Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM

DIDIK RAKYAT DIGITAL


01. LATARBELAKANG
Keratan akhbar Sinar - Khamis 29 Oktober 2015 bertajuk " Lebih 20.1 Juta Rakyat Malaysia Guna
Internet" . Di dalam artikel ini Y.B Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Jailani bin
Johari mendedahkan dua maklumat penting iaitu 6 aktiviti utama rakyat Malaysia di internet dan 4
masalah utama seperti penyebaran maklumat palsu, buli siber, kongsi maklumat secara berlebihan
dan penipuan kewangan di internet.
Melalui peruntukan badget 2016 yang memperuntukkan sebanyak 1.2billion ringgit untuk
menaiktaraf kapisiti kelajuan jalur lebar diluar bandar, usaha ini sudah pasti bukan sahaja
memeriahkan dunia digital di Malaysia tetapi juga membawa kesan negatif seperti merebaknya 4
masalah utama yang dijelaskan oleh Y.B Dato Jailani bin Johari. Oleh itu rakyat Malaysia sepatutnya
dididik dengan tataurus dan etika 'dunia digital' yang betul.

02. PROGRAM 'DIDIK RAKYAT DIGITAL'


Program Didik Rakyat Digital ini akan menyentuh dua aspek utama iaitu aspek kemahiran
menggunakan media sosial dan gadget seperti telefon pintar dan aspek kesedaran dan etika didalam
menggunakan kecanggihan dua inovasi baru ini.
A.Kemahiran Media Sosial
Antara objektif lain:
Berkongsi 10 aplikasi media sosial bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti di pejabat.
Mengetahui empat (4) jenis 'HAKCIPTA' dan larangan didalam penyebarannya mengikut
akta.
Mengetahui adab dan etika komunikasi mengikut ajaran islam sebagai panduan di media
sosial
B.Kemahiran Telefon Pintar
Antara objektif lain:
Tahu fungsi utama pada telefon pintar bagi meningkatkan kemahiran menggunakannya.
Belajar 10 aplikasi telefon pintar yang boleh menjadikan anda seperti 'inspektor gadget'.
Belajar menyelenggara telefon pintar anda dan 'storage full' bukan lagi masalah utama.

03. OBJEKTIF
Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan mendidik rakyat Malaysia dari pelbagai sektor
dan latarbelakang terhadap penggunaan Media Sosial dan Gadget yang betul dan beretika. Kuasa
sebenar dari Media Sosial dan Gadget seperti telefon pintar ini akan dikongsikan mengikut lapangan
dan profession tertentu seperti pelajar, usahawan, pendakwah, guru-guru, pihak berkuasa, syarikat
korporat, agensi kerajaan, NGO, dan khususnya golongan belia dan remaja yang merupakan
pengguna terbanyak dan masyarakat akan datang di dunia maya.

04. KANDUNGAN PROGRAM


Menunjukkan Pengendalian Gadget yang Betul
Memdedahkan Kuasa Sebenar Media Sosial
Mendedahkan 100 Kegunaan Telefon Pintar
Mendidik Etika di Media Sosial 'Rakyat Digial'
Memupuk Semangat Dakwah Berkonsep Dai'e dan Mad'u
Menerangkan Kesan Psikologi dan Fizikal akibat Gadget dan Media Sosial
Disampng ilmu dan kemahiran baru yang dipelajari diprogram ini peserta akan diajar sekurang
kurangnya 10 aplikasi media sosial dan 10 aplikasi telefon pintar yang dapat memperkasa dan
membantu tugasan diprofession masing-masing.

05. KAEDAH PERLAKSANAAN PROGRAM


Program 'Didik Rakyat Digital' ini boleh dijalankan dengan tiga (3) kaedah:
Seminar: Selama 1 hari, dengan berkonsepkan pendedahan dan kesan dari media sosial dan
gadget.
Bengkel: Selama 2 hari 1 malam, dengan bekongsepkan pendedahan dan latihan serta
aktiviti amali bagi menguasai dan memahami penggunaan Gadget dan Media Sosial yang
betul.
Bimbingan: dijalankan secara berterusan melalui Facebook dan Whatsapp / Wechat, setelah
tamat bengkel untuk memperkasa ilmu yang telah dipelajari.

06. KEPERLUAN PROGRAM


1. Komputer Riba: tutorial melayari media sosial dan langkah keselamatan di internet
2. Telefon Pintar: (BYOD-Bring You Own Device), dibawa sendiri oleh peserta
3. Sambungan Intenet: tutorial gadget dan media sosial
4. Projektor & TV LCD 46 inci

07. PROFILE TRAINER


Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari
MSc. Information Management, Universiti Teknologi MARA.

[Corporate Trainer & Business Coach]


01. Coach Megat adalah 'Corporate Trainer & Business Coach' yang telah melatih banyak syarikat
korporate, universiti, bank-bank dan agensi kerajaan. Beliau juga adalah 'Panel Coach' kepada
Teknologi Park Malaysia Berhad (TPM) bagi program latihan dan bimbingan usawahan terutamanya
usahawan berasaskan inovasi dan teknologi.
02.Coach Megat telah banyak dijemput untuk memberikan latihan, bimbingan dan ceramah
terutama yang melibatkan pembangunan insan dan kelestarian teknologi dan media. Program
terbaru beliau adalah bersama RADIO IKIM bertajuk 'KOMUNIKASI MEDIA BARU MEMPERKASA
PEKERJA SUPER'.
03.Beliau juga pernah dijemput untuk memberikan ceramah khas diprogram "Muzakarah Ulama dan
Cendekiawan Islam' di Perak semperna Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Perak dengan tajuk 'Media, Isu dan Cabaran.
04. Dimasa lapang beliau banyak menulis artikel-artikel berkaitan teknologi diruangan ICT (PAKARPC)
di majalah GenQ keluaran Telaga Biru.
Antara organisasi yang telah mendapat khidmat beliau adalah: United Nation (UNDP-IOSN), United
Nation (PESAMA), Bank Negara Malaysia, Bank Pertanian (AgroBank), Bank Rakyat, UMW Toyota
Motor Sdn Bhd, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN),
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Perangkaan Malaysia,
Jabatan Kerja Raya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian
Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Kumpulan Wang Simpanan Pekarja (KWSP), Unit
Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Majlis Amanah Rakyar
(MARA), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Yayasan
Usahawan Baru (MyNEF), Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development
(MASMED), Teknologi Park Malaysia Berhad, Universiti Malaysia Sabah, Institut Latihan Profesional
Sabah, Politeknik Sabah, Open Universiti Malaysia, Asia e Universiti, Universiti Teknologi MARA,
Universiti Malaysia Pahang, TPM Academy, Univesiti Malaya.
Beliau boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/coachmegat
Telefon Mudah Alih: 019-275 0031.

Anda mungkin juga menyukai