Anda di halaman 1dari 7

Forum: Forum B > Thread: Question 1

PUI WONG MENG | 850620055020 | 18. Apr 2015, 09:51

Question 1
Seperti yang diketahui, matematik merupakan disiplin ilmu yang sentiasa mengalami
anjakan paradigma apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan
pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan murid.
Pengajaran dan pembelajaran matematik KurikulumBersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan yang terkini Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) perlulah
dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatupengalaman
yang memberi makna serta mencabar bagi murid-murid. Pengalaman,
kebolehan,minat, daya dan gaya murid yang berbeza-beza perlu diambil kira dan
diberi perhatian. Matlamat 1. Manakala. miskonsepsi sering berlaku di kalangan
murid terutamanya murid sekolah rendah. Miskonsepsi adalah satu daripada
masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering
menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik
yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan. Robert Gagne iaitu
seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran konsep
matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu :
I.
Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat
generalisasi.
II.
Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat
perbezaan.
III.
Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang
diajarkan untuk membuat perbezaan dan generalisasi.
IV.
Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep
matematikk yang tepat.

Miskonsepi yang Sering Berlaku Di Kalangan Murid


Pemahaman yang kurang lengkap dalam fakta-fakta nombor.
Contohnya komputasi asas seperti 8 + 3 = 11 atau 2 x 9 = 18. Mengingati kembali
dengan efisien fakta-fakta asas seperti ini adalah penting kerana ia membolehkan
murid membuat pendekatan kepada pemikiran matematik yang lebih lanjut tanpa
diganggu oleh fakta-fakta asas tersebut.

Kesukaran dalam memindah pengetahuan

Kebanyakan miskonsepi berlaku ialah kurang kemahiran dalam pemindahan konsep


matematik yang abstrak atau aspek konseptual dengan kenyataan. Kefahaman
mengenai perwakilan simbol alam dunia yang fisikal adalah penting untuk
bagaimana dan berapa mudahnya murid mengingati sesuatu konsep.Contohnya,
penggunaan bahan konkrit dapat bantu murid membinakan kefahaman dan
memahami konsep.

Kelemahan dalam komputasi/pengiraan

Juga terdapat murid yang faham dalam fakta matematik tetapi tidak konsisten dalam
pengiraan. Masalah ini banyak terdapat di kalangan murid pemulihan. Mereka tidak
dapat mengira dengan betul. Saya pernah menjumpai seorang murid yang mengira
nombor secara terlompat nombor. Seperti 2,3,6,7 Mereka juga mungkin melakukan
kesilapan disebabkan oleh membuat kesilapan dalam membaca simbol atau teknik
penyelesaian operasi yang salah.

Kefahaman yang kurang lengkap mengenai bahasa matematik

Sebahagian murid lemah dalam matematik kerana lemah dalam bahasa, kurang
mahir dalam membaca dan menulis. Kebanyakan daripada mereka, tidak dapat
faham soalan menyelesaian masalah dengan baik terutamanya perkataan-perkataan
yang mengandungi istilah matematik yang mereka kurang dengar atau guna dalam
kehidupan harian.

Membuat perkaitan

Terdapat murid yang mengalami kesukaran untuk membuat perkaitan dalam


pengalaman matematik. Contohnya, murid mungkin menghadapi kesukaran untuk
membuat perkaitan antara nombor dengan kuatiti. Tanpa kemahiran ini akan
menyukarkan murid mengingat kembali dan membuat aplikasi dalam situasi yang
baru.

Forum: Forum B > Thread: Question 2

PUI WONG MENG | 850620055020 | 18. Apr 2015, 09:57

Question 2
Definisi dan Konsep Pecahan

Pecahan ialah nomboh nisbah. Pecahan biasanya dinyatakan dalam bentuk a / b di


mana a dan b ialah integer dan b tidak bersamaan dengan 0. Integer a dinyatakan
sebagai pengangka dan integer b dibawah disebutkan sebgaia penyebut. Pecahan
juga merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah.

Jenis Pecahan
Definisi dan Konsep Perpuluhan
Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan angka sepuluh
sebagai asas.Ia merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan. Perpuluhan
sangat mirip dengan pecahan .Perbezaannya ialah bahagian penyebutnya selalunya
melibatkan nombor-nombor 10,100,1000 dan lain-lain. Dalam perpuluhan,simbol titik
(.) digunakan.Simbol titik ini bertujuan untuk memisahkan angka perpuluhan
daripada setiap nombor bulat disebelah kiri titik perpuluhan.

