Anda di halaman 1dari 4

Karangan Bahagian B - Contoh perenggan 4

unsur

Aspek Yang Dinilai Dalam Karangan B:


a. Penilaian dibuat secara holistik berpandukan kriteria dan peringkat yang
ditetapkan.
b. Penggunaan pelbagai jenis kata atau kosa kata yang luas dan tepat.
c. Penggunaan pelbagai ayat majmuk.
d. Ejaan dan tanda bacaan.
e. Penggunaan laras bahasa yang sesuai.
f . Idea yang relevan dengan tugasan dalam soalan yang diberikan.
g. Kematangan idea dan contoh yang sesuai.
h. Pengolahan yang menarik dan berkesan serta pemerengganan yang sesuai.
i. Wacana yang lengkap dan ada kesinambungan idea.
j . Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
k. Penggunaan gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
l . Format karangan
Contoh soalan karangan:
Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin
serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak
membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk.
bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi
semakin buruk = TUGASAN
Contoh Perenggan 4 Unsur
Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan
remaja
ialah peranan
institusi
keluarga.
Institusi
keluarga
merupakan elemenyang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang
rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali,
mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah
mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas
kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah
dihindarkan sebaliknyaketua keluarga mengambil langkah untuk merancang
sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan
makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah
menyatakan
institusi
keluarga
merupakan
entiti
penting
bagi
mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja
sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga
untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan
remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan
institusi keluarga merupakan satu cara bagimembendung masalah sosial
remaja.

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja
ialah peranan institusi keluarga = ISI UTAMA
elemen = KOSA KATA MENARIK
Sehubungan itu = PENANDA WACANA
ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK
Selain itu = PENANDA WACANA
rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi
keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam
kalangan remaja = AYAT CONTOH
Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA
Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga
merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial
remaja. = AYAT PENEGAS

Anda mungkin juga menyukai