Anda di halaman 1dari 8

1.

Pengenalan

Pada 9 Jun 2011, Kementerian Pelajaran telah melancarkan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S)
yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu jenis aktiviti sukan yang
ditawarkan oleh pihak sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dasar 1M 1S adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara
yang memberi penekanan terhadap Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Sehubungan itu, dasar itu juga memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras
program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan
atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008.
Bidang sukan berperanan penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid
supaya melahirkan modal insan yang sihat dan produktif dalam memberi sumbangan kepada
kesejahteraan sosial dan pembangunan ekonomi negara.Pelbagai aktiviti sukan telah
diperkenalkan di sekolah bagi menarik penglibatan murid dalam kegiatan sukan menjayakan
dasar ini.
2.0

Matlamat

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat dapat membangunkan modal insan yang
berkualiti melalui penyertaan pelajar yang menyeluruh dalam kegiatan sukan sepanjang tahun
serta memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat
yang mempunyai amalan gaya hidup yang sihat dan cergas.
3.0

Konsep

Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid
dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurangkurangnya satu aktiviti sukan. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas
perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, dasar ini adalah diwujudkan untuk menyokong
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) agar dapat memberi akses kepada semua murid
mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang tidak
aktif atau kurang aktif dalam aktiviti sukan, membangunkan sukan sekolah ke arah
meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di
sekolahserta memberi peluang kepada semua murid yang berpotensi dan berbakat untuk
digilap ke tahap yang lebih tinggi dari semasa.

4.0

Objektif

Dasar 1M 1S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:


i) Meningkatkan kecergasan jasmani.
ii) Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
iii) Memupuk perpaduan di antara kaum.
iv) Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.
v) Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal.
vi) Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
vii) Mewujudkan landasan kea rah kecemerlangan sukan
5.0

Prinsip Pelaksanaan

i) Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengambil bahagian dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6
di sekolah rendah dan Peralihan, Tingktatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau
bagaimanapun, murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini
berdasarkan kemampuan sekolah.
ii) Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak
sekolah.
iii) Asas kepada Dasar 1M 1S ialah pelaksanaan mata pelajaranPendidikan Jasmani dan
Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segalasumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani
hendaklah digunakansama bagi 1Murid 1Sukan.
iv) Aspek yang diutamakan ialah penyertaan aktif oleh semua murid dalamaktiviti sukan.
v) Penyertaan dalam sukan ialah asas kepada perkembangan intelek,rohani, jasmani,

dan

emosi murid.
vi) Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan digalakkan untuk menyumbangkepada pembangunan
sukan sekolah.
vii) Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan danperalatan sukan
hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagimeningkatkan penyertaan aktif setiap murid.

6.0

Manfaat-manfaat
6.1

Membangunkan modal insan yang berkualiti

Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang
bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1M 1S

secara tidak

langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan
murid-murid di sekolah. Kerajaan dapat membina dan menjana modal insan yang
berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.
6.2

Memupuk budaya gaya hidup sihat

Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi


naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.Kerajaan menyedari ramai rakyat Malaysia
mengabaikan

sukan

dalam

kehidupan

lantaran

terlalu

sibuk

dengan

urusan

seharian.Akibatnya, sebilangan besar rakyat Malaysia talah mengidap masalah


kegemukan dan obesity.Pada tahun 2011, rakyat Malaysia dilapokan merupakan
golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara
ASEAN.Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1M 1S memang tepat
pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas
sepanjang masa.
6.3

Memupuk perpaduan antara kaum

Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat


antarabangsa.Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia
ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk
selama 55 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa
dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya
dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan.Semangat kerjasama dan
bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan.Semua ahli suka
mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama.
Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa
menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup
kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1M 1S amatlah penting untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
6.4

Keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.


3

Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada
penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.Muridmurid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu mementingkan
kecemerlangan dalam bidang akademik.Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah
membuang masa mereka sahaja.Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas
tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu bersaing dengan rakanrakan dalam bidang akademik.Bagi golongan ini, aktiviti sukan hanyalah untuk pelajarpelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik seperti mereka. Oleh itu, mereke
lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui laman web
sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk
bersukan.
6.5

Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi
untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan
mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan
dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.Pada masa ini, sukan merupakan
salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia.
Mereka

disanjung

dan

dipuja

serta

mampu

meraih

pendapatan

berjuta-juta

ringgit.Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan


menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa.Kejayaan
beberapa ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee,
dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.
6.6

Mengagihkan masa dengan bijaksana

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk
mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid
tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap
sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai
pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang
murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

7.0

Cabaran-cabaran
4

7.1

Konflik dalam masa menjalankan sukan

Secara umumnya, kebanyakan sukan tahunan sekolah akan diadakan pada bulan Jun
sedangkan sukan peringkat daerah pada Mac. Oleh itu, pelajar pastinya tidak
berpeluang untuk memperoleh kemajuan sukan di peringkatakar umbi pada jangka
masa yang begitu pendek antara dua sukan ini.
7.2

Kekaburan tentang konsep 1M 1S

Ibu bapa kurang faham tentang konsep 1M1S dan kurang memberikan kerjasama dalam
memastikan kehadiran murid menyertai aktiviti sukan di sekolah. Kebenaran ibu bapa
juga sukar diperolehi untuk memastikan kehadiran murid ke sekolah. Guru juga kurang
jelas tentang konsep pelaksanaan dasar ini maka guru tidak dapat menjelaskan kepada
ibu bapa secara berkesan untuk menjalankan dasar ini.
7.3

Kekurangan kemudahan dan prasarana sukan di sekolah

Kemudahan dan prasarana berperanan penting dalam menjayakan dasar tersebut.


