Anda di halaman 1dari 3

Alhamdullilah bersyukur ke hadrat ilahi, akhirnya saya dapat menyiapkan kerja : BMM

3142 iaitu Kebudayaan Melayu ini tepat pada masanya. Pelbagai impak positif mahupun negatif
yang diperolehi sepanjang melakukan kerja kursus ini dan tidak terkecuali pelbagai rintangan
dan halangan seperti praktikum. Pada tugasan kerja kursusu ini saya ditugaskan untuk
membuat banding beza budaya yang tercermin melalui dua filem yang saya pilih iaitu Filem
Lela Manja pada tahun 1960 dan Filem Cun pada tahun2011 daripada aspek politik, sosial dan
ekonomi. Saya perlu mencari persamaan dan perbezaan daripada segi budaya yang
ditunjukkan dalam kedua-dua filem ini.
Terdapat banyak perkara, imu, dan pengalaman baru yang dapat saya perolehi sepanjang
menyiapkan tugasan kerja kursus projek ini yang dapat dikaitkan dengan

konteks Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Budaya melambangkan identiti


sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.
Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional
kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam
Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.
Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional,
kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan
sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Banyak
menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran.
Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak
dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi
generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia
haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita kian
dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan
lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan melalui
Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga
digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudut
budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya,
harus dipuji..

Sebagai rumusan dapatlah disimpulkan bahawa aspek seni dan kebudayaan amat
penting kepada masyarakat di negara ini. Kedua-dua entiti ini sememangnya berkait rapat dan
sangat senonim dengan masyarakat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa,
keturunan, agama dan nilai budayanya. Perbezaan seni dan kebudayaan bukanlah merupakan
halangan satu bentuk perhubungan dan komunikasi yang baik dan mantap sebaliknya menjadi
sumber kekayaan kepada nilai seni dan budaya masyarakat kita di mata dunia. Sifat
multikultural yang dimiliki oleh masyarakat di negara ini menjadi aset penting dalam
memperkayakan khazanah seni dan budaya malah turut menjadi daya tarikan pelancong luar.
Keadaan ini telah memberi impak positif ke atas ekonomi negara pada masa kini.
Penglibatan pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan pelajar dalam bidang seni
dan kebudayaan ini turut memberi kesan positif terhadap pertumbuhan diri, khususnya tahap
kecergasan fizikal, aspek perpaduan kaum, dan ekonomi masyarakat secara keseluruhannya.
Keadaan ini telah melonjakkan nilai tambah (add values) bidang seni dan kebudayaan dalam
ruang lingkup masyarakat majmuk di Malaysia sekaligus menjadikan kedua-dua bidang ini amat
penting dan terus menyumbang terhadap pembangunan negara secara keseluruhannya.
Penglibatan aktif golongan murid di peringkat sekolah menandakan evolusi seni dan
kebudayaan ini terus berkembang dan mendapat tempat di benak sanubari golongan muda hari
ini. Sejajar dengan kepentingan bidang ini dalam mencorakkan tahap perkembangan domain
psikomotor, kognitif dan afektif murid di sekolah pada tahap yang optimum juga.
Seterusnya, saya dapat belajar perkara baru yang saya tidak pernah belajar dalam kerja
kursus ini. Melalui kerja kursus ini juga saya dapat mengetahui bahawa untuk mendapatkan
maklumat yang bagus banyak kemahiran dan teknik perlu digunakan. Kerja kursus ini memberi
banyak makna dan pengajaran kepada saya dalam melangkah sebagai seorang guru seketika
nanti. Saya akan aplikasikan kesemua pembelajaran saya dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas ketika saya menjadi guru nanti.
Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing
iaitu Cik Wan Norlidza Bt. Wan Mohd. Zain yang telah banyak memberikan sumbangan idea
serta semangat, kepada mak dan abah yang memberikan semangat untuk menyiapkan tugasan
ini dan kepada rakan-rakan yang membantu secara langsung mahupun tak langsung dalam
menjayakan kerja kursus ini hingga ke akhirnya. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai