Anda di halaman 1dari 11

KIT NUMBOX MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENULIS

NOMBOR 1 HINGGA 5 DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH


PEMBELAJARAN
MOHD FAUZAN FARID BIN JASNEH
pojandjan91@gmail.com
ENCIK SHAMSUL RIZAL BIN KHALIL
shamsulrizal@ipda.edu.my
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran mengenal dan menulis
nombor 1 hingga 5. Terdapat dua orang murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran yang telah terpilih sebagai subjek kajian.
Hasil lembaran kerja, pemerhatian dan temu bual telah menunjukkan
dua orang murid tersebut menghadapi masalah mengenal dan menulis
nombor 1 hingga 5. Kajian ini dijalankan berfokus kepada penggunaan
Kit Numbox dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis
nombor 1 hingga 5. Intervensi ini mengandungi tiga aktiviti iaitu, kad
nombor, angka 3D dan kad proses menulis nombor. Tempoh selama
empat hari telah diambil untuk pengumpulan data. Data kajian
dikumpul melalui pemerhatian, lembaran kerja dan temubual. Hasil
analisis data menunjukkan pelaksanaan intervensi tersebut dapat
membantu responden dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor
1 hingga 5. Hasil pemerhatian menunjukkan responden dapat
menggunakan Kit Numbox dengan betul dan ada penambahbaikan
dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Analisis
lembaran kerja menunjukkan responden ada peningkatan dalam
kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 walaupun tidak
mencapai seratus peratus. Oleh yang demikian, Kit Numbox berjaya
meningkatkan mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Cadangan
kajian seterusnya ialah menggunakan Kit Numbox dalam kemahiran
mengecam nombor lain..
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Untuk sesi praktikum fasa ketiga yang lepas, saya telah diberi peluang untuk
menjalani praktikum di sebuah sekolah di daerah Kuala Perlis, Perlis. Saya telah diberi
peluang mengajar 2 kelas murid-murid berkeperluan khas di sekolah tersebut. Setelah
mendapat jadual pengajaran, saya telah menjalankan ujian diagnostik bagi subjek
Matematik. Item-item yang diuji dalam ujian yang dijalankan ini merangkumi
kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran
Matematik untuk kanak-kanak berkeperluan khas sekolah rendah. Tujuan ujian
diagnostik ini dijalankan adalah untuk membantu guru mengesan dan mengenalpasti
secara khusus kekurangan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid dalam menguasai
kemahiran Matematik.
Jabatan Pendidikan Khas (2003) telah mendefinisikan ujian diagnostik sebagai
ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Khas. Ujian ini digunakan untuk
membantu guru-guru pendidikan
khas mengesan kelemahan-kelemahan dan
kekuatan-kekuatan setiap murid dalam kemahiran-kemahiran yang telah mereka
kuasai. Dengan itu, ujian diagnostik yang dibentuk bukan untuk menilai peringkat
pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami oleh murid-murid
berkeperluan khas ketika belajar dan mengenalpasti punca kegagalan murid dalam
menguasai sesuatu kemahiran.
Ujian Diagnostik Matematik yang telah saya jalankan tersebut melibatkan 4
orang murid berkeperluan khas. Mereka ini merupakan murid tahun 5. Setelah
menganalisis ujian diagnostik yang telah dijalankan oleh murid-murid tesebut, saya
dapati murid terdapat dua kumpulan murid yang mempunyai tahap pekembangan

yang berbeza. Kumpulan pertama ialah murid-murid yang masih belum menguasai
kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 manakala kumpulan kedua pula
merupakan murid-murid yang berkebolehan untuk mengenal dan menulis nombor.
Dengan keputusan yang diperolehi ini, murid-murid tersebut dibahagikan kepada dua
kumpulan yang berbeza.