Perpuluhan
Definisi dan Konsep Peratus
Peratusan dalam bahasa inggeris disebut percentage. Pecahan adalah nisbah
sesuatu nombor kepada 100. Dalam ilmu matematik ia adalah salah satu cara untuk
mengekpreskan pecahan yang mempunyai penyebut seratus. Pecahan diwakilkan
dengan mengunakan simbol %.

Perkaitan Antara Pecahan, Perpuluhan dan Peratus

Hubungan antara pecahan, pepuluhan dan peratus.

Tukarkan pecahan kepada peratusan


Langkah yang berikut merupakan langkah-langkah yang akan digunakan untuk
menentukan pertukaran ini.
I.

Bahagikan pengangka pecahanoleh denominato ( contoh 4/5= 0.8)

II.
Darabkan dengan 100 ( gerakkan titik perpuluhan dua tempat ke
kanan)=(0.80100=80)
III.
IV.

Bundarkan kepada ketepatan yang dikehendaki


Mesti tuliskan jawapan dengan tanda %

Tukarkan peratusan kepada pecahan


Langkah yang berikut merupakan langkah-langkah yang akan digunakan untuk
menentukan pertukaran ini.
I.

Buang tanda %

II.
Buat pecahan dengan peratus sebagai pembilang dan 100 sebagai
penyebut.
III.

Mengurangkan pecahan sekiranya perlu.

Tukarkan perpuluhan kepada peratusan


Langkah yang berikut merupakan langkah-langkah yang akan digunakan untuk
menentukan pertukaran ini.
I.
II.

Darab perpuluhan itu dengan 100 (contoh : 0.90 100 = 90)


Tambahkan tanda % selepas mendapat jawapan yang betul (contoh 90%)

Tukarkan peratusan kepada perpuluhan

Langkah yang berikut merupakan langkah-langkah yang akan digunakan untuk


menentukan pertukaran ini.
I.

Bahagikan peratusan dengan 100 ( 90/100=0.90)

Forum: Forum B > Thread: Question 3

PUI WONG MENG | 850620055020 | 18. Apr 2015, 09:59

Question 3
Menurut Inder (1982), Mathematics is a language - a way of describing, recording in
mathematical sentences and interpretating the symbols used to relationship. Oleh
itu, pelajar yang mahir dalam matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan
mereka memahami sesuatu konsep, teorem, keupayaan menguasai kemahirankemahiran tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan
strategi-strategi heuristik yang tertentu. Matematik dianggap sukar kerana pada
dasarnya ia adalah berbentuk hiraki. Pemahaman tentang satu konsep adalah perlu
untuk mempelajari suatu konsep yang lain. Kegagalan pelajar untuk memahami
sesuatu konsep asas boleh menjejaskan pembelajaran matematiknya.
Penggunaan kalkulator untuk sekolah menengah telah diaplikasi dalam sukatan
pelajaran matemaik. Namun penggunaan di peringkat sekolah rendah masih belum
menampakkan bunga-bunga akan dilaksanakan. Dalam buku bertajuk Teaching
Mathematics yang memuatkan subtajuk Calculators in the classroom yang ditulis
oleh Colin Noble-Nesbit, menyatakan bahawa melalui kaedah pemerhatian,
kalkulator dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar tentang algoritma
yang mereka lakukan dalam kerja tradisi (kertas dan pensel), sebagai contoh,
pertimbangan operasi bahagi berikut yang bertujuan untuk mencari satu peraturan
(rule) bagaimana mendapat jawapan soalan pertama dengan cara kertas dan pensil:
2.884 0.7, 2.8840.7, 288.47.
Pemerhatian pertama yang hendak dilakukan ialah pembahagian nombor terakhir
melibatkan nombor bulat. Dijangkakan bahawa pelajar boleh melakukan
pembahagian dengan baik melalui kerja kertas dan pensel. Manakala pemerhatian
kedua ialah jawapan bagi setiap soalan itu adalah sama bila menggunakan
kalkulator. Kemudian pemerhatian ketiga ialah seorang pelajar akan tahu menjawab
soalan ini bermula soalan pertama dan seterusnya ke soalan kedua sehingga ke
soalan ketiga dengan mendarab setiap nombor dengan 10. Oleh itu dengan bantuan

