Anda di halaman 1dari 4

JENIS-JENIS POKOK PINANGPOKOK PINANG 

(Areca catechu Linn) merupakan


sejenis tumbuhan dari keluarga AERACEAE atau dulu ia dipanggil keluarga
PALMAE yang tumbuh di negara kita sehinggakan sebuah negeri di Utara
Semenanjung Malaysia mendapat nama sebagai Negeri Pulau Pinang. Seperti juga
pokok kelapa yang tumbuh dengan subur di bumi Malaysia, pokok pinang mampu
menghasilkan buah pinang yang di gunakan untuk pelbagai kegunaan. Nama lain
tumbuhan ini adalah seperti Areca Nut, Betel Nut, Adakka, Catechu dan Pinang.
Rujukan yang penulis buat mendapati pokok pinang pada teorinya dipercayai berasal
dari Malaysia dan Filipina walau pun ada spesis yang menyerupai pokok pinang di
Afrika. Pokok Pinang banyak di tanam di India dan di Sri Lanka dimana ia ada di
gunakan oleh penduduk tempatan di negara tersebut yang di panggil sebagai 'adakka'
(Malayalam). Buah pinang di kaitkan dengan amalan makan sireh bersama biji pinang
dan kapor dikalangan orang tua-tua dulu. Bagaimana pun generasi baru masa kini di
Malaysia boleh dikatakan sudah tidak tahu atau tidak makan buah pinang. Penulis
yang lawat Myanmar mendapati oraang lelaki  dinegara tersebut suka makan daun
sireh dengan kapor dan dikunyah dengan biji pinang. Kemudian mereka akan pancut
air liur mereka di merata kaki lima di Rangoon bagi penduduk tempatan. Penanaman
pokok pinang sudah hampir dilupakan di Malaysia dan pokok yang ada mungkin
tumbuh sendiri dikawasan keliling kampong atau mungkin ada yang ditanam. Artikel
kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya akan mengupas teknologi tanaman
pinang dan beberapa jenis pokok pinang berdasarkan pemerhatian saya dalam bidang
pertanian dan membuat rujukkan beberapa buku pertanian serta pengalaman
persendirian.Pokok Pinang pada penelitian saya memang tumbuh menegak tanpa
cabang dengan ketinggian mencapai 10-20 meter dan batangnya bulat lurus dengan
saiz garispusat lingkungan 10 - 15 cm. Walau pun pokok tinggi dan daun serta
buanhya lebat tetapi jarang-jarang mendengar batang pokok pinang patah. Daunnya
berbentuk tajam (pinnate compound) dengan bilangan lai daun (anak daun) yang
banyak dan panjang 1.5 - 2 meter dimana di bahagian atas yang lazimnya mempunyai
8-12 pelepah. Saiz kanopi pokok lingkungan 2.5 - 3 meter. Bunga pinang adalah jenis
uniseksual dimana terdapat stamen dan pistil pada kuntum yang sama dalam
rangkaian bunga. Buah Pinang berbentuk bulat-lonjong (ovoid drupe) sebesar telur
ayam berukuran 3-5 cm x 5-10 cm. Buahnya mempunyai serat atau fiber diluar dan
tempurung serta isi didalamnya. Buah pinang berwarna hijau ketika putik bertukar
kepada warna kuning dan akhirnya merah apabila masak. Akar pokok pinang tumbuh
sekitar 1 meter keliling dasar pokok dengan kedalaman 60 cm ( 2 kaki) dan garispusat
saiz akar kira-kira 1.4 cm. Pokok pinang memang mudah dikenali dari jauh kepada
mereka yang memang berasal dari kampong yang ada pokok ini. Pokok pinang yang
tua mampu berdiri setinggi lebih 50 kaki.Pokok Pinang ditanam sebagai pokok hiasan
di kawasan strategik seperti di depan hotel, kawasan taman bunga, tepi pantai dan
juga ada orang yang suka menanam di keliling rumah penduduk kampong. Pokok
pinang yang tumbuh lurus dan cantik menjadi pilihan jurulanskap taman untuk
menjadikannya sebagai salah satu tumbuhan Palmae untuk mencantikan landskap.
