Anda di halaman 1dari 3

Memupuk Kreativiti Dan Ekspresi Diri Dalam Kanak-kanak Ekspresi diri

memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh Dr M


Swamenathan, Pakar Perunding Psikiatri Ekspresi diri adalah aspek
perkembangan kanak-kanak yang sangat penting. Anak anda sepatutnya boleh
meluahkan perasaan, emosi, fikiran dan kreativitinya dengan bebas dan
selamat. Menyediakan persekitaran yang dipenuhi rasa hormat, kasih sayang
dan belas kasihan merupakan cara terbaik untuk membantu anak anda
mengekspresi dirinya, kerana tanpa ini, adalah amat sukar untuk anak anda
meluahkan perasaannya. Secara amnya, terdapat tiga jenis ekspresi diri:
Ekspresi Seni, Ekspresi Bermain, dan Ekspresi Membina. Serlahkan bakat seni
anak anda! Ekspresi seni merupakan salah satu cara terbaik untuk
mengekspresi diri. Berikan anak anda pensil warna dan kertas, dan anda akan
kagum dengan hasil lukisan atau mewarnanya. Mengecat, melukis, mewarna
dan menulis merupakan bentuk-bentuk luahan yang kukuh untuk pelbagai
emosi yang anak anda rasai atau alami di dalam aktiviti hariannya.
Membenarkan anak anda mengecat atau melukis secara bebas boleh
membantu membuka mindanya. Ini adalah komponen penting dalam
perkembangan seorang kanak-kanak, dan kanak-kanak sering membentuk
fikiran dan idea menerusi lukisan mereka, walaupun hanya melukis objek atau
bentuk-bentuk yang tidak berkaitan! Jenis ekspresi diri ini adalah yang paling
penting dalam mengembangkan kemahiran komunikasi dan emosi, serta
kesedaran psikologi. Bermain, bentuk ekspresi yang penting! Ekspresi bermain
merupakan satu lagi cara untuk membantu anak anda mengekspresi diri.
Dengan membenarkannya bermain dengan kanak-kanak lain menerusi sukan
dan aktiviti lain yang menyeronokkan, anda boleh mengajarnya tentang
kerjasama, kemahiran hubungan dan juga menghormati orang lain. Tambahan
lagi, anda juga boleh menyediakan batasan dan peraturan sebagai panduan.
Ini membantu kanak-kanak untuk bermain dan bersuka-ria secara
bertanggungjawab tanpa menganggu waktu bermain dan juga perkembangan
mereka. Pastikan anak anda tidak menonton televisyen terlalu lama kerana ia
merupakan perantaraan sehala dan tidak akan membantu menggalakkan
sebarang pemikiran kreatif atau kritikal. Sebaliknya, cubalah untuk bermain
permainan papan dengan anak anda secara sekeluarga ataupun permainan
interaktif lain yang akan meningkatkan kreativiti dan kemahiran fikiran anak
anda. Batu asas ke arah perkembangan Cara terakhir untuk menggalakkan
ekspresi diri adalah menerusi Ekspresi Membina yang melibatkan pembinaan
objek. Apa sahaja yang memerlukan pembinaan seperti rumah anak patung
atau robot dan kereta model adalah baik untuk menggalakkan kemajuan dan
kreativiti semulajadi anak anda. Dengan mengikuti arahan cara pemasangan,
dia akan belajar dan lebih sedar tentang peranan garis panduan. Ini akan turut
membantu anak anda menghasilkan sesuatu menggunakan kreativitinya.
Kanak-kanak perlu belajar mematuhi garis panduan, peraturan dan arahan,
serta digabungkan dengan kreativiti. Galakkan anak anda untuk mengekspresi

diri! Anda tidak perlu membeli barang mainan dan bahan seni yang mahal
untuk membantu anak anda mengekspresi diri. Permainan papan boleh
membantu perkembangan anak anda dan anda boleh membantu
meningkatkan kemahiran ini dengan meminta atau memberi komen dan
soalan semasa bermain. Cuba rangsang idea-idea kreatif dengan
menggalakkan anak anda mencipta cara-cara baru dan berbeza untuk
menggunakan barang mainan atau peralatan lain. Jangan cuba menyekat;
pastikan anak anda sentiasa bermain dengan permainan yang selamat. Yang
paling penting, buka minda anda untuk idea-idea baru dan asli, serta galakkan
anak anda untuk menggunakan kemahiran atau kreativiti mereka! Anak anda
akan menggunakan kemahiran yang dipelajari semasa perkembangan zaman
awal kanak-kanak mereka untuk menghadapi banyak situasi kehidupan
sebenar di masa akan datang.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Peranan Ekspresi
Seni dalam pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan,
pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran.Aktiviti seni dalam
pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan, menajamkan
persepsi dan meningkatkan kreativiti serta nilai estetik.
Kepentingan Ekspresi
o

Menggambarkan Perasaan

Menghasilkan Pengucapan Lisan

Menghasilkan/Memaparkan Reaksi

Menggambarkan Emosi

Menghasilkan Ekspresi Bukan Lisan

Menyampaikan Idea

Kepentingan Melukis dalam Melahirkan Ekspresi


Aktiviti melukis merupakan salah satu aktiviti yang mampu memberikan kep
uasankepada kanak-kanak.

Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain da


patmembina kekuatan otot.
Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanakkanak.
Aktiviti melukis juga dapat memberi kepuasan kepada kanak-kanak untuk mel
uahkanapa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej y
ang unikmengikut tahap pemahaman mereka.
Melalui melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera merek

Anda mungkin juga menyukai