kalkulator, pelajar dapat memahami bahawa apabila sesuatu nombor dibahagi


dengan nombor perpuluhan maka perlulah ditukar pembahagi itu kepada nombor
bulat. Daripada pemerhatian ini, pelajar akan dapat menemui satu peraturan (rule)
iaitu mendarab setiap nombor dengan 10 sehingga nombor pembahaginya adalah
nombor bulat dan seterusnya menyenangkan operasi bahagi dilakukan.
Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan di luar negara dan juga di
Malaysia didapati ratio yang menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah yang
menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian
lebih memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya.
Pemerhatian-pemerhatian yang menyeluruh juga menyokong penggunaan kalkulator
dalam bilik darjah. Maka, mengapakah kita di Malaysia masih mangamalkan
kemahiran mengajar yang ketinggalan zaman kepada murid-murid kita? Terdapat
kajian yang menunjukkan murid-murid takut terhadap matematik akibat daripada
penggunaan algoritma kertas pensel yang panjang lebar dan memerlukan banyak
langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan
pembahagian. Telah banyak kajian menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator
akan menukar sikap murid terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan
diri mereka serta minat terhadap matematik. Menurut Bernard R. Yvon Compelling
case for Calculators Arithmatic Teacher Volume 381990/91 menyatakan
penggunaan kalkulator dalam matematik mempunyai fungsi, kelebihan dan bonus
yang boleh disimpulkan seperti berikut:
o

Memberikan motivasi terhadap pembelajaran matematik secara

mendalam dan berterusan;


Membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk

membuat penyelesaian masalah;


Membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang

memerlukan diberikan kepada murid pada peringkat yanglebih awal;


Murid berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih

mendalam tentang topiK-topik yang berkaitan;


Membolehkan murid mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan

o
o

pola-pola yang diperhatikan;


Menggalakan murid menguasai saiz dan nilai nombor (bijak nombor)
Murid tidak merasa bosan menyelesaikan problem solving malah

mahu menyiapkan walaupun menggunakan masa yang lama.


Murid merasa yakin bahawa kalkulator dapat membantu memperbaiki

kebolehan untuk menyelesaikan masalah matematik mereka.


Membina sikap yang positif dalam matematik. Murid akan merasa

seronok dengan matematik seeing the beauty and enjoying the fun of
mathematics.
Membina keyakinan diri. Sebagai alat motivasi untuk murid
sebagaimana seorang tukang kayu yang dapat mengukir kayaunya dengan baik dan
cepat jika mempunyai peralatan yang cukup.

Pelajar yang menggunakan kalkulator dalam matematik mempunyai

sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahki matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih komolek
Boleh berdikari. Murid dapat belajar secara penyiasatan sendirian

o
o

dengan penggunaan kalkulator.


Pengukuhan dalam skill jangkaan
Penyiasatan yang mudah. Murid boleh menyiasat sendiri jawapan

dengan kaedah tanpa perlu bantuan guru.


Kerjasama dan tanggung jawab. Murid lebih bertanggung jawab apabila
diarah untuk menjaga keselamatan alatan.
Berdasarkan fungsi dan kebaikan seperti yang dinyatakan di atas, ianya sudah cukup
untuk membuktikan serta menggalakkan penggunaan kalkulator dalam pengajaran
matematik di sekolah rendah.
Biasanya murid sekolah rendah terutama yang lambat mengalami kesukaran semasa
menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan penggunaan ayat, bukan kerana
mereka tidak faham atau tidak tahu membuat transformasi, tetapi kerana mereka
bermasalah dalam menjalankan algoritma operasi itu. Dengan menggunakan
kalkulator, murid-murid di sekolah rendah boleh menumpukan perhatian kepada
aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. Mereka tidak akan diganggu oleh
kesukaran membuat kiraan yang panjang lebar. Soalan yang lebih mencabar dan
realistik juga boleh diberikan. Ini secara tidak langsung akan mejadikan
pembelajaran matematik lebih bermakna dan menyeronokan.
Sebenarnya, banyak masalah hanya memerlukan anggaran jawapan dan bukan
jawapan tepat. Oleh itu murid-murid harus diajar cara membezakan dan menentukan
kaedah yang paling berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan,
sama ada memerlukan hanya anggaran, pengiraan congak, penggunaan algoritma
kertas pensel ataupun kalkulator. Contohnya kemahiran mengganggar adalah satu
kemahiran yang paling berkuasa sekali dalam kehidupan seharian kita. Setelah
membeli barang-barang di pasar raya, kita boleh mengganggar sama ada kiraan bil
oleh juru wang betul atau tidak. Seseorang murid yang mahir membuat anggaran
akan cepat mengecam kesilapan kiraan seperti 223 + 489 = 1099 kerana 200 +
400 tidak mungkin menjadi 1000. Oleh itu, murid digalakan membuat anggaran
sebelum mengira. Setelah mendapat jawapan yang betul dengan kalkulator, galakan
murid menaakul sama ada jawapan yang didapati itu munasabah atau tidak ini akan
menyebabkan motivasi belajar matematik di kalangan murid sekolah rendah akan
meningkat.

Anda mungkin juga menyukai