Pokok Pinang tidak selalu banyak mengugurkan daun dan buah pada peringkat awal
atau jika belum matang penanaman. Buah Pinang juga merupakan bahagian yang
boleh di komersialkan. Pemerhatian penulis mendapati lazimnya biji isi pinang
mengandungi 8 jenis bahan 'alkoloids' yang di kunyah bersama-sama dengan daun
sireh dan gambir serta kapur yang kita panggil sebagai "SENTEL" oleh 5% penduduk
dunia. Dilaporkan sekitar 460 jenis tanaman yang tergolong ke dalam famili Palmae
atau Arecaceae telah tumbuh dengan baik di kawasan beriklim tropika. Pokok pinang
sebenarnya termasuk jenis tanaman yang cukup dikenali oleh masyarakat biasa.
Perkara ini berlaku disebabkan oleh penyebarannya yang secara semulajadi berada
dibanyak kawasan. Apa pun kini semakin ia dilupakan dikalangan penduduk
kampong kerana nilai ekonominya sudah mula dilupakan.  Pada penulis blog yang
selalu membuat penelitian mendapati ada beberapa jenis pokok pinang yang boleh
dikelaskan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.  (1) PINANG
MERAHPinang Merah atau ada yang gelar sebagai Pinang Raja (Gyrtostachys lakka)
ini dipercayai memang berasal atau natif dari Semenanjung Malaysia, Sumatera dan
juga Kalimantan. Pokok Pinang jenis ini juga tumbuh berumpun dimana ia ada batang
yang langsing dimana mampu mencapai takap ketinggian mencapai 10 meter
Lazimnya ukuran batangnya atau diameter atau garis tengahnya pada usekitar 12 cm.
Daunnya jenis majmuk dengan bentuk menirus  atau menyirip dan berwarna hijau
serta mempunyai pelepah dan tulang daun berwarna merah (Sila lihat foto
disebelah). Apa yang saya teliti dimana jika berbunga maka lazimnya bunga pinang
merah berbentuk malai. Bunga jantan dan betina ini dalam susunan atau kedudukan
berselang-seli. Buahnya berukuran kecil dimana ia slalu berbentuk bulat telur,
panjang buah sekitar 1 cm dengan garispusat tengah sekitar 6 mm. Biasanya bahagian
batang pinang merah yang sudah tua atau dewasa sangat keras dan kuat. Batang
pinang jenis ini pernah dilaporkan untuk digunakan sebagai Alu atau Antan bagi
menumbuk beras dan sebagainya dalam lesung. Apa yang seronok apabila ada
dikampong yang mendakwa bahawa pokok pinang jenis ini sebagai Pinang Antan.(2)
PINANG BIRUPinang Biru dikenali dengan nama latin dengan Pinanga coronata.
Pokok pinang jenis ini tumbuh secara berumpun dan pokoknya boleh menegak
dengan tinggi mencapai tinggi 6 meter (Sila lihat foto disebelah). Daun bersirip
dengan ada seludang, warnanya coklat yang seakan kemerah-merahan dan anak
daunnya memiliki 10-25 sisi berbentuk seperti bentuk pita sampai agak
lonjong. Bunga pinang biru berbentuk tangkai yang terdiri dari 5-20 rangkaian,
memanjang dimana ia terletak melampai kebawah serta berwarna putih kekuning-
kuningan. Bentuk bunga jantan pula adalah bulat telur dan bunga betina berkelopak
dengan mahkota bunga hampir sama. Bentuk buahnya lonjong meruncing ke bahagian
hujung dan berwarna hijau ketika muda kemudian berubah menjadi jingga dan
akhirnya ungu kemerah-merahan setelah tua atau masak. Pinang biru didakwa akan
tumbuh dengan baik pada ketinggian antara 10 - 600 meter dari paras laut. Pinang
biru banyak dijumpai di hutan-hutan tebal yang lembap atau didalam hutan-hutan jati
dan tidak tumbuh pada tanah berkapur. Pinang biru sangat berpotensi untuk dipakai
sebagai tanaman hiasan (Ornamental tree). Dari segi pembiaksn pinang biru paling
sesuai dibiakkan melalui bijinya yang telah matang dan disemai.(3) PINANG
HUTAN Pokok Pinang Hutan (Pinanga kuhlii) banyak terdapat di hutan di
Semmenanjung Malaysia dan di negara jiran sekitar Pulau Jawa dan Sumatera. Sama
seperti jenis pinang biru didapati pinang ini tumbuh berumpun dan batang ramping.
