Anda di halaman 1dari 6

Assalamu alaikum para Mudharib (Trader) ..

Saya ingin kongsikan kepada anda satu aplikasi Simulasi yang boleh digunakan untuk trade offline
market melalui history di MT4 anda, juga dikenali sebagai backtest simulation. Moga memberi
manfaat kepada kita semua.
Sebelum anda memasang SimpleFXTester ini, anda perlu memuat-turun history dari History Center
(tekan F2). Sebaiknya anda lakukan ketika market open (datanya lebih tepat). Pastikan anda memuatturun data M1.
Langkah2 Pemasangan SimpleFXTester (FXT).
1.

Buka MT4 yang anda ingin setup FXT. Buka Folder Data: File > Open Data Folder (FD1). Minimize.

2.

Buka Folder di mana MT4 tadi dipasang, biasanya di C:\Program Files\nama broker (FD2).
Minimize.

3.

Buka emel anda.

4.
5.

Run FXT sebagai pentadbir (klik kanan mouse, pilih Run as administrator) > Klik YES > NEXT.
Isikan maklumat yang diperlukan. First Name dan Last Name boleh diisi sesuka hati, emel
hendaklah diisi dengan emel yang sah (masukkan alamat emel yang anda buka di No.3) dan klik
NEXT. Tunggu sebentar, emel activation key akan dihantar ke emel anda.

6.

Buka emel, copy-paste maklumat activation key. Klik NEXT.

7.

Paparan selanjutnya adalah maklumat mengenai lokasi Folder pemasangan FXT (iaitu di FD2).
Klik BROWSE dan pilih folder yang dimaksudkan. Klik NEXT > INSTALL > FINISH.

8.

Buka FD2, anda akan lihat folder tambahan experts. Dan tambahan 3 fail: commlink.dll,
simplefxlogosmall.png dan SimpleFXTester.exe. Copy fail SimpleFXTester.exe dan paste ke FD1.
Buka FD2 folder tambahan experts anda akan lihat fail SimpleFXTester_v2.ex4. Copy fail ini
dan paste ke FD1 \MQL4\Experts.

9.

Buka MT4 (maximize ja). Klik Tools > Options > Expert Advisors: set seperti di bawah ini.

10. Tutup MT4 (Close). Dan Buka semula MT4 selepas beberapa saat.
11. Tekan kekunci Ctrl+R (untuk aktifkan Strategy Tester) dan set seperti di bawah:

Pilih SimpleFXTester_v2.
Pilih Symbol (Pair) yang ingin diuji.
Set Model: Every tick ..........
Use date: check. From: dan To: .. anda mungkin tidak berjaya membuat ujian pada tarikh
yang ke belakang jika anda tidak memuat-turun dari history center.
Visual Mode: check.
Optimization: uncheck.
Klik Expert properties: dan set seperti di bawah ini:

UseMultiTimeFrame !! ... WOW ... mesti menarik kan. Untuk menggunakannya, ada
prosedur yang perlu anda lakukan dulu ... saya akan buat satu lagi panduan bagaimana
menyediakan Multi TimeFrame .. sabar ya !! .. kalau anda memang jenis tidak sabar .. google
YouTube : Simple Forex Texter ... sebagai permulaan kita gunakan single TimeFrame dulu.
UseCustomTimeFrame: nak lihat chart pelik .. M20, M45, H2, H5 .. cubalah ... (di sini
gunanya kita muat-turun M1 dari History Center).
Klik OK.

12. Klik START. Anda akan lihat sistem menganalisis data history, tunggu sehingga paparan ini
keluar: Set seperti di bawah. Dan klik Allow access (ini bagi membenarkan commlink.dll di akses
setiap kali anda buka MT4 dipaparkan hanya sekali sahaja). Jika paparan ini tidak keluar
periksa langkah No. 9. Kalau langkah No. 9 sudah dibuat tetapi WSA tidak keluar ..
berkemungkinan pemasangan proses mendaftarkan commlink.dll oleh Installer ini GAGAL.

13. Pop-up window akan keluar seperti ini: Klik OK. Setiap kali anda memulakan Strategi Tester,
pop-up ini akan keluar ... Klik OK sahaja, jangan risau ... ia tidak mencederakan anda atau MT4
anda.

14. Seterusnya pop-up window ini akan keluar: dan anda akan melihat market dah buka dihujung
minggu ... hehehe ... selamat mencatut ...

Jika logo yang dipaparkan tidak sama dengan paparan logo anda, jangan salahkan saya.
Fungsi-fungsi yang lain .. boleh lihat di YouTube .. or beranikan diri klik itu dan ini.

Moga latihan anda menyumbang kepada kemahiran penggunaan teknik yang anda uji.
Sekian.
Jafrid @ Kamal Ariffin Hj. Mohd. Nassif
03-10-2013 (14:00)

Anda mungkin juga menyukai