Anda di halaman 1dari 11

HARGA SEBUAH LUKISAN

Harga Sebuah Lukisan


(Baharudin A. Manan)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis

Kamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar
yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan
melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka
bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar
kertas lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam
pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal
Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.

Tema

Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia bersikap
tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya. Pada hari pertandingan, Maryati
telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk membersihkan bekas
makanan.

Persoalan

i.

Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.


Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea
yang akan dijadikan model dalam pertandingan melukis.

ii.

Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.

Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah.
oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.

iii.

Dia didatangi

Baik hati dalam kalangan murid sekolah.

Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan
bersama-sama mereka.

iv.

Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup.

Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat kertas lukisannya yang disabotaj, Kamal Hijaz
masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya
.

v.

Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan.

Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan
seterusnya dia meminta maaf.

vi.

Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang.

Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang mengkhianatinya dan


menghadiahkan sebuah lukisan
.

Plot

i.

Permulaan

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang akan dilukiskan
dalam pertandingan melukis yang akan disertainya. Pembaca diperkenalkan dengan watak
Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.

ii.

Perkembangan

Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh
Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang berkisar
dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi. Sejurus
kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan
bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima
pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz
mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci
pinggan dan gelas.

iii.

Puncak

Pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya telah
disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali -gus dia
mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu,
fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan

Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang
Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.

iv.

Peleraian

Pada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan.
Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati
menemui Kamal Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan
menghadiahkan sebuah lukisan.
Teknik Plot

i.

Pemerian

Contoh: Penulis memerihalkan peristiwa ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh
kawan-kawannya kerana kebolehannya melukis.

ii.

Monolog Dalaman

Contoh: Penulis menggambarkan Kamal Hijaz bermonolog dalaman semasa melukis


gambaran pahlawan sedang bertikam di pertandingan melukis peringkat daerah

iii.

Dialog

Contoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta maaf kerana telah mengkianati Kamal Hijaz
semasa pertandingan melukis
.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Kamal Hijaz

i.

Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

ii.

Berbakat dan berminat dalam lukisan dan sentiasa mendapat markah A dalam
Mata Pelajaran Lukisan.

iii. Pelajar yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai persediaan
menyertai pertandingan melukis.

iv. Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi
membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.

v. Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan meneruskan
lukisannya yang kedua sehingga berjaya.

vi.

Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.

Watak Sampingan

Maryati

i.

Rakan kepada Kamal Hijaz.

ii.

Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela
bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.

iii.

Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan Kamal
Hijaz dalam pertandingan melukis.

iv.

Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa bersalah dan meminta maaf
kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.

Latar

Latar Masa

i.

Hari Isnin. Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

Contoh: Pengetua menyampaikan amanatnya dan mengumumkan keputusan


pertandingan yang diadakan.

ii.

Hari Sabtu. Hari cuti persekolahan.

Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

iii.

Dua minggu.

Contoh : Tempoh antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman keputusan


pertandingan diumumkan

iv.

Tiga hari

Contoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan
gambaran dua pahlawan sedang bertikam
.

Latar Tempat
i.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat pertandingan melukis dijalankan.

Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan itulah akan dilangsungkan pertandingan melukis itu.

ii.

Taman mini sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum pertadingan

dimulakan.
Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang terletak berhampiran
taman mini sekolah.

iii.

Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk membersihkan bekas
makanan.

Contoh :Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh
membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin,

Latar Masyarakat

i.

Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan bertanggungjawab mendidik

anak-anak tempatan.

Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan melukis
peringkat daerah.

ii.

Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu secara formal di


sekolah.

Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa
.

iii.

Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan


bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan
gambaran pahlawan sedang bertikam
.

iv.

Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu yang sanggup

mengkhianati kawan demi kepentingan sendiri, tidak terkecuali pelajar.


Contoh : Maryati sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum pertandingan
bermula.

Nilai

i.

Nilai persahabatan.

Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap bersahabat
dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti.

ii.

Nilai ketabahan.

Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan kertas lukisannya.
Dia tetap tabah dan gigih meneruskan lukisan keduanya
.

iii.

Nilai kesabaran.

Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas
lukisannya sebelum pertandingan melukis
.

iv.

Nilai kegigihan.

Contoh : Kamal Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari melukis
pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam
Pengajaran

i.

Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea
yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis.

ii.

Kita hendaklah berbudi bahasa.

Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz


makan bersama-sama mereka.

iii.

Kita hendaklah bersemangat tinggi.

Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas lukisannya yang
dikhianati, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan
berjaya.

iv.

meneruskan lukisannya dengan yakin dan

Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri.

Contoh : Maryati berasa bersalah dan insaf akan kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz
dan seterusnya dia meminta maaf.

v.

Kita hendaklah berhati mulia.

Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang telah


sebuah lukisan.

Gaya Bahasa

i.

Peribahasa

Contoh : Membulatkan hatinya

ii.

Hiperbola

Contoh : Menusuk rongga hidung

iii.

Pengaruh bahasa asing


Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colour

mengkhianatinya dan menghadiahkan

iv.

Simile

Contoh : macam nenek kebayan

v.

Kata ganda

Contoh : Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.

Soalan

i.

Mengapakah pelajar lain mencemburui Kamal Hijaz?

ii.

Apakah yang dilakukan oleh Maryati sewaktu Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin

untuk mencuci pinggan dan gelas?

Jawapan

i.

Pelajar-pelajar lain mencemburui Kamal Hijaz kerana dia mempunyai bakat yang besar

dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan.

ii.

Sewaktu Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas,

Maryati menukar kertas lukisan Kamal Hijaz dengan kertas lukisannya yang telah disapu
dengan lilin.

Anda mungkin juga menyukai