Anda di halaman 1dari 5

BAB SATU

PROPOSAL PROJEK ILMIAH

1.1

PENDAHULUAN

Solat menduduki tempat kedua selepas persaksian dengan bersaksi dengan dua
kalimah syuhadah di dalam agama Islam. Ia merupakan amal ibadat yang sangat
penting dalam Islam berbanding dengan seribu amal ibadat yang lain. Dalam erti kata
lain, solat merupakan ibu kepada amal ibadat kerana bertapa penting solat itu jugalah
maka Firman Allah S.W.T:

Sesiapa yang tidak sembahyang akan masuk ke dalam neraka.


Mendirikan solat bermaksud menjaga solat dan mendirikannya pada waktunya
dan menunaikannya dengan menyempurnakan segala syarat dan rukunnya serta
menjaga adab dan sunnahnya sehingga solat itu memberikan buahnya di dalam jiwa
seseorang muslim itu lalu, meninggalkan segala perbuatan buruk. Solat adalah segala
syiar orang muslim dan lambing baginya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Pemisah di antara seseorang lelaki itu di antara syirik dan kekufuran ialah
meninggalkan solat. (Riwayat Muslim)
Justeru, tidaklah perlu dipanjangkan bicara lagi tentang kepentingan solat
tersebut, lantaran banyak telah ditulis oleh alim ulama di dalam berbagai-bagai kitab
mengenainya. Namun demikian renungilah kata-kata Hadrat Khuwaja Gharib Nawan
seorang wali Allah SWT mengenai solat: Tanpa mendirikan solat tiada sesiapa pun

yang dapat menghampiri Allah SWT. Solat adalah tangga membawa kepada
penghampiran Allah SWT solat adalah perjanjian bagi penjagaan hamba, satu
hubungan rahsia di antara hamba dengan pencipta.
Menyentuh tentang skop perbincangan latihan ilmiah ini, sememangnya
keinginan untuk melihat generasi mahasiswa Islam yang mempunyai peraturanperaturan yang wajib dilaksanakan oleh penganutnya, oleh sebab itulah yang
mendorong penulis untuk mengkaji tentang tanggapan dan penghayatan solat
dikalangan mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
MATLAMAT KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kepentingan penghayatan solat dan peranan
Fakulti Pengajian Islam ke arah mendidik mahasiswa dalam menghayati solat.
OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian kami ialah:
4.1

Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya


penghayatan solat di kalangan pelajar Fakulti Pengajian Islam.

4.2

Memperlihatkan sejauhmana pelaksanaan ibadat solat diamalkan


dalam kehidupan seharian mahasiswa Islam khusus mahasiswa di
Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

4.3

Untuk mengetahui samada aktiviti-aktiviti ibadat solat yang dianjurkan


oleh mahasiswa adalah wujud daripada hasil kesedaran mahasiswa itu
sendiri ataupun tidak.

4.4

Memberitahu masyarakat umum bahawa betapa pentingnya kita


menghayati setiap solat yang kita kerjakan barulah kita akan mendapat
ganjaran sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Islam.

PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian ini akan memperlihatkan mengapa pentingnya penghayatan Islam di kalangan
mahasiswa khususnya mahasiswa di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Di samping itu kajian ini juga turut memperlihatkan sejauhmanakah
pelaksanaan penghayatan solat ini ke atas pembentukan akhlak mahasiswa, adakah ia
memberi kesan atau sebaliknya. Kerana jika lihat pada hari ini ramai mereka yang
solat tetapi tidak ramai yang dapat mencapai tahap penghayatan solat itu.
Kajian ini juga memperlihatkan sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh
Fakulti Pengajian Islam dalam usaha ke arah penghayatan solat ke atas pembentukan
akhlak mahasiswa.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan memperlihatkan sejauhmana pelaksanaan ibadat solat diamalkan
dalam kehidupan seharian mahasiswa Islam khusus mahasiswa di Fakulti Pengajian
Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penulis melalui kajian ini ingin meninjau dan memaparkan secara umum
mengenai penghayatan mahasiswa di Fakulti Pengajian Islam UKM ini terhadap
ibadat yang paling mulia dalam Islam iaitu ibadat solat.
Sehubungan itu juga, ianya bertujuan untuk mengetahui adakah aktivitiaktiviti ibadat solat yang dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam ini wujud dengan
hasil kesedaran pelajar di Fakulti Pengajian itu sendiri. Seterusnya memperlihatkan
sejauhmana sambutan para mahasiswa terhadap program-program berkaitan dengan
solat yang dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam UKM. Dengan itu penulis akan
membuat penilaian dan kesimpulan mengenai penglibatan mereka terhadap aktiviti
tersebut dan kesannya kepada amalan Islam dan kehidupan mereka setiap hari.

Akhirnya, tujuan kajian ini adalah untuk memberitahu masyarakat umum


bahawa betapa pentingnya kita menghayati setiap solat yang kita kerjakan barulah
kita akan mendapat ganjaran sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Islam.
LITERATURE REVIEW
Kajian mengenai tajuk yang berkaitan dengan penghayatan solat telah dilakukan oleh
beberapa mahasiswa dalam bentuk latihan ilmiah bagi memenuhi keperluan syarat
Ijazah Saujana Muda Dengan Kepujian. Di antaranya ialah:
1.

Jusoh Mamat (sesi 1988)


Tajuk: Penghayatan solat di Kalangan Pekerja-pekerja Kilang:
Kawasan Bandar Baru Bangi.

2.

Mohd. Mokhlis Komari (sesi 1993)


Tajuk: Pengamalan solat Di Kalangan Masyarakat Jawa Di Daerah
Kuala Langat.

3.

Mohd Azhar bin Abdullah (sesi 2000)


Tajuk: Solat Jumaat di luar Mukim: Kajian Mengikut Undang-Undang
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

METODOLOG1 KAJIAN
Dalam usaha menjalankan kajian penyelidikan ini, berbagai kaedah yanng digunakan
untuk memudahkan proses pengumpulan data. Metodologi adalah penting kerana ia
menjelaskan kaedah data dan bahan dalam melengkapi sesuatu kajian.
Di samping itu, ia juga dapat menjelaskan skop pengkajian yang akan
dijalankan di suatu kawasan kajian. Kajian yang dilakukan melibatkan beberapa
kaedah utama, iaitu kajian perpustakaan (Library Research), mengumpul maklumat
atau data, borang kaji selidik ( ini adalah metod utama yang digunakan oleh penulis
untuk melihat sejauhmana penghayatan solat di kalangan mahasiswa di Fakulti
Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia), kajian lapangan iaitu melalui
temubual, pemerhatian turut serta pengamatan.

Anda mungkin juga menyukai