Anda di halaman 1dari 4

Kekuatan PPGB

Program ini dapat membantu saya menyesuaikan diri terhadap persekitaran dan
budaya sekolah. Saya juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama warga sekolah
dan ibu bapa. Selain itu, program ini juga meningkatkan pengetahuan saya untuk
menguasai subjek yang diajar. Kesannya, saya dapat mempelbagaikan aktiviti dan
kaedah pengajaran supaya murid lebin aktif dan dapat memahami perkara yang diajar.
PPGB juga menekan aspek penglibatan guru baharu dalam bidang kokurikulum.
Oleh yang demikian, pelbagai ilmu telah saya kutip melalui penglibatan saya dalam unit
beruniform Pengakap dan permainan sepak takraw. Melalui penglibatan ini juga, saya
belajar cara-cara untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
Secara keseluruhannya, PPGB telah dapat menonjolkan ketrampilan dan citra
seorang guru dalam diri saya. Saya juga dapat membina sikap positif dalam
melaksanakan tugas yang diberikan. Hal ini bersesuaian dengan cabaran sebagai
seorang guru pada masa kini.

Kelemahan PPGB
Pada hemat saya, program ini tidak mempunyai kelemahan dan wajar diteruskan untuk
guru-guru baharu dalam membina sahsiah dan profesionalisme seorang guru.

Kekangan dan Halangan


Tugas seorang guru tidak tertakluk kepada pengajaran di dalam kelas semata-mata.
Seorang guru itu juga perlu menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pelbagai lagi
perkara yang berkaitan. Oleh yang demikian, kekangan dan halangan utama dalam
melaksanakan program ini adalah masa. Masa yang ada kadangkala terpaksa
digunakan untuk tugas-tugas lain. Namun, kekangan dan halangan ini juga dapat
melatih diri saya untuk menguruskan masa dengan lebih baik.

Cadangan
Saya mencadangkan agar ini diteruskan oleh guru-guru baharu. Namun, pada
pandangan saya seorang guru baharu itu tidak harus dinilai semata-mata berdasarkan
folio PPGB.

Anda mungkin juga menyukai