Anda di halaman 1dari 1

Penjawat awam lalok ugut bakar hospital

Oleh : Wartawan Sinar Harian


Tarikh : November 4, 2011

SEREMBAN- Gara-gara tidak berpuas hati dengan rawatan diterima di wad kecemasan dua pegawai
jabatan kerajaan, mengamuk dan mengugut, mahu membakar Hospital Tuanku Jaafar, di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, dua lelaki, masing-masing berusia 30 dan 28 tahun, dipercayai
datang ke hospital kerana demam.
Bagaimanapun, mereka tidak berpuas hati dengan rawatan diterima, sehingga mencaci dan
mengeluarkan perkataan kasar kepada pembantu perubatan hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kedua-dua suspek
mengugut untuk membakar hospital terbabit kerana berang tidak mendapat rawatan diingini.
Ketika mengamuk, suspek menumbuk cermin tingkap di pondok polis berdekat an wad kecemasan
tersebut sehingga menyebabkan ia retak. Malah, ubat diberikan juga turut dibuang, katanya kepada
Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, disebabkan bimbang dengan keadaan itu, pembantu perubatan terbabit, terus
menghubungi anggota cegah jenayah dan menahan kedua-dua suspek.
Menurutnya, hasil ujian air kencing suspek mendapati, kedua-duanya positif dadah disyaki jenis ganja.
Kita percaya, semasa kejadian kedua-duanya berada dalam tidak waras atau lalok sehingga tidak sedar
apa yang mereka lakukan.
Malah kita percaya, suspek datang ke hospital itu untuk mendapatkan metadone tetapi gagal berbuat
demikian, katanya.
Saiful Azly berkata, kedua-dua suspek direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun
Keseksaan dan Seksyen 15 (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Anda mungkin juga menyukai