Setelah ujian diagnostik dijalankan, saya telah merancang satu pengajaran


yang melibatkan aktiviti mengenal dan menulis nombor dalam lingkungan 1 hingga
10. Mengenal dan menulis nombor merupakan salah satu kemahiran asas dalam mata
pelajaran Matematik yang perlu dikuasai oleh murid dengan baik dan cekap. Dengan
itu, murid perlulah mengenal dan menulis nombor ini terlebih dahulu kerana
ketidakcekapan murid dalam menguasai konsep mengenal dan menulis nombor akan
menyebabkan murid menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik.
Pada permulaan pengajaran saya berkenaan dengan konsep membilang dalam
tertib menaik ini, saya hanya menggunakan slaid bagi menunjukkan nombor 1 hingga
10. Saya beranggapan dengan menggunakan teknologi dalam pendidikan ini akan
dapat membantu saya meningkatkan keberkesanan pengajaran saya di dalam kelas.
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1998) menyatakan bahawa teknologi dalam
pengajaran merupakan proses yang kompleks dalam meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran murid.
Dengan itu, saya menggunakan tayangan slaid untuk memperkenalkan nombor
1 hingga 10 kepada murid. Namun begitu, murid dilihat masih melakukan kesalahankesalahan dalam mengenal nombor. Dengan itu, saya dapat simpulkan bahawa
teknologi dalam pendidikan ini membantu pengajaran guru tetapi kurang membantu
proses mengingat murid.
Disamping itu juga, saya juga turut melakukan pemerhatian terhadap cara
pengajaran guru-guru lain di dalam kelas. Saya dapati, guru-guru lain yang mengajar
kelas tersebut turut menggunakan cara yang sama seperti cara yang saya gunakan di
dalam kelas tersebut. Guru-guru tersebut menunjukkan beberapa contoh soalan pada
papan putih dan kemudiannya memberikan beberapa peluang untuk murid mencuba.
Guru tersebut juga dilihat tidak menggunakan bahan bantu mengajar. Guru tersebut
hanya menulis nombor 1 hingga 5 pada papan putih.
Guru tersebut juga memberikan latihan pengukuhan dalam bentuk lembaran
kerja kepada murid-murid supaya murid dapat menguasai konsep dan isi pelajaran
yang diajar. Aktiviti pengajaran guru yang menggunakan kaedah chalk and talk ini
dilihat kurang berkesan kerana murid memerlukan bahan maujud untuk memudahkan
murid memahami dan mengingati isi pelajaran.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di dalam kelas, saya
juga menekankan latih tubi untuk murid-murid tersebut. Menurut Teori Pelaziman
Operan yang dipelopori oleh Thorndike, manusia belajar melalui proses membuat dan
lupaan apabila perkara yang dipelajari tidak digunakan dan dibuat. Bagi menjamin
kelangsungan pembelajaran, latihan dalam pelbagai bentuk, pengulangan, latih tubi,
aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah
dibuat dengan lebih kerap.
Dengan itu, saya memberi soalan kepada murid supaya mereka lebih
mengenal nombor. Namun begitu, murid kelihatan bosan dan tidak bersemangat
untuk melakukan latihan tersebut. Selain itu, murid juga masih melakukan kesalahan
dalam mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5.
Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk membuat penambahbaikan
pengajaran saya dengan menggunakan kad nombor. Penggunaan kad nombor dilihat
memberi kesan yang agak baik dimana murid lebih teruja. Dengan penggunaan kad
nombor ini, murid dapat mengelakkan kesalahan menulis nombor berulang kali.
Namun begitu, murid masih lagi melakukan kesalahan dalam mengenal nombor.

Saya telah mendapat celik akal semasa berada dalam kelas dalam
meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 iaitu dengan
menggunakan Kit Numbox untuk mengajar murid angka 1 hingga 5. Lantaran itu, saya
hendak memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan tahap kecerdasan murid di
dalam kelas PPKI.

