Anda di halaman 1dari 18

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

UNIT 2

FUNGSI DAN KESAN PENGIKLANAN


(FUNGSI DAN KESAN PENGIKLANAN DARI
PELBAGAI ASPEK)
OBJEKTIF

Objektif am :
Memahami fungsi-fungsi pengiklanan terhadap pemasaran, komunikasi,
pendidikan, ekonomi dan sosial.
Objektif khusus :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

Menerangkan fungsi iklan terhadap pemasaran dan komunikasi.

Menghuraikan fungsi iklan terhadap pendidikan,ekonomi dan sosial.

Membincangkan kesan iklan terhadap ekonomi.

Menenghuraikan kesan iklan terhadap sosial.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

INPUT

2.0

PENGENALAN
Pelajar akan melihat bagaimana fungsi pengiklanan berperanan didalam
menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak tertentu dan kesannya terhadap
masyarakat samada dari segi ekonomi mahupun sosial.
2.1 Fungsi Pengiklanan.
Pengiklanan mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri, iaitu terhadap
pemasaran, komunikasi, pendidikan, ekonomi dan sosial. Fungsinya ini
mampu untuk memberikan sesuatu yang bermakna kepada orang ramai.
2.1.1Fungsi Iklan Terhadap Pemasaran.
Iklan dapat menyalurkan maklumat dengan meluas , cepat dan
berkesan. Ia merupakan elemen di dalam promosi. Pengeluar dapat
menggunakan kaedah ini bagi melariskan jualan. Ia juga membantu
orang ramai bagi mendapatkan sesuatu produk yang diperlukan.
Contoh :Iklan di televisyen, radio, majalah, suratkhabar dan internet semuanya
ini mampu meningkatkan jualan di pasaran. Ini kerana kita menonton
televisyen, mendengar radio dan membaca suratkhabar dan melayari
halaman internet setiap har,i maka ini memberi pengaruh besar kepada
minda dan pemikiran kita. Oleh itu media-media ini begitu luas
digunakan sebagai alat penyalur informasi berkenaan dengan produk
dan perkhidmatan dan mampu mempertingkatkan jualan di pasaran.
Seterusnya kita akan melihat bagaimana pula pengiklanan dikaitkan
dengan 4 P.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

2.1.1.1 Kaitan Iklan Dengan 4 P


2.1.1.1.1 Pengiklanan Dengan Keluaran (Produk)
Iklan memainkan peranan yang penting untuk
menunjukkan perbezaan antara satu produk dengan
produk yang lain. Alasannya kerana jika tiada
perbezaan antara produk lain pelanggan tidak dapat
tahu mengenai produk sesebuah syarikat.
Terdapat 3 cara pembezaan produk :(i)

Pembezaan Nyata - perubahan yang dapat


dikenalpasti atau dilihat dengan jelas melalui
iklan.
Contoh : jenama, rekabentuk, pembungkusan,
warna, saiz.
Contoh : perubahan warna seperti Milo
(hijau), Ovaltine (Merah) dan Vico (kuning)

(ii)

Pembezaan yang tidak nyata pembezaan


yang tidak jelas dari pandangan kasar.
Contoh Iklan sos- menggunakan bahan-bahan
segar. Iklan ubat gigi ( Fresh & White )
dimana kandungan ditambah supaya menjadi
lebih segar.

(iii)

Pembezaan kerana didorong pengguna


didorong melalui iklan
Contoh : Rokok dilarang dibuat iklan jadi ada
cara lain yang digunakan untuk mengiklan
rokok tersebut secara tidak langsung seperti
bolasepak yang ditaja Dunhill.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

Iklan juga mempunyai kaitan rapat dengan Kitaran


Hayat Produk. Huraian di bawah akan menjelaskan
dengan lebih mendalam lagi akan perkara ini.

