Anda di halaman 1dari 14

Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 1

UNIT 9

PENGUKURAN HIDROGRAFI

OBJEKTIF

Objektif am: Mempelajari serta memahami Hidrografi dari segi aspek


penentududukan dan penentudalaman .

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Menerangkan kaedah penentududukan bot.


Melaksanakan kerja-kerja penentududukan dalam hidrografi.
Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 2

INPUT

9.1 Pengenalan
Mari kita pergi pula ke input ini yang mana ia menerangkan bagaimana
kedudukan bot serta kedalaman sesuatu paramuka-paramuka laut / air dapat
ditentukan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu.

Sebelum ini kita telah mempelajari peringkat-peringkat kerja ukur hidrografi dan
juga kawalan daratan yang meliputi kawalan pugak dan ufuk. Untuk menentukan
kedudukan sesuatu bot atau istilahnya penentududukan yang mana
menggunakan kaedah secara langsung, optik dan gelombang mikro. Untuk kerja
penendalaman pula menggunakan kaedah secara langsung dan pemerun gema.

Mari kita lihat


kaedah untuk
proses
penentududukan

9.2 Penentududukan
Untuk pengetahuan anda, tujuan utama penentududukan adalah untuk
mendapatkan kedudukan bot atau titik di mana penentukedalaman atau
sounding akan diambil. Di dalam kerja sounding/bathymetry, titik ini dikenali
sebagai titik FIX. Ketepatan titik-titik fix hasil dari penentukedalaman adalah
penting supaya mewakili kedudukan yand betul bagi paramuka dasar air/laut
yang hendak digambarkan.

Di dalam kerja penentududukan kita boleh menggunakan tiga kaedah yang


biasa digunakan iaitu :

Secara langsung
Secara optik
Secara gelombang mikro
Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 3

9.2.1 Secara Langsung


Kaedah ini murah dan sesuai di kawasan yang begitu kecil dan
tiada banyak halangan semasa kerja-kerja sounding dijalankan
seperti parit, anak sungai, tasik dan lain-lain. Peralatan yang
mudah digunakan iaitu tali bersenggat. Senggatan-senggatan ini
sudah ditentukan jaraknya dan diregang merentasi anak sungai
atau parit tersebut. Untuk mendapatkan kedudukan, pengukur
Ingat! Kawasan akan mengira kedudukan tali tersebut dari titik 0 yang dipegang di
yang kecil dan
satu tebing sambil mengukur kedalaman. Bot akan bergerak
tidak banyak
halangan. mengikut rentangan tali tersebut dan berhenti pada senggatan tali
itu. Oleh itu penentududukan bot dapat diketahui dan boleh
dipelotkan.

B1 B2 B3 B4

Bot
Sungai
Senggatan
Tali

Stesen kawalan
A1 A2 A3
A4
Rajah 9.1 : Kaedah secara langsung

9.2.2 Secara Optik


Kita telah melihat serta mempelajari teknik
secara langsung. Seterusnya kita lihat pula
kaedah secara optik di mana ia menggunakan
peralatan optik seperti teodolit dan sekstant. Ia
sesuai di kawasan persisiran pantai, tepian
pelabuhan dan jarak boleh mencapai KELEBIHAN:
sehingga 3 5 km dari pantai atau tepian Tepat
pelabuhan. Kawasan luas
Jarak yang
jauh
Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 4

Dalam kaedah ini, tiga cara boleh digunakan iaitu persilangan


teodolit, sekstant dan palang substents.

