Anda di halaman 1dari 2

Pokok Maman

Sumber : http://comeylote.blogspot.my/p/pokok-herba.html

pokok maman
Nama Saintifik: Cleome gynandra
Famili: Capparidaceae
MAMAN adalah sayuran tradisional yang sangat digemari masyarakat desa. Pucuk atau daun
muda yang dijeruk dimakan dengan nasi. Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar atau dihirup
seperti sup. Rasa masam jeruk maman ini merangsang selera sehingga nasi lebih enak
dimakan dan lebih berselera daripada biasa.
Pucuk Maman juga menjadi sayuran penyedap rasa dalam pindang ayam atau ikan dan
pelbagai resipi masakan tradisional yang digemari.
Maman, herba semusim setinggi antara 60 hingga 80 sentimeter (sm). Batangnya lembut,
bercabang di bahagian atas dan berwarna hijau kemerahan. Daun kompaun palmat yang
terdiri daripada 3 hingga 5 segmen berbentuk obovat. Petiol 5 hingga 10 sm panjang.
Infloresen terminal rasem dengan bunganya yang berwarna putih keunguan. Buah kapsul
berbentuk silinder, 3 hingga 11 sm panjang, 3 hingga 6 milimeter (mm) lebar dan hujung
berparuh runcing. Pedisel 1 hingga 3 sm panjang. Buahnya mengandungi biji-biji kecil
berwarna hitam keperangan.
Maman mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian
yang boleh dimakan, Maman mengandungi air 88.3 g, protein (4.1 g), lemak (0.5 g),
karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium (275 mg), fosforus (28 mg), ferum (8.1 mg),
natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug), vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14
mg), vitamin B2 (0.24 mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg).

Maman mudah dibiakkan dengan menyemai biji benih. Tanaman ini adalah tanaman parak
dan sering ditanam selepas pembukaan tanah baru. Biji maman ditaburkan di tempat yang
dibakar. Selepas 3 hingga 6 minggu atau sebelum berbunga maman ini dituai pucuknya atau
dicabut terus.

Anda mungkin juga menyukai