Perkaitan Pengiklanan Dengan Kitaran Hayat Produk


(KHP)
Peringkat Pengenalan
Iklan digunakan untuk mengenalkan produk baru di
pasaran. Produk baru seperti bubur ayam yang
diperkenalkan oleh McDonald.
Iklan juga memperkenalkan jenama baru bagi produk yang
telah sedia ada di pasaran contoh makanan segera bukan
sahaja KFC, Maggie, McDonald tetapi banyak lagi jenama
lain yang keluar di pasaran selepas mee Maggie
diperkenalkan seperti Mee In My Mug, Bubur Segera dan
lain-lain.
Peringkat Perkembangan / Pertumbuhan.
Produk telah dikenali ramai, jualan bertambah dimana orang
ramai amat memerlukannya. Pada masa ini iklan menjadi
semakin penting.
Lebih berbentuk promosi jualan,
meletakkan harga yang lebih murah dan terpaksa bersaing
dengan keluaran lain dan penting syarikat mengadakan
perubahan ke atas produk. Contoh yang ketara adalah
telefon selular(cell-phone) yang mana harga makin murah
dan ciri-ciri yang semakin canggih mengikut perkembangan
teknologi.
Peringkat Kematangan.
Pada peringkat ini wujudnya pelanggan yang setia terhadap
produk. Permintaan yang stabil dan pelanggan baru tidak
banyak yang membeli. Iklan digunakan untuk mengingatkan

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

pelanggan yang produk itu masih ada dipasaran. Iklan tidak


kerap disiarkan cuma sekali-sekala sebagai mengingati
pengguna terhadap produk tersebut. Contoh-contoh iklan
Trojan, Axion, Marigold dan sebagainya.
Peringkat Kejatuhan
Peringkat ini di mana produk telah mengalami kemerosotan
jualannya. Biasanya pada peringkat ini pelanggan akan beralih
ke produk lain kerana produk atau jenama produk tersebut tiada
di pasaran lagi. Produk-produk minuman seperti Kickapoo,
Mountain Dew, Scweppes telah tidak ada di pasaran maka iklan
jenama produk tersebut tidak disiarkan lagi. Di sini pihak
syarikat perlu melakukan strategi pemasaran bagi mewujudkan
semula pengguna jenama produk tersebut dan menyiarkan iklan
menyatakan produk tersebut telah kembali ke pasaran.
2.1.1.1.2 Pengiklanan Dengan Harga ( Price )
(i)

Permintaan Pasaran.
Sejauh mana penerimaan sesuatu produk dan perkhidmatan
di pasaran?. Di sini hukum penawaran dan permintaan ada
diamalkan iaitu jika permintaan pasaran adalah tinggi maka
harga produk tersebut akan menjadi tinggi. Maka peranan
iklan menjelaskan bahawa harga sesuatu produk itu tinggi
adalah disebabkan kualiti produk tersebut. Seperti produk
lampin bayi pakai buang Pampers dengan jenama lain di
mana Pampers lebih mahal kerana kualitinya. Contohcontoh lain seperti detergen Dynamo dengan cecair cucian
lain di mana Dynamo mahal sedikit kerana permintaannya
tinggi.

(ii)

Kos Pengeluaran Dan Kos Penghantaran.


Jika kos pengeluaran meningkat dan kos penghantaran
meningkat maka harga produk akan meningkat.
Iklan
biasanya akan menunjukkan kesukaran bagi menghasilkan
sesuatu produk. Contohnya Minyak Masak Seri Murni yang
mana penghasilannya sukar iaitu melalui proses
pemeringkatan. Jadi jika harganya tinggi orang ramai yang
melihat iklan akan faham keadaannya.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

(iii)

Persaingan.
Syarikat-syarikat akan bersaing antara satu sama lain
dengan mengiklankan produk mereka. Oleh itu orang ramai
akan membandingkan mana produk yang lebih baik. Oleh
itu iklan akan cuba menonjolkan produk merekalah yang
terbaik.
Contoh: Sabun Ekonomi Handalan lebih bermutu dan
mempunyai harga yang lebih rendah berbanding dengan
serbuk cuci yang lain.

