Anda di halaman 1dari 6

MASALAH BERKAITAN URUTAN (SIFIR)

Kaedah hafalan yang lazim digunakan untuk jadual sifir


sering menjadi masalah besar kepada murid. Lazimnya
digunakan untuk jadual sifir. Kebanyakan murid tidak
dapat menghafazkan sifir darab dengan tepat. Murid
mudah lupa akan sifir yang dipelajarinya dan membuat
kesalahan semasa Contohnya,
3 x 7 = 24
8 x 7 = 64

Penyelesaian
Kanak perlukan strategi tertentu apabila mereka tidak
lagi dapat bergantung sepenuhnya kepada ingatan.
Langkah pertama adalah menentukan susunan
pembelajaran mereka. Contohnya, sifir sepuluh lebih
mudah diingati ( menggunakan duit syiling 10 sen)
dan ini akan meningkatkan keyakinan. Ini diikuti dengan
sifir lima dan dua.
Kaedah yang dapat membantu bagi menguasai sifir dua
dan lima adalah menggunakan gambar orang, ayam
dan dinosaur, cop dan sebagainya. Seterusnya sifir
tiga, empat dan sembilan.
Sifir sembilan dapat diajar sebagai sifir yang
menyeronokkan kerana jawapannya dapat diingati
dengan mudah sambil menggunakan jari.

Kaedah pengajaran operasi darap Gypsy

Bagi mendapatkan jawapan kpd 6 x 9. letakkan tangan di


atas meja dan sembunyikan jari yg keenam dari kiri.
Hasilnya, 5 jari di sebelah kiri dan 4 di sebelah kanan
memberikan jawapan 54.

KAEDAH GANTI BENDA


Kaedah ini disyorkan oleh Bulgrem,1997 dalam menyelesaikan masalah
bagi kaedah hafalan sifir. Kanak-kanak dislesksia sering mengalami
masalah dalam menghafal urutan sifir dan ia mengandungi unsur bahasa di
dalamnya. Bagi mengelakkan mereka tercicir dalam kemahiran mengetahui
sifir kaedah ini sesuai digunakan. Ia lebih sesuai untuk murid yang
mengalami masalah pertuturan dan masalah pengingatan yang biasa.
Contoh aktiviti bagi kaedah ini adalah:Langkah 1: guru akan memberi satu soalan yang berkaitan dengan sifir.
Langkah 2 : murid dibekalkan guli yang banyak
Langkah 3 : murid akan diarahkan untuk mengikut arahan guru.
Langkah 4 : guru tunjukkan contoh soalan.

Langkah 5 : murid akan menggunakan guli dan


menghitung sifir tersebut. Kaedah akan diulang sehingga
murid dapat capai kepada barisan ke 12.
Catatan : murid akan melukis bulat dalam mengira dalam
peperiksaan.

Arsatam. (2011, 12 Oktober). Isu Masalah Penguasaan Nombor Asas.


Retrieved 4 Ogos, 2015, from
https://www.scribd.com/doc/68487919/51783328-Isu-Masalah-Penguas
aan-Nombor-Asas

Anda mungkin juga menyukai