Anda di halaman 1dari 27

TEKNIK LATIH TUBI MENGGUNAKAN KAEDAH KATAK SBD DALAM

MEMANTAPKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK DUA PECAHAN


WAJAR
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
James dan james (1976) mengatakan bahawa matematika adalah ilmu tentang logika

mengenai bentuk, susunan, besaran, dan konsep-konsep yang berhubungan satu dengan yang
lainnya dengan jumlah yang banyak yang terbagi ke dalam tiga bidang, yaitu aljabar, analisis,
dan geometri.Ringkasnya, matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola,
kajian perhubungan, satu seni dan bahasa tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan reaksi
manusia.
Secara umumnya, ilmu matematik merangkumi hampir kesemua aspek dalam kehidupan
seharian. Ianya menjadi sesuatu yang perlu untuk dipelajari dan dikuasai oleh kita. Ilmu ini juga
dilihat sebagai suatu yang mampu mempermudahkan urusan kehidupan seharian kita. Namun
sebaliknya, ramai yang menganggap cabang ilmu ini sebagai satu cabang ilmu yang susah untuk
dikuasai.

Di Malaysia, mata pelajaran Matematik sentiasa mengalami perubahan di mana apabila


unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan
cabaran peredaran masa murid- murid kini. Pengajaran dan pembelajaran Matematik perlu
dikendali dan dirancangkan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang
mencabar dan menyeronokkan kepada murid-murid. Kebolehan, pengalaman, minat,
kemampuan dan gaya murid yang berlainan atau berbeza-beza perlu

dititik berat, diberi

perhatian dan diambil kira bagi merancang perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.
Matlamat pendidikan Matematik sekolah rendah adalah untuk membina dan
mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas dalam mengira
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). Kemahiran asas yang dimaksudkan merangkumi empat
operasi asas iaitu tambah, tolak, darab, dan bahagi yang digunakan secara praktikalnya dalam
kehidupan seharian.

.2

Refleksi pengalaman yang lalu


Saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar tajuk pecahan yang merangkumi

tajuk menambah dan menolak dua pecahan wajar semasa praktikum fasa 3. Sepanjang mengajar
tajuk ini, Saya mendapati murid-murid menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan-soalan
yang diberikan.

Selain itu, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid juga

kadangkala kurang menunjukkan minat terhadap apa yang diajarkan. Saya telah mencuba sedaya
upaya saya untuk membantu murid menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan betul.
Saya telah memberikan soalan-soalan latihan yang pelbagai supaya murid-murid dapat

menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan betul. Namun, saya dapati murid-murid ini
masih tidak dapat menguasai kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar walaupun
saya telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan memberikan soalan latihan yang mencukupi bagi
memudahkan kefahaman mereka.
Masalah ini juga pernah timbul semasa praktikum fasa 1 sebelumnya, yang mana pelajar
kurang menunjukan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan operasi
menambah dan menolak pecahan.

Dalam usaha mengatasi masalah ini, saya juga telah

menggunakan beberapa cara seperti menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik serta
beberapa kaedah pengajaran bagi menarik minat para pelajar.
Pada mulanya, agak sukar bagi saya untuk mengenalpasti punca sebenar masalah ini,
namun setelah dikaji dengan teliti, masalah ini terjadi kerana murid-murid tidak mengetahui
proses yang perlu dilakukan untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut
yang sama atau berbeza. Walaupun mereka sudah mampu menguasai operasi menambah dan
menolak dengan baik, kadangkala mereka masih lagi mempunyai kesukaran untuk menambah
dan menolak dua pecahan wajar.

Dalam usaha mengatasi masalah ini, saya akan

memperkenalkan satu kaedah yang merupakan ringkasan proses yang perlu dilakukan untuk
menambah atau menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.
Kelebihan teknik ini adalah ia mampu memudahkan kefahaman murid-murid terhadap proses
yang perlu dilakukan untuk menambah atau menolak dua pecahan wajar