(iv)

Objektif Korporat
Syarikat akan cuba menggambarkan di dalam iklan imej
yang diinginkan. Jika syarikat meletakkan imej yang tinggi
maka iklan yang disiarkan haruslah menunjukkan imej yang
tinggi sesuai dengan kehendak syarikat pengeluar
contohnya Dunhill, jadi syarikat akan memastikan iklan
tersebut setanding dengan imej yang dikehendaki.

2.1.1.1.3 Pengiklanan Dengan Agihan (Place)


(i)

Agihan Intensif
Agihan yang dibuat secara meluas.
Pemasar akan
mengagihkan ke merata kawasan supaya mudah diperolehi
oleh orang ramai. Iklan perlu ditunjukkan sekerap yang
mungkin dan memberi maklumat di mana tempat yang
mudah untuk mendapatkan produk tersebut. Contoh produk
baru di pasaran seperti syampu Sunsilk boleh didapati di
gedung-gedung membeli-belah dan kedai-kedai yang
berdekatan di tempat pengguna.

(ii)

Agihan Selektif
Memilih tempat-tempat yang tertentu sahaja untuk jualan
produk. Iklan perlu tunjukkan di mana produk ini boleh
didapati. Contoh-contoh produk kosmetik dan penjagaan
badan seperti Citra Ayu, BML dan Marie France Bodyline.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

(iii)

2.1.1.1.4

P4709/ UNIT 2/

Agihan Eksklusif
Biasanya untuk barangan mewah. Agihan yang digunakan
adalah terhad. Hanya terdapat di tempat-tempat yang
tertentu sahaja. Iklan jarang dibuat dan hanya memilih
media yang sesuai dan terhad bagi golongan yang tertentu
sahaja. Contoh-contoh seperti kereta BMW, Mercedes dan
Volvo jarang menggunakan iklan di media massa tetapi
sebaliknya di media cetak dalam majalah-majalah tertentu.

Pengiklanan Dengan Promosi.


(i)

Iklan disiarkan di televisyen atau radio kemudian disusuli


dengan jurujual pergi dari rumah ke rumah membuat
promosi bagi mendapatkan jualan.

(ii)

Iklan dan publisiti contohnya sidang akhbar diadakan bagi


mewujudkan komunikasi dua hala dengan ini dapat
membetulkan tanggapan yang salah terhadap sesuatu
produk.

2.1.1.2 Fungsi Iklan Terhadap Komunikasi.


Iklan menyampaikan maklumat dan mesej kepada orangramai.
Pelbagai cara boleh digunakan antaranya dengan menggunakan
perkataan, gambar, audiovisual dan berbagai cara terkini. Ia memberi
peluang kepada orangramai untuk mentafsir mesej daripada iklan
yang didengar atau dilihat.
Contoh :- Iklan Notis Awam
Memberitahu mengenai sesuatu pihak telahpun bangkrap,
perletakkan jawatan dan sebagainya.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

