Anda di halaman 1dari 19

SEMESTER JAN

2012

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBMT3203

TEACHING MATHEMATICS IN YEAR FIVE AND SIX

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN


MELAKA

SEMESTER JAN
2012

Isi Kandungan

Halaman

Penghargaan

Pengenalan

1-2

1.0 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian


2.0 Perancangan mengenai Tugasan
Projek Bagi setiap Kumpulan

2-6

3.0 Soalan-soalan Tugasan Projek


4.0 Borang-borang maklumat yang disediakan
Borang A
Borang B

8-9

10
11

5.0 Lampiran C
Contoh Graf Palang

12

6.0 Skema Pemarkahan

13-14

7.0 Rumusan

15

Rujukan

HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS


IN YEAR 5 AND SIX

ii

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

Penghargaan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan
hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk Teaching Mathematics In Year
Five And six HBMT3203) pada kali ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta
memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan
pembelajaran saya di OUM Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh
warga OUM semester Januari 2012 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan
kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
yang di hormati, Tn Hj Mohd Noh Abd Rahim. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar
kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan
E-Tutor, Puan Eja Binti Sobang,yang banyak memberi maklumat melalui laman forum
LMS.Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali,
yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.
Sekian terima kasih.

HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS


IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

i
Pengenalan
Dalam menjayakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu kemahiran, guru
berperanan penting mengaplikasikan pelbagai strategi dan kaedah yang menarik. Antaranya ialah
kaedah bermain sambil belajar, simulasi, main peranan, perbincangan, tunjuk cara, koperatif, aktiviti
berkumpulan, tugasan projek dan pelbagai lagi. Dalam tugasan ini, penerangan tentang kaedah
pengajaran guru adalah menjurus kepada tugasan projek. Melalui rujukan yang dibuat projek
didefinisikan sebagai satu kaedah yang mana murid diminta menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti di dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. Ah .Meng. 1997). Ia merupakan
sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh murid di dalam atau di luar bilik darjah dan mereka belajar
melalui proses menghasilkan sesuatu keputusan, rumusan atau kesimpulan tertentu. Selain itu juga,
tugasan projek juga merupakan proses pembelajaran yang bertumpukan kepada tugasan amali secara
sistematik dan teratur dalam tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta
analisis data dan persediaan satu laporan yang sah.
Kaedah projek adalah bertujuan untuk memperkembangkan daya kreatif murid serta meluaskan
pengalaman murid semasa projek itu berlangsung. Ia juga dapat membantu murid-murid
menanamkan sikap positif dan yakin kepada diri sendiri dalam menghasilkan sesuatu projek. Selain
itu, projek yang dijalankan itu mestilah membawa makna dan bermanfaat kepada murid-murid.
Guru juga perlu memastikan bahawa projek yang dijalankan adalah sesuai dengan objektif
pembelajaran. Bahan-bahan dan alatan yang diperlukan juga adalah mudah didapati. Kaedah ini
sebenarnya mempunyai banyak kelebihan kerana ia selalunya dijalankan secara berkumpulan .
Antara kelebihan lain bagi tugasan projek ialah, ia dapat menarik perhatian yang lebih kepada
murid-murid kepada topik-topik yang khusus dan mungkin sukar. Selain itu juga, ia dapat memberi
peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, disamping dapat mendidik mereka untuk
menerima dan menghormati perbezaaan individu. Mengalakkan mereka untuk sedia menerima risiko
dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta dapat membuktikan bahawa sumbangan
idea mereka amat dihargai. Maka ia sedikit sebanyak mewujudkan semangat kerjasama dan
kepercayaan antara murid-murid. Selain itu juga,

apabila sesuatu projek itu berjaya, ia dapat

mendatangkan keseronokan dan kepuasan dalam diri murid-murid.


HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS
IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

1
Di samping itu juga, segala pengetahuan yang diperoleh akan kekal dan berkesan serta tidak
mustahil ia akan diingati sampai bila-bila. Untuk tugasan kali ini, saya memilih topik Pengendalian
Data dalam merancang tugasan projek bagi murid-murid tahun lima dan enam. Topik pengendalian
data dipilih adalah kerana ia merupakan suatu topik yang menarik dan sering kali digunakan dalam
kehidupan seharian. Menurut Kamus Dewan (2002), data adalah butir-butir atau maklumat yang
diketahui atau yang telah dikumpulkan tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas untuk membuat
kajian (analisis atau kesimpulan). Selalunya data dianalisis diterjemahkan dan ditunjukkan dalam
bentuk graf seperti, graf palang, histograf, carta pai dan sebagainya untuk memudahkan kita
membuat tafsiran dan rumusan serta memahami sesuatu maklumat itu dengan mudah. Di dalam
tugasan ini, saya merancang agar tugasan projek ini di jalankan dalam masa tiga hari .(termasuk hari
pengagihan tugasan projek)

1.0 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian:


Matapelajaran: Matematik
Masa: 8.10-9.10 pagi (1 jam)
Kelas: 6 Gemilang
Bilangan Murid: 28 orang
Tajuk: Pengendalian Data

Objektif Pembelajaran: Murid-murid diajar untuk


1. Menyusun dan mentafsir data daripada jadual dan carta.

HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS


IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

2
Hasil Pembelajaran:
1. Membina graf palang daripada set data.
2. Mengenalpasti kekerapan, julat, nilai maksimum dan minimum, daripada graf yang diberi.
KBKK: Membuat inferens dan interpretasi, membanding beza (graf palang dan jadual), membuat
kategori, menerangkan sebab, menentukan sumber yang dipercayai, menganalisis,

Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah diajar mengenai pengendalian data sebelum ini semasa di tahun
lima.
Penggabungjalinan: Sains
Penerapan nilai: Kerjasama, berusaha, jujur
Bahan Bantu Mengajar: Contoh carta jadual dan carta Graf palang, kad manila, pen marker

Set Induksi ( 5 minit )


1. Murid ditanya mengenai jenama kasut yang dipakai oleh mereka.
2. Murid menyatakan beberapa jenis jenama kasut sekolah yang mereka pakai seperti, Bata,
Pallas, North Star, dan lain-lain.
3. Murid diminta mencari berapa bilangan murid yang memakai setiap jenama kasut tersebut.
4. Guru mengaitkannya dengan topik iaitu pengendalian data dan menyatakan bahawa data
boleh dikumpul dan dijelaskan dengan lebih mudah dengan menggunakan jadual atau graf
palang.

HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS


IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

3
Langkah 1:(20 minit)
1. Guru menunjukkan contoh jadual data kepada murid-murid. Guru menyatakan set data
tersebut boleh ditafsir dengan lebih mudah jika menggunakan graf palang seperti contoh di
bawah.
Bilangan Murid Memperolehi 5 A dalam
Peperiksaan UPSR
SK Bertam Indah Kepala Batas PP
Bi
Tahun
Bilangan Murid
l
1
2005
35
2
2006
43
3
2007
45
4
2008
53
5
2009
47
Jadual : Data Murid yang memperolehi 5 A

Graf Palang Mencancang

Tahun 2005hingga 2010


Graf palang dipetik daripada: http://skbi2003.blogspot.com/2010/11/carta-palang-bilangan-muriddapat.html
2. Guru berbincang dan bersoal jawab bersama murid-murid mengenai graf palang tersebut
dari segi kekerapan, julat, nilai minimum dan maksimum bagi data tersebut.
3. Murid dipamerkan lagi satu contoh graf palang berbentuk mengufuk . Guru menyatakan
bahawa graf palang juga boleh ditunjukkan dalam bentuk melintang atau mengufuk. Guru
dan murid-murid bersoal jawab dengan murid-murid mengenai maklumat di dalam graf
tersebut dari segi tajuk graf, item-item data, kekerapan sesuatu item, julat yang
digunakan,nilai maksimum, nilai maksimum jumlah pelajar yang terlibat dan sebagainya.

HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS


IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

Graf Palang Mengufuk


Dipetik daripada: http://best-corer.com.my/examPaperTC2.php?
subjectID=553&courseID=8&diffLevel=1.0

Langkah 2 :(10 minit) Pengagihan Tugasan Projek Berkumpulan


1. Murid dibahagikan kepada kumpulan betujuh. Setiap kumpulan perlu mempunyai seorang
ketua yang dilantik di kalangan ahli kumpulan sendiri..
2. Guru memanggil ketua kumpulan datang ke hadapan dan mengambil satu sampul surat besar,
dua keping kad manila, 6 helai kertas warna, 2 batang pen marker, hitam dan merah.
3. Guru menjelaskan murid-murid bahawa mereka akan diberikan satu aktiviti tugasan projek
secara berkumpulan. Di dalam sampul surat itu terdapat pernyataan tugasan projek kumpulan
masing-masing, ( Rajah B,C,D dan E) yang perlu mereka jalankan dalam tajuk Pengendalian
data.

HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS


IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

5
Langkah 3: (20 minit) Perbincangan
1. Murid-murid diberi penerangan oleh guru mengenai prosedur projek. ( lihat Rajah A ).
2. Guru menjelaskan, di dalam aktiviti projek itu nanti, setiap kumpulan perlu memahami
kehendak tugasan, mencari data berdasarkan bilangan yang dikehendaki, melengkapkan
borang-borang data, membina jadual dan membina Graf Palang yang betul serta membuat
interpretasi terhadap graf palang tersebut. Subjek kajian yang dipilih pula boleh diambil dari
kelas tersebut dan kelas tahun enam yang lain.
3. Guru menyatakan kepada murid-murid bahawa topik ini akan difahami dan dikuasai oleh
murid jika mereka sendiri menjalankan projek tersebut. Segala pengalaman itu nanti pasti
memberi makna dalam pembelajaran mereka.
4. Murid diberi masa untuk berbincang di dalam kumpulan mengenai tugasan projek yang
mereka akan jalankan .
5. Murid-murid digalakkan bertanya kepada guru jika mereka tidak memahami arahan tugasan
projek itu.
6. Guru menggalakkan agar setiap kumpulan menjalankan projek dengan pantas dan bersistem.

Penutup : (5 minit)
1. Guru mengingatkan murid-murid bahawa tugasan itu diberi masa selama 3 hari untuk
disiapkan dan persembahan daripada setiap kumpulan akan di adakan pada hari yang telah
ditentukan.
2. Guru berharap agar semua kumpulan dapat menjalankan tugasan yang baik dan

6
2.1 Perancangan mengenai Tugasan Projek Bagi setiap Kumpulan:
HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS
IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

2.2 Prosedur Projek: Penerangan daripada guru.

Aktiviti Yang Dirancang Oleh Guru Dalam Topik Pengendalian Data:


Prosedur Projek
1. Terdapat empat jenis aktiviti bagi setiap kumpulan. ( 4 kumpulan ). Setiap kumpulan diagihkan
tugasan secara rawak.
2. Senarai aktiviti projek kumpulan:
Kumpulan 1: Mencari Data Mengenai Warna Paling Digemari Oleh 40 Orang Muridmurid Tahun Enam
Kumpulan 2: Mencari Data Mengenai Hobi Paling Digemari Oleh 40 Orang Murid-murid
Tahun
Enam
Kumpulan 3: Mencari Data Mengenai Sukan Paling Digemari Oleh 40 Orang Muridmurid Tahun Enam
Kumpulan 4: Mencari Data Mengenai Cara Murid Tahun 6 Datang Ke Sekolah
3. Setiap kumpulan diberi masa selama 3 hari untuk menyiapkannya termasuk pada hari ini di
dalam dan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Segala borang yang disediakan perlu
diisi dengan data yang telah dikumpulkan.
4. Setelah data dikumpulkan dan diisi dalam jadual yang telah disediakan, setiap kumpulan
diminta menyediakan satu jadual pengumpulan data serta satu graf palang, sama ada secara
mencancang/ menegak atau mengufuk/melintang menggunakan kertas manila kad dan bahanbahan lain yang telah disediakan oleh guru. Murid-murid menggunakan kreativiti sendiri untuk
menghasilkan carta palang yang menarik dan tepat.
5. Setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk membersembahkan hasil akhir mereka di
hadapan kelas

Rajah A
7
HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS
IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