Batangnya berruas-ruas, tinggi sekitar antara 2 - 6 meter dan garispusat batang 2-5
cm (Sila lihat foto). Tangkai daun panjangnya lebih danri 60 cm dengan ada pelepah
yang berbentuk bersegi panjang, bersisik dan berwarna coklat kemerah-merahan.
Lazimnya penulis blog lihat dimana jika berbunga maka pinang hutan bertangkai
panjang diantara 15 - 20 cm yang terdiri dari 5-20 bunga. Bunga-bunga tersebut
tersusun dalam dua deretan. Buahnya  berbentuk elipilitik dengan bagian hujung
runcing, panjang 9-13 mm, berwarna hijau muda ketika masih muda dan berubah
menjadi merah bila sudah tua. Biasa jenis ini akan berbunga pada bulan Mei sampai
Julai setiap tahun. Ia sesuai tumbuh dengan baik pada kawasan dengan ketinggian
antara 10-1,600 meter dari paras laut dan dikawasan yang sering ada kelembapan.
Jenis pinang ini selalunya tidak tumbuh pada tanah yang berbatu. Pinang jenis ini
banyak digunakan sebagai tanaman hiasan juga dan mudah dibiakkan dengan
menyemai bijinya yang telah matang.(4) PINANG IRIAN Jenis Pinang Irian
(Prychosperma macarthurii) banyak terdapat di Irian, Indonesia. Pinang ini berasal
dari Irian tetapi sekarang telah tersebar di seluruh Indonesia dan ada ditanam di
Malaysia sebagai pokok hiasan. Ada laporan dimana pinang ini telah dihantar
sehingga ke Eropah dan Benua Amerika. Sama juga dengan pinang biru dan pinang
hutan didapati pinang Irian pun tumbuh berumpun dan tinggi batangnya sekitar 4 - 5
meter. Daunnya berwarna hijau dengan memounyai lai daun yang bergerigi dan
pelepah daun mampu menutupi hujung batang. Bunganya pula apa yang saya
lihat berbentuk malai bengantungan atau pun dilihat sebagai berpasangan. Lazimnya
setiap bunga betina akan diapit oleh dua bunga jantan. Bentuk buahnya lonjong
dimana kaedah membiakannya dengan menyemai bijinya yang telah matang. Jenis
Pinang ini banyak digunakan sebagai tanaman hiasan didalam pot atau ditanam pada
kawasan pekarangan rumah yang ada lapang. Dilaporkan bahwa pinang jenis ini
beracun dan jika dianalisa dimakmal ia didakwa ada banyak mengandung zat tannin.
(5) PINANG KELAPA Jenis pokok pinang ke 5 adalah jenis yang dinamakan
sebagai Pinang Kelapa (Actinorhytis calapparia) dimana ia adalah spesis tempatan.
Pokok jenis ini dipanggil sebagai pinang kelapa bukan kerana pada bentuknya yang
mirip kelapa tetapi disebabkan oleh buahnya berukuran lebih besar dibandingkan
dengan buah pinang jenis lain. Tinggi pohonnya dapat mencapai 20 meter dan dapat
tumbuh sampai ketinggian 500 meter di atas permukaan laut. Bahgian pucuknya unik
dan berpotensi untuk dijadikan tanaman hiasan yang menarik. Ekstrak daripada buah
pinang ini dapat digunakan untuk bedak bayi dan sering pula dipakai sebagai
pengganti pinang sirih.  Mungkin jenis ini kurang dikenali dinegara kita secara
mudah.Pokok pinang di negara kita Malaysia semakin dilupakan. Penulis yang baru
sahaja melalui Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor dimana dahulu diseluruh
kawasan ladang buah-buahan ditanam dengan banyak pokok pinang kini sudah tiada
lagi semasa proses penanaman semula lokasi tersebut. Pemborong biji pinang yang
terkenal di Pulau Pinang dulu membeli buah pinang dari pembekal tempatan tetapi
kini terpaksa mengimport pula. Semuga tulisan ini dapat memberi info yang baik
kepada pembaca anim agro technology kali ini.POKOK PINANG...IA SEMAKIN
DILUPA...KURANG DIKENALI...GENERASI MUDA...BENIH
DISEMAI...CEPAT TUMBUHNYA...BACA ARTIKEL..ILMU DITERIMA JUA...

Anda mungkin juga menyukai