Anda di halaman 1dari 1

BAHAN RUJUKAN GUNTING

Merujuk kajian oleh Mas Atiqah Binti Mashod (2012) dalam kajiannya yang bertajuk
Keberkesanan Kaedah Tiru Dan Buat ( TDB ) Dalam Meningkatkan Penguasaan
Kemahiran Menggunting Bagi Murid Tahun 2 Di Sekolah Kebangsaan Teluk Menara
Untuk Subjek Pendidikan Seni Visual. Pengkaji telah memilih 7 orang murid Tahun 2
Maju sebagai responden. Kaedah TDB telah digunakan sebagai rawatan selama
sebulan sebanyak 8 kali sesi rawatan. Penyelidik menggunakan kaedah triangulasi
dalam pengumpulan data dengan menggunakan tiga instrumen iaitu pemerhatian,
soal selidik serta ujian pra dan pos. Sebanyak 7 latihan menggunting yang
mengandungi 4 garisan lurus dan 3 garisan melengkung yang berbeza aras
dijalankan kepada responden. Pemerhatian praktikal menggunting juga dijalankan
kepada responden semasa ujian pra. Dalam kajian ini, pengkaji mengenalpasti
faktor yang menyebabkan kemahiran menggunting murid terbatas adalah
kerana cara murid memegang gunting, postur tubuh badan semasa menggunting,
koordinasi mata dan tangan serta kesesuaian saiz gunting yang digunakan. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 17.5% pada purata peratusan
markah antara ujian pra dengan ujian pos.
Dapatan data diperoleh berdasarkan pemerhatian berstruktur yang memfokuskan
lima aspek utama seperti kebolehan memasukkan jari ke dalam lubang gunting,
kedudukan tangan ketika memegang gunting, kebolehan menggunting dengan
sekata, kebolehan menggunting garis lurus nyata dan kebolehan menggunting garis
lurus bertitik.

Pengkaji memberi penekanan penggunaan My Cuttingraphy Skills untuk


meningkatkan kemahiran menggunting garis lurus jari ke dalam lubang gunting,
kedudukan tangan ketika memegang gunting, kebolehan menggunting dengan
sekata, kebolehan menggunting garis lurus nyata dan kebolehan menggunting garis
lurus bertitik. Kajian ini menekankan kemahiran motor halus dan koordinasi tangan
murid berlandaskan kemahiran sedia ada murid. Keberkesanan teknik My
Cuttingraphy Skills membantu meningkatkan kemahiran menggunting garis lurus
dibuktikan melalui dapatan data dalam sesi intervensi. Melalui kajian ini, pengkaji
menggunakan teknik ini sebaik mungkin untuk meningkatkan keupayaan murid
menggunting garis lurus yang terbahagi kepada dua iaitu garis lurus nyata dan
garis lurus bertitik melalui pendekatan koordinasi mata dan tangan dalam teknik My
Cuttingraphy Skills.

Anda mungkin juga menyukai