3.1 Arahan Tugasan Projek: Setiap kumpulan akan menerima satu arahan tugasan projek
seperti di bawah.
Rajah B
Aktiviti: Tugasan Projek Matematik Tahun 6 (Kumpulan 1)
Topik: Pengendalian Data
Tajuk: Warna Paling Digemari Oleh Murid-murid Tahun Enam
1. Anda dikehendaki mencari maklumat dan data mengenai warna paling digemari oleh 40 orang
murid Tahun 6 Sk Paya Indah. (20 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan)
2. Terdapat 5 jenis pilihan warna yang disediakan iaitu, Merah, Biru, Hijau, Kuning, Putih dan
Hitam
3. Gunakan Borang A, Borang B dan Lampiran C untuk mengumpul maklumat dan data.
1. Hasilkan sebuah jadual pengumpulan maklumat dan graf palang secara mencancang atau
mengufuk di dalam manila kad yang telah disediakan atau bahan anda sendiri secara kreatif,
menarik dan tepat.
4. Setiap wakil kumpulan akan mempersembahkan dengan membuat interpretasi data yang
dikumpul melalui graf palang tersebut.

Rajah C
Aktiviti: Tugasan Projek Matematik Tahun 6 (Kumpulan 2)
Topik: Pengendalian Data
Tajuk: Hobi Paling Digemari Oleh Murid-murid Tahun Enam
1. Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai hobi masa lapang paling digemari oleh 40
orang murid Tahun 6 Sk Paya Rumput Indah. Pilih 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan
secara rawak. Terdapat 6 item pilihan hobi yang disediakan iaitu, Membaca, Menonton TV,
Melayari Internet, Bersukan, Bermain Permainan Komputer, dan Lain-lain.
2. Gunakan Borang A, Borang B dan Lampiran C untuk mengumpul maklumat dan data.
3. Hasilkan sebuah jadual pengumpulan maklumat dan graf palang secara mencancang atau
mengufuk di dalam manila kad yang telah disediakan. atau bahan anda sendiri secara
kreatif, menarik dan tepat.
4. Setiap wakil kumpulan mempersembahkan dengan membuat interpretasi data yang
dikumpul melalui graf palang tersebut.

HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS


IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

8
Rajah D
Aktiviti: Tugasan Projek Matematik Tahun 6 (Kumpulan 3)Topik: Pengendalian Data
Tajuk: Sukan Paling Digemari Murid-murid Tahun Enam
1. Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai sukan paling digemari oleh 40 orang
murid Tahun 6 Sk Paya Rumput Indah. Pilih 20 orang murid lelaki dan 20 orang murid
perempuan secara rawak..
2. Terdapat 6 item pilihan sukan yang disediakan iaitu, Bola sepak, Bola Baling, Renang,
Bola Jaring, Boling, dan Lain-lain.
3. Gunakan Borang A, Borang B dan Lampiran C untuk mengumpul maklumat dan data.
2. Hasilkan sebuah jadual pengumpulan data dan graf palang secara mencancang atau
mengufuk di dalam manila kad yang telah disediakan atau bahan anda sendiri secara
kreatif, menarik dan tepat.
4. Setiap wakil kumpulan akan mempersembahkan dengan membuat interpretasi data yang
dikumpul melalui graf palang tersebut.

Rajah E
Aktiviti: Tugasan Projek Matematik Tahun 5 (Kumpulan 4) Topik: Pengendalian Data
Tajuk: Cara Murid Tahun 6 Datang Ke Sekolah
3. Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai cara murid Tahun 6 SK Paya Rumput
Indah datang ke sekolah. Seramai 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan dijadikan
subjek projek.
4. Terdapat 6 item pilihan cara murid datang ke sekolah iaitu, melalui Bas Sekolah, Kereta,
Van Sekolah, Basikal, Berjalan Kaki, dan Motosikal
5. Gunakan Borang A, Borang B dan Lampiran C untuk mengumpul maklumat dan data.
6. Hasilkan sebuah jadual pengumpulan data dan graf palang secara mencancang atau
mengufuk di dalam manila kad yang telah disediakan atau bahan anda sendiri secara
kreatif, menarik dan tepat.
7. Setiap wakil kumpulan akan mempersembahkan dengan membuat interpretasi data yang
dikumpul melalui graf palang tersebut.

HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS


IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

9
4.1 Borang-borang maklumat yang disediakan:
Borang-borang ini adalah kaedah yang digunakan oleh setiap kumpulan untuk mengumpul
data atau maklumat mentah iaitu secara temubual dan bancian.
4.2 Borang A :Jadual Data Mentah ( secara bancian dan temubual dengan responden )

Borang A
Jadual Pengumpulan Data Mentah :
Kumpulan :___________
Tajuk Tugasan Projek:_______________________________________________________
Bil

Nama Murid

Item

Bil

Piliha
n
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS


IN YEAR 5 AND SIX

15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28

Nama
Murid

Item
Piliha
n

Bil

Nama Murid

Item
Piliha
n

29
30
32
33
34
35
36
37
38
39
40

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

10
4.2 Borang B : Jadual Mengumpul Dan Merekod Data
Menggunakan tally untuk menunjukkan bilangan. Contohnya:

= 5 orang

Borang B
Jadual Mengumpul Dan Merekod Data :
Kumpulan :____________
Tajuk Tugasan Projek:_______________________________________________________
Item

Jantina

Pilihan

Tally

Bilanga
n

Jumla
h

Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan

Borang ini juga perlu dihasilkan di dalam bentuk carta di atas kad manila oleh setiap
kumpulan dengan item Tally disingkirkan.
HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS
IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

11
6.1 Lampiran C - Contoh Graf Palang
(Setiap kumpulan akan diberikan lampiran ini sebagai contoh penghasilan graf palang)
(a) Contoh Graf Palang Mencancang/ Menegak
Tajuk Graf
6
5
4

Lelaki

Column1

2
1
0
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6

(b) Contoh Graf Palang Mengufuk/Melintang

Tajuk Graf
Item 6
Item 5
Lelaki

Item 4

Column1

Item 3
Item 2
Item 1
0

Kesimpulan dan interpretasi data yang boleh dibuat berdasarkan graf:


1. Nilai Keseluruhan=___________
HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS
IN YEAR 5 AND SIX

2. Julat yang digunakan :___________


MARSHIZAWATI BINTI RASIP
761020135460002

SEMESTER JAN
2012

3. Nilai Maksimum=__________________ 4. Nilai Minimum:_________________


5. Kekerapan =_________________

12
6.0 Contoh Skema Pemarkahan Penilaian Tugasan Projek (boleh dilampirkan sekali dengan
soalan tugasan projek sebagai panduan)
Kumpulan Yang Dinilai: Kumpulan 1
Bil

Item Yang Dinilai

Proses Kerja
Kekemasan
Mengumpul Data
Mentah
Merekodkan Data
Sikap
Kerjasama Kumpulan
Kesungguhan
Hasil Akhir
Membina Jadual Set

Indeks

Sangat

Pemberatan

Baik
4

Baik

Sederhana

Lemah

Markah
Maksimum

32

16

32

20

data dan Graf Palang


Persembahan

4.

Dapatan
Pembentangan Wakil
Kumpulan
Jumlah Markah

25

Markah Keseluruhan

100

6.1 Huraian Panduan Skema Permarkahan Penilaian Tugasan Projek Yang dirancang Oleh
Guru
6.1.1 Terdapat empat item yang akan dinilai iaitu
a) Proses kerja
HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS
IN YEAR 5 AND SIX

13MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

Ma
Dip

SEMESTER JAN
2012

Ia merangkumi cara kumpulan mengumpul maklumat atau data dan merekodkannya dalam
jadual yang disediakan. Setiap kumpulan juga dinilai dari segi kekemasan kerja.
b) Sikap
Setiap kumpulan dinilai dari segi kesungguhan mereka menghasilkan tugasan yang terbaik
dan semangat kerjasama yang ditunjukkan antara ahli kumpulan.
c) Hasil Akhir
Hasil akhir bermaksud jadual pengumpulan data dan graf palang yang telah disiapkan oleh
setiap kumpulan memenuhi kehendak tugasan projek serta kreatif dan menarik. Mudah
difahami dan jelas isi kandungannya..
d) Persembahan Hasil Setiap Kumpulan
Setiap kumpulan mewakilkan seorang ahli untuk membuat pembentangan hasil pengumpulan
dan rekod data yang diperolehi dalam bentuk graf palang.
5.1.1 Pemberatan markah telah dibahagikan dengan nilai tertentu mengikut empat item yang
dinilai.
Indeks terdiri daripada Sangat Baik ( 4 markah), Baik (3 markah), Sederhana ( 2 markah) dan
Lemah ( 1 markah). Jumlah markah maksimum ialah sebanyak 25 dan markah keseluruhan
maksimum ialah 100 markah.
Markah Setiap Item Dinilai = Pemberat x Markah Asas ( berdasarkan Indeks)
Markah Akhir Diperolehi = Markah Setiap Item yang dinilai digabung atau ditambahkan.

14
7.0 Rumusan
HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS
IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

Aktiviti projek sangat memberikan manfaat kepada murid-murid kerana ia memberi peluang kepada
setiap individu meneroka dan mencari sesuatu yang mereka tidak ketahui. Murid-murid pasti akan
teruja melakukannya bersama-sama dalam satu pasukan untuk menghasilkan terbaik. Di samping itu,
mereka dapat mengembangkan idea ke tahap maksimum. Dalam aktiviti projek, murid-murid dapat
menggabungkan matematik dengan elemen sains menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis seperti, menjana idea, membuat inferens, menentukan sumber yang boleh dipercayai,
membanding beza, menganalisis, menentukan sebab. memberi tafsiran dan sebagainya. Contoh
aktiviti yang dicadang dan dirancang di atasi adalah antara aktiviti projek yang mudah yang boleh
disediakan oleh guru-guru matematik sekolah rendah. Namun begitu, dalam menjalankan tugasan
projek guru-guru boleh melihat kepada kesesuaian topik. Bagi tugasan ini, topik pengendalian data
dipilih kerana ia satu topik yang banyak melibatkan aktiviti carian maklumat serta pengumpulan data
statistik sesuatu perkara yang ingin diketahui dan ia juga banyak diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Aktiviti ini sangat sesuai dijalankan di sekolah rendah memandangkan kanak-kanak di
peringkat umur ini sangat memerlukan sesuatu kaedah pembelajaran yang baru, menarik dan
mengujakan. Tugasan projek ini juga pasti memberi kefahaman yang lebih luas dan makna yang
lebih mendalam dalam pembelajaran mereka. Dalam tugasan ini juga, guru telah menyediakan
perancangan pengajaran harian, empat aktiviti tugasan projek untuk setiap kumpulan, penyediaan
borang-borang pengumpulan data, lampiran-lampiran dan contoh graf palang serta carta jadual yang
perlu murid hasilkan, serta skema permarkahan bertujuan sebagai panduan murid. Murid-murid juga
digalakkan untuk membuat tafsiran apabila melihat graf itu nanti Semoga segala apa yang
dirancangkan untuk tugasan projek murid-murid tahun enam ini dapat memenuhi tugasan
HBM3023T: Teaching Mathematics In Year Five and Six pada kali ini.

3340 patah perkataan


15
Rujukan

HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS


IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

SEMESTER JAN
2012

Murugiah Velayutham.Kao Thuan Keat.(2011).HBMT 3203Teaching Mathematics In Year Five And


Six.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.
Blog SK Bertam Indah
http://skbi2003.blogspot.com/2010/11/carta-palang-bilangan-murid-dapat.html
Data Handling-Project KS2.
http://www.censusatschool.org.uk/resources/prires/284-projects2
Jadual Dan Graf
http://api.ning.com/
Pembelajaran Berasaskan Projek
http://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/PROJEK.pdf
Peter Daly. Understanding Graphs.
http://www.teachingideas.co.uk/maths/understandinggraphs.htm
Rancangan Pelajaran Tahunan Sekolah Rendah Sesi 2010
http://cikguazman.blogspot.com/2010/01/rancangan-pelajaran-tahunan-sekolah.html
Ruth Read (2012). Favourite Biscuits-data handling tasks.
http://www.skillsworkshop.org/resources/favourite-biscuits-data-handling-tasks
Universiti of Exeter.
http://www.cimt.plymouth.ac.uk/projects/mepres/allgcse/bs8act1.pdf
ii

HBMT 3203:TEACHING MATHEMATICS


IN YEAR 5 AND SIX

MARSHIZAWATI BINTI RASIP


761020135460002

Anda mungkin juga menyukai