diberi kepada firma yang
berada pada jarak kurang 25 kilometer dari pejabat).

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/KETUA PERKHIDMATAN


2.2.1

Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya


membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada
syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi
tanggungjawab
Ketua
Jabatan/Ketua
Perkhidmatan
untuk
memperakukan pengajar kemahiran yang sesuai serta memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan.

2.2.2

Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua


Jabatan/Ketua Perkhidmatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada
Ibu Pejabat masing-masing. Perakuan pencalonan mestilah
dikemukakan bersama-sama dokumen di Para 2.1.2

2.3

TANGGUNGJAWAB IBU PEJABAT


2.3.1

3.0

Pegawai bertanggungjawab di Ibu Pejabat perlu meneliti dan membuat


tapisan terhadap setiap calon yang mengemukakan permohonan.
Senarai pendek pencalonan berserta borang permohonan hendaklah
dikemukakan kepada Urusetia LSI mengikut tempoh yang ditetapkan.

ETIKA PENGAJAR KEMAHIRAN YANG MENJALANI LSI


Pengajar Kemahiran Dalam Latihan (PDL) perlu mematuhi peraturan yang tetapkan oleh
firma berkenaan. Walaubagaimanapun, PDL masih tertakluk kepada Peraturan Pegawai
Awam.

3.1

DISIPLIN
PDL hendaklah menunjukkan disiplin yang tinggi dan berkelakuan baik semasa
dalam LSI. PDL mestilah berusaha untuk menjayakan latihan mereka serta
menunjukkan sikap bekerjasama, bersopan santun dan saling memahami dan
mengamalkan sikap kerja berpasukan yang baik dengan pekerja lain di tempat
latihan. Nilai dan etika perkhidmatan awam hendaklah sentiasa diamalkan
walaupun berada di dalam sesi latihan di firma.

3.2

WAKTU BEKERJA
PDL hendaklah mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan oleh pihak firma.
Kerja lebih masa adalah digalakkan jika diminta oleh pihak firma berkenaan.

3.3

CUTI
Cuti dalam tempoh latihan adalah tidak dibenarkan kecuali atas sebab
kecemasan. Kelulusan cuti kecemasan hendaklah mendapat kebenaran daripada
firma dan dipanjangkan ke Unit LSI, Program Pembangunan Profesional
Kemahiran (SPD), CIAST untuk tujuan rekod.

3.4

PAKAIAN
PDL hendaklah mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh firma
berkenaan yang bersesuaian dengan etika berpakaian sebagai penjawat awam.
Peserta hendaklah bersedia dengan pakaian keselamatan sendiri sekiranya tidak
disediakan oleh firma.

3.5

PENEMPATAN LATIHAN
PDL hendaklah menjalani latihan di tempat yang telah dipersetujui semasa
tawaran LSI sehingga tamat latihan.
PDL tidak dibenarkan menukar tempat latihan yang ditetapkan kecuali dengan
kebenaran daripada Ketua Program SPD CIAST.

3.6

KERAHSIAAN
Pengajar kemahiran yang terlibat hendaklah menggunakan pengetahuan dan
pengalaman yang diperolehi dari latihan ini hanya untuk tujuan pembelajaran
dan pengajaran yang dikendalikan di masa akan datang tanpa mendedahkan
maklumat sulit yang boleh menjejaskan firma tempat latihan berkenaan. Semua
bahan yang dibukukan sebagai laporan hendaklah mendapat kebenaran
daripada Pegawai Firma (PF).

3.7

LAPORAN TUGASAN LSI


PDL hendaklah menyediakan Laporan Tugasan Latihan Sangkutan Industri
mengikut format yang telah di sediakan oleh Unit LSI, SPD sepertimana di
Lampiran 4. Laporan ini hendaklah disahkan oleh PF dan perlu diserahkan pada
bila-bila masa diminta atau semasa lawatan Pegawai Lawatan Industri (PLI) ke
tempat latihan.
Tujuan Laporan Tugasan LSI:
a) Menunjukkan kerja / aktiviti dengan ringkas untuk memudahkan pegawai
terlibat menyediakan laporan akhir LSI yang lengkap;
b) Membantu PLI memantau aktiviti PDL sepanjang tempoh latihan;
c) Sebagai rekod dan rujukan pengajar kemahiran setelah tamat latihan.

3.8

LAPORAN AKHIR LSI


Pengajar kemahiran yang selesai menjalani latihan hendaklah menyediakan
Laporan Akhir LSI untuk melaporkan deskripsi kerja yang telah dilakukan
sepanjang tempoh latihan secara keseluruhan. Format laporan adalah seperti di
Lampiran 5.
Laporan Akhir LSI sebanyak dua (2) salinan hendaklah diserahkan kepada
Pegawai Penyelaras Latihan Industri (PPLI) dalam tempoh empat (4) minggu
dari tarikh akhir pengajar kemahiran menjalani LSI.

