Anda di halaman 1dari 1

Antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak agar

berjimat-cermat ialah ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi
tentang amalan ini. Bak kata pepatah Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Ibu baoa
perlu sentiasa menasihati anak-anak mereka supaya berjimat-cermat dan tidak
membazirkan wang dengan sia-sia. Amalan yang positif ini perlulah diterapkan ke dalam
minda anak-anak agar dapat mewujudkan generasi yang berjimat-cermat pada masa yang
akan datang. Melalui amalan ini, anak-anak akan sentiasa menghargai wang mereka dan
tidak akan membelanjakannya untuk perkara-perkara yang negatif.
Selain itu, ibu bapa juga harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka
untuk mengikuti amalan ini. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah mengamalkan amalan
ini dalam kehidupan seharian mereka agar anak-anak mereka dapat mempelajari amaln
berjimat-cermat tersebut dengan lebih mudah lagi. Anak-anak sudah pasti akan mengikut
jejak langkah ibu bapa mereka kerana ibu bapa akan sentiasa memikirkan masa depan
anak-anak mereka untuk menjadi cerah. Hal ini akan menyebabkan anak-anak berasa
bangga terhadap ibu bapa mereka kerana menunjukkan teladan yang positif kepada
mereka.
Di samping itu, amalan menabung juga perlu diterapkan ke dalam minda anak-anak
oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak mereka untuk
menabung kerana amalan ini merupakan salah satu langkah yang efektif untuk
mewujudkan generasi yang berjimat-cermat. Bak kata pepatah, Sehari Selembar Benang,
Lama-lama Menjadi Kain. Ibu bapa juga perlu memberitahu kebaikan menabung kepada
anak-anak mereka. Sebagai contohnya, jika sesuatu kemalangan berlaku, wang yang telah
disimpan tersebut dapat digunakan untuk rawatan hospital. Bukan itu sahaja, wang yang
telah disimpan tersebut juga dapat digunakan utnuk melanjutkan pelajaran ke pusat
pengajian yang lebih tinggi. Wang simpanan tersebut dapat dijadikan sebagai penyelamat
kita. Bak kata pepatah, Sediakan Payung Sebelum Hujan.
Seterusnya, ibu bapa juga harus menggalakkan anak-anak mereka untuk membeli
barangan yang hanya diperlukan sahaja. Ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka
untuk membeli barang-barang yang akan mendatangkan faedah kepada anak-anak
mereka sendiri.Ibu bapa tidak harus membiarkan anak-anak mereka menyesal kerana
membeli barangan yang berjenama tetapi tidak membawa sebarang kegunaan kepada diri
mereka sendiri. Bak kata pepatah, Alah Membeli Menang Memakai. Ibu bapa perlulah
menggalakkan anak-anak mereka supaya menyediakan perancangan perbelanjaan yang
sistematik supaya wang tidak dibazirkan dengan sia-sia.

Anda mungkin juga menyukai