Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

( Laporan antara 8 - 10 muka surat)


NAMA PELAJAR

: 1. CHEING DING DING


2. YU SIEW HWA

PROGRAM

: 8 PISMP AMBILAN JAN 2011

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA JAYA

NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROJEK PEMBINAAN BAHAN BANTU BELAJAR


(BBB) PEMULIHAN KHAS MATEMATIK
TEMPOH PELAKSANAAN : 6 JULAI 2014 7 OGOS 2014
OBJEKTIF

1. Mengenal pasti tajuk Pemulihan Khas Matematik yang kekurangan BBB.


2. Membina BBB yang menarik dan kreatif yang sesuai dengan murid
pemulihan khas.
3. Menilai keberkesanan dan kesesuaian BBB yang dibina dalam Pemulihan
Khas Matematik.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan antara guru pemulihan dengan guru pelatih untuk mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan murid Pemulihan Khas dalam Matematik.
2. Mengenal pasti BBB Matematik yang sesuai dengan keupayaan dan
kebolehan murid Pemulihan Khas.
3. Proses membuat BBB seperti yang dirancangkan (Lampiran A).
4. Penggunaan BBB dalam aktiviti bersama dengan murid Pemulihan Khas.
5. Menilai dan membuat refleksi terhadap BBB yang telah dihasilkan dan
menambah baik BBB tersebut.
REFLEKSI:
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak sekolah kerana sudi memberi kerjasama serta memperuntukkan
keperluan yang diperlukan kepada kami dalam usaha menjayakan Projek
Pembinaan Bahan Bantu Belajar (BBB) Pemulihan Khas Matematik. Dengan
cadangan guru Pemulihan Khas SK Taman Kota Jaya, Puan Rosniza, kami
diberi peluang untuk menghasilkan BBB Matematik khasnya untuk murid
Pemulihan Khas SK Taman Kota Jaya.
Kerjasama adalah amat penting sekali dalam menyempurnakan
sesuatu aktiviti atau projek. Justeru, kami selalu berkongsi idea dan cadangan

serta tolong-menolong antara satu sama lain dalam proses membina BBB.
Kami menghadapai setiap cabaran dan masalah bersama-sama agar BBB
tersebut boleh dibina dengan sempurna.
1) Kekuatan Projek/Aktiviti :
Beberapa BBB Matematik telah dibinakan khasnya untuk muridmurid pemulihan berdasarkan topik-topik tertentu. BBB yang dibina
adalah Stick and Read, Kad Panah, Tambah, Tolak, Nilai, Roda
Sifir, Tapak Operasi Asas, dan Magic Box. BBB ini meliputi topiktopik Matematik seperti nombor bulat 0-9, nilai tempat, operasi tambah,
operasi tolak, operasi darab, operasi bahagi, serta wang.
Setiap BBB yang digunakan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran adalah bertujuan untuk mengelakkan kebosanan dan
memudahkan guru pemulihan dalam menyampaikan pengajaran
dengan lebih berkesan melalui cara yang lebih kreatif, menyeronokkan
dan mudah. Setiap pengajaran dan pembelajaran dianggap berkesan
apabila

murid-murid

dapat

mencapai

objektif

pengajaran

dan

pembelajaran tersebut. Murid-murid akan mengalami perkembangan


yang maksimum, holistik dan seimbang dalam aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.
Selain daripada itu, BBB yang dibina juga akan memberi
rangsangan dan meningkatkan minat murid-murid pemulihan dalam
pembelajaran mereka. BBB dapat menyediakan dasar yang kukuh
dalam aspek perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta
mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan. Dengan ini,
murid-murid pemulihan akan dapat menguasai sesuatu konsep
Matematik yang dipelajari dengan lebih mudah dan dapat menjadikan
pembelajarannya lebih mendalam.
BBB yang dibina ini mempunyai ketahanan yang baik. Alat dan
bahan yang dibina dan dipilih adalah sesuai dengan murid-murid
supaya boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang. BBB ini dapat
memberi atau menyalurkan maklumat yang tepat kepada murid-murid.
Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan
ukuran saiz. Di samping itu, BBB yang dibina adalah mudah alih dan
dapat digunakan dalam setiap masa dan di mana-mana saja.

Projek yang dijalankan ini sebenarnya dapat memberi kesedaran


kepada pentadbir sekolah tentang masalah yang dihadapi oleh guru
pemulihan dalam menyediakan BBB Matematik Pemulihan Khas. Pihak
sekolah harus turut bertanggungjawab ke atas masalah yang dihadapi
oleh guru pemulihan dalam membina dan menyediakan BBB.
2) Kelemahan Projek/Aktiviti :
Setelah menggunakan BBB yang dibina, kami mendapati adalah
agak sukar bagi seseorang guru pemulihan dalam mengawal muridmurid pemulihan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan
kerana mereka tidak akan mendengar arahan guru dan suka untuk
berebut-rebut menggunakan BBB tersebut. Oleh itu, pengajaran dan
pembelajaran akan terganggu. Selain itu, murid-murid yang perlu
menunggu gilirannya untuk bermain dengan BBB tersebut akan berasa
bosan dan tidak fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
ingin disampaikan oleh guru.
Semasa kami menggunakan BBB yang dibina, kami mendapati
murid-murid pemulihan tidak memahami cara penggunaannya dengan
jelas. Mereka suka berebut-rebut dan memainkannya dengan sesuka
hati dan ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak
dijalankan dengan lancarnya.
Semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan penggunaan BBB yang dibina, kami kurang mahir dalam
menguruskan jangka masa pengajaran supaya BBB tersebut boleh
digunakan semaksimun yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang
pendek, BBB yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak
berlakunya pembaziran masa.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Guru pemulihan boleh mengawal murid-muridnya dengan membahagi
murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan dberikan
peluang untuk menggunakan BBB tersebut secara bergilir-gilir. Dengan ini,
semua murid brpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut secara
aktif. Ini juga akan memudahkan guru untuk mengawal serta memberi
bimbingan atau bantuan yang sewajarnya apabila diperlukan. Tambahan pula,

nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan toleransi juga dapat diamalkan dalam
pengajaran dan pembelajaran
Bagi memastikan murid-murid pemulihan memahami cara penggunaan
BBB dengan betul, guru pemulihan perlu menjelaskan cara penggunaan BBB
tersebut sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Guru pemulihan juga boleh
mendemonstrasikan kaedah menggunakannya kepada murid-murid supaya
mereka memahaminya dengan jelas.
Selain itu, guru pemulihan boleh cuba mengubahsuaikan BBB yang
dibina dengan kemahiran yang ingin diajar. Dengan adanya BBB yang
bersesuaian, murid-murid akan lebih berminat dan memberi fokus semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru juga boleh menjadikan BBB ini
sebagai alat pengukuhan supaya murid dapat mengingati sesuatu kemahiran
yang dipelajari dengan mudah.
KESIMPULAN :
Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan BBB yang telah kami binakan.
Kami berasa bangga dan gembira kerana dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan
yang telah belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.
Diharapkan agar guru Pemulihan Khas dapat menggunakan BBB yang telah
disediakan ini untuk membantu murid-murid Pemulihan Khas dalam menguasai
kemahiran asas Matematik Pemulihan Khas. Semoga murid-murid Pemulihan Khas
boleh belajar sambil bermain dan berjaya menguasai
dipelajarinya.

setiap kemahiran yang

Anda mungkin juga menyukai