Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT

KALI PERTAMA TAHUN 2016 SJKC SALENG

Nama Program : KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA TAHUN 2016


Tarikh
: 09 April 2016
Hari / Masa
: Sabtu / 08:00 am- 12: 30 pm
Tempat
: Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra
jektif Program : Pada akhir program ini insya Allah SWT murid dapat menguasai:
1. Mengambil wuduk dengan cara yang betul dan dapat memahami segala perbuatan wuduk.
2. Memahami segala perbuatan solat, sama ada dari segi rukun, syarat-syarat sah solat, sunat
dan juga perkara yang membatalkan solat.
3. Melaksanakan solat dengan sempurna, sama ada secara individu mahupun berjemaah.
4. Menguasai bacaan dan mengaplikasikannya ketika solat dengan betul dan lancar.
5.
Seronok dan suka melaksanakan ibadat (halaawatul iman).
Sasaran
: Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6
Jumlah Kehadiran Guru : 38/41
Jumlah Kehadiran Murid : 355/507
Butiran Aktiviti
:
TAHAP 1 (TAHUN 1, 2, DAN 3)

MASA

AKTIVITI

7.30am 8.00am

Pendaftaran
Agihan kumpulan / Memperkenalkan guru
Taklimat

8.00am 8.45am

LDK 1 (Berpandukan silibus kelas masing-masing)

8.45am 9.30am

LDK 2 (Berpandukan silibus

kelas masing-masing)

09.30am 09.50am Rehat (10 minit digunakan untuk pembarisan)


10.00am 11.15am LDK 2 (Berpandukan silibus kelas masing-masing)
11.15am 12.00pm LDK 3

Amali Solat Berjemaah

12.00pm 12.30pm Taklimat Akhir (Dewam Terbuka)

TAHAP 2 (TAHUN 4, 5, DAN 6)

MASA

AKTIVITI

7.30am 8.00am

Pendaftaran
Agihan kumpulan / Memperkenalkan guru
Taklimat

8.00am 9.00am

LDK 1 (Berpandukan silibus kelas masing-masing)

9.00am 10.00am

LDK 2 (Berpandukan silibus

10.00am 10.20am

Rehat (10 minit digunakan untuk pembarisan)

10.30am 11.10am

LDK 3

11.10am 12.00pm

LDK 2 (Berpandukan silibus

12.00pm 12.30pm

Taklimat Akhir (Dewam Terbuka)

kelas masing-masing)

Amali Solat Berjemaah (Solat Sunat Dhuha)


kelas masing-masing)

Kekuatan Program:
Alhamdulillah sambutan Kem Bestari Solat untuk kali pertama mendapat sambutan
yang membanggakan. Semua guru yang bertugas hadir untuk menjayakan program ini, ia
juga mengiratkan hubungan sesama guru dan memperkukuhkan lagi semangat kerja
berpasukan guru-guru di SK Desa Pinggiran Putra dalam erti kata SEDERAP yang
sebenar. Selain itu, pihak sekolah juga dapat sokongan tenaga pengajar dan sebagai
fasilitator seramai 12 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Islam Bangi Selangor. Manakala murid-murid pula, melalui program ini
murid-murid dapat menguasai wuduk dan solat secara menyeluruh dari segi teori dan juga
praktikal.
Kelemahan Program:
Kekangan masa amat memberi masalah kepada guru untuk membuat penilaian secara
menyeluruh terutama kepada tahap 1. Pihak kantin sekolah juga tidak dapat beroperasi
seperti hari persekolahan biasa disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat
dielakkan. Selaian itu masalah kewangan juga memberi kesan kepada guru untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Cadangan Penambahbaikan:
Kekangan masa amat memberi masalah untuk mengajar dan menilai secara
menyeluruh program ini. Tindakan yang wajar pada masa akan datang ialah
mengasingkan murid-murid kepada kumpulan yang lebih kecil, seorang guru
membimbing murid tidak lebih pada 10 orang. Panitia Pendidikan Islam boleh memohon
sumbangan tenaga pengajar dan sebagai fasilitator yang lebih ramai dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor. Manakala masalah
kewangan pula, saya mencadangkan meminta kerjasama dengan pihak Kumpulan
Sokongan Ibu Bapa (KSIB) untuk membantu.
Lampiran:

Pendaftaran

Amali Solat Berjamaah

Amali Solat Berjamaah

Waktu Rehat

Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1)

Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1)

Taklimat Akhir

Anda mungkin juga menyukai