3.9

3.10

TUNTUTAN ELAUN
3.9.1

Pengajar kemahiran yang menjalani latihan layak untuk menuntut elaun


yang berkaitan. Kadar tuntutan elaun boleh dirujuk pada Lampiran 6.
Borang Tuntutan elaun bulanan yang layak dituntut hendaklah
dikemukakan dan diterima oleh pihak CIAST tidak melebihi tarikh 5hb
setiap bulan berikutnya.

3.9.2

Tuntutan elaun yang lewat perlu dikemukakan bersama Surat


Permohonan Kelulusan Tuntutan Lewat untuk dipertimbangkan oleh
Pengarah CIAST.

3.9.3

Tuntutan elaun LSI bulan pertama hendaklah dikemukakan bersamasama Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran Elaun Bulanan LSI (lihat
contoh seperti di Lampiran 7).

3.9.4

Pembayaran tuntutan elaun adalah berdasarkan prinsip kelayakan dan


bukan hak pegawai. Elaun-elaun yang berkelayakan boleh ditarik pada
bila-bila masa sekiranya dikehendaki.

KEHADIRAN MENJALANI LSI


PDL yang sedang menjalani LSI adalah dianggap sedang berkursus dan tidak
dibenarkan sama sekali meninggalkan latihan atas sebab menghadiri sebarang
kursus, bengkel, seminar, pertandingan atau apa-apa jua pun aktiviti jabatan
ataupun peribadi sepanjang LSI.

3.11

PENANGGUHAN / PEMBATALAN
PDL yang sedang menjalani LSI adalah tidak dibenarkan menangguhkan atau
membatalkan latihan kecuali dengan kebenaran Ketua Program SPD, CIAST.

3.12

RAWATAN PERUBATAN
Prosedur rawatan sebagai kakitangan kerajaan adalah terpakai untuk tujuan ini.
PDL tidak dibenarkan menggunakan peruntukan firma untuk mendapatkan
rawatan di mana-mana pusat perubatan swasta kecuali jika dibenarkan oleh
firma berkenaan.

4.0

5.0

TANGGUNGJAWAB FIRMA
4.1

Firma bertanggungjawab menempatkan PDL di bahagian/unit yang bersesuaian


dengan bidang kemahiran PDL;

4.2

PF bertanggungjawab merencanakan latihan yang mencukupi dan bersesuaian


sepanjang tempoh latihan serta digalakkan berbincang dengan PDL bagi
memastikan objektif latihan tercapai;

4.3

PF hendaklah memastikan bahawa program LSI memenuhi kriteria yang


ditetapkan oleh CIAST;

4.4

Firma hendaklah menguruskan hal ehwal pentadbiran PDL seperti kad perakam
waktu, peralatan, pakaian keselamatan dan sebagainya;

4.5

PF hendaklah membantu serta membimbing PDL dari masa ke semasa sewaktu


PDL melaksanakan latihan;

4.6

PF bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan Laporan Tugasan LSI yang


disediakan oleh PDL.

4.7

Firma bertanggungjawab menjaga kebajikan PDL sepanjang tempoh LSI


termasuk semasa melaksanakan tugasan luar.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LAWATAN INDUSTRI (PLI)


Pihak SPD, CIAST bertanggungjawab melantik PLI secara bertulis untuk menjalankan
lawatan kepada PDL di penempatan LSI. Lawatan ini bertujuan untuk memantau
pelaksanaan aktiviti LSI oleh PDL.

5.1

LAWATAN
Sepanjang tempoh latihan, lawatan perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali ke
firma penempatan LSI.

5.1.1

Prosedur Sebelum Lawatan


a) Terima memo arahan lawatan berserta jadual lawatan;
b) Mengesahkan kehadiran lawatan dengan PF dan PDL; dan

c) Semak dokumen LSI yang disediakan oleh PDL yang berkaitan.

5.1.2

Prosedur Semasa Lawatan


a) Berjumpa pihak firma (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) dan
menyatakan tujuan lawatan;
b) Mengadakan sesi perbincangan bersama PDL dan PF; dan
c) Membuat semakan dan mengesahkan Laporan Tugasan LSI PDL.

5.1.3

Prosedur Selepas Lawatan


a) Menyediakan Laporan Lawatan LSI (CIAST-SPD-LSI-002) dan
mengemukakan kepada PPLI dalam tempoh satu (1) minggu selepas
lawatan; dan
b) Mengemukakan tuntutan perjalanan ke Unit LSI, SPD tidak melebihi
tarikh 5hb bagi bulan berikutnya.

6.0

7.0

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI (PPLI)


6.1

Menyelaras penempatan pegawai yang menjalani LSI;

6.2

Bekerjasama dengan PF dalam perkembangan dan hal ehwal kebajikan PDL


sepanjang tempoh menjalani LSI;

6.3

Mengurus dan menyelaras lawatan pemantauan PDL yang terlibat dengan


program LSI;

6.4

Menyemak dan mengesahkan Laporan Tugasan LSI yang disediakan oleh PDL;
dan

6.5

Mengurus tuntutan-tuntutan berkaitan yang dikemukakan oleh PDL dan PLI.

