Anda di halaman 1dari 3

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419

PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI


PENDIDIKAN KESIHATAN
____________________________________________________________________________________________________
_

REFLEKSI

Saya berasa amat bersyukur kerana akhirnya telah berjaya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga buat pensyarah, En. Syed Muhd
Kamal bin Syed A. Bakar di atas panduan dan bimbingan yang diberikan sepanjang
proses penghasilan tugasan ini. Tugasan ini memerlukan saya membuat kajian
terhadap masalah yang dihadapi oleh atlet atau murid yang berkaitan dengan
psikologi datau sosiologi sukan.
Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya terpaksa mencari bahan daripada
pelbagai sumber. Saya banyak melayari internet untuk mendapatkan contoh-contoh
jurnal yang boleh digunakan bagi rujukan selain membaca buku-buku dan modul
yang berkaitan psikologi sukan. Selain itu, saya juga berbincang dengan rakanrakan untuk mendapatkan maklumat yang jelas tentang pelaksanaan tugasan ini.
Tugasan projek saya bertumpu kepada masalah keyakinan diri yang sering
dihadapi oleh atlet-atlet atau pemain dalam sesuatu permainan. Daripada tugasan
ini, sini saya dapat melihat betapa pentingnya seseorang pemain atau atlet mesti
mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melakukan seseuatu kemahiran. Atlet yang
bermasalah mestilah dibantu dengan sentiasa diberikan dorongan, motivasi serta
tunjuk ajar tentang pelakuan yang boleh mendorong kepada peningkatan keyakinan
diri mereka. Ini kerana keyakinan diri akan menjadikan seseorang itu dapat
melakukan sesuatu kemahiran dengan lebih baik. Kekurangan keyakinan diri akan
mengganggu tahap kebolehan seseorang pemain dalam sesuatu permainan.
Sebagai seorang guru pendidikan jasmani yang terlibat secara langsung
dalam permainan di sekolah, tugasan ini telah menambahkan banyak pengetahuan
yang berguna untuk diguna pakai dalam pelaksanaan aktiviti sukan di sekolah
khususnya dalam penyediaan atlet-atlet bertanding sama ada di peringkat zon,
daerah atau pun negeri.

Pengetahuan tentang psikologi dan sosiologi sukan ini

amatlah berguna dan secara tidak langsung ia menambahkan keyakinan saya untuk
berhadapan dengan pelbagai jenis masalah atlet-atlet di sekolah.

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419


PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI
PENDIDIKAN KESIHATAN
____________________________________________________________________________________________________
_

Kesimpulannya, saya telah cuba menyiapkan tugasan ini dengan sebaik-baiknya.


Banyak ilmu pengetahuan dan maklumat yang telah saya dapat sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Saya yakin, segala pengetahuan yang diperoleh ini amat
berguna kepada sebagai seorang guru Pendidikan Kesihatan di sekolah. Saya akan
menggunakan segala pengetahuan ini dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan diri
saya dan juga orang lain khususnya murid-murid atau pun atlet-atlet sukan di
sekolah di sekolah.

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419


PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI
PENDIDIKAN KESIHATAN
____________________________________________________________________________________________________
_

Mustafa
Ali

Anda mungkin juga menyukai