Anda di halaman 1dari 9

ETIKA PROFESION KEGURUAN

Maksud Etika
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan
Bahasa & Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion
terhadap masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan
Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional


Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan
terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban,
peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Skop Etika Profesional
1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal
yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang
bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru
terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa
pelajar.
Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion
perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam


profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab
guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih
faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru
dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini
dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi
sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru
dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang
diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama
dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi
Tanggungjawab guru

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh


mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya

dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat,
persatuan atau persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap
muridnya.
6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid
tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha
membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh
masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan
muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka
dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit
mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak
berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan
berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik
atau 'role model' kepada muridnya.

16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah
atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa
atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan
kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesarbesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion
perguruan
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Pengerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi
fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nilai-nilai itu adalah:


Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ihklas
Penyayang
Akauntabiliti keguruan
1.0 Konsep keguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan


pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud
orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi
petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang
yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu
yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat
mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan
pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan
guru.
2.0 Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.
Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan
prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan
penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima
keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

3.0 Akauntabiliti keguruan.


Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa
maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme
keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang
dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri
guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan
amnya.

Akauntabiliti guru terhadap

3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik
darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang
berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan
keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang
bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa
mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan
perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar muridmurid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada
mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada muridmuridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses
pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas,
berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di
amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana
seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang
demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak
di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di
kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru,
guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan
mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru
gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah
luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di
sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa
atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap
profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan
aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari
segi mental dan fizikal.
3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga
bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran
sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai
akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini,
selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang
lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha
PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh
pihak pentadbiran sekolah.
3.4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk
menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada
prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap
murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri

pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia


dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan
masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan
kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan
santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan
suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan
ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga
hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang
dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah
menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan
memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu
menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat,
serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .
3.5 Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan
berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami
selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai
seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan
pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan
merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi
mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah
mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul
dan tepat.

4.0 Penutup

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami


tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di
hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme
keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat
menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan
dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion
keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan.
Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti
seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme
keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu
tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti
akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap
tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti
perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu
mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal
melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan
menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang
tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

Anda mungkin juga menyukai