Anda di halaman 1dari 5

5.

0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1

Prosedur Tindakan

Di dalam kajian yang dijalankan, saya telah menggunakan Model Kajian


Tindakan Kemmis & MC Taggart. Adaptasi dari model Kemmis & MC
Taggart (1988) merangkumi empat langkah seperti di bawah :
ME
RF
EK
L
ME
M
I R
T
HA

ME
C
N
A
R
GA

ER
B
T IN
D
KA

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart

Proses kajian tindakan Kemmis dan McTaggart bermula dengan guru


menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran
yang

hendak

ditangani.

Kemudian

guru

itu

menyediakan

satu

perancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh


murid. Seterusnya guru melaksanakan perancangan yang telah dihasilkan
dan dalam proses pelaksanaannya guru perlulah memerhati kemajuan
tindakan yang dijalankan itu.
Berpandukan Model Kemmis Mc Taggart ini saya telah menjalankan kajian
saya ini berdasarkan empat langkah tersebut.

5.1.1 Mereflek
Sewaktu saya membuat tinjauan awal pada murid Tahun 2, saya
mendapati ada beberapa orang murid yang tidak dapat menyambung
huruf jawi ya ( )dengan huruf jawi yang lain. Kadang-kala mereka
membiarkan sahaja huruf tersebut tidak bersambung dengan mana-mana
huruf dan hanya akan kekal tunggal. Setelah mengenalpasti murid-murid
yang mempunyai masalah tersebut maka saya telah mencari inisiatif atau
jalan penyelasaian bagi membantu mereka berkemahiran dalam menulis
jawi dengan baik. Saya telah berbincang dengan guru dan pensyarah
untuk memikirkan strategi yang bersesuaian dengan permasalahan ini.
Saya dapat mengetahui bagaimana murid saya tidak dapat menulis
huruf jawi ya ( )ini juga adalah melalui lembaran kerja atau latihan yang
diberikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh
itu, saya telah membuat rujukan di perpustakaan dengan membaca
contoh-contoh kajian tindakan yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar
terdahulu dan saya belajar bagaimana cara untuk membuat kajian
tindakan nanti.

5.1.2 Merancang
Setelah membuat penelitian, maka saya mengambil keputusan untuk
membuat bahan yang dapat membantu murid berkemahiran dalam
menulis huruf jawi ya (). Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira
perbincangan di antara guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan
juga saya sendiri semasa menjalankan praktikal di sekolah. Bagi
mengatasi masalah ini, saya telah membuat satu bahan yang dapat
membantu penulisan jawi huruf ya ( ))yang dinamakan Patung Itik.

5.1.3 Melaksana tindakan

Setelah semua perancangan telah dibuat, saya mengambil keputusan


untuk memperkenalkan bahan bantu mengajar iaitu patung itik untuk
membantu penulisan huruf jawi ya ( )murid-murid di sekolah. Saya
memulakan tindakan saya dengan menjalankan beberapa aktiviti dan
langkah-langkah sepanjang kajian dijalankan. Antara aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan ialah :

Aktiviti 1 : Memperkenalkan Patung Itik


Pada permulaan aktiviti, saya telah menjalankan aktiviti mewarna gambar
itik. Tujuan aktiviti tersebut ialah untuk mendekatkan diri murid dengan
bahan bantu yang akan saya perkenalkan kepada mereka. Kemudian,
saya menunjukkan huruf jawi ya ( )dihadapan murid dan diikuti dengan
patung itik tersebut. Saya ingin melihat sama ada murid dapat membuat
perkaitan diantara huruf jawi ya ( )dengan patung itik. Disamping itu,
saya telah memberikan sedikit penerangan berkenaan dengan aktiviti
tersebut.

Sebagai

contoh,

saya

menunjukkan

cara

bagaimana

menggunakan patung itik tersebut.

Aktiviti 2 : Memperkenalkan formula Patung itik


Selepas murid diperkenalkan dengan patung itik dan cara menggunakan
patung itik tersebut, barulah saya memperkenalkan formula Patung Itik.
Formula

ini

dibina

untuk

memudahkan

murid

memahami

cara

penyambungan huruf jawi ya ( )dengan huruf jawi yang lain. Pada


peringkat ini, murid-murid diminta untuk mengingat cara pemotongan
kepala dan ekor bagi patung itik tersebut. Hal ini dilakukan kerana ia akan
menunjukkan cara pemnyambungan huruf jawi ya ( )yang sebenar
berdasarkan kedudukan huruf ya ( )sama ada di hadapan, tengah atau di
belakang.

Aktiviti 3 : Latih tubi dan pemerhatian


Apabila murid telah memahami bagaimana menyambung huruf jawi ya (
)dengan huruf jawi yang lain menggunakan formula patung itik tersebut
maka saya telah mengedarkan soalan latih tubi kepada mereka. Latih tubi
tersebut mengandungi soalan berkenaan dengan huruf jawi ya ().
Mereka diminta untuk menyambung huruf jawi ya ( )dengan huruf jawi
yang lain dengan merujuk kepada Patung Itik tersebut.

5.1.4 Menilai
Di dalam proses menilai ini, saya telah membuat penilaian terhadap
bahan bantu yang telah saya gunakan bagi membantu murid di dalam
menyambung huruf jawi ya (). Saya mendapati murid-murid seronok
bermain dengan patung itik tersebut dan dapat membuat soalan latih tubi
menyambung huruf jawi ya ( )dengan huruf jawi yang lain dengan usaha
mereka sendiri tanpa bantuan dari sesiapa.

5.2

Rasional pemilihan Patung Itik

Penggunaan

Patung

Itik

ini

sangat

membantu

murid

di

dalam

menyambung huruf jawi ya ( )dengan huruf jawi yang lain. Keputusan


untuk membina bahan ini adalah hasil daripada keazaman saya untuk
melihat anak murid dapat menulis huruf jawi dengan baik. Oleh kerana
murid-murid saya dapat menulis sambungan huruf jawi kecuali huruf jawi
ya ( )maka saya telah membuat keputusan untuk membantu mereka
mengatasi masalah ini.
Bahan yang digunakan juga sangat menarik minat murid kerana
murid dapat bermain dengan patung itik. Menurut Musa Daia (1992),
dalam Ahmad Mohd. Salleh (2004),

permainan merupakan satu cara

melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang

baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis.


Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan
sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan
faedah mereka. Beard dan Senioa (1980), melaporkan bahawa kajian ahli
psikologi menunjukkan bahawa kaedah mengajar yang berkemungkinan
besar boleh menggerakkan murid untuk belajar atau mengekalkan
motivasi yang baik ialah kaedah yang melibatkan mereka dengan aktif
(Ahmad Mohd. Salleh, 1997).

Anda mungkin juga menyukai