1.3

Refleksi nilai pendidikan saya


Secara umumnya, pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah bercorak pendidikan

asas. Di mana, murid akan diberikan galakan dan bimbingan seluas-luasnya untuk menguasai
kemahiran asas dengan kukuh. Begitu juga dengan kurikulum matematik sekolah rendah yang
turut memberi pendidikan matematik yang asas kepada semua murid dan menegaskan
penggunaan matematik dalam situasi harian. Hal ini kerana matematik dalam kehidupan seharian
adalah tidak dapat dipisahkan lagi. Bagi saya peluang untuk menguasai kemahirankemahiran
asas ini haruslah diberi kepada semua murid mahupun kepada murid-murid yang dikategorikan
murid pemulihan.
Ahmad Hozi H. A. Rahman (2003) berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran
matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang
seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik
pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan
kebolehan, pengalaman serta minat murid. Oleh yang demikian, saya yakin dan percaya semua
murid-murid tahun 4

perlu diberi peluang untuk memahami dan menguasai kemahiran

menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza melalui
kaedah baru yang akan saya perkenalkan, iaitu Kaedah Katak SBD.
Menurut Siti Aishah (2003), kebolehan menguasai ilmu matematik sebenarnya
memerlukan teknik yang perlu dipelajari dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik
bukanlah satu kurniaan sebaliknya kebolehan yang perlu digilap secara berterusan. Murid tidak
boleh menganggap jika sekali belajar dan mereka tidak dapat memahami maka dia tidak boleh
menguasai matematik. Apabila menghadapi kesukaran tidak seharusnya murid beranggapan

mereka tidak memiliki kebolehan belajar matematik dan terus berputus asa serta menyerah
kalah. Sikap putus asa dan beranggapan matematik hanya untuk mereka yang 'pandai' atau
istimewa merupakan halangan utama dalam menguasai subjek ini.
Sikap kesungguhan menuntut ilmu matematik dan juga ilmu-ilmu yang lain perlu dibina
secara beransur dalam diri pelajar sejak kecil lagi. Kesungguhan ini bukan bermatlamatkan
sekadar memperoleh markah tertinggi dalam ujian sekolah, tetapi wajar menjadi keperluan
harian yang sebati dengan kehidupan harian. Saya berharap dan yakin kaedah yang bakal
diperkenalkan kepada murid-murid ini akan dapat membantu mereka dalam menguasai
kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza
.

BAB 2

FOKUS KAJIAN

2.1

Latarbelakang Kajian
Secara umumnya, murid-murid perlu terlebih dahulu memahami dengan baik proses yang

diperlukan untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau
berbeza untuk menguasai kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan
penyebut yang sama atau berbeza. Berdasarkan pemerhatian Saya, murid kurang berminat
semasa proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tajuk menambah dan menolak dua
pecahan wajar kerana mereka tidak begitu memahami konsep dan proses untuk menamabah dan
menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Hal ini menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan yang membosankan.
Dalam kajian ini, Saya akan membincangkan serta mengkaji masalah kefahaman dalam
menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza di
kalangan murid di sekolah. Saya akan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah Katak SBD
dalam meningkatkan kefahaman murid tahun 4 untuk menambah dan menolak dua pecahan
wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.

Saya akan menggunakan beberapa jenis

instrument kajian sebagai kaedah untuk mengumpul data. Seterusnya, Saya akan menganalisis
data yang telah dikumpul bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah yang akan dikaji dalam

meningkatkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang
sama atau berbeza.
Berdasarkan pemerhatian serta perbincangan yang telah dilakukan dengan beberapa guru
Matematik, saya mendapati kebanyakan murid tidak dapat menguasai proses yang diperlukan
dalam kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar. Murid-murid ini kemudiannya
mengambil cara yang salah untuk menambah atau menolak pecahan dan kebanyakan murid
hanya terus menambah angka-angka yang ada dalam pecahan wajar yang terlibat seperti contohcontoh yang dilampirkan.

Saya juga melakukan tinjuan awal dengan membuat penelititan

terhadap cara murid menjawab soalan menambah pecahan dalam satu peperiksaan peringkat
sekolah selain meneliti hasil kerja murid di dalam buku latihan mereka.Oleh itu, saya akan cuba
menggunakan kaedah Katak SBD dalam usaha untuk membantu para murid mengatasi masalah
kefahaman tentang proses menambah dan menolak dua pecahan wajar.
2.2

Kebolehtadbiran
Saya akan menjalankan kajian ini setelah meneliti semua faktor seperti murid,

persekitaran sekolah, dan kerjasama daripada guru matematik. Secara umumnya, permasalahan
ini mampu untuk ditadbir kerana masalah yang dikaji bukanlah masalah yang besar atau terlalu
serius.

Ianya merupakan masalah yang akan mampu ditangani oleh Saya dan tidak

mendatangkan masalah yang serius. Responden kajian juga akan mudah untuk didapati kerana
mereka terdiri daripada murid Saya itu sendiri. Selain itu, tajuk kajian juga sesuai dengan tahap
murid yang akan dijadikan responden kajian. Oleh itu, Saya merasakan kajian ini akan dapat
diuruskan seperti yang telah dirancang.

