Anda di halaman 1dari 5

FAIL MEJA

PUSAT SUMBER
SJK(c) LIT TERK

KANDUNGAN
1. Pendahuluan
2. Konsep Pusat Sumber
3. Profil Pusat Sumber Sekolah
4. Visi PSS
5. Misi PSS
6. Moto PSS
7. Matlamat PSS
8. Objektif PSS
9. Organisasi Pusat Sumber
10. Senarai Tugas
11. Kewangan
12. Sistem Fail
13. Rekod PSS
14. Peraturan PSS
15. Promosi
16. Prosedur Penyediaan Aktiviti PSS
17. Lampiran
17.1 Contoh Fail Meja Guru Perpustakaan
17.2 Contoh Borang Penggunaan Perpustakaan
17.3 Contoh Borang Penggunaan Bilik Media
17.4 Contoh Surat/Minit Mesyuarat
17.5 Contoh Senarai Semak PSS
17.6 Contoh Program NILAM

PENGENALAN
Fail Meja merupakan satu set panduan kerja yang disediakan khusus untuk setiap ahli
jawatankuasa pusat sumber sekolah (PSS). Ia menjadi sumber utama bagi memahami
bidang tugas, prosedur-prosedur kerja, dan segala dokumen termasuk borang-borang,
peraturan-peraturan, carta aliran kerja dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang
tugas seseorang ahli jawatankuasa. Penyediaan Fail Meja ini akan lebih memudahkan
setiap ahli jawatankuasa menjalankan tugas masing-masing. Seterusnya pengurusan
dan pentadbiran PSS akan lebih terancang dan sistematik.

Konsep Pusat Sumber Sekolah


Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat yang mengumpul, memproses dan
menyebarkan bahan atau sumber-sumber maklumat. Ia termasuklah keseluruhan
koleksi bahan bercetak dan bukan cetak meliputi alatan teknologi terkini.
PSS turut dilihat sebagai pusat sokongan ke arah kecemerlangan pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, ia perlu memenuhi keperluan kegiatan pelajar-pelajar
dalam pendidikan mereka termasuk dalam kegiatan ko-kurikulum. Justeru itu, PSS
wajar memiliki koleksi bahan dan alatan yang mencukupi dan dipertingkatkan dari
semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan tersebut.

VISI PSS
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

MISI PSS
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat

SLOGAN
Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu

MATLAMAT PSS
Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan
berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat
memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa
dan agama.
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk
membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat
menerusi penggunaan komputer.

OBJEKTIF PSS

Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.


Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan
menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran
Meningkatkan profesionalisme guru
Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan
pelajar.

Anda mungkin juga menyukai