Namun, sesetengah sekolah telah menghadapi masalah kekurangan peralatan sukan
dan kekurangan ruang yang mencukupi untuk melaksanakan aktiviti serta gerak kerja
sukan kepada murid di sekolah.
7.4

Aktiviti seharian terjejas

Guru dan murid terpaksa menghadiri aktiviti kokurikulum dan sukan setiap hari di
sekolah. Kehadiran program 1M1S menyebabkan murid gagal menghadiri kelas
tambahan berbayar. Selain itu, murid beragama Islam juga terpaksa meninggalkan sesi
persekolahan Sekolah Agama pada masa petang.
7.5

Kekurangan bahan sumber

Sesetengah guru kurang mempunyai kemahiran sukan yang terlatih sebelum ini. Selain
itu, masalah tiada bahan rujukan atau modul untuk panduan kepada guru
menyebabakan guru tidak dapat berjaya menjalankan aktiviti sukan kepada murid.

8.0

Strategi Pelaksanaan
5

Di bawah Dasar 1M 1S, pihak sekolah boleh menggunakan pelbagai

strategi mengikut

kesesuaian pada kemudahan dan prasarana yang sedia ada di sekolah Dalam melaksanakan
Dasar 1M 1S.
8.1

Melaksanakan tinjauan

Tinjauan boleh dilaksanakan terhadap murid untuk mengenal pasti minat murid dalam
jenis sukan tertentu. Seterusnya, pihak sekolah dapat menyediakan sukan kepada murid
berdasarkan minat mereka daripada hasil tinjauan tersebut. Di samping itu, tinjauan
terhadap guru juga penting untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam jenis
sukan yang sesuai supaya dapat mengajar pelajar dengan jenis aktiviti sukan secara
berkesan.
8.2

Pelaksanaan Aktiviti Sukan

Sukan yang diadakan di sekolah diadakan sepanjang tahun perlu berdasarkan kepada
aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang
didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di
sekolah. Selain itu, pihak sekolah perlu mengenalpasti semua sukan dan permainan
yang hendak ditawarkan kepada murid adalah dalam atau luar sekolah di bawah Kelab
Sukan dan Permainan.Aktiviti sukan sekolah yang dilaksanakan juga perlu mengikut
masa yang bersesuaian berdasarkan latar belakang dan kemudahan sekolah.Pihak
sekolah hendaklah menyusun dan menetapkan aktiviti di bawah program sukan sekolah
secara jelas dan spesifik seperti pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm
asrama, kelab sukan sekolah.
8.3

Kemudahan Dan Prasarana Sekolah

Pihak sekolah perlu menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan yang
mencukupi kepada murid untuk menjalankan aktiviti sukan di bawah program sukan
sekolah atau memlih lokasi di luar sukan yan sesuai dan selamat.Selain itu, tinjauan
kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan oleh murid juga
adalah penting supaya murid dapat menikmati aktiviti sukan di sekolah.Sesebuah
sekolah perlu mempunyai prasarana sekolah yang mencukupi supaya guru dan murid
dapat menjayakan pelaksanaan dasar ini.
9.0

Kesimpulan

Dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu dalam sistem pendidikan yang
banyak membawa manfaat kepada individu,masyarakat dan negara.Dasar ini berupaya
mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan kerana memberikan peluang kepada
semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Ahli-ahli
sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia bukan sahaja mampu menyumbang kepada
pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada
antarabangsa. Oleh itu, semua pihak termasuklah pihak kerajaan, sekolah, ibu bapa dan murid
individu perlu memberikan sepenuh kepercayaan terhadap pelaksanaan dasar ini dan galakkan
kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak
sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Ibu bapa dan semua pihak yang terlibat tidak
harus bersikap samba lewa, bak kata pepatah, sekadar melepaskan batuk di tangga,
sebaliknya perlu memahami dan menyokong usaha murni kerajaan ini.Sebagai contoh, ibu
bapa wajar memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti
sukan di sekolah dan tidak hanya menekankan pencapaian dalam bidang akademik sahaja.
Pihak sekolah pula disarankan agar melaksanakan program ini dengan sebaik mungkin agar
segala matlamat dan objektif yang ditetapkan tercapai, bukan sekadar melepaskan batok di
tangga Pelajar-pelajar juga perlu diterapkan dengan nilai menghargai kepentingan bersukan
dalam diri masing-masing.Sekiranya semua usaha ini tidak digerakkan dengan betul dan
sempurna, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu
bekerjasama dalam hal ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Dengan usaha yang bersepadu itu, modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang
dalam bidang sukan nescaya dapat menjadi realiti. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Bibliografi
7

Fadzil

(2012) 1 Murid 1 Sukan.Diperolehi pada September 11, 2012 daripada


http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-9-dasar-kurikulum-item-baru.html

Isu Pendidikan: Dasar 1 Murid 1 Sukan Dilancarkan. Diperolehi pada September 13, 2012
daripada http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/06/isu-pendidikan-dasar-1-murid-1
sukan.html
Khairulsham Bin Noh (2011). Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Diperolehi pada
October 5, 2012 daripada http://khairulsham.blogspot.com/2011/05/pelaksanaandasar-satu-murid-satu-sukan.html
Rizuan Kamis (2012). Cabaran Profesion Keguruan. Diperolehi pada October 9, 2012
daripadahttp://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=3019

Anda mungkin juga menyukai