2.3

Kepentingan
Kefahaman yang jelas tentang proses menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan

penyebut yang sama atau berbeza amat penting bagi memastikan murid-murid dapat menambah
dan menolak dengan betul dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.
Sekiranya kefahaman tentang proses menambah dan menolak dua pecahan wajar ini tidak dapat
dikuasai dengan baik oleh murid-murid semasa tahun 4, murid-murid ini juga tentunya akan
menghadapi kesukaran untuk menambah dan menolak pecahan yang lebih sukar seperti
menambah dan menolak pecahan bercampur yang akan dipelajari semasa tahun 6. Selain itu,
prestasi murid dalam peperiksaan juga akan terjejas sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan
segera.
Disamping itu, kajian ini juga amat penting dalam usaha saya untuk meningkatkan minat
murid terhadap pecahan khususnya. Jika timbulnya rasa minat, murid secara tidak langsung
akan lebih menyukai matematik dan seterusnya akan membantu mereka untuk menguasai
matematik dalam masa yang singkat.
2.4

Kebolehgunaan
Kajian yang akan dijalankan ini akan dapat membantu murid untuk menguasai proses

menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.
Penguasaan proses menambah dan menolak dua pecahan wajar ini akan membantu mereka untuk
lebih memahami apa yang akan diajarkan oleh guru dan ini akan memastikan mereka dapat
menguasai permasalahan matematik yang melibatkan operasi menambah dan menolak dua
pecahan wajar.

2.5

Kawalan
Saya akan menggunakan satu kelas murid tahun 4 dalam kajian ini. Seramai 26 orang

murid-murid akan terlibat iaitu 10 lelaki dan 16 perempuan. Kajian ini adalah di bawah kawalan
saya kerana tiada pihak lain yang terlibat dalam kajian ini.
2.6

Kolaborasi
Kolaborasi amat penting dalam tempoh kajian ini dilakukan. Tanpa adanya kolaborasi,

pastinya sesuatu kajian ini tidak dapat dilakukan dengan lengkap dan sempurna. Sedar akan hal
ini, Saya akan mendapatkan kerjasama serta berbincang dengan guru matematik sekolah, pihak
pentadbir sekolah, pensyarah serta rakan-rakan Saya. Hal ini adalah untuk memastikan saya
kajian dapat dijalakan dengan sempurna.
Kolaborasi dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan proses kajian yang dilakukan
oleh saya berada pada landasan yang sepatutnya serta mengikut apa yang telah dirancangkan. Ini
amat penting untuk memastikan kajian ini dapat memberikan hasil yang optimum kepada saya.
2.7

Kerelevenan
Tajuk ini dipilih setelah saya menganalisa beberapa siri set latihan serta jawapan murid-

murid dalam peperiksaan. Hasil daripada analisi yang telah dilakukan, saya mendapati muridmurid tidak dapat menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan betul. Oleh itu, kajian ini
amat relevan untuk dilakukan kerana ia akan mampu untuk meningkatkan penguasaan murid
untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar.

Hasil kajian ini juga akan dapat

meningkatkan motivasi murid untuk belajar seterusnya memastikan objektif yang dirancang
tercapai.

BAB 3

OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN

3.1

Pengenalan
Bab ini akan membincangkan mengenai objektif kajian dan persoalan kajian yang

dikemukakan oleh saya. Terdapat dua objektif kajian serta dua persoalan kajian yang akan
dibincangkan dalam bab ini.
3.2

Objektif Kajian

3.2.1

Objektif Kajian 1

Mengkaji keberkesanan kaedah Katak SBD terhadap penguasaan kemahiran menambah dua
pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid tahun 4.
3.2.2

Objektif Kajian 2

Meningkatkan minat murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan
menggunakan kaedah Katak SBD

10

3.3

Persoalan Kajian

3.3.1

Persoalan Kajian 1

Sejauh manakah kaedah Katak SBD dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah
dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid
tahun 4?
3.3.2

Persoalan Kajian 2

Sejauh manakah minat murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar
dengan penyebut yang sama atau berbeza akan meningkat apabila guru menggunakan kaedah
Katak SBD dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas?

