Anda di halaman 1dari 4

Kajian sejarah

1. Kajian Sejarah
2. Kaedah Penyelidikan Sejarah memberi kefahaman tentang asal usul
sesuatu kejadian dan perspektif situasi tersebut pada masa kini ini. Sesuatu
peristiwa sejarah berlaku hasil interaksi pelbagai faktor atau pemboleh ubah.
Kajian terhadap peristiwa, perkembangan atau pengalaman yang telah berlaku
secara objektif dan sistematik bertujuan untuk memberi perspektif baru
terhadap sesuatu peristiwa, perkembangan atau pengalaman pendidikan.
3. Kepentingan Penting bagi memberi perspektif terutama dalam keadaan
krisis yang tidak dapat diselesaikan dengan kaedah lain. Penting bagi
mengumpulkan serta menentukan fakta dan bukti secara sistematik dan objektif
dan kesimpulan tentang peristiwa tertentu dibuat berdasarkan fakta dan bukti
yang dikumpulkan itu.
4. Kedudukan Penyelidik Penyelidik tidak terlibat secara langsung dengan
peristiwa, perkembangan atau pengalaman yang dikaji. Penyelidik hanya
menentukan masalah, sumber bukti, dan membuat kesimpulan tentang peristiwa.
Tidak ada masalah pengaruh di antara penyelidik dengan subjek yang dikaji.
5. Batasan Penyelidik tidak mempunyai kawalan ke atas perlakuan dan
persampelan peristiwa, perkembangan atau pengalaman pendidikan.

Peristiwa telah berlaku, objek dan individu yang terlibat adalah khusus dan telah
ditentukan, dan penyelidik tidak mempunyai peluang mengulangi peristiwa yang
telah berlaku.

6. Langkah Kajian Sejarah 1. Mengenal pasti masalah. 2. Mengumpul bukti. 3.


Mengkritik bukti. 4. Membentuk hipotesis. 5. Mentafsir dan melapor.
7. 1. Mengenal Pasti Masalah Penyelidikan bermula apabila timbul persoalan
tentang sesuatu peristiwa yang telah terjadi. Justeru itu, pengenalpastian
masalah mestilah mengambil kira faktor-faktor yang berkait dengan sesuatu
peristiwa Perlu mengenal pasti dengan tepat masalah yang ingin dikaji.
8. 2. Pengumpulan Bukti Bahan rujukan sejarah: - Bahan bercetak: rekod,
laporan, surat, buku, minit mesyuarat, surat pekeliling, autobiografi, wasiat, akta,
enakmen, rekod kedatangan, kontrak, dll. - Objek/benda: artifak, bangunan,
peralatan, pakaian, filem, gambar, duit syiling, dll. - Manusia: individu tertentu
seperti informan yang pernah mengalami kejadian itu. - Mengetahui di mana
sumber berada.
9. Dua sumber utama bukti: 1. Sumber Asli/Primer berkait secara langsung
dengan peristiwa seperti kesan tinggalan, artifak, saksi dan pemerhati yang
menjadi perantara antara peristiwa dengan penyelidik. Menghasilkan
maklumat asal tentang sesuatu peristiwa yang dikaji.
10. 2. Sumber sekunder maklumat yang diperoleh dari sumber asli seperti
laporan akhbar, mesyuarat, makalah jurnal, dan buku. menjadi perantara
antara sumber asli dengan penyelidik bertindak sebagai pihak ketiga antara
peristiwa dengan penyelidik Matlamat sumber sekunder adalah mendapatkan
maklumat

daripada

sumber

menggunakan sumber sekunder.

asli.

Kebanyakan

penyelidikan

sejarah

11. 3. Kritikan Bukti Bukti dari sumber pertama dan kedua perlu diperiksa
kesahihan dan kepentingannya dengan menilai maklumat dari sumber.
Kritikan luaran - Dilakukan bagi memeriksa kesahihan dan keaslian bukti. Teknik: pengesahan tulisan, tanda tangan, analisis kimia.
12. Kritikan Dalaman dilakukan bagi menentukan tahap kepentingan bukti
yang asli sebagai penghurai atau pendokong hipotesis penyelidik. Contoh:
menilai sama ada sesuatu sumber itu merupakan sumber yang terbaik untuk
dirujuk oleh penyelidik.
13. 4. Pembentukan hipotesis Hipotesis dibuat selepas bukti dikumpul dan
dikritik kesahihan dan kepentingannya. Berasaskan bukti, penyelidik
menjelaskan peristiwa dengan merungkai kaitan-kaitan tersembunyi, menghurai
hubung jalin yang wujud, mengupas prinsip yang ada dan menerangkan
mengapa dan bagaimana peristiwa itu berlaku secara logik.
14. Hipotesis yang dibina dijadikan asas untuk mendapatkan lebih banyak
bukti; hipotesis penyelidik mungkin berubah mengikut bukti yang dikumpul.
Penyelidik harus memastikan hipotesis yang dibentuk mempunyai liputan yang
menyeluruh tentang masalah kajian. Hipotesis biasanya berbentuk sebabmusabab.
15. Hipotesis juga bertujuan: Menjelaskan sesuatu peristiwa Menyemak
pelbagai aspek masalah yang dikaji Mengelaskan orang, benda, bidang,
kawasan, dan masa atau zaman.

16. 5. Mentafsir Dan Melapor Selepas pengumpulan bahan dan pembentukan


hipotesis, penyelidik akan menafsir maklumat daripada bahan. Memerlukan
kreativiti dan kebolehan untuk mengolah bahan. Penyelidik perlu memelihara
ketepatan tafsiran berdasarkan bukti yang ada di samping menyampaikannya
dalam bentuk yang menarik dan menyakinkan.
17. Laporan harus dibuat secara menyeluruh (umum-khusus). Penafsiran
dibuat secara sistematik, mengikut kronologi atau topik atau gabungan kronologi
dan topik. Harus menjelaskan pendapat yang berbeza-beza tentang peristiwa
yang sama.
18. Keupayaan penyelidik memberi prespektif baru terhadap sesuatu
peristiwa terserlah apabila beliau berupaya mengupas dan menjelaskan
pertentangan yang wujud pada kajian-kajian lepas terhadap peristiwa yang
sama. Dapatan perlu disebarkan bagi memperkukuhkan teori, pemahaman
dan penghayatan terhadap sesuatu peristiwa.

http://ccsgkasai.blogspot.my/2010/01/teori-kaedah-sejarah.html

Anda mungkin juga menyukai