Apabila kita menggunakan kaedah ini, ketepatan adalah lebih


tinggi berbanding dengan kaedah secara langsung. Tetapi ia
memerlukan peralatan yang agak mahal berbanding kaedah
sebelum ini.

stesen stesen

BOT

Rajah 9.2: Persilangan Teodolit


Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 5

stesen stesen
stesen

BOT

Rajah 9.3: Silangalikan dengan Sekstant

Rajah 9.4: Palang Substen dan Sekstan


Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 6

9.2.3 Secara Gelombang Mikro


Selepas kita melihat 2 kaedah iaitu secara langsung yang sesuai
untuk kawasan kecil dan secara optik untuk kawasan yang agak
luas, seterusnya kita pergi ke kaedah yang mana boleh meliputi
kawasan yang besar serta berhalangan iaitu Kaedah Secara
Gelombang Mikro(Radio).

Kaedah ini menggunakan gelombang radio


seperti Miniranger 10 50km, Transponder 80
100km dan Loran C yang mampu untuk
melakukan kerja-kerja sounding luar pantai
sehingga 2000km ke tengah laut. Kesemua alat
ini mampu mengambil jarak yang lebih jauh berbanding dengan
kaedah sebelum ini. Ia juga memberi kejituan yang tinggi di mana
ia menggunakan kaedah persilangan. Di atas bot akan
dipasangkan satu unit master dan dua unit remote akan
dipasang di dua kedudukan yang telah diketahui koordinitnya. Unit
master akan menghantar gelombang / isyarat dan unit remote akan
menerimanya. Unit remote biasanya diletakkan di tempat yang
tinggi dan selamat.

Jika kita bandingkan dengan kaedah sebelum ini, kaedah ini


mempunyai peralatan yang mahal tetapi mudah untuk digunakan.
Ia juga berkesan pada tempat yang luas serta banyak halangan
seperti bot, kapal dan sebagainya.

Kesimpulannya.Mesti
menggunakan kaedah yang
sesuai mengikut keadaan
kawasan serta kos.
Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 7

AKTIVITI 9.1

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya?

Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

Soalan

1. Berikan tujuan utama kenapa penentududukan perlu dibuat ?


________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________

2. Untuk kawasan yang besar dan jauh, kaedah apakah yang paling sesuai sekali ?
________________________________________________

3. Berikan 3 jenis alat yang digunakan semasa melakukan kerja hidrografi dengan
menggunakan kaedah secara gelombang mikro.
1. ______________________
2. ______________________
3. ______________________

4. Kaedah apakah yang sesuai jika jarak kawasan meliputi 3 5 km persegi ?


___________________________________________
Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 8

MAKLUM BALAS 9.1

Jawapan

1. Tujuan utama penentududukan adalah untuk mendapatkan kedudukan bot atau


titik di mana penentukedalaman atau sounding akan diambil.

2. Kaedah yang paling sesuai untuk kawasan yang besar dan jauh adalah Kaedah
Secara Gelombang Mikro.

3. Tiga jenis alat yang digunakan semasa melakukan kerja hidrogarfi dengan
menggunakan kaedah secara gelombang mikro ialah :

i. Miniranger
Ii Transponder
iii. Loran C

4. Jika kawasan kerja meliputi 3 5 km maka kaedah yang sesuai adalah secara
optik.
Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 9

INPUT

9.3 Penentudalaman
Selepas kita mengetahui tentang proses penentududukan, kita pergi pula ke
proses yang seterusnya iaitu penentudalaman. Dalam pengukuran kedalaman
juga dikenali sebagai sounding, proses ini akan mengukur kedalaman dari jasad
air (kedudukan bot) sehingga ke paras dasar. Kedalaman yang diperolehi ini
kemudiannya dilaraskan kepada datum tertentu (yang dipilih) dan juga diberikan
pembetulan-pembetulan yang berkaitan. Kerja sounding ini dilakukan serentak
dengan penentududukan dan juga juga cerapan pasang surut.

Kita harus ingat bahawa sebagai Jurukur hidrografi kita sebaik-baiknya


memahami mengenai kedalaman sesuatu jasad air, terutamanya di laut. Ini
dapat memberikan nilai seolah-olah tahap kedalaman pada suatu ketika di
sesuatu lokasi adalah kurang daripada sepatutnya, kepada jurumudi bot/kapal,
demi menjaminkan ketenggelaman yang cukup bagi bot/kapal (draft).