11

BAB 4

KUMPULAN SASARAN

4.1

Kumpulan sasaran
Seramai 26 orang murid tahun 4 Kaliber dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Raub

telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini yang mana terdiri daripada 10 lelaki dan 16
perempuan. Murid-murid dalam kelas ini mempunyai pelbagai tahap yang berbeza disebabkan
sekolah tidak mengamalkan pengasingan kelas antara murid pandai dan murid yang
lemah.Murid-murid ini terdiri daripada murid yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran
menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza yang
sederhana dan lemah. Tahap penguasaan responden dinilai berdasarkan ujian pra serta ujian pos
yang diberikan. Selain itu, saya juga akan menyemak rekod kerja mereka iaitu latihan yang
diberikan di dalam buku aktiviti serta melakukan pemerhatian semasa mereka melaksanakan
tugasan yang diberi.

Hal ini adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana keberkesanan

penggunaan kaedah Katak SBD dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran
menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama.

Jantina

Bilangan

Lelaki

10

Perempuan

16

12

BAB 5

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1

Perancangan Tindakan
Saya telah merancang untuk mengambil satu slot untuk mengajar kaedah Katak SBD

setiap kali sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Bagi pengenalan kepada
kaedah ini, Saya mengambil masa selama satu jam bagi memperkenalkan serta memberi
penerangan mengenai kaedah ini. Kaedah Katak SBD merupakan kaedah untuk membantu
murid mengingat dan memahami konsep utama untuk menambah dan menolak dua pecahan
wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Murid akan ditekankan bahawa untuk
menambah dan menolak dua pecahan wajar, penyebut bagi kedua-dua pecahan itu mestilah sama.
Kemudian murid diperkenalkan dengan kaedah Katak SBD yang merumuskan proses yang
perlu dilakukan untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar.
S adalah singkatan bagi perkataan sama , B pula adalah singkatan bagi perkataan
besar dan D adalah singkatan bagi perkataan darab. Penggunaan perkataan katak pula
merupakan analogi bagi proses yang perlu untuk menambah atau menolak dua pecahan wajar.
Jika S tidak dapat digunakan lompat ke langkah B dan jika B tidak dapat digunakan lompat
ke langkah D. Ketiga-tiga katak ini akan disusun mengikut aliran S , B dan D.
Apabila ingin menambah pecahan, murid perlu melihat huruf S pada katak yang
pertama terlebih dahulu yang bermaksud sama. Perkataan sama ini bermaksud apabila ingin

13

menambah atau menolak pecahan murid perlu melihat adakah penyebut bagi kedua-dua pecahan
sama atau tidak. Jika penyebut kedua-dua pecahan sama, murid boleh terus menambah atau
menolak dua pecahan wajar itu.
Jika penyebut kedua-dua pecahan itu tidak sama, murid perlu melihat katak yang kedua
yang mengandungi huruf B yang bermaksud besar. Murid pelu melihat kedua-kedua penyebut
bagi pecahan yang terlibat kemudian mengenalpasti penyebut manakah yang lebih besar.
Kenudian murid perlu mengenalpasti adakah penyebut yang kecil boleh didarabkan dengan
mana-mana nombor bulat supaya sama dengan penyebut yang besar tadi. Jika penyebut itu boleh
didarabkan, pengangka pecahan itu juga perlu didarabkan dengan nombor yang sama atau
dimudahakan dengan memberi arahan bila kita darab yang bawah(penyebut), yang
atas(pengangka) juga kita perlu darab dengan nombor itu. Contohnya, pecahan A ialah satu per
dua dan pecahan B ialah tiga per lapan. Penyebut dan pengangka pecahan A boleh didarabkan
dengan empat menjadi satu darab empat per dua darab empat menjadi empat per lapan.
Kemudian, apabila penyebut kedua-dua pecahan telah disamakan, murid-murid boleh terus
menambah atau menolak dua pecahan wajar itu seperti biasa.
Sekiranya langkah B pada katak kedua juga tidak dapat diguna pakai, murid-murid
perlu melihat katak yang terakhir yang mengandungi huruf D yang bermaksud darab.
Perkataaan darab ini bermaksud murid perlu mendarab kedua-dua penyebut bagi dua pecahan
wajar itu dengan menggunakan penyebut bagi pecahan yang ingin ditambah atau ditolak
dengannya. Sebagai contoh jika pecahan A ialah empat per lima dan pecahan B adalah satu per
dua. Pecahan A,empat per lima perlu didarabkan dengan penyebut pecahan B,dua menjadi empat
darab dua per lima darab dua dan pecahan B,satu per dua perlu didarabkan dengan penyebut
pecahan A,lima menjadi satu darab lima per dua darab lima. Jadi kita akan memperoleh dua

14

pecahan dengan penyebut yang sama iaitu lapan per sepuluh dan lima persepuluh. Akhir sekali,
murid-murid boleh terus menambah atau menolak dua pecahan wajar itu seperti biasa.

