Anda di halaman 1dari 1

Pokok Kemangi

Sumber : http://comeylote.blogspot.my/p/pokok-herba.html

pokok kemangi
Daun ini licin berbau, harum dan digunakan sebagai rencah, perasa juga sebagai ulam.
Selasih hitam berbunga gelap dan berbau kuat sementara kemangi jantan mempunyai bunga
berwarna cerah. Bunganya dalam bentuk karangan di hujung ranting yang tegak. Kelopak
bunga yang tua mudah tumbuh meliar dan membiak melalui biji.
Daun pokok kemangi dapat mengubati batuk kerana bersifat narkotik ringan. Caranya dengan
meramas daun dan menyapukannya pada leher atau mengunyah lima helai daun di waktu
pagi dan petang. Air rebusan daun yang diminum mampu menyembuhkan selesema, resdung,
asma dan membuang angin dalam badan.
Campuran kemangi, lada hitam, halia dan madu dipercayai boleh mengurangkan stress,
tekanan darah tinggi, kolesterol dan menstabilkan kandungn gula dalam darah. Amalan
mengunyah daun juga dapat menghilangkan bau nafas.
Bijinya apabila direndam ke dalam air akan mengeluarkan jeli yang bersifat diuretik,
stimulan dan merangsang pengeluaran peluh. Selain itu biji kemangi jantan yang telah
direndam boleh mengubati penyakit usus dan sakit buah pinggang dan merendahkan suhu
badan.

Anda mungkin juga menyukai