Anda di halaman 1dari 3

Strategi Pemuliharaan Ex-Situ yang diambil di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Secara umumnya, terdapat beberapa strategi pemuliharaan ex-situ telah dikenalpasti dan
dijalankan di pusat ini.
Kemasukan
Proses pemulihan orang utan bermula apabila sahaja pusat ini menerima orangutan sama ada
dirampas atau di-serahkan secara sukareia oleh pemilik-pemi!ik haram dari ladang pertanian
atau kem pembalakan. Kebanyakan orang utan yang diterima oleh pusat ini terdiri dari anakanak orang utan yang kehilangan ibunya dan masih memerlukan perlindungan dan sokongan
penuh dari ibunya

untuk terus hidup. Tapi kini menjadi

tanggungjawab

kakitangan

memastikan
dapat

anakkembali

pusat

ini

pula

untuk

anak orang utan ini terus hidup dan


semula ke dalam hutan.

Kuarantin
Apabila sahaja orang utan tiba di pusat ini, ia akan dimasukkan ke dalam klinik untuk
pemeriksaan kesihatan dan rawatan yang perlu sebelum menjalani tempoh kuarantin. Tempoh
kuarantin anak orang utan ini sekurang-kurangnya 3 atau 6 bulan bergantung kepada takat
kesihatan orang utan tersebut semasa diterima. Peringkat kuarantin adalah amat penting bagi
memastikan tidak ada jangkitan penyakit kepada orang utan yang lain. Bahagian Klinik akan
menjalankan pemeriksaan am seperti pemeriksaan tahi bagi melihat kehadiran jenis cacing
dan bakteria, ujian kencing, Malaria, ujian TB dan sinaran-X bagi tujuan pemeriksaan dada dan
karpus.

Taman Asuhan (Taman Asuhan Dalam / Taman Asuhan Luar)


Sebaik sahaja selesai menjalani peringkat kuarantin, orang utan akan dinilai sama ada
dibebaskan di kawasan taman asuhan bagi orang utan di bawah umur 3 tahun atau dibebaskan
terus di pelantar A ataupun B. Bagi orang utan yang dibebaskan di taman asuhan, orang utan
ini akan dilatih dengan bantuan dari kakitangan pusat ini supaya dapat memanjat sendiri.
Mereka akan dilepaskan pada setiap pagi dan dengan ini diharapkan agar mereka berupaya
untuk membina kemahiran hidup di dalam hutan.
Pelantar Makan A (Latihan Semangat)
Setelah orang utan itu bertambah yakin dan mahir, ia akan dibawa ke pelantar makan A di mana
kehidupan di dalam hutan bermula. Pada peringkat ini, kakitangan pusat ini akan membawa
makanan hanya 2 kali dalam sehari yang terdiri dari buah-buahan dan minuman susu ditambah
zat galian dan vitamin.

Pelantar Makan B (Latihan Kehidupan)


Akhir sekali setelah orang utan ini telah menunjukkan keupayaan untuk mencari makanan
sendiri, latihan kehidupan pun bermula. Bagi peringkat ini, orang utan akan dibawa ke pelantar
makan B yang terletak lebih kurang 1.5 km dari pusat ini untuk dilepaskan. Biasanya pemberian
makanan akan semakin dikurangkan supaya mereka dapat mencapai kehidupan berdikari yang
sepenuhnya dan seterusnya berintegrasi dengan populasi orang utan liar yang terdapat di
hutan simpan Sepilok. Semenjak pusat ini ditubuhkan, lebih kurang 100 ekor orang utan telah
berjaya dipulihkan dan balik ke dalam hutan.
Secara ringkas, proses pemulihan bermula sebaik sahaja orang utan diterima masuk ke
pusat ini dengan pemeriksaan kesihatan yang teliti, diikuti dengan kuarantin untuk tempoh
masa tertentu bagi menghapuskan penyakit berjangkit. Orang utan muda menghabiskan masa
mereka di Taman Asuhan Dalam untuk mempelajari kemahiran penting bagi kehidupan di
hutan, contohnya cara mencari makanan, membina sarang dan memanjat. Setelah siap,
mereka akan dipindahkan ke Taman Asuhan Luar di mana kebebasan adalah lebih tetapi
pergantungan kepada makanan dan sokongan emosi dikurangkan. Akhirnya, kebanyakan orang
utan akan dibiar hidup bebas sepenuhnya dan bersepadu dengan populasi orang utan liar di
Sepilok.

Anda mungkin juga menyukai