Rajah 1 : Gambarajah kaedah Katak SBD

Apabila murid-murid telah faham dengan cara menggunakan kaedah Katak SBD ini,
Saya akan mengambil masa selama 15 20 minit bagi setiap slot pengajaran untuk membuat
latih tubi bagi memantapkan kefahaman murid-murid menggunakan kaedah ini. Sesi ini akan
melibatkan 26 orang murid yang terdiri daripada tahap penguasaan matematik yang berbezabeza. Murid-murid akan diberikan latihan yang berbentuk ansur maju terlebih dahulu supaya
murid-murid benar-benar faham ketiga-tiga langkah S , B dan D seperti lampiran A. Setelah
murid-murid telah faham ketiga-tiga langkah ini, soalan latihan yang menggabungkan
penggunaan ketiga-tiga langkah S , B dan D akan diberikan. Setiap kali latihan penggunaan
kaedah ini dijalankan, murid akan diberikan beberapa soalan yang akan akan melatih serta
menguji kemahiran mereka dalam menggunakan kaedah ini. Saya akan membantu serta memberi
panduan serta tunjuk ajar setaip kali latihan menggunakan kaedah ini diberikan.

15

5.2

Perancangan Cara Mengumpul Data


Saya akan menggunakan 2 jenis instrument kajian bagi mengumpul data semasa kajian

dijalankan. Bagi mengumpul data yang bersifat kuantitatif, Saya akan menggunakan instrument
kajian yang berikut:
i.

Ujian Pra dan Pasca

ii.

Penelitian dokumen

Bagi mengumpul data yang bersifat kulitatif seperti minat, Saya akan menggunakan instrument
kajian yang berikut:

5.2.1

i.

Soal selidik

ii.

Temubual
Ujian Pra
Saya akan menjalankan ujian pra sebelum memperkenalkan kaedah Katak SBD kepada

responden. Ujian pra yang akan diberikan mengandungi 10 soalan yang melibatkan kemahiran
menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Saya
akan berbincang terlebih dahulu dengan guru pembimbing serta guru matematik yang lain
mengenai soalan ujian yang akan diberikan. Hal ini bertujuan untuk memastikan uajian yang
diberikan mampu memberi maklumat yang optimum mengenai penguasaan murid terhadap
kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau
berbeza. Ujian pra diberikan bertujuan untuk menilai sejauh mana penguasaan murid terhadap
kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza
serta bagi membantu Saya untuk mengenalpasti tahap penguasaan setiap murid. Soalan bagi
ujian pra ini adalah seperti di dalam lampiran B.

16

5.2.2

Ujian Pasca
Saya akan menjalankan ujian pasca selepas memperkenalkan serta mengajar kaedah

Katak SBD kepada responden. Ujian pasca yang akan dijalankan nanti akan menggunakan
soalan-soalan yang telah digunakan semasa ujian pra. Hal ini bertujuan untuk menilai sejauh
mana keberkesanan penggunaan kaedah Katak SBD dalam meningkatkan penguasaan
responden terhadap kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut
yang sama atau berbeza. Jika soalan lain yang akan digunakan, Saya tidak akan mampu melihat
keberkesanan kaedah ini dengan jelas. Soalan bagi ujian pasca ini dilampirkan dalam lampiran
C.
5.2.3

Penelitian dokumen
Penelitian dokumen akan dijalankan ke atas soalan-soalan latih tubi yang akan diberikan

kepada murid-murid. Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta-fakta atau
kemahiran yang diajar. Tujuan teknik ini dipilih adalah untuk mencapai tahap
kemahiran tersebut atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik
ini amat sesuai untuk mencapai kemahiran menambah dan menolak dua pecahan
wajar menggunakan kaedah Katak SBD.
5.2.4

Kaji selidik
Borang kaji selidik akan diberikan kepada murid-murid pada akhir kajian. Sebanyak

sepuluh soalan telah dirancang dalam soal selidik ini untuk mengenalpasti respon, minat dan
pendapat murid terhadap penggunaan kaedah Katak SBD dalam memantapkan kemahiran
menambah dan menolak dua pecahan wajar. Sampel kajian hanya perlu menjawab soalan-soalan
tersebut dengan memilih jawapan yang telah disediakan iaitu Ya atau Tidak. Borang kaji selidik
yang dirancang dinyatakan dalam lampiran D.