PENGUMPULAN DATA AWAL


Temu Bual
Temu bual telah dilakukan ke atas guru mata pelajaran, mengenai tahap penguasaan
responden terhadap kemahiran mengenal dan menulis nombor..
Pemerhatian
Bagi mengumpul data awal mengenai masalah responden yang dikaji, pengkaji telah
menjalankan satu pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang
dikendalikan oleh guru mata pelajaran responden tersebut sewaktu pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Hasil pemerhatian telah menunjukkan bahawa responden
masih mengalami masalah yang sama iaitu masalah menukar ayat matematik kepada
bentuk lazim bagi operasi tambah.
Ujian Diagnostik
Saya telah melakukan analisis Ujian Diagnostik Matematik yang telah dijalankan
semasa minggu pertama praktikum. Ujian diagnostik Matematik yang saya sediakan
untuk kedua-dua murid merangkumi 10 soalan yang melibatkan mengenal dan
menulis nombor
FOKUS KAJIAN
Kajian yang saya jalankan ini memfokuskan kepada kemahiran mengenal dan menulis
nombor 1 hingga 5. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai
oleh murid-murid. Kemahiran ini perlulah dikuasai oleh murid sebelum mempelajari
kemahiran-kemahiran lain kerana kemahiran ini merupakan asas dalam pembelajaran
matapelajaran Matematik. Berdasarkan pengumpulan data awal dan refleksi
pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengenalpasti 2 orang murid pendidikan
khas yang lemah dalam mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis angka 1
hingga 5 menggunakan Kit Numbox dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran
SOALAN KAJIAN
Adakah penggunaan Kit Numbox dapat membantu murid pendidikan khas dalam
meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis angka 1 hingga 5?
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 2 orang murid PPKI di dalam kelas Seroja yang terdiri daripada
murid lembam dan masalah pendengaran. Responden dinamakan sebagai X dan Y.
Semua murid mempunyai masalah dalam mengecam dan menulis angka secara
keseluruhannya.
PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Pelaksanaan intervensi telah saya lakukan kepada kumpulan sasaran untuk


meningkatkan mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Saya telah mencadangkan
tiga aktiviti menggunakan Kit Numbox dan melibatkan murid-murid yang dipilih pada
awal kajian dilakukan.
Aktiviti 1 : Pandang sebut kad nombor
Dalam aktiviti pertama ini murid diperkenalkan konsep mengenal dan menyebut
nombor berdasarkan kad nombor yang ditujunkkan. Aktiviti ini mengkehendaki murid
untuk menyebut kad nombor yang ditunjukkan oleh guru. Murid akan menyebut
nombor yang tertera pada kad nombor tersebut. Responden akan diperkenalkan
dengan kad nombor 1 hingga 5 oleh guru. Guru akan menyebut angka berdasarkan
kad yang dipegang guru. Murid akan melihat kad dan menyebut berdasarkan kad yang
ditunjukkan oleh guru. Seterusnya, murid akan ambil kad angka tersebut dan
memasukkanya ke poket yang terdapat dalam Kit Numbox.

Rajah 1 : Responden melakukan aktiviti pandang sebut kad nombor.


Aktiviti 2 : Angka 3D
Pada intervensi ini, murid diberi peluang untuk memegang dan merasa bentuk angka
1 hingga 5. Dalam intervensi ini, satu set angka 1 hingga 5 dalam bentuk 3D akan
digunakan di mana murid boleh memegang dan mengetahui sifat angka tersebut

Rajah 2 : Responden melakukan aktiviti mengenal angk 3D.


Aktiviti 3 : Proses Menulis Nombor
Dalam intervensi ini, murid akan didedahkan bagaimana cara untuk menulis nombor
dengan betul. Kad nombor akan digunakan dalam intervensi ini dimana kad tersebut
mempunyai anak panah yang menunjukkan arah untuk menulis nombor dengan betul.

Rajah 3 : Responden menulis nombor

DAPATAN KAJIAN
Analisis Pemerhatian

Graf Analisis Keseluruhan Pemerhatian Kemahiran Mengenal Nombor 1 hingga 5


Murid X Murid Y
12
10
8
6
4
2
0

Sesi 1

Sesi 2

Sesi 3

Rajah 5: Graf AnalisisKeseluruhanPemerhatianKemahiranMengenalNombor 1


Hingga 5
Graf menujukkan tahap peningkatan skor murid dalam setiap sesi aktiviti yang
dijalankan di mana 3 sesi telah dijalankan untuk mengumpul data.graf memberi
gambaran jelas tentang peningkatan tahap penguasaan murid X dan Y dalam aktiviti
yang dijalankan.
Berdasarkan graf dalam kemahiran mengenal nombor 1 hingga 5, murid X
mencapai 4 daripada 10 kemahiran dalam sesi pertama dan murid Y mendapat 3

daripada 10 kemahiran yang disenaraikan. Hal ini menujukkan bahawa murid masih
lagi mempunyai masalah di peringkat awal pendedahan terhadap aktiviti mengenal
nombor 1 hingga 5. Kedua-kedua murid masih belum dapat mengenal dengan baik
nombor 1 hingga 5 pada sesi pertama,
Pada sesi kedua, murid X mendapat 7 daripada 10 kemahiran dan murid Y
mendapat 6 daripada 10 kemahiran. Berbanding sesi pertama, kedua-dua murid iaitu
murid X dan Y telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara kerana pada sesi
satu, murid X memperolehi 4 dan murid Y memperolehi 3 daripada 10 kemahiran.
Pada sesi ketiga, murid X dan Y telah memperolehi 10 daripada 10 kemahiran.
Keputusan ini adalah amat memberansangkan kerana terdapat peningkatan yang
amat baik daripada sesi satu dan sesi dua. Kedua murid X dan Y telah menunjukkan
peningkatan yang amat ketara berdasarkan graf analisis. Setiap sesi yang dijalankan
Berjaya

menunjukkan

peningkatan

yang

baik

daripada

kedua

murid.

Secara

keseluruhanya, murid X dan murid Y dilihat telah dapat meningkatkan kemahiran


mengenal nombor 1 hingga 5 dengan menggunakan Kit Numbox.

Lembaran Kerja

Graf Analisis Keseluruhan Skor Lembaran Kerja Kemahiran Mengenal dan Menulis Nombor 1 hingga 5
Murid X Murid Y
16

15

14

14
12

12
10

11

8
6
4
2
0

Sesi 1

Sesi 2

Sesi 3

Rajah 6 : Graf Analisis Keseluruhan Pemerhatian Kemahiran Mengenal Dan Menulis


Nombor 1 Hingga 5
Berdasarkan graf dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5, murid
X mencapai skor 9 daripada 15 dalam sesi pertama dan murid Y mendapat skor 8

daripada 15
yang merupakan skor penuh bagi skor lembaran kerja. Hal ini
menujukkan bahawa murid masih lagi mempunyai masalah di peringkat awal
pendedahan terhadap aktiviti menulis nombor 1 hingga 5. Kedua-kedua murid masih
belum dapat mengenal dan menulis dengan baik nombor 1 hingga 5 pada sesi
pertama,
Pada sesi kedua, murid X mendapat skor 12 daripada 15 dan murid Y
mendapat 11 daripada 15. Berbanding sesi pertama, kedua-dua murid iaitu murid X
dan Y telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara kerana pada sesi satu, murid
X memperolehi 9 dan murid Y memperolehi 8 daripada 15 skor. Berdasarkan pada
penelitian terhadap lembaran kerja kedua-dua murid, murid telah mempunyai
peningkatan yang amat baik pada latihan 2 dan 3 yang pada sebelum ini murid
mempunyai skor yang rendah pada latihan 2 dan 3. Murid semakin baik dalam menulis
kembali nombor 1 hingga 5 dan tidak keliru untuk menulis nombor yang disebut lisan
oleh guru.
Pada sesi ketiga, murid X telah memperolehi skor 15 dan murid Y memperolehi
skor 14 daripada skor 15. Hasil ini adalah amat memberangsangkan kerana terdapat
perbezaan skor yang diperolehi daripada sesi 1 dan sesi 2. Kedua murid X dan Y telah
menunjukkan peningkatan yang amat ketara berdasarkan graf analisis. Setiap sesi
yang dijalankan berjaya menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan hasil
daripada daripada penggunaan Kit Numbox itu semasa proses intervensi.

