Anda di halaman 1dari 1

1.

0 SEJARAH PENYEJUKBEKUAN
Sistem penyejukan dan penyaman udara adalah satu sistem yang sangat penting
kepada manusia pada masa kini. Terdapat pelbagai jenis dan model direka untuk memenuhi
permintaan pengguna. Seawal kehidupan manusia, manusia mengenali bahawa bahan sejuk
adalah suatu medium yang sesuai digunakan untuk memindahkan haba. Oleh itu salji dan ais
adalah diperlukan untuk tujuan pemindahan haba. Misalnya, salji digunakan untuk
menyimpan daging dan sebagainya supaya tahan lebih lama.

Orang Cina telah mempelajari bagaimana ketulan ais boleh menyegarkan minuman.
Mengikut sejarah, orang Cina merupakan manusia yang pertama memperkenalkan minuman
yang dicampurkan ais untuk menjadikan minuman lebih sejuk dan menyegarkan. Manakala,
orang-orang Greek dan Roman menggunakan hamba abdi untuk membawa salji dari
pergunungan untuk disimpat di tempat yang dikhaskan yang berbentuk seperti kon untuk
tujuan penyimpanan dan penyejukkan makanan.
Walaupun pada masa dahulu, sistem penyejukan hanya digunakan oleh golongan atas
sahaja, namun pada masa kini, ia merupakan keperluan asas tidak kira bagi golongan
sederhana atau golongan atasan.Oleh itu, pada masa kini, aplikasi sistem penyejukkan
semakin banyak digunakan. Maka, sehingga hari ini, system penyejukkan diaplikasikan
dalam pelbagai bentuk. Misalnya seperti penyaman udara, peti sejuk dan sebagainya.
Orang Egypt pula mendapati bahawa air yang disimpan di dalam tempayan yang
diperbuat daripada tanah lebih sejuk daripada air yang disimpan ditempat lain. Tempayan
yang berisi air tadi disimpan di atas bumbung di sebelah matahari jatuh. Maka, pada waktu
malam, suhu akan bertukar menjadi lebih sejuk.

Anda mungkin juga menyukai