17

5.2.5

Temubual
Saya akan menemubual 3 responden bagi mengumpul data mengenai keberkesanan

kaedah Katak SBD dalam memantapkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar
dengan penyebut yang sama atau berbeza. Saya juga akan menemubual responden untuk
mengenalpasti perasaan dan minat murid-murid selepas kaedah ini diperkenalkan. Teknik
pengumpulan ini digunakan kerana ia sesuai untuk mengukur serta mengumpul maklumat yang
bersifat kualitatif seperti minat, persepsi serta perasaan murid terhadap penggunaan kaedah
Katak SBD. Soalan-soalan temubual yang dirancang dinyatakan seperti lampiran E.
5.3

Perancangan Cara Menganalisis Data


Bagi menganalisis data yang dikumpul melalui kaedah ujian pra dan pasca, Saya akan

menginterpretasikan data yang dikumpul secara statisik deskriptif iaitu dengan mencari nilai min,
kekerapan dan peratus bagi menganalisis data yang diperoleh.
Setelah menjalankan ujian pra, Saya akan mencari nilai min, kekerapan serta peratus
berdasarkan data yang dikumpul. Seterusnya, Saya akan mencari nilai min, kekerapan serta
peratus kepada data ujian pasca yang telah dikumpul.

Setelah data kedua-dua ujian telah

dianalisis, Saya kemudianya akan membandingkan nilai min, kekerapan serta peratus. Hal ini
bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah ini dalam meningkatkan
penguasaan sifir dalam kalangan responden.
Dalam menganalisis data melalui kaedah penelitian dokumen , penelitian terhadap
markah dokumen latih tubi yang dikutip akan dicatatkan dalam bentuk peratusan. Peratusan itu
akan dikira melalui berapa banyak soalan yang berjaya dijawab oleh murid-murid dengan betul
betul dalam masa yang ditetapkan.

18

Analisis hasil kutipan data melalui soal selidik pula akan dicatatkan di dalam bentuk
jadual pada mulanya dengan mengambil kira peratusan jawapan sampel kajian terhadap jawapan
ya dan tidak bagi setiap soalan yang diberikan. Peratusan ini akan ditukarkan pada graf
berpalang bagi memudahkan data ini dilihat dan dianalisis.
Bagi menganalisis data yang dikumpulkan menerusi kaedah temubual , Saya akan
menilai jawapan yang diberikan oleh responden. Jika jawapan yang diberikan adalah positif,
maka kaedah ini berjaya. Namun, jika jawapan yang diberikan adalah negatif, maka kaedah ini
boleh dikatakan tidak berjaya.
5.4

Perancangan Pelaksanaan Tindakan

BIL.

AKTIVITI

MINGGU

1.

Mengenalpasti masalah

PELAKSANAAN
Minggu 1

2.

Pengumpulan data awal

Minggu 1

3.

Merancang tindakan individu

Minggu 1

4.

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan Mingu 1


individu bersama rakan.

5.

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan Minggu 1

6.

individu bersama guru matematik.


Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal

Minggu 1

7.

Membincangkan masalah yang timbul

Minggu 1

8.

Merangka soalan ujian pra

Minggu 2

9.

Merujuk soalan ujian pra kepada Ketua Panitia

Minggu 2

10.

Melaksanakan tindakan 2 - ujian pra

Minggu 3

19

11.

Menyemak soalan ujian pra yang telah diberikan.

12.

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 Minggu 3

13.

bersama guru matematik


Melaksanakan pengajaran dengan menggunakan Katak Minggu 4

14.

SBD
Latih tubi penggunaan kaedah Katak SBD

Minggu 4 dan 5

15.

Melaksanakan tindakan 2- ujian pos

Minggu 5

16.

Melaksanakan tindakan 3 menemubual dan kaji selidik Minggu 6

17.

responden
Menyemak soalan ujian pos

Minggu 6

18.

Menganalisis hasil ujian pos

Minggu 6

19.

Menulis laporan kajian

Minggu 7

20.

Proposal siap

Minggu 7

5.5

Minggu 3

Anggaran perbelanjaan

BIL.

PERKARA

KOS

1.

Kertas A4

RM 13

2.

Kad manila

RM 3

3.

Dakwat printer

RM 60

4.

Photostat

RM 20

20

BAB 6

TINJAUAN LITERATUR

6.1

Tinjauan Literatur
Banyak kajian telah dijalankan berkenaan topik pecahan. Kajian-kajiannya telah

dijalankan ada yang tidak terus kepada pecahan namun masih topic yang menjurus kepada tahap
penguasaan topic pecahan dan ada juga yang terus membincangkan kepada topik pecahan.
Menurut Tan Sing Meng dari Pusat Perkembangan Kurikulum dalam tulisannya bertajuk
Nota Sejarah Matematik (Berita Matematik, JUN 1993) menyatakan pecahan dipercayai mula
dikenali oleh orang Babylon pada zaman kuno. Huraian berkenaan pecahan hanya didapati
dalam Naskah Lontar Ahmes(Ahmes papyrus) (c. 1550 S.M .). Di dalam buku Ahmes tersebut
sudah terdapat satu contoh penyelesaian masalah melibatkan pecahan.
Orang Cina juga pernah menjalankan kajian tentang pecahan. Di NegeriCina pada masa
itu menggunakan pecahan kebanyakannya dalam masalah melibatkan pembahagian tanah.
Satu kajian telah dijalankan keatas topik peratus oleh Nik Suryani bte Nik
Abd Rahman di dalam kajian nya yang bertajuk Skim Peratus bagi Pelajar tingkatan Satu .Di
dalam kajian ini beliau membuat kajian berkenaan tahap penguasan pelajar terhadaptajuk peratus
yang merupakan sub topik kepada Pecahan (KPM 1981) dan beliau ada mengaitkan sekali

21

dengan penguasaan pecahan dan ianya memainkan peranan yang agak penting di dalam
penguasaan pelajar terhadap topic peratus.
Tahap penguasaan pelajar dalam topik peratus dan pecahan agak membimbangkan . Ini
ditegaskan oleh Allinger dan Payne dalam bukunya Estimation and Mental Arithmetic With
Present. Beliau menyatakan bukan sahaja kanak-kanak atau pelajar menghadapi masalah
memahami konsep pecahan malah orang dewasa juga. (Allinger & Payne, 1986).
Nik Aziz Nik Pa(1987) juga ada membuat kajian tentang pecahan di dalam kajiannya
yang bertajuk Children Fractional Schemes. Dalam kajiannya ini beliau adamenerangkan secara
terperinci tentang konsep pecahan, fahaman kanak-kanak tentangkonsep pecahan, kesilapan yang
sering pelajar lakukan ketika menyelesaikan operasi pecahan dan sebagainya.
Beberapa kajian tentang peratus dan pecahan juga pernah dijalankan oleh Parker dan
Leinhardt. Di dalam kajian ini mereka mennganalisis dan mengenal pasti corak kesilapan yang
sering dilakukan oleh pelajar. (Parker & Leinhardt, 1995).
Dalam kaedah ini, saya menggunakan bahan bantu mengajar supaya murid lebih berminat
untuk mempelajari kaedah Katak SBD. Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi
memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan
haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai
daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya
berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun
keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang
digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik.

22

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan
dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar
bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi
bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).
Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar
terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di
dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa;
kreativiti di dalam bilik darjah boleh memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan
mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari
persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah pertambahan minat murid-murid dalam mata
pelajaran yang diajar. Selain itu murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu
sama lain serta mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagai seorang
guru akan menyukai kerja anda.
Tidak dinafikan bahawa buku teks merupakan sumber utama yang digunakan dalam bilik
darjah sebagai bahan pelajaran. Namun begitu, perkembangan pesat di dalam dunia pendidikan
memerlukan guru mencari inisiatif dan kaedah lain yang lebih terkini untuk diaplikasikan di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh yang demikian penggunaan bahan bantu
mengajar sangat relevan untuk memantapkan ilmu yang disebarkan kepada murid. Antara media
bercetak yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar adalah seperti yang dikelaskan oleh Lacotis
(1990) iaitu terdiri daripada kertas edaran, akhbar, majalah, risalah, transparensi dan beberapa
lagi bahan lain.
Penggunaan kaedah Katak SBD dengan dibantu oleh penggunaan vahan bant mengajar
yang disediakan diharap dapat meningkatkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan

23

wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza seterusnya meningkatkan minat murid terhadap
pecahan dan juga mata pelajaran Matematik.