PERLINDUNGAN
Perlindungan yang disediakan oleh CIAST adalah insuran takaful berkelompok yang
bertujuan melindungi PDL sepanjang tempoh LSI.

8.0

PERSIJILAN
PDL yang berjaya menamatkan LSI akan dianugerahkan Sijil Penyertaan oleh CIAST selain
daripada sijil yang dikeluarkan oleh firma (sekiranya ada) hanya setelah memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan termasuk melengkapkan sepenuhnya Buku Laporan
Tugasan LSI serta Laporan Akhir LSI. PDL juga boleh dipertimbangkan untuk memohon
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
tertakluk kepada syarat-syarat Permohonan SKM melalui PPT yang ditetapkan.

9.0

TARIKH KUATKUASA
9.1

Pemakaian panduan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.


Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai panduan ini, sila hubungi
Pegawai Penyelaras Latihan Industri :
a) Puan Nor Ayana bt Mokhtar
Tel. : +603-55438348
E-mel
: norayana@ciast.gov.my
b) Puan Nor Azua bt Aripin
Tel. : +603-55438349
E-mel
: norazua@ciast.gov.my
c) Puan Hamidatul Zakiah bt Ismail
Tel. : +603-55438395
E-mel
: hamidatul.zakiah@ciast.gov.my

9.2

Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui Ibu Pejabat


masing-masing ke alamat berikut :
Pengarah
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Jalan Petani 19/1, Seksyen 19
40900 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-55438200
Faks : 03-55438223
(u.p : Unit Latihan Sangkutan Industri-SPD)

CIAST-SPD-LSI-001
(Pin. 2/2012)

UNIT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI


PUSAT LATIHAN PENGAJAR
DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
Gambar
PERMOHONAN MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI
ARAHAN:
1. Lengkapkan borang dengan jelas, sila rujuk panduan
kod di mana berkaitan.
2. Perlu diisi dalam satu (1) salinan.

A.

BUTIR-BUTIR DIRI

*1. Nama
Penuh
*2.

No KP (Baru)

*3.

No K/P (Lama)

*4. Tarikh Lahir


(Hari)

*5. Umur

(pada 1 Januari 2011)

*6. Negeri Lahir

(rujuk panduan kod)

*7. Taraf Perkahwinan

*8. Jantina

L - Lelaki

P - Perempuan

*9. Keturunan

*10. Agama

I - Islam

L - Lain-lain

*11. Kecacatan

B.

BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN SEKARANG

*12. Jabatan:

*13. Kementerian:

*14. Alamat Tempat Bertugas:

*15. Telefon

(a) Pej
(b) Rumah
(c) Bimbit

:
:
:

*16. No. Faks :


*17. Emel
:
*18. Gred Jawatan:

*19. Bidang Kemahiran:

*20. Tarikh Lantikan:


(Hari)

(Bulan)

(Tahun)

(Bulan)

(Tahun)

*21. Tarikh Disahkan


(Hari)

(Bulan)

(Tahun)

K - Kahwin B - Bujang
C - Cerai
(rujuk panduan kod)
(rujuk panduan kod)

C.

KELAYAKAN AKADEMIK

*22. Kelayakan:
(a) Sijil

Program

Universiti/Kolej

Tahun

Institut Latihan

Tahun

(b) Diploma

(c) Ijazah Pertama

(d) Ph.D/Sarjana/
Dip.Lepasan Ijazah

D.

KELAYAKAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM/DKM/DLKM)

*23. Kelayakan:
(a) Sijil

Kod NOSS

Program NOSS

(b) Diploma

(c) Diploma Lanjutan

E.

PENGALAMAN KERJA

*24. Pengalaman :
Bil.
Syarikat / Institusi

Jawatan

10

Mula

Tamat

Catatan

F.
SYARIKAT YANG DIPOHON UNTUK LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI
Cadangan 1
*25. Nama Firma:
*26. Alamat Penuh Firma:

*27. Jenis Produk/Perkhidmatan


*28. No. Tel (Pej)
*29. No. Faks
*30. Emel
31. Laman Sesawang Firma

:
:
:
:
:

32. Berdaftar/Tidak berdaftar dengan mana-mana Persatuan Industri(Nyatakan) :


(Cth: FMM, CIDB, PKK, dsb)
Cadangan 2
*33. Nama Firma:
*34. Alamat Penuh Firma:

*35. Jenis Produk/Perkhidmatan


*36. No. Tel (Pej)
*37. No. Faks
*38. Emel
39. Laman Sesawang Firma

:
:
:
:
:

40. Berdaftar/Tidak berdaftar dengan mana-mana Persatuan Industri(Nyatakan) :


(Cth: FMM, CIDB, PKK, dsb)

11

G.
*41.

PENGAKUAN PEMOHON ( Tandakan (/) pada kotak yang disediakan )


(a) Saya mengaku bahawa saya :
(i)

telah mengisytiharkan harta;

(ii)

tidak hamil, sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit kritikal.