2.1.1.3 Fungsi Iklan Terhadap Pendidikan.


Memberi pengetahuan mengenai cara penggunaan sesuatu produk.
Mengajar pengguna menggunakan perkhidmatan dengan cara yang
betul. Langkah demi langkah akan ditonjolkan supaya orang ramai
faham.
Contoh :- Iklan Smartshop memaparkan alat-alat senaman untuk
kesihatan. Ia mengajar pengguna dengan jelas cara-cara yang betul
menggunakan alat senaman.
2.1.1.4 Fungsi Iklan Terhadap Ekonomi.
Iklan, mampu untuk meningkatkan jualan syarikat dan seterusnya
menambahkan keuntungan. Prestasi syarikat akan berada dalam
keadaan baik kerana orang ramai akan mencari-cari produk yang
diiklankan. Oleh yang demikian tidak hairan jikalau kita lihat
syarikat akan membelanjakan wang yang banyak bertujuan membuat
pengiklanan.
Pengguna juga mampu membuat perbandingan produk mana yang
terbaik di pasaran. Perlulah melihat iklan-iklan yang disiarkan bagi
mendapatkan maklumat yang berguna dengan ini
ekonomi
rumahtangga juga mampu diawasi jika pelanggan bijak didalam
pembelian.
2.1.1.5 Fungsi Iklan Terhadap Sosial.
Membantu memperbaiki taraf hidup yang lebih baik dengan adanya
produk yang pelbagai di pasaran. Produk-produk ini akan digunakan
bagi membantu kerja-kerja seharian dengan lebih cepat dan berkesan.
Contoh :
Pada zaman dahulu kita lihat membasuh pakaian
menggunakan tangan tetapi dengan ada iklan akan mampu
menyedarkan orang ramai akan kemunculan peralatan mencuci
pakaian dan ada yang tidak perlu menyidai pakaian di luar seperti
menggunakan mesin pengering.
Contoh : Fesyen berpakaian mampu mempengaruhi personaliti dan
pergaulan sesama kumpulan. Di mana satu pihak akan membeli dan
mempengaruhi pihak yang lain supaya mereka akan dianggap sebagai
berada di dalam satu kumpulan.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

AKTIVITI

AKTIVITI 2A
Arahan : Pelajar-pelajar dikehendaki memikirkan semula apa yang telah dipelajari
dan mengapplikasikan kepada keadaan yang sebenar.
1. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai ,jelaskan fungsi-fungsi
pengiklanan yang berkaitan dengan faktor pendidikan dan ekonomi dan para
pelajar dikehendaki mencari produk-produk yang berkaitan dengan faktor tersebut
dan terangkan kefahaman anda mengenai cara penggunaanya.
2. Pelajar-pelajar dikehendaki menunjukkan produk yang mereka miliki dan
menjelaskan dari mana datangnya kesedaran mendapatkan produk tersebut.
???????

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 2A
Jawapan 1 :
Contoh produk : Alat senaman , sabun basuh, dan seumpamanya.
Faktor Pendidikan : Iklan mengajar para pengguna tentang cara penggunaannya
sesuatu produk atau perkhidmatan. Contohnya seperti iklan barangan senaman oleh
Smartshop. Contoh lain ialah iklan keselamatan di rumah oleh Dian P. Ramlee
dimana perkara-perkara yang melalaikan kita mungkin akan menyebabkan kematian
kepada anak kita.
Faktor Ekonomi : Iklan mempengaruhi faktor ekonomi dengan meningkatkan jualan
dan imej sesuatu perniagaan. Pengguna yang melihat iklan juga mampu memikirkan
barangan mana yang lebih murah dan lebih menguntungkan.
Jawapan 2 :
Produk : kasut, jam, pakaian dan lain-lain lagi
Kesedaran datang dengan melihat iklan di media-media.
Iklan dapat mendidik seseorang itu cara menggunakan sesuatu produk dengan cara
yang betul.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

INPUT

2.2 Kesan Iklan Terhadap Ekonomi.


Pengiklanan begitu berperanan besar di dalam perniagaan. Bagi pihak pengeluar
iklan akan dapat meningkatkan pengeluaran hasil dari permintaan yang
menggalakkan daripada orang ramai. Produk akan dapat dipelbagaikan dan
diperbaharui demi permintaan yang menggalakkan hasil dari iklan yang dibuat.
Tahun
1990
1991
1992
Pendapatan Perkapita ( RM)
6,209
6,817
7,541
KDNK
(%)
9.8
8.8
8.0
Pengangguran
(%)
5.6
4.3
4.1
Jadual 2.1: Petunjuk Penting Mengenai Ekonomi Malaysia.
Berdasarkan jadual 2.1 didapati pendapatan per kapita dari tahun 1990
hingga 1992 adalah meningkat. Manakala kadar pengganguran pula
adalah sebaliknya. Ia mempunyai kaitan dari segi kuasa beli orang
ramai.
Oleh itu pengeluar akan lebih banyak mengadakan pengiklanan jika
pendapatan per kapita dalam keadaan baik iaitu pada tahun 1992 di
mana kemampuan membeli lebih tinggi berbanding dengan tahun
1990.
Bagi pihak media pengiklanan seperti televisyen, radio, majalah dan
sebagainya sama-sama berperanan menyedarkan orang ramai akan
wujudnya produk di pasaran. Media yang lebih berpengaruh akan
JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

