Anda di halaman 1dari 1

Dalam video Cherylee Gruber Art1 curriculum evaluation, murid-murid diperkenalkan asas

pendidikan seni bagi sesebuah subjek seperti sejarah. Melalui pendidikan seni mereka
memperkenalkan subjek sejarah dengan mengajar mereka melukis dan mewarna
masyarakat pada zaman dahulu, pembinaan bangunan zaman dahulu, perkakas dan
pakaian pada zaman dahulu . Dengan cara ini murid dapat imaginasi keadaan sebenar yang
berlaku pada zaman dahulu.
Cherylee Gruber , lebih mengutamakan konsep K12 dalam penilaian. K12 ini
menggalakkan murid-murid berfikiran lebih kreatif dan inovtif. K12 mampu memberi impak
di mana pelajar tidak terkongkong dalam fakta yang membosankan. Contohnya Dengan
pendidikan seni guru-guru boleh mengajar subjek sejarah dengan mudah dan tidak
semestinya murid perlu mahir dalam Bahasa untuk belajar subjek sejarah.
Dengan cara ini murid juga berkemahiran dalam elemen-elemen berikut:

Elemen Persepsi murid akan menghasilkan objek yang mereka belajar dalam
subjek sejarah
Elemen Fizikal - murid akan melukis dan mewarna dengan menggunakan
pergerakan badan.
Elemen Sosial dan Emosi murid akan membentangkan hasil kerja mereka dengan
meluahkan perasaan mereka

Pada pandangan saya, dalam sistem pendidikan malaysia, warga pendidik boleh
menerapkan konsep diatas, kerana konsep ini akan menghiburkan murid serta memahami
isi pembelajaran dengan mudah dan efektif.

Anda mungkin juga menyukai