(b) Saya mengaku bahawa semua keterangan di atas adalah benar pada tarikh pendaftaran ini dan saya
bertanggungjawab terhadap maklumat berkenaan. Saya faham bahawa pihak CIAST berhak menarik balik
permohonan ini sekiranya maklumat yang diberikan adalah tidak benar. Saya juga bersetuju bahawa pihak CIAST
berhak menggantikan penempatan firma yang berlainan dari apa yang dipohon.

Tarikh:
( Tandatangan Pemohon )
H.
*42.

PERAKUAN KETUA JABATAN ( *Potong yang tidak berkaitan )


(a) Tindakan Tatatertib:
*ADA / TIADA
(b) Pegawai *DISOKONG / TIDAK DISOKONG untuk dilepaskan menjalani Latihan Sangkutan Industri yang dipohon.
Saya mengesahkan bahawa semua kenyataan yang diberikan oleh
adalah benar dan permohonan beliau
adalah lengkap.

Tarikh:
(Tandatangan Ketua Jabatan)

Nama:
Jawatan:
Cop Rasmi Jabatan:

Notis : Sila sertakan dokumen yang disahkan seperti berikut :


1)
2)
3)
4)

Salinan kelayakan akademik atau kelayakan yang setaraf dengannya (jika ada).
Salinan kelayakan kemahiran (jika ada).
Senarai tugas hakiki di institut / jabatan.
Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di firma yang dicadangkan.

12

CIAST-SPD-LSI-002
LAPORAN LAWATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI
Tarikh Lawatan
:
Pegawai Lawatan Industri (PLI) :
Tandakan (
Bil

) bagi 'Kriteria' yang telah lengkap dan ( X ) bagi 'Kriteria' yang belum lengkap.
Nama *P.D.L

Firma

Tempoh **L.S.I

Pegawai Firma

1.
2.
3.
1. Kriteria
1

P.D.L telah melapor diri di Firma

Jadual Tugasan P.D.L

Penempatan P.D.L di bahagian/unit yang bersesuaian

Laporan Tugasan (Buku Log)

2. Catatan / Ulasan ***P.L.I

Tandatangan P.L.I

Tarikh

Cop Jabatan

*Pengajar Kemahiran Dalam Latihan **Latihan Sangkutan Industri ***Pegawai Lawatan Industri

13

Kriteria
2 3

CIAST KP5.2
TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI
BAGI BULAN
A. MAKLUMAT PEGAWAI
NAMA
(HURUF BESAR)
No. Kad Pengenalan
No. Gaji
No Telefon
Alamat emel
Gred/Kategori/Kumpulan
Pendapatan (RM)

Gaji

RM 0.00

Elaun-elaun

RM 0.00

Elaun Memangku

RM 0.00

Jumlah Pendapatan

RM 0.00

Nama Bank
Cawangan Bank
No. Akaun Bank
Kenderaan

Jenis/Model

No. Pendaftaran

Kuasa (C.C)

Kelas Tuntutan

: A / B / C / D / E (**)

Alamat Pejabat

Alamat Rumah

(**) potong yang tidak berkenaan

14

B. KENYATAAN TUNTUTAN
Waktu
Tarikh

Tujuan / Tempat
Bertolak

Sampai

JUMLAH

15

Jarak
(km)

Jumlah
(RM)

0.00

C. TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KENDERAAN(OL 21104)


Jumlah Kilometer X Sen / Kilometer

Jumlah (RM)

500km pertama

km

sen/km

0.00

501km - 1000km

km

sen/km

0.00

1001km - 1700km

km

sen/km

0.00

17001km dan seterusnya

km

sen/km

0.00

JUMLAH(KM)

JUMLAH(RM)

0.00

D. TUNTUTAN ELAUN MAKAN DAN HARIAN(OL21101)


0

x Elaun Makan sebanyak

x Elaun Makan sebanyak

x Elaun Harian sebanyak

sehari
(Semenanjung)
sehari
(Sabah / Sarawak)
sehari

0.00
0.00
0.00
JUMLAH

0.00

E. TUNTUTAN BAYARAN SEWA HOTEL (BSH) / ELAUN LOJING(OL21102)


0

hari x Bayaran Sewa Hotel sebanyak

RM

sehari

Bayaran Perkhidmatan dan Cukai Perkhidmatan(OL21199)


0

hari x Elaun Lojing sebanyak

hari

RM

0.00
sehari

JUMLAH(RM)

16

0.00

0.00
0.00

F. TUNTUTAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM (*)


Teksi(OL21104)

[ Resit :

Bas(OL21104)

[ Resit :

Kereta Api(OL21103) [ Resit :

Teksi(OL21104)

[ Resit :

Terbang(OL21106)

[ Resit :

Feri(OL21105)

[ Resit :

Lain-lain

[ Resit :

]
JUMLAH(RM)

0.00

G. TUNTUTAN PELBAGAI (*) (OL21199)


Tol

[ Resit : Seperti di Lampiran B

Tempat Letak Kereta

[ Resit :