mengenakan kadar bayaran iklan yang lebih tinggi kepada syarikat


yang ingin mengiklankan produk mereka. Ini secara tidak langsung
melibatkan juga harga produk yang akan ditetapkan.
MEDIA
1990
1991
1992
Suratkhabar
44
43.5
42.5
Televisyen
43
40
39.5
Majalah
6
8.5
10
Radio
2
2
Lain-lain
7
6
6
Jadual 2.2 : Perbelanjaan Pengiklanan Berdasarkan Media (%)
Media juga berperanan memberikan kesan peningkatan ekonomi.
Berdasarkan jadual 2.2 diatas didapati peranan suratkhabar dan
televisyen menyedarkan orang ramai supaya membeli produk di
pasaran. Kedua-dua media ini mampu menarik pelanggan berbanding
media-media lain.
Bagi pelanggan yang bijak mengatur belanjawan keluarga, tidak akan
terlalu terpengaruh dengan apa-apa yang dipaparkan. Pelanggan
sebegini akan mengawasi agar tidak mudah terpengaruh kerana setiap
pembelian melibatkan wang ringgit bagi memenuhi keperluan
keluarga. Pelanggan perlu bijak di dalam membuat keputusaan
pembelian bagi mendapatkan kepuasan yang sepadan. Secara amnya
masyarakat dapat dibahagikan kepada dua. Iaitu mereka yang peka
dengan maklumat pengiklanan dan yang tidak peka pada maklumat
pengiklanan.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

2.3 Kesan Iklan Terhadap Sosial.


Masyarakat terpengaruh dengan keadaan di sekelilingnya. Ada di
antara masyarakat ini yang gemar terikut-ikut dengan apa yang
dipunyai oleh rakan-rakan mereka. Mereka ini mudah dipengaruhi
oleh iklan yang disiarkan di televisyen, radio dan sebagainya. Kesan
iklan ini mempengaruhi masyarakat supaya membeli produk mereka.
Namun begitu ada kesan-kesan positif terhadap iklan yang disiarkan.
Kesan baik:(a) Iklan dapat memberitahu produk-produk yang terkini dengan ini
dapat membantu menjalankan aktiviti seharian dengan lebih
mudah dan berkesan. Contohnya telefon bimbit yang
memudahkan perhubungan sesama manusia walau dimana anda
berada.
(b) Menjadikan pelanggan yang mempunyai maklumat dan mampu
membanding produk mana yang lebih murah dan mencadangkan
kepada kawan-kawan mereka. Oleh syarikat perlu mengeluarkan
produk yang berkualiti bagi menjamin sambutan orang ramai.
Kesan buruk:(a)

Iklan pula mampu mempengaruhi diri seseorang berserta dengan


rakan-rakan dimana sejumlah wang yang besar digunakan bagi
memenuhi hasrat diri dan terpengaruh dengan kawan-kawan bagi
menunjukkan kelebihan diri yang mana kesannya akan dirasa
sendiri bila mengalami kesempitan kewangan.

(b) Iklan juga kadang-kala agak mengelirukan dan adanya unsurunsur penipuan di mana iklan yang disiarkan agak keterlaluan
maklumat berkenaan kebaikan produk tersebut. Jadi orang ramai
perlulah berhati-hati sebelum membuat keputusan membeli.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

AKTIVITI

AKTIVITI 2B
Arahan : Pelajar-pelajar dikehendaki memikirkan semula apa yang telah dipelajari
dan mengaplikasikan kepada keadaan yang sebenar.
1. Terangkan kesan-kesan pengiklanan keatas masyarakat dari segi baik dan
buruknya.

