Anda di halaman 1dari 2

Bismillah dengan nama Allah lagi maha pemurah lagi maha pengasih.

Saya
panjatkan kesyukuran kepada mu Ya Allah kerana memberi kesempatan waktu,
peluang & ruang menyertai Misi Bakti Kemboja 2.0 2015. Saya pada mulanya raguragu untuk menyertai misi ini kerana saya ini merupakan pengalaman pertama kali
buat diri saya. Benda yang paling saya takuti adalah apabila diberitahu semua lelaki
kena sembelih lembu. "Habis la aku lepas ni sembelih ayam pun tak pernah ni
sembelih lembu". Abang habib cakap misi tahun lepas ada juga orang yang tak
sembelih. Tahun ini dia cakap semua orang kena sembelih.
Isu yang saya pilih untuk Misi Bakti Kemboja 2.0 2015 adalah sembelih.
Sepanjang saya di sana saya dapat menimba pelbagai pengalaman. Lembu-lembu
di sana ada yang kurus dan ada yang berisi. Kampung pertama yang saya pergi
lembu-lembunya semua yang jenis kurus-kurus. Di kampung pertama selepas
beberapa orang sudah sembelih saya diberi peluang untuk sembelih lembu yang
ketiga. Melihat reaksi saya pada ketika itu memang tak tahu nak luahkan macam
mana. Pada awalnya saya diberi amanah untuk pegang banner di belakang lembu
tersebut pun saya sudah meremang.
Tetapi setelah beberapa kali di beri peluang untuk mengusap dan mendekati
lembu secara dekat. Saya sudah mulai mempunyai keyakinan. Jadi saya pun di beri
kepercayaan oleh abang-abang senior yang lain untuk menyembelih lembu. Pada
masa

itu

abang

faiz

menerangkan

pada

man

bagaimana

kaedah

untuk

menyembelih lembu.

Bismillah Allahuakbar, kalimah itu lah yang membuat kan saya meremang satu
badan. Terpercik darah pada kedua-dua belah tangan man. Di muka juga terpercik

darah lembu. Setelah itu man pun pergi basuh pisau dan tangan man yang di
penuhi oleh darah lembu tadi. Itu lah merupakan pengalaman man yang pertama
menyembelih haiwan secara halal. Sebelum ini tidak pernah pun man sembelih
ayam atau burung puyuh ini kan pula sembelih lembu. Berikut di kampung sebelah
man di beri sekali lagi peluang untuk sembelih lembu seekor. Melihat keadaan
lembu di kampung sebelah ini agak agresif membuatkan man rasa cuak. Ada juga
lembu yang terlepas sebelum di sembelih. Namun man berjaya juga sembelih
lembu yang kedua walaupun pada mulanya agak takut-takut. Lembu yang kedua ini
lembu keluarga man. Jadi man harap korban yang man dan keluarga di terima oleh
Allah s.w.t. Bagi menghilangkan rasa penat sembelih lembu. Man,Abang Apai,
Abang Zahidan, Daus dan abang Faiz pergi ke rumah kampung di belakang tempat
kami sembelih lembu untuk membersihkan badan.
Ternyata suasana di situ memang mengasyikkan dan rasa macam tak nak
balik jer. Kami berlima mandi ramai-ramai di kawasan telaga. Air dia memang
begitu sejuk sekali. Kalau diberi peluang sekali lagi saya akan pergi lagi ke sana.
Insyallah!

Anda mungkin juga menyukai