Dobi

[ Resit :

Pos

[ Resit :

Telefon, Teleks, Faks

[ Resit :

Kerugian pertukaran wang asing

[ Resit :

(@3%)[Bagi Singapura, Selatan Thailand, Kalimantan dan Brunei Darussalam


sahaja]
Jumlah(RM)
JUMLAH TUNTUTAN

17

0.00
0.00

H. PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa
(a) Perjalanan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuat atas urusan rasmi;
(b) Tuntutan ini dibuat mengikut kadar dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah peraturanperaturan bagi pegawai bertugas rasmi dan/atau pegawai berkursus yang berkuatkuasa
semasa;
(c) Perbelanjaan yang bertanda (*) berjumlah sebanyak RM
dilakukan dan dibayar oleh saya;

0.00

sebenarnya

(d) Panggilan telefon sebanyak RM.............................dibuat


0.00
atas urusan rasmi; dan
(e) butir-butir seperti yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya bertanggungjawab terhadapnya.
Tarikh :
(Tandatangan Pegawai)

I. PENGESAHAN
Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah atas urusan rasmi.

Tarikh:
(Tandatangan Ketua Program)

b.p Ketua Setiausaha/


Pegawai Pengawal
PENDAHULUAN DIRI (Jika ada)
Pendahuluan Diri diberi

RM:

Tolak: Tuntutan sekarang

RM:

Baki dituntut/Baki dibayar balik

RM:

CATATAN:
(*) - Jika pegawai memilih untuk tidak menerima SSB
(**) - potong mana yang tidak berkenaan.

18

CIAST KP 5.2 - Lampiran A


SURAT MAKLUMAN PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

19

CIAST KP 5.2 - Lampiran B


RESIT-RESIT (TOL/KAD TOUCH N GO, HOTEL, DOBI,TEKSI, PARKIR)

Saya mengesahkan bahawa perbelanjaan ini telah sebenarnya dilakukan oleh saya.

Tandatangan
Nama :

20

CIAST KP 5.2 - Lampiran C


PENGESAHAN TUNTUTAN BAYARAN TOL YANG MENGGUNAKAN KAD 'TOUCH N GO'

NAMA
JAWATAN/GRED
PROGRAM/UNIT

TARIKH

:
:
:

DARI

KE

AMAUN (RM)

JUMLAH

0.00

Saya mengaku bahawa tuntutan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuat
atas perbelanjaan sendiri.

Tarikh :
Tandatangan Pemohon

PENGESAHAN
Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah urusan rasmi.

Tarikh :
Tandatangan Ketua Program/Unit

21

SENARAI SEMAK TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN CIAST


BIL

PERKARA

SEMAKAN

Maklumat Pegawai Bahagian A lengkap

Kelas Tuntutan betul (A / B / C / D / E)

Kadar tuntutan mengikut kelayakan pegawai

Dokumen sokongan telah disahkan oleh urusetia di CIAST

Surat Kebenaran menggunakan Kenderaan Sendiri Melebihi 240 km (sekiranya


ada & disahkan oleh CIAST)

Akuan resit asal hendaklah disahkan oleh pegawai penuntut (lekatkan pada
format RESIT) seperti resit TOL/KAD TOUCH N GO, HOTEL, DOBI,TEKSI,
PARKIR.

Borang Pengesahan Tol sekiranya menggunakan kad Touch & Go

Tandatangan Pegawai dan Ketua Program (Urusetia CIAST)

Surat Tawaran Penempatan

10

Salinan Buku Bank / Penyata Bank (nama, no. kad pengenalan & no. akaun
jelas)

11

Salinan Kad Pengenalan

12

Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran Elaun Bagi Mengikuti LSI

Saya mengesahkan dokumen tuntutan elaun perjalanan ini telah disemak dan didapati teratur.

Tandatangan Pegawai : . Tarikh : ...


Cop akuan terima Unit Kewangan :
KUIRI UNIT KEWANGAN

22

PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)


BORANG PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI DAN
MENUNTUT ELAUN KILOMETER BAGI JARAK MELEBIHI 240 KM SEHALA.
( PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 /1992 PARA 4.7.3 )
Saya memohon untuk menggunakan kenderaan sendiri bagi tugas-tugas rasmi berikut:
i.
Sebab-sebab saya menggunakan kenderaan sendiri adalah seperti berikut :
i)

Menjalankan tugas-tugas rasmi yang lain sepanjang perjalanan.


( Catitkan juga tempat tempat tersebut di penyata tuntutan. )
a)_________________________________
b)_________________________________

ii)

Membawa pegawai-pegawai lain sebagai penumpang yang juga menjalankan tugastugas rasmi yang sama ( Catitkan nama-nama penumpang )
a)

iii)

Mustahak dan terpaksa berkenderaan sendiri atas alasan berikut:


a)
b)
c)

Tandatangan Pemohon:______________________________
Nama
Jawatan
Tarikh

:
:
:

KELULUSAN KETUA JABATAN


Ulasan Ketua Jabatan :
Permohonan tuan/puan untuk menggunakan kenderaan sendiri dan menuntut elaun kilometer
diluluskan / tidak diluluskan
________________________________________________________________________________

Tandatangan K/Jabatan
Tarikh

: _______________________
: _______________________

Cop Nama dan Jawatan :_______________________

23

Lampiran 1
SYARAT SYARAT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI :

1.