Analisis Temubual
Jadual 7: Keputusan Temubual Murid
Bil.

Soalan-soalantertutup

1.
2.

Adakahkamufahamapa yang diajarolehcikgu?


Adakahkamumemahamiarahan yang diberikansetiap kali

Ya

Tidak

Ya

3.

aktiviti Kit Numboxdiadakan?


Adakah

Kit

4.

Numboxmembantukamumengenaldanmenulisnombor 1?
Adakah
Kit

5.

Numboxmembantukamumengenaldanmenulisnombor 2?
Adakah
Kit

6.

Numboxmembantukamumengenaldanmenulisnombor 3?
Adakah
Kit

7.

Numboxmembantukamumengenaldanmenulisnombor 4?
Adakah
Kit

8.

Numboxmembantukamumengenaldanmenulisnombor 5?
Adakahkamumahubelajardenganmenggunakan
Kit

Tidak

Numboxbagi symbol nomborseterusnya?


Jumlah

Selepas kajian dijalankan, murid X dan murid Y mula menunjukkan minat untuk
menguasai kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Hasil temubual
secara individu bersama murid X dan Y, mereka telah memberikan respon yang sama.
Dalam item soalan pertama iaitu Adakah kamu faham apa yang diajar oleh cikgu?.
Kedua-dua murid menjawab Ya yang bermaksud mereka memahami apa yang telah
diajar oleh guru kepada mereka. Saya juga turut meminta menyebut simbol nombor
yang ditunjukkan bagi mengukuhkan jawapan mereka terhadap soalan ini. Ternyata
murid X dapat menunjukkan semua imbol nombor dan murid Y dapat menunjukkan 4
daripada 5 simbol nombor tersebut dengan betul. Hal ini menunjukkan bahawa keduadua murid memahami pengajaran yang dibuat menggunakan Kit Numbox.
Bagi item soalan yang kedua iaitu Adakah kamu memahami arahan yang
diberikan setiap kali aktiviti Kit Numbox diadakan? Murid X dan murid Y menjawab
Ya menyatakan mereka bersetuju bahawa arahan guru adalah mudah difahami
sepanjang proses pengajaran berlansung. Arahan yang diberi adalah jelas, ringkas dan
mudah difahami semasa guru mengajar mengenal dan menulis nombor di samping
memberikan contoh yang pelbagai. Guru cuba bertanya kembali aktiviti-aktiviti yang
telah dilakukan mereka dalam Kit Numbox tersebut dan mereka dapat memberitahu
dengan betul bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Hal ini menunjukkan
bahawa murid dapat memahami arahan yang disampaikan oleh guru dengan jelas.

