Mayat bayi
i.
Pemeriksaan serologik
Pemeriksaan DNA
Wanita tersangka
i.
Pemeriksaan serologik
Pemeriksaan DNA
iii.
PEMERIKSAAN
Mayat bayi
Pemeriksaan Luar
Pakaian, kain atau kertas yang digunakan untuk membalut bayi perlu
diperiksa untuk beberapa tujuan. Salah satu daripadanya adalah untuk mengetahui
sama ada bayi telah disambut kelahirannya oleh orang yang arif tentang perubatan
ataupun orang biasa. Sekiranya terdapat kertas pembalut atau kain yang sering
digunakan di hospital ataupun klinik perbidanan, maka bolehlah dianggapkan
bahawa bayi telah disambut kelahirannya oleh orang yang arif tentang perubatan.
Kadang kala bayi tidak berbalut langsung atau berbalut dengan kain biasa
seperti kain batik atau kain pelikat. Dalam hal yang seperti ini bayi berkemungkinan
besar disambut kelahirannya oleh orang biasa atau tidak disambut oleh sesiapa
seperti yang mungkin didakwa oleh ibunya. Pakaian, kain atau kertas pembalut bayi
boleh dijadikan bukti fizikal untuk tujuan mengesan identiti bayi tersebut jika
mayatnya dijumpai terbuang.
Pemeriksaan dalam
Kulit kepala dibedah seperti biasa dari bahagian belakang telinga kanan ke
bahagian belakang telinga kiri dan bahagian tempurung kepala didedahkan.
Tempurung kepala dibuka kepada empat flap dengan memotong bahagian ubunubun depan (fontanel anterior) secara memanjang dan melintang dengan
menggunakan gunting. Pemeriksaan kecederaan fontanel, meninges, tentorium dan
otak perlu dilakukan dengan cermat. Koyak bahagian tentorium boleh disebabkan
oleh komplikasi kelahiran akibat penggunaan forseps.
Tengkorak diperiksa untuk tanda-tanda retak tulang. Otak diambil untuk
pemeriksaan histologi. Pemeriksaan organ dalaman leher dilakukan untuk mencari
tanda-tanda kecederaan seperti lebam bahagian otot leher, bendasing, buih,
mukus, mekonium atau cecair amnion dalam trakea dan patah tulang leher.
Bahagian toraks diperiksa bentuknya sama ada berbentuk lengkung atau
mendatar. Bahagian abdomen dibuka dahulu sebelum toraks untuk memeriksa aras
diafragma dengan meraba dengan jari ke bahagian lengkung yang tertinggi. Paruparu diperiksa dari segi saiz, berat, warna, dan bintik-bintik perdarahan jika ada.
Ujian keapungan paru-paru dan tafsirannya dilakukan seperti yang diterangkan di
atas. Jantung ditimbang dan diperiksa sama ada terdapat malformasi kongenital.
Foramen ovale dan duktus arteriosus diperiksa sama ada masih terbuka ataupun
tidak. Darah dalam ruang jantung kiri dan ruang jantung kanan diperiksa untuk
perbezaan warnanya.
Pemeriksaan organ dalaman abdomen dilakukan untuk ujian gaster-usus
Breslau, kehadiran susu, bendasing, dan mekonium dalam saluran pemakanan.
Organ dalaman abdomen juga diperiksa untuk malformasi kongenital dan tandatanda kecederaan. Bahagian genital bayi diperiksa untuk meninjau sama ada
terdapat malformasi kongenital. Kedudukan testis sama ada di dalam atau di luar
skrotum ditentukan.
Untuk pemeriksaan pusat penulangan, bahagian rawan sternum dipotong
mengikut paksi memanjang; bahagian rawan kalkaneum, kuboid dan talus dipotong
menyerong daripada ruang di antara 3 hingga 4 jari kaki ke arah tumit melalui
tapak kaki; bahagian bawah tulang femur dan atas tibia dipotong menerusi sendi
lutut yang telah dibengkokkan. Tafsiran umur fetus atau bayi dalam rahim adalah
seperti yang diterangkan pada bahagian lalu.
Pada pemeriksaan mayat bayi, dokter diharap dapat menjawab persoalanpersoalan di bawah seperti:
1. Apakah bayi tersebut dilahirkan mati atau hidup?
Lahir hidup (live birth)
Keluar atau dikeluarkannya hasil konsepsi yang lengkap, yang setelah
pemisahan, bernapas atau menunjukkan tanda kehidupan lain, tanpa
mempersoalkan usia gestasi, sudah atau belumnya tali pusat dipotong dan uri
dilahirkan.
Dada
Pemeriksaan
makroskopik
paru
Hasil positif.
Pemeriksaan
mikroskopik
paru
Melihat pusat penulangan pada klavikula, diafisis, pubis dan sebagainya. Juga
dapat dilakukan secara radiologis atau pada saat autopsi.
Pada bayi yang telah dirawat, ditemukan beberapa hal seperti berikut, yaitu:
Tali pusat
Tali pusat telah terikat, diputuskan dengan gunting atau pisau lebih kurang 5 cm
dari pusat bayi dan diberi obat antiseptic.
Verniks kaseosa (lemak bayi)
Lemak bayi telah dibersihkan, demikian juga dengan bekas-bekas darah.
Pakaian
Adanya pemberian pakaian atau penutup tubuh pada bayi.
4. Apakah sebab kematiannya?
Penyebab kematian tersering PAS adalah mati lemas (asfiksia). Kematian dapat
pula diakibatkan oleh proses persalinan (trauma lahir; kecelakaan (misalnya bayi
terjatuh, partus precipatus); pembunuhan atau alamiah (penyakit).