Pengajar kemahiran telah bekerja selama tiga (3) tahun ataupun lebih dalam perkhidmatan
kerajaan dan telah disahkan jawatan dalam perkhidmatan.

2.

Mematuhi syarat genap tempoh tamat lima (5) tahun mengikuti Latihan Sangkutan Industri
atau program-program yang seumpamanya anjuran mana-mana agensi kerajaan.

3.

Bebas daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib.

4.

Telah mengisytiharkan harta.

5.

Latihan Sangkutan Industri yang diminta hendaklah berkaitan dengan tugasan harian.

6.

Tidak hamil, sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit kritikal yang boleh
menjejaskan keupayaan pengajar kemahiran yang akan menjalani Latihan Sangkutan
Industri.

7.

Telah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan dan Ibu Pejabat masing-masing.

24

Lampiran 2

SENARAI TUGAS HAKIKI

Jawatan
Penyandang
Tanggungjawab

: Ketua Bahagian Elektrik


: Ali bin Ahmad
: Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan, Timbalan
Pengarah dan Pengarah ILP Jitra

1. Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional


sejajar dengan keperluan industri.
2. Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan
kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.
3. Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian work
load semua Pembantu/Penolong Latihan Vokasional.
4. Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan software latihan.
5. Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta
makmal latihan.
6. Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian
latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang
dikendalikan.
7. Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan institut.
8. Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah
dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

Pengesahan Ketua Jabatan

Nama
:
Cop Jawatan :

25

Lampiran 3

SENARAI PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN YANG INGIN DIPEROLEHI DI


INDUSTRI

Nama
Jawatan
Bidang

: Ali bin Ahmad


: Pegawai Latihan Vokasional
: Elektrik

Berikut adalah pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di industri bagi
membantu tugas di institut;
1. Pemasangan kabel bawah tanah.
2. Pemasangan Talian Atas Voltan Rendah.
3. Pemasangan Talian Atas Voltan Tinggi.
4. Penyelanggaraan Transformer.
5. Switching.
6. Penyelanggaraan Generator.
7. Penyelanggaraan Enjin Power Station.

Pengesahan Ketua Jabatan

Nama
:
Cop Jawatan :

26

Lampiran 4
LAPORAN TUGASAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI
Maklumat Pengajar Kemahiran

Sila Lekatkan
Gambar

Nama

No. Kad Pengenalan

Alamat Tempat Bekerja

No. Telefon ( Bimbit)

No. Telefon ( Pejabat)

Tempoh Latihan Industri

Mula Latihan

Tamat Latihan

Maklumat Firma LSI


Nama Firma

Alamat Firma

No. Telefon

No. Faks

Pegawai Firma

No. Telefon Pegawai Firma

27

LAPORAN TUGASAN

Tarikh

: __________________

Tajuk Kerja / Tugas

: __________________

MAKLUMAT / RAJAH

PERKAKAS , BAHAN , OPERASI DAN LAIN - LAIN

KESELAMATAN

Tandatangan P.D.L

Tandatangan Pegawai Firma

28

Lampiran 5
LAPORAN AKHIR LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

MUKA HADAPAN

1.0

Nama PDL (beserta gambar ukuran passport)

Nama dan alamat institut

Nama dan alamat firma LSI

Gred jawatan

Kemahiran (bidang)

PENGENALAN
Terangkan latarbelakang, operasi, carta organisasi dan lain-lain yang berkaitan dengan
firma.

2.0

LAPORAN

2.1

Deskripsi Tugas

Rekod segala tugas yang dipertanggungjawabkan dan dibuat sepanjang tempoh latihan.

2.2

Rajah / Lukisan / Gambar

Masukkan mana-mana yang berkaitan.

2.3

Analisa Kos

Analisa kos berkaitan tugas-tugas yang dilaksanakan (jika berkaitan).

3.0

AKTIVITI TAMBAHAN
Nyatakan aktiviti, sumbangan dan lain-lain kegiatan anjuran firma yang disertai dalam
tempoh latihan (jika berkaitan).

29

4.0

KESIMPULAN
4.1

Nyatakan pengalaman yang boleh digunakan bagi membantu bidang tugas


pengajar kemahiran di jabatan masing-masing.

4.2

Cadangan
Nyatakan cadangan-cadangan bagi tujuan penambahbaikan.

5.0

LAMPIRAN
Sertakan lampiran sekiranya berkaitan.