Seterusnya bagi item soalan ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh iaitu
Adakah Kit Numbox membantu kamu mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5?.
murid X dan Y bersetuju menyatakan bahawa Kit Numbox ini telah membantu mereka
dalam mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 dengan mudah. Guru turut menguji
dengan meminta murid mnyebut kembali nombor berdasarkan kad nombor yang
ditunjukkan dan menulis kembali nombor yang ditunjukkan di atas sekeping kertas.
Murid X dapat mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 dengan betul kesemuanya
dan murid Y juga dapat mengenal dan menulis nombor dengan beul walaupun
mengambil sedikit masa untuk mengingati simbol nombor tersebut. Hal ini
menunjukkan bahawa Kit Numbox telah dapat meningkatkan kemahiran mengenal
dan menulis nombor 1 hingga 5 bagi murid X dan Y.
Bagi item soalan yang kelapan iaitu Adakah kamu mahu belajar dengan
menggunakan Kit Numbox bagi simbol nombor seterusnya?, kedua-dua murid
bersetuju. Saya bertanyakan apakah mereka menyukai aktiviti mengenal dan menulis
nombor 1 hingga 5 dengan menggunakan Kit Numbox dan mereka menyatakan
bahawa mereka suka pada pengajaran yang menggunakan Kit Numbox. Mereka turut
meminta saya untuk mengajar simbol seterusnya dengan menggunakan Kit Numbox
pada masa akan datang. Hal ini membuktikan bahawa penggunaaan Kit Numbox
diterima oleh murid-murid dan kit Numbox turut boleh digunakan untuk mengajar
simbol nombor yang lain.
REFLEKSI KAJIAN
Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa objekif serta soalan kajian saya telah
berjaya dicapai. Hal ini dapat dibuktikan dengan hasil skor yang diperolehi semasa
analisis lembaran kerja di mana terdapat peningkatan yang amat ketara berbanding
skor yang diperolehi semasa ujian diagnostik dijalankan. Kedua- dua responden saya
turut menjadi semakin yakin semasa menjawab soalan mengenai mengenal dan
menulis nombor hingga 5 selepas melaksanakan intervensi ini.
Dapatan kajian turut membuktikan bahawa murid yang belajar melalui pengalaman
konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on mempunyai asas yang lebih kukuh dalam
kemahiran mengenal dan menulis nombor dan seterusnya membantu mereka dalam
menjawab soalan berkaitan kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5.
Justeru, dapatan kajian ini telah dapat menjawab soalan kajian yang diutarakan oleh

saya iaitu penggunaan Kit Numbox dapat meningkatkan kemahiran mengenal dan
menulis nombor 1 hingga 5 dalam kalangan murid berkeperluan khas.
Melalui kajian ini, saya turut mempelajari kaedah berkomunikasi yang berkesan bukan
sahaja dengan murid, malah dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing
serta rakan sebaya. Interaksi yang berkesan dan efisien dapat menentukan kejayaan
guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Semasa
melaksanakan pengumpulan data dan maklumat kajian ini, saya telah menemubual
guru pembimbing dan responden kajian saya. Secara tidak lansung, kemahiran
berkomunikasi saya telah meningkat.
Di samping itu, saya juga sedar akan kepentingan untuk murid menguasai konsep
asas dengan menggunakan bahan konkrit pada peringkat awalnya. Bahan bantu
belajar yang menarik, mudah difahami dan pengendalian serta melibatkan pelbagai
deria amat memberi bantuan kepada murid dalam pembelajaran Matematik. Oleh itu,
intervensi ini telah membuktikan bahawa konsep penguasaan kemahiran mengenal
dan menulis nombor 1 hingga 5 dapat dipertingkatkan dalam kalangan murid
berkeperluan khas selepas kajian ini.
Sebagai seorang guru, kita perlulah merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan tahap kebolehan, minat dan gaya pembelajaran murid agar
mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran baharu dengan mudah dan berkesan.
Seterusnya dapat mengaitkan pembelajaran dengan situasi sebenar, murid dapat
ditarik minat mereka dan melatih mereka untuk mengaplikasikan kemahiran yang
telah dipelajari dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, saya amat berpuas hati dengan pencapaian kedua-dua responden kerana
mereka telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam kemahiran mengenal dan
menulis nombor 1 hingga 5. Penyelidikan ini merupakan suatu cara untuk
menambahkan peluang dan pengalaman mengajar kepada diri aya. Sehubungan
dengan itu, saya telah dapat meningkatkan dan memperkukuhkan profesionalisme
sebagai seorang guru yang berupaya menilai diri sendiri, mahupun memberi
sumbangan kepada guru-guru lain dan pihak sekolah.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Cadangan kajian yang seterusnya bertujuan untuk memantapkan lagi kajian tindakan
yang telah saya laksanakan dan diharapkan saya dapat menambah baik lagi kajian
tindakan saya pada masa akan datang.
Cadangan bagi kajian seterusnya, para saya akan cuba memberikan penekanan
kepada nombor yang lain. Ini adalah kerana pembelajaran nombor merupakan perkara
asas dalam pembelajaran Matematik. Disamping itu, responden juga akan dipastikan
bukan seorang yang terlibat sahaja. Ini adalah untuk elakkan responden rasa terasing
dan dapat memupuk sifat kerjasama, mengadakan perbincangan antara responden
dan perbandingan hasil kajian antara responden.
Penekanan kepada pembelajaran melalui hands-on akan dipertingkatkan. Ini adalah
kerana berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, murid telah berjaya
meningkatkan lagi kemahiran mereka semasa melakukan aktivti yang melibatkan
hands-on. Mereka lebih mudah faham tentang ilmu yang ingin disampaikan dan lebih
ingat isi pembelajaran berdasarkan benda yang telah difahami olehnya.