24

REFLEKSI AKHIR
Projek menyediakan cadangan Sayaan merupakan tugasan paling mencabar yang pernah
saya lakukan sepanjang menjadi guru pelatih. Dalam tugasan ini , saya perlu mencari satu
masalah yang berlaku di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah dan
mencadangkan penyelesaian untuk masalah itu dengan menggunakan kaedah saya yang
tersendiri. Saya menyedari kajian tindakan adalah satu amalan yang sangat baik dilakukan oleh
seorang guru untuk memperbaiki amalan guru itu demi pembelajaran murid.
Saya mendapat tugasan ini sebelum praktikum fasa 3 bermula. Apabila mendapat soalan
tugasan ini , saya terus memikirkan masalah-masalah yang kerap berlaku dalam pembelajaran
matematik di sekolah. Saya membuat keputusan untuk memilih masalah menghafal sifir yang
saya lihat berlaku di kalangan murid di sekolah saya menjalani praktikum fasa 1 dan 2.
Kemudian saya cuba memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah itu. Proses ini
adalah satu cabaran bagi saya. Saya perlu mencari idea-idea untuk mencipta inovasi dalam
kaedah yang ingin digunakan. Malangnya saya mengalami kebuntuan untuk mencipta inovasi
yang sesuai.
Apabila praktikum fasa 3 bermula, saya mengambil langkah untuk mencari masalahmasalah yang berlaku di kalangan murid kelas 4K. Pada mulanya saya masih melihat masalah
sifir yang berlaku di dalam kelas. Namun saya masih tidak menjumpai kaedah yang dapat saya
inovasikan untuk mengatasi masalah sifir ini. Apabila saya mula mengajar topic pecahan, saya
melihat murid-murid mengalami masalah dalam menambah dua pecahan wajar. Saya mula
memikirkan kaedah yang dapat saya gunakan untuk mengatasi masalah ini namun saya tetap
juga mengalami kebuntuan. Pada minggu akhir penyerahan tugasan ini, saya mendapat idea

25

untuk menggunakan kaedah Katak SBD yang saya gunakan semasa diselia. Idea ini datang
tanpa dirancang tetapi saya melihat kaedah ini dapat mengatasi masalah yang berlaku ini. Saya
kemudiannya mula mengumpulkan data-data awal untuk idea penggunaan Katak SBD bagi
mengatasi masalah menambah dan menolak dua pecahan wajar. Selepas itu , saya mula menulis
proposal ini.
Secara keseluruhannya, saya sangat bersetuju dengan tugasan ini kerana ianya sangat
membantu saya menjadi guru yang cemerlang nanti. Tugasan ini memberikan saya kesedaran
sebagai seorang guru, kita haruslah sentiasa menganalisis dan mengenal pasti masalah yang
berlaku di kalangan murid-murid kita. Seorang guru perlu mengatasi masalah-masalah yang
dikenalpasti ini dengan menggunakan kaedah dan strategi yang sesuai. Namun, untuk mencari
idea-idea terutamanya idea baru bagi mengatasi masalah ini adalah satu perkara yang sukar dan
memerlukan kesungguhan dan kreativiti guru itu. Secara jujurnya, saya kurang berpuas hati
dengan penulisan proposal ini kerana saya menulis jurnal ini hanya dalam satu hari tetapi saya
gembira kerana berjaya menemui idea untuk proposal ini. Saya berharap saya akan dapat
manfaat yang maksimum melalui tugasan ini. Saya berazam dan berjanji kepada diri saya untuk
menjadi guru yang sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang diaalami oleh
murid-murid semasa di dalam kelas.
Akhir kata, saya sangat berterima kasih kepada pensyarah terutamanya dan rakan-rakan
serta semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan proposal ini.

26

SENARAI RUJUKAN

Servais. W. And Varga. T. (1971) Teaching school mathematics: A UNESCO Source Book.
Middlesex: Compton Printing Ltd.

Kemmis,S., & McTaggart, R. (Eds.) (1988). The action research planner (3rded). Geloong:
Deakin University Press
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran (Integrated Curriculum for
Primary Schools, Curriculum Specification, Mathematics Year 3)
Schmuck, R.A.(1997). Practical Action Research for Change. Arlington Height, IL. SkyLight
Professional Development
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan Dalam
Pengajaran. Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mills. G.E (2003). Action Research: A guide for the Tacher Researcher, 2nd Edition. New Jersey.
Merrill/Prentice Hall
Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (2003). Introduction: The discipline and practice of qualitative
research. In N. K. Denzin & Y. S. Lincoln (Eds.), Strategies of qualitative inquiry (2nd
Ed.)
Howard Eves, An Introduction to the History of Mathematics, Saunders, 1990
Noraini Idris (2001). Pedagogi dalam pendidikan matematik . Cheras : Utusan Publications &
distributor sdn. bhd.

27

Anda mungkin juga menyukai