Anda di halaman 1dari 9

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS

UJIAN AKHIR TAHUN 2015


TAHUN 5
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011
Bahagian B
NAMA
CALON :

Untuk Kegunaan Pemeriksa


JANGAN BUKA
SEHINGGA

Kod Pemeriksa :
Bahagian

No. Soalan

Markah

KERTAS SOALAN INI


DIBERITAHU

21

1.Tulis nama kamu


disediakan.
2. Jawapan kamu
ruang jawapan yang
soalan ini.
3. Serahkan
bersama-sama
objektif kepada
pada akhir

22

pada petak yang

(a)
(b)
(c)

23

hendaklah ditulis pada


disediakan dalam kertas

(a)
(b)
(c)

24

Bahagian B ini
borang jawapan
pengawas peperiksaan
peperiksaan.

(a)
(b)
(c)
(d)

25

(a)
(b)
(c)
(d)
JUMLAH

30

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak


1

[lihat sebelah

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.
daripada

untuk

kepada

seperti

di

atau

dan
dalam

Pokok penting sebagai penyumbang semulajadi oksigen __________ manusia. Pokok


juga penting___________ menghasilkan kertas. Kita menggunakan kertas untuk
pelbagai tujuan seperti membungkus benda, mencetak_________ menulis. Tahukah
kamu bahawa semakin banyak kertas kita gunakan, semakin banyak pokok yang akan
ditebang? Dengan mengurangkan penggunaan kertas, kita dapat menyelamatkan
banyak pokok_____________ ditebang.
[ 4 markah ]

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya: __________________________________________________________
__________________________________________________________
Jawapan: Kita akan pulang ke kampung menziarahi nenek pada hari Sabtu ini.
[ 2 markah ]

[lihat sebelah
2

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Bendahara, mengapakah
kamu kelihatan cemas ?

[ 2 markah ]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 2 markah ]

[lihat sebelah
3

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur. Kedudukannya
ialah kira-kira 15 kilometer dari tebing kuala Sungai Batu Pahat.
Nama Batu Pahat diambil sempena sebuah perigi batu yang dipahat oleh
tentera Siam. Perigi batu itu dibuat ketika tentera Siam dalam perjalanan hendak
menyerang Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1456. Perigi itu
merupakan satu-satunya peninggalan sejarah yang masih wujud walaupun sudah
berusia lima abad. Perigi itu terletak di kuala Sungai Batu Pahat, iaitu di Kampung
Minyak Beku yang dahulunya dikenali sebagai Sungai Kundur.
Dato Bentara Luar, iaitu Dato Muhamad Salleh bin Perang memulakan usaha
membangunkan bandar Batu Pahat pada tahun 1893. Dengan persetujuan Duli Yang
Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, bandar Batu Pahat dibuka
secara rasmi pada 1 Januari 1894. Satu lagi majlis pengisytiharan diadakan
bersempena dengan penamaan bandar Batu Pahat sebagai Bandar Pengaram pada 1
Disember 1984.
Dipetik dan diubah suai daripada laman sesawang www.pdnj.johor dt.gov.my
a. Nama asal Batu Pahat ialah ____________________________.
[1 markah]
b. Bagaimanakah Batu Pahat mendapat namanya?

[ 2 markah ]
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.
Batu Pahat merupakan sebuah bandar di
negeri Johor.
betul

Usaha membangunkan Batu Pahat


dimulakan pada tahun 1984.

salah

Kerajaan Kesultanan Melaka telah


diserang oleh tentera Siam pada tahun
1456.

[ 2 markah ]
[lihat sebelah

Soalan 24
Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
No. 526, Jalan Sentosa,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
18 April 2015.

Ke hadapan Ahmad Faiz yang berada di Kampung Nibong, semoga berada dalam
keadaan sihat. Bagi diri saya dan keluarga di sini sentiasa sihat.
Saudara,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara sekeluarga
bahawa saya dan keluarga akan menziarahi saudara pada cuti persekolahan nanti, iaitu
pada 29 Mei. Kami akan tiba di rumah saudara pada petang tersebut. Setahu saya,
keluarga saya telah memaklumkan tentang hal ini kepada keluarga saudara.
Bagaimanakah dengan pelajaran saudara? Tentu saudara telah banyak membuat
persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Saya di sini sentiasa berusaha untuk
meningkatkan pencapaian saya dalam akademik. Saya berharap semoga saudara akan
berjaya dalam setiap usaha yang telah saudara lakukan.
Saya amat berharap ketika saya sekeluarga datang menziarahi saudara nanti,
saudara berada di rumah, dapatlah kita berborak panjang. Lagipun sudah terlalu lama
kita tidak berjumpa. Banyak cerita yang ingin saya bualkan dengan saudara. Jadi,
saudara tunggulah kedatangan kami nanti.
Nampaknya cukuplah sampai di sini dahulu buat kali ini. Semoga kita bersua lagi
di lain lembaran. Sekian, terima kasih.
Sepupumu,
Hafiz Azizi

a.Perkataan menziarahi dalam petikan boleh juga digantikan dengan


perkataan __________________.

[lihat sebelah

[1 markah]
b. Apakah tujuan penulis menulis surat ini kepada Ahmad Faiz?

[ 2 markah ]
c. Bilakah penulis dan keluarganya akan datang
sekeluarga?

menziarahi Ahmad Faiz

[ 2 markah ]
d. Peperiksaan akhir tahun akan tiba, apakah persiapan kamu untuk menghadapi
peperiksaan ? Terangkan?

[ 3 markah ]

[lihat sebelah

Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Anakku
Anakku,
Cahaya kasih mama,
Dari kecil kau kubelai dan kumanja,
Tangisanmu meresah jiwaku,
Ketawamu penawar hatiku.

Anakku,
Permata hati ibu,
Kau kuberi ilmu buat bekalan,
Agar hidupmu tidak kegelapan,
Jagalah tingkah lakumu,
Agar kau tidak kesesatan.
Anakku,
Buah hati bonda,
Penat jerih membesarkanmu,
Tidakku minta balasan.
Bonda doakan semoga kau bahagia dan berjaya

Dari kecil kau kubelai dan kumanja,


Tangisanmu meresah jiwaku,

[lihat sebelah

Ketawamu penawar hatiku


a. Apakah maksud sajak di atas ?

[2 markah]
b. Apakah doa ibu terhadap anaknya?
[1 markah]
c. Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan sajak tersebut.

Menjaga dan mendidik anaknya dari kecil sehingga dewasa.

Mencari ilmu untuk anaknya.


[1 markah]
d. Sebagai seorang anak, terangkan bagaimana cara untuk membahagiakan
ibu kamu ?

[ 3 markah ]
8

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai