Anda di halaman 1dari 1

NEW ERA OF MARKETING

Saya rasa sebelum kita memahami tentang pemasaran ada baiknya kita juga memahami sedikit
sebanyak tentang latarbelakang aktiviti pemasaran dan kaitannya dengan prekembangan aktiviti
keushawanan.
Pemasaran di Abad Ke-16: Era pemasaran sebenarnya mula rancak bermula pada kurun ke-16 lagi,
cumanya pada kurun ke-16 kekuatan pemasaran bergantung pada konsep 'Made to Order'.
Kebanyakan produk pada era ini adalah berasaskan kraftangan dan dayasaing bisnes bedasarkan
reputasi, diera ini tiada lagi konsep BRANDING@penjenamaan. Kerjaya sebagai Tukang@Artisan
adalah sangat dihormati pada waktu tu.
Pemasaran di Abad Ke-17 dan 18: Apapun pada kurun ke-17 dan 18 ushawan sudah beralih arah ke
sektor industri (Manufacturing Era), kekuatan pemasaran bergantung kepada pemilikan mesin.
Produk tidak lagi unik tetapi mula dikeluarkan secara 'mass production' dan 'standard' adalah amat
diutamakan. Dengan bermulanya era industri produk dapat dimiliki dengan harga yang lebih murah.
Pemasaran di Abad Ke-19: Pada kurun ke-19 pula pemilik kilang (mesin) mula mengetahui kekuatan
sebenar industri bukan terletak pada mesin dan pengeluaran tetapi pada banyaknya jualan. Strategi
baru mula dirangka dengan mengukuhkan dan menambah 'sales network'. Dengan strategi ini jualan
dapat ditingkatkan dan kos pengeluaran semakin dapat dikurangkan.
Pemasaran di Abad Ke-20: Apabila bisnes semakin rancak berkembang maka semakin ramailah
'player@pesaing' masuk pasaran. Kebanyakan produk yang sama mula dikeluarkan dan pesaingan
bergantung kepada teknik 'mass marketing'. Pada kurun ke-20 pengiklanan dan pemasaran di TV dan
Radio mula mendapat perhatian dan wujudlah stesen-stesen TV dan Radio untuk support aktiviti
pemasaran. Persaingan aktiviti pemasaran mula menjadi strategi bisnes dan ushawan mula tahu
tentang pentingnya keunikan (differentiation) dan fokus kepada kehendak pelanggan. Pada kurun
ke-20 lah bermulanya era sebenar bagi aktiviti pemasaran.
Pemasaran di Abad Ke-21: Kini kita berada di abad ke-21 dimana keunikan sahaja tidak lagi menjadi
strategi utama pemasaran. Pelanggan bukan sahaja memandang keunikan sebagai salah satu faktor
penentu tetapi juga mementingkan 'perkhidmatan@service' dan 'total experience' semasa dan
sesudah berurusan dengan sesuatu produk@brand. Kecanggihan teknologi dan inovasi membuatkan
keunikan pada produk hanya dapat bertahan sekejap sahaja. Abad ke-21 adalah persaingan
terhadap 'total experience' dimana emosi pengguna menjadi pengukur kepada kejayaan dan
kegagalan ushawan.
ABAD

Abad 16

Fokus Aktiviti
Pemasaran

Made to
Order

Industry
Strength

Skills

Abad 17 dan 18
Mass
Production dan
Standard
Mesin

Abad 19

Abad 20

Abad 21

Sales
Network

Mass
Marketing

Total
Experience

Network

Uniqueness

Brand

Ringkasnya, saya telah kongsikan dan jelaskan tentang perubahan pada aktiviti pemasaran mengikut
stage didalam industri. Sekiranya saya tanya apakah fokus strategi aktiviti pemasaran bisnes kita hari
ini. Apakah jawapannya? Adakah kita masih menggunakan strategi di abad ke 16 ataupun sudah
sepatutnya kita mengubah strategi ke abad- 21.

to read more posting about busines and entrepreneurship please visit:


WWW.FACEBOOK.COM/COACHMEGAT

Anda mungkin juga menyukai