2. Pelajar-pelajar dikehendaki menyatakan jumlah wang yang ada mereka bawa


sekarang dan menyenaraikan apakah barang yang akan dibeli mengikut keperluan
dan motif membeli barangan tersebut.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

MAKLUMBALAS AKTIVITI

MAKLUMBALAS AKTIVITI 2B
Jawapan 1
Kesan Baik : Melalui pengiklanan ini, pelanggan mempunyai pelbagai pilihan barangan dan
mampu membuat penilaian dengan tepat. Contohnya serbuk pencuci yang banyak
dipasaran seperti Ekonomi Handalan, Trojen , Kleenex dan sebagainya. Jadi peranan
masyarakat menilai berdasarkan maklumat yang ada dalam diri seseorang. Jika kita
mempunyai kesedaran maklumat yang baik mengenai produk tersebut sudah tentu ia
mampu membuat keputusan yang bijak. Masyarakat harus peka dengan media iklan
tetapi tidak seharusnya mempercayai keseluruhan apa yang dipaparkan. Harus
memastikan kesahihannya dengan apa cara juapun, tidak tertipu iklan yang
dipaparkan.
Kesan Buruk :Melalui pengiklanan ini dapat menggalakkan pembelian tanpa rancangan. Biasanya
pembelian tanpa rancangan ini melibatkan barangan yang tidak perlu seperti kosmatik
mahal dan lain-lain. Sebagai contoh jualan yang diadakan di Parkson yang begitu
mempengaruhi pembelian walaupun keperluan tidak mendesak. Keinginan yang
tidak dapat dikawal (nafsu) sentiasa berhasrat untuk membeli apa-apa sahaja yang
ditawarkan. Kesannya kewangan keluarga akan terjejas hasil pembelian yang tidak
berasaskan keperluan.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

Jawapan 2
RM 30.00, RM 45.00 dan lain-lain lagi.
Contoh akan membeli buku, makanan, pakaian, peralatan pembelajaran dan
sebagainya.
Motif pembelian tersebut untuk keperluan hidup, menjaga tubuh badan supaya sihat
atau keperluan bersosial
Mendapat kesedaran daripada pengiklanan di televisyen, radio, majalah dan
sebagainya.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

PENILAIAN KENDIRI

PENILAIAN KENDIRI
1. Bagaimana cara pemasar mengiklankan sesuatu produk dengan berkesan dan
mampu mendidik orangramai supaya memahami menggunakan sesuatu produk
dengan betul.
(25 markah)
2. Di dalam keadaan ekonomi yang berkembang pesat ini, permintaan terhadap
barang-barang dan perkhidmatan semakin meningkat. Dengan adanya pengeluaran
secara besar-besaran, pengguna dapat membuat pembelian ke atas pelbagai bentuk
barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran. Berdasarkan maklumat
yang diperolehi melalui pengiklanan, setiap pengguna boleh membuat suatu pilihan
yang tepat untuk menyesuaikan produk dengan keperluan, citarasa dan taraf
kehidupan masing-masing.
Bincangkan tiga fungsi pengiklanan yang dimaksudkan dengan kenyataan di atas.
(25 markah)

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

PRINSIP PENGIKLANAN

P4709/ UNIT 2/

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


Jawapan soalan 1
Fungsi iklan terhadap pendidikan.
Jawapan soalan 2
Fungsi iklan terhadap Ekonomi Sila huraikan berdasarkan kes.
Fungsi iklan terhadap Sosial Sila huraikan berdasarkan kes.
Fungsi iklan terhadap Pemasaran. Sila huraikan berdasarkan kes.

JABATAN PERDAGANGAN / PPD

Anda mungkin juga menyukai