Mari kita lihat


kaedah untuk
proses
Penentudalaman

Alamak! Kapal ini dah


terkandas.patutlah air cetak!

Bagi melaksanakan kerja penentudalaman kita mempunyai 2 kaedah iaitu:

Secara langsung
Secara Pemerun Gema
Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 10

9.3.1 Secara Langsung


Cara ini adalah yang paling mudah sekali kerana apa yang
diperlukan hanyalah tali atau dawai bersenggat. Tali dihulurkan ke
dalam air sehingga ia sampai ke dasar. Panjang tali yang
dihulurkan dikira dari permukaan air dan bacaan direkodkan.
Dengan cara ini apa yang diperolehi hanyalah titik selerak sahaja.

Kita boleh menggunakan cara ini untuk memaparkan bentuk dasar


laut, tetapi ia akan memerlukan masa dan kos yang amat tinggi
kerana kedalaman tersebut perlu dibuat dalam bentuk grid.

Selain daripada kaedah di atas, sounding pole boleh juga


digunakan tetapi penggunaannya terhad untuk kawasan yang
dalamnya antara 3 5 meter. Cara ini sesuai untuk kawasan yang
terhad sahaja, iaitu pada dasar yang tidak dalam dan tidak kuat
arusnya. Kos peralatan serta kejituan kaedah secara langsung ini
adalah rendah.

9.3.2 Secara Pemerun Gema


Kaedah ini merupakan yang paling praktikal buat masa ini. Ia
merupakan kaedah gelombang acoustic. Ianya terdiri dari satu
sistem sonar (sound, navigation and ranging) yang menggunakan
pancaran tetap dengan paksi pugak.

Semua alatan sonar mengukur jarak dengan menentukan masa


dua hala perjalanan denyut tenaga bunyi san secara automatik
menukar kepada jarak. Alat yang menggunakan kaedah ini dikenali
sebagai Echo Sounder (pemerun gema). Formula yang terlibat
adalah D = VT/2, dimana;
V = halaju gelombang bunyi
dalam air ~ 1500 ms-1
Aras pasang surut T = masa perambatan
gelombong acoustic.
D = kedalaman

Gelombang
Bunyi (echo)
T Kedalaman

Gambarajah 9.6: Alat


Rajah 9.5: Pancaran gelombang Echo Sounder
Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 11

AKTIVITI 9.2

Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

Soalan
5. Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang berkaitan.

a. Di dalam kerja penentudalaman, terdapat dua kaedah iaitu


secara____________dan secara______________________.

b. Kerja-kerja penentudalaman juga dikenali sebagai ____________________.

c. ______________ atau ____________________ biasanya alat ini digunakan


untuk mengambil kedalaman sesuatu dasar air dengan kaedah secara langsung

d. Kaedah ini merupakan yang paling praktikal buat masa ini, iaitu
_________________________.Ia merupakan kaedah
menggunakan_______________________. Ia juga dikenali sebagai
___________________________.

6. Sila lukiskan rajah bagaimana kedudukan bot dan pancaran gelombang dibuat?
Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 12

MAKLUM BALAS 9.2

Jawapan

5. a: langsung , gelombang mikro


b. sounding
c. Tali , dawai
d. secara gelombang mikro , gelombang acoustic, Echo Sounder

6. Sila lihat rajah 9.5


Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 13

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika
ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba. Semoga berjaya!!!

Soalan

Sila jelaskan mengenai PERBANDINGAN KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN


DALAM KERJA PENENTUDALAMAN.

SELAMAT MENCUBA !
Ukur Hidrografi C2343/UNIT 9/ 14

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Jawapan

Sila bandingkan jawapan anda di dalam input ini.

Anda mungkin juga menyukai