Sebagai kesimpulan, diharap kajian ini dapat membantu dalam meningkatkan


pengajaran di peringkat pendidikan khas. Selain itu, berdasarkan hasil kajian, pengkaji
juga mengharapkan intervensi ini dapat diperkembangkan dan diaplikasikan di
peringkat tadika dalam pengajaran mengenal dan menulis nombor. Dengan itu, asas
pembelajaran murid akan dapat dipertingkatkan dan memudahkan pembelajaran
murid pendidikan khas serta murid tadika. Ini adalah sebab kemahiran mengenal dan
menulis nombor merupakan kunci kepada pembelajaran ilmu pengetahuan yang lain
melalui pengiraan.
Akhir sekali, penggunaan Kit Numbox juga boleh diaplikasikan dalam mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana intervensi yang terdapat dalam Kit
Numbox dapat diubahsuai untuk pembelajaran mengenal dan menulis abjad dengan
betul. Tuntasnya, penggunaan Kit Numbox ini tidak terbatas hanya dalam mata
pelajaran Matematik sahaja namun boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu.

RUJUKAN
Alis Puteh. (2008). Kajian tindakan di sekolah:Satu Pengenalan. Jitra: Kedah:Pure
Honey
Enterprise.
Barwell& R.
Clarkson.
MultiligualClassroom. Cape

(2009).

Teaching

And

Learning

Mathematics

In

Coast: Living Inc.


Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Perlaksanaan Kursus Penyelidikan
Tindakan
Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Chan Yook Lean. (2009). Mathematics. Petaling Jaya: Sasbadi.
Esah Sulaiman. (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Kuala Lumpur: PTS
Publication.
Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala
Lumpur:

PTS Publishing.
Jean Piaget (1952). The Child's Conception Of Number By Routledge Is An Imprint.
United
Kingdom: The Tylor & Francis Group.
Kamaruzzaman Kamaruddin.(2003). Psikologi Perkembangan, Teori dan Konsep. Kuala
Lumpur
:Pustaka Salam.
McNiff, J & Whitehead J. (2005). Action Research For Teacher Guide. New York : Fulton
Publisher.
Mok Soon Sang. (2003). Psikologi Pendidikan. Kumpulan Pendidikan Budiman Sdn.Bhd:
Subang
Jaya.
Nadira Anis Sharina Bt Hamidi. (2009). Pengaplikasian Kaedah Pandang Sebut Untuk
Meningkatkan Konsep Nombor 1-10 Dalam Bahasa Inggeris Koleksi Artikel
PISMP: Institut Pendidikan Guru.
Richardson K. (2003). Developing Number Concepts United Kingdom: Union Publishers.
Shaw J M. (2009). Mathematics In Easy Way. Penang: Seamcom Reesam Books.

Anda mungkin juga menyukai