30

Lampiran 6
KADAR BAYARAN ELAUN LATIHAN INDUSTRI

1. Latihan Industri jangkamasa pendek ( 3 bulan) dalam negeri :


1.1

Luar Kawasan Ibu Pejabat (> 25 km) :


1.1.1

Elaun makan sepanjang tempoh Latihan Industri jika tidak disediakan.


(Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005)

1.1.2

Elaun Lojing & Hotel sepanjang tempoh Latihan Industri jika tidak
disediakan. (Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005)

1.1.3

Elaun perjalanan kenderaan dari hotel/loging ke tempat Latihan Industri


selama tempoh 6 (enam) hari Latihan Industri. (Pekeliling
Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005 & Pekeliling Perrkhidmatan Bil 1
tahun 2012)

1.1.4

Bayaran sewa hotel yang disokong dengan resit mengikut had


maksimun kelayakannya atau Elaun loging dan Elaun makan bagi
tempoh 2 hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas Latihan Industri.
(Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003)

1.15

Sekiranya salah satu kemudahan disediakan, maka unsur yang tidak


disediakan itu layak dituntut. Sebagai contoh, sekiranya kemudahan
penginapan sahaja disediakan, maka pegawai hanya layak menuntut
Elaun makan. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan
disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak
disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut :
a) Sarapan pagi
b) Makan tengah hari
c) Makan malam

1.2

: 20% daripada elaun makan


: 40% daripada elaun makan
: 40% daripada elaun makan

Dalam Kawasan Ibu Pejabat ( 25 km) :


1.2.1
1.2.2

Bayaran elaun sara hidup RM 15 sehari untuk hari-hari berkursus


sahaja.(Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005)
Elaun perjalanan kenderaan dari tempat penginapan ke tempat Latihan
Industri selama tempoh 6 (enam) hari Latihan. (Pekeliling
Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005 & Pekeliling Perrkhidmatan Bil 1
tahun 2012)

31

KADAR BAYARAN ELAUN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM UNTUK TUGAS RASMI/KURSUS


MENGIKUT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL 3/2003 & 3/2005 & SPP 8/2010
SEMENANJUNG MALAYSIA
MAKAN

HOTEL

SABAH, SARAWAK & LABUAN

LOGING

MAKAN

HOTEL

LOGING

GRED GAJI

Rasmi

Kursus

Rasmi

Kursus

Rasmi

Kursus

Rasmi

Kursus

Rasmi

Kursus

Rasmi

Kursus

Utama/Khas A
dan ke atas

115

90

Bilik
Biasa

80

80

165

120

85

85

100

90

75

75

130

120

80

70

70

70

115

90

Bilik
Biasa
Bilik
Biasa

80

85

Bilik
Biasa
Bilik
Biasa

Sebenar
(std.
Suite)
Sebenar
(Superior)
Sebenar
(Biasa)

Bilik
Biasa

Utama/Khas B
dan C
53 dan 54

Sebenar
(std.
Suite)
Sebenar
(Superior)
Sebenar
(Biasa)

75

75

45 hingga 52

60
45
40

60
45
40

145
130
80

80
65
55

80
65
55

50

50

70
60
50
45
40

70
60
40

30

200
170
160
150
140

160
140
100

35

60
55
45
40
35

60
55
35

35

180
160
140
130
120

41 hingga 44
27 hingga 40
17 hingga 26
1 hingga 16

65

80

35

KADAR ELAUN PERBATUAN KENDERAAN


MENGIKUT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL 3/2003 & 7/2007 & PEKELILING
PERKHIDMATAN 1/2012
JARAK PERJALANAN
TUGAS RASMI SEBULAN
500km pertama

B
C
D
E
Sen tiap-tiap kilometer
70
60
50
45
40

KELAS
A

501 1000km

65

55

45

40

35

1001km 1700km

55

50

40

35

30

C**

1701km & seterusnya


50
45
35
30
** Di bawah PA 7(a) Bab B yg. Ditetapkan
SPPerkhidmatan Bil. 3/84

25

D
E

IBU PEJABAT

ELAUN MAKAN :

KADAR GAJI
SEBULAN
RM2625.45 ke
atas
RM2333.00 ke
atas
RM1820.75 ke
atas
) Kurang
)RM1820.75

SUKATAN SILINDER
KENDERAAN (CC/SS)
1,400 s.s & ke atas
1,000 s.s & ke atas
Di bawah 1,000 s.s

Jarak 25km mengikut jalan raya; 16km jalan tanah untuk kenderaan
bermotor dan 8km jalan basikal atau sungai.
Tugas rasmi di luar pejabat melebihi 24 jam bermula waktu bertolak.
Jika makan disediakan; layak tuntut bahagian yang tidak disediakan

sahaja;
a. Sarapan Pagi
b. Makan Tengahari
c. Makan Malam
ELAUN HARIAN :

175 s.s 999 s.s


Kurang 175 s.s

20% daripada elaun makan


40% daripada elaun makan
40% daripada elaun makan

Separuh daripada Elaun Makan kerana


Bertugas di luar Ibu Pejabat melebihi 8 jam daripada 24 jam
Bermula dari waktu bertolak dan jarak km hendaklah 25km

32

ELAUN LOJING :

Perlukan alamat. Lojing hendaklah dalam lingkungan 25km dari tempat


kursus/bertugas

KERETAPI :

Kelas Satu Gred 27 & ke atas

KAPAL TERBANG :

Menggunakan penerbangan MAS atau Syarikat yang diluluskan seperti


PP 11/1998
Dalam Negeri Gred 53 & ke atas
Kelas Business
Gred 1 hingga 52
Kelas Ekonomi
Luar Negeri
Gred Utama/Khas A dan ke atas
Kelas Satu
Gred Utama/Khas B da C
Kelas Business
Gred 1 hingga 54
Kelas Ekonomi

33

Kelas Dua Gred 1 hingga 26

Lampiran 7
(Menggunakan kepala surat Jabatan)

Pengarah,
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Jalan Petani 19/1,
Seksyen 19,
40900 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p: Unit Sangkutan Industri-SPD)
Tuan,
PENGESAHAN TUNTUTAN BAYARAN ELAUN BULANAN BAGI MENGIKUTI LATIHAN
SANGKUTAN INDUSTRI ANJURAN CIAST
______________________________________________________________________________
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan surat tuan,
No. Rujukan : . bertarikh : adalah dirujuk.
2.
Sehubungan dengan perkara di atas, pihak kami dengan ini mengesahkan bahawa
kakitangan kami yang terlibat akan membuat tuntutan perjalanan di CIAST dan tidak akan
membuat sebarang tuntutan di jabatan kami. Berikut adalah maklumat pegawai yang berkaitan:
Nama

:..

Tarikh latihan :..


Tempat latihan :..
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

...............................
Nama

:.............

Jawatan

:...............

Tarikh

:.............

.....
Cop Jabatan

34

Lampiran 8
RSUM
NAMA
NO. KAD PENGENALAN
JANTINA
TARIKH LAHIR
TEMPAT LAHIR
WARGANEGARA
AGAMA
BANGSA
TARAF PERKAHWINAN
NAMA SUAMI/ISTERI
ALAMAT RUMAH
NO. TELEFON
ALAMAT TEMPAT KERJA
JAWATAN (GRED)
BAHAGIAN/BIDANG
TARIKH LANTIKAN
TARIKH SAH JAWATAN
KELULUSAN AKADEMIK
No.

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Nama Institusi

Negeri

Mula

KELULUSAN TEKNIKAL/PENGALAMAN KERJA


No.

Tempat

Tamat

Kelulusan

Jawatan

Mula

Tamat

Catatan

Mula

Tamat

Catatan

Mula

Tamat

Catatan

*Nyatakan sekiranya ada kenaikan pangkat

LATIHAN DALAM NEGERI YANG TELAH DIHADIRI


No.

Latihan/Kursus

Tempat

LATIHAN LUAR NEGERI YANG TELAH DIHADIRI :


No.

Latihan/Kursus

Tempat

KECEKAPAN BERBAHASA
1. BAHASA MALAYSIA
2. BAHASA INGGERIS
3. LAIN-LAIN :___________________

1. LEMAH
1. LEMAH
1. LEMAH

------------------------------------Tandatangan

2. SEDERHANA 3. BAIK
2. SEDERHANA 3. BAIK
2. SEDERHANA 3. BAIK

--------------------------------------Tarikh
35

SENARAI RUJUKAN :

Kadar tuntutan elaun Latihan Sangkutan Industri adalah merujuk kepada pekeliling- pekeliling berikut:

1. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 - KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,
KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA
MENJALANKAN TUGAS RASMI (TIDAK TERMASUK ANGGOTA TENTERA DAN ANGGOTA
POLIS)
2. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 - KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,
KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM SEMASA
BERKURSUS KECUALI KURSUS PRA-PERKHIDMATAN

3. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2010 PINDAAN PEKELILING


PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003 DAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN
BIL. 18 TAHUN 1982

4. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012 - KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN


AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

36

Carta Alir Pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri


Mula
A

Mohon Pencalonan dari


Ibu Pejabat Agensi

Surat Makluman
Penempatan

Terima Permohonan

Penyediaan Takaful
Berkelompok

Mesyuarat Pra-Latihan
Sangkutan Industri

Senarai Pendek Calon

Persetujuan Calon

Tidak

Permohonan
Dibatalkan

PDL Mengikuti Latihan


Sangkutan Industri.
Dokumen-dokumen yang
wajib dipenuhi :
Laporan Harian LSI
Laporan Akhir LSI

Setuju

Surat Cadangan
Penempatan Kepada
Firma

Pengesahan Firma
Yang
Dicadangkan oleh
calon

Lawatan Pemantauan
Terhadap PDL.
Dokumen terlibat :
Borang CIAST-SPD-LSI-002

Tidak

Cadangan
Firma Baru

Tuntutan PDL dan PLI

Testimoni Industri / Sijil


Penghargaan

Setuju

Tamat

37

Anda mungkin juga menyukai