Anda di halaman 1dari 3

PERKEMBANGAN NASIONALISME AWAL DI CHINA

China merupakan sebuah negara yang memiliki sejarah peradaban yang tertua
selain negara-negara yang lain. Malah negara China juga pernah diperintah oleh
banyak Dinasti. Namun perkembangan nasionalisme awal ini dilihat seiring dengan
berlakunya peristiwa-peristiwa penting di China. Hal ini telah terjadinya suntikan
semangat nasionalisme yang tinggi di kalangan masyarakat di China ini.
Bermula dengan kemerosotan Dinasti Manchu
Mulai pertengahan abad ke-17 lagi, China berada di bawah kekuasaan sebuah
dinasti asing yang dikenali sebagai Dinasti Machu. Semasa pemerintahan Maharaja
K'ang Hsi (16621722) dan Ch'ien Lung (17361796), China telah mencapai zaman
kegemilangannya. Akan tetapi, setelah kedua-dua pemerintah itu meninggal dunia,
Dinasti Manchu dilihat sedikit demi sedikit telah mengalami kemunduran dan
kemerosotan. Hal ini demikian, secara amnya perkembangan nasionalisme awal
China adalah disebabkan oleh semangat nasionalisme yang tinggi untuk
menjatuhkan Dinasti Manchu itu sendiri.

Perang Candu (1839-1842)

Pada awalnya pihak Inggeris bertanggungjawab dalam membawa masuk candu


secara besar-besaran di China tanpa membayar sebarang cukai. Oleh itu,
menyebabkan Lin Tse Hsu telah membuang hampir 20 000 peti candu yang
berjumlah 9 juta dolar ke dalam laut. Hal yang demikian telah menimbulkan
ketegangan di antara China dan pihak Inggeris sehingga meletusnya Perang Candu.
Perang ini berakhir dengan kemenangan pihak Inggeris iaitu melalui satu perjanjian
yang dikenali sebagai Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842. Antara intipati
Perjanjian Nanking adalah:
-China menyerahkan Hongkong kepada pihak Inggeris.
- China mengganti kerugian Perang Candu iaitu sebanyak 6 juta dollar.
-Lima kota pelabuhan China (Canton, Amoy, Foochow, Ningpo, dan Shanghai)
dibuka untuk perdagangan asing.

Pemberontakan Tai Ping (1851)

Pemberontakan ini dilakukan oleh rakyat China yang mana bertujuan untuk
menggulingkan kekuasan Dinasti Manchu. Antara faktor-faktor lain yang yang
menyebabkan wujudnya semangat nasionalisme di kalangan rakyat China
menentang Dinasti Manchu ini ialah:
-Berakhirnya kepercayaan rakyat China terhadap Dinasti Manchu disebabkan
kekalahan yang dialami dalam Perang Candu.

-Rakyat China menderita disebabkan terbeban oleh bayaran pajakan yang tinggi
untuk membayar ganti rugi selepas perang Candu kepada pihak Inggeris.
-Perkembangan agama Kristian- berkait rapat dengan pemimpin pemberontakan
tersebut iaitu Hung Hsiu Chuan yang mana beliau membawa dan menganuti ajaran
agama kristian. Hung ingin membebaskan rakyat China dari kekuasaan Dinasti
Manchu yang semakin merosot. Di Nanking, Hung Hsiu Chuan mengelar dirinya
sebagai T'ien Wang (Maharaja Langit) dan kerajaannya dinamakan T'ai Ping Tien
Kuo (Kerajaan Surga yang Abadi). Namun, pemberontakan ini akhirnya berhasil
dipatahkan oleh Dinasti Manchu pada tahun 1864.

Perang China Jepun I ( 1894-1895)

Sebelum terjadinya perang di antara kedua negara ini, Korea merupakan salah satu
tanah jajahan China. Namun begitu, pada tahun 1894 Jepun dilihat mulai tertarik
dengan Korea sehinggalah Jepun berusaha untuk merampas Korea daripada China.
Walaubagaimanapun, perang tersebut berakhir dengan berpihak kepada Jepun dan
telah dikhiri dengan satu perjanjian iaitu Perjanian Shimonoseki pada 17 april 1895.
Antara intipati Perjanjian Shimonoseki:
-China harus memeberi kemerdekaan ke atas Korea
-China perlu menyerahkan Kepulauan Pescadores dan Taiwan kepada Jepun
-China perlu membayar ganti rugi perang sebanyak 200 juta dollar.

Pemberontakan Boxers (1899)

Gerakan ini merupakan gerakan yang berunsurkan anti-Manchu dan juga anti-Barat.
Pemberontakan ini merupakan reaksi orang China terhadap tekanan yang diberikan
kuasa asing kepada kerajaan China. Pemberontakan ini juga dilakukan untuk
menhalau orang asing dari China dan membunuh orang China yang beragama
Kristian. Pemberontakan Boxers ini awalnya telah mengepung perwakilan Barat di
Peking. Oleh yang demikian, negara-negara Barat yang mempunyai perwakilan di
Peking telah membentuk satu pasukan antarabangsa bagi menghalang kemaraan
pemberontakan Boxers ini. Pembentukan pasukan ini telah membuahkan hasil di
mana berjaya menghalang pemberontakan Boxers dengan melancarkan Protokol
Peking pada tahun 1901.

Revolusi China (1911)

-Bertujuan utk menggulingkan dinasti Manchu yg Memerintah China sejak tahun


1644.
-Menjelang pertengahan abad ke-19, wujud kepercayaan dalam kalangan orang cina
bahawa dinasti Manchu telah kehilangan mandat utk memerintah negara.

-Usaha telah dilakukan utk memulihkan kekuasaan kerajaan Manchu menerusi


Gerakan Pembaharuan Manchu.
-Namun begitu, usaha tersebut gagal utk mengukuhkan kedudukan kerajaan
Manchu. Ini menyebabkan muncul Gerakan Revolusioner di bawah pimpinan Dr. Sun
Yat Sen utk menggulingkan kerajaan Manchu.
-Revolusi China berjaya menumbangkan kerajaan Manchu apabila Maharaja Hsuan
Tsung turun daripada takhta pada 12 Feb 1912.

Tokoh Nasionalisme China

-Dr. Sun Yat Sen


Ketika China mengalami banyak kekalahan dalam menjatuhkan dinasti Manchu,
muncul seorang pejuang kaum muda untuk menuntut kemerdekaan China yang
iaitu Sun Yat Sen. Beliau membawa ajarannya yang tersendiri yang dikenali sebagai
San Min Chu I (Tiga Asas Kerakyatan), iaitu Min T'sen (kebangsaan atau
nasionalisme), Min Tsu (kerakyatan atau demokrasi ), dan Min Sheng (kesejahteraan
atau sosialisme).
Dengan adanya prinsip ajaran San Min Chu I, Sun Yat Sen bercita-cita untuk
menjatuhkan Manchu dan ingin membentuk satu pemerintahan pusat yang
demokratik. Di samping itu, ingin mengangkat martabat bangsa Cina iaitu sama
dengan negara-negara Barat. Sun Yat Sen berhasil mengadakan pendekatan dengan
rakyat
China dan mengumpul kekuatan rakyat di China Selatan untuk
menggulingkan